Follower

Friday, December 31, 2010

Yusuf Nabhan Dah Masuk Tahun 1!!

Syukur Ya Allah.. atas kurniaanMu yang terhingga.

Hari ini ibu merasai kebahagiaan yang tak terhingga, putera yang ibu lahirkan 6 tahun 1 bulan yang lalu.. hari ini telah melangkah ke alam persekolahan di Tahun 1..

Tak terucap dengan kata-kata kegembiraan ibu ni.. kita tengok gambar lah ye.. ibuni cakap lebih-lebih kang meleleh air mata.. dalam hati ada taman lah.. hihi..


 Anak ayah..


 Jejaka idaman Malaya.. ada potensi ke?


 Paling tinggi dalam kelas.. beratur belakang sekali lah ye..


 Sian anak ibu.. duduk pun belakang sekali?


 Ayah beratur di Koperasi Sekolah.. beli buku rampaian, buku latihan, lencana & lain-lain.. RM80.00 ++ di sini.. yuran sekolah RM50.00..


 Ibu beratur ambil buku teks.. ibu duk belakang kakak tudung hijau tu..


 Haish.. ibu main tejelepuk kat lantai je.. kira buku teks cukup ke tak.. ada 17 semuanya..


 Ayah ajar Nabhan membeli di kantin..


Huuuuiiii.. nasi ayam RM4.00 tu? Hari-hari camni ke? ish.. taklah.. ayah beli menu untuk cikgu-cikgu.. nasi budak-budak nasi lemak RM1.00 je..

Psss.. kawan-kawan. Mesti ada yang sama cerita dengan ibu kan? Jom kongsi pengalaman!!

IbU TeRuJa!! BeSoK MuLa SeKoLah!!

******************************

Alaaaaahai ibu Yusuf oiiii.. bunyi macam ibu yang nak sekolah.. hehuhahaha..

Ye lah kawan-kawan.. seumur hidup ibu, inilah kali pertama anak masuk Tahun 1..

Ibu mana yang tak teruja.. kan? kan? kan?

Alhamdulillah.. besok 31.12.2010 Muhammad Yusuf Nabhan akan memulakan pembelajaran di tahun1..

Hmm.. baru je sambut besday ke 6.. dah masuk Tahun1 anak ibu..

Hari Sabtu.. pendaftaran tadika Maryam Nabihah pula..


 Gigih berlatih pakai setokin dan kasut sekolah...


Psss.. kawan-kawan, ada anak yang baru nak masuk sekolah tak? Jom kongsi keterujaan!!

Thursday, December 30, 2010

IbU SaKiT GaRa-GaRa DiEt!!

********************************

Bersiaran dari rumah.. hari ini ibu cuti sakit.. e.l. sebenarnya..

Tatkala Jemari Asmara ini sedang menari-nari di atas keyboard, kepala ibu masih berdenyut-denyut..  ibu sakit kepala dan perut sebenarnya.. tapi alhamdulillah perut ibu dah okey..

Kisahnya..

Semalam (29.12.2010) merupakan hari pertama ibu melancarkan misi menurunkan berat badan.. dah lama BMI ibu dah lari.. sekadar menukar gaya pemakanan.. takdelah tak makan langsung.. (sebelum-sebelumni ibu makan banyak tau.. huhuhu..)

Semalam.. pagi, ibu makan oat.. jam 11.00 sebelum ke mahkamah ibu makan kuih sebiji.. tengahari, ibu makan buah.. malam, ibu makan mee.. makan bukan tak makan..

Tapi akibatnya..

Sejak petang semalam lagi ibu dah mula sakit kepala dan perut.. angin!!



Gambar hasil carian di google..


Sebenarnya, ibu dapat penyakit 'angin' ni sejak lahirkan Yusuf Nabhan 6 tahun yang lepas..

Kalau ibu tak makan, ibu akan sakit kepala dan perut.. angin lah tu kan? Tapi alhamdulillah, ibu tak ada gastrik..

Kalau ibu salah makan benda yang berangin.. ibu akan sakit perut yang teramat sangat.. macam senggugut yang teruk, macam rasa nak bersalin..

Ada satu ketika tu, ibu dah tak tahan sangat.. jam 4 pagi pergi klinik.. sampai klinik apalagi.. kene 'cocok'lah jawabnya..

Kalau macamni.. macammana ibu nak kurus??

Kawan-kawan ada pengalaman macam ni tak? Jom syer dengan ibu!!

Wednesday, December 29, 2010

Sup Ikan Asam Boi!!

Huuuiiii... resepi apakah itu? Sup ikan asam boi? Boi ke Boy? Mana-manalah ye..

Kisahnya..

Anak teruna ibu yang minta, "Ibu, malam ni ibu masak sup ikan asam boi ye..". Haha.. sebenarnya dia maksudkan ikan masak stim yang macam itu hari lah.. cuma ibu pakai limau nipis je tak ada asam boi pun..

Stim? Malasnya nak keluarkan pengukus..

Maka.. hanya terhasillah..

Ikan kembung ala stim versi rebus.. kwang, kwang,kwang..

Jom layan..

 Resepinya sejibik macam Ikan Siakap Stim Limau, cuma ibu guna ikan kembung je kali ni.. bawang tu lebih sesuai yang kuning (ibu guna apa yang ada).. jangan lupa sos ikan..


Satukan je semua bahan dalam periuk.. ibu masak suka dalam kuali..


Tutup supaya boleh dipanggil 'ala stim'.. :-)


Siap untuk dihidang..

Lagi hidangan sempoi air tangan ibu Yusuf dan Maryam..


Ibu Nak Komen Pekerja Tol Sungai Rasau!!

****************************

Ibu dengan rasa rendah diri, nak buat teguran kepada pekerja tol Sungai Rasau Federal Highway..

Teguran membina.. harap-harap diperbaiki kelemahan..

Maaflah tegur dalam blog je.. tak rajin nak singgah Pusat Khidmat Pelanggan semata-mata nak isi Borang Kepuasan Pelanggan..

Hari-hari wajib lalu, kecuali Sabtu, Ahad, cuti umum atau cuti tak kerja.

Tapi.. teguran ini khusus kepada pekerja lorong tunai sebelah kanan sahaja (dua-dua hala waktu pagi dan petang).. . Ibu jarang lalu lorong sebelah kiri jadi tak tahu situasinya.. (hehe.. ibu bawa kete berdesup ker.. hoho.. takdelah..)

Balik topik asal..

Hmm.. Panjang sangat ke ayat terima kasih tu.. Susah sangat ke nak senyum? Taknak senyum tak apalah.. tapi jangan la buat muka ketat..

Selalu, ibu yang senyum dan ucap terima kasih..

Lama-lama, malaslah dah nak senyum.. sebab senyum sorang-sorang..

Kadang-kadang..

Rasa nak cakap 'sama-sama' terus jek..

Bukan semua pekerja tol kat situ lah.. tapi..

Kebanyakan!!!

Jadi, kepada pihak pengurusan PLUS... 'renung-renungkan, selamat beramal'..

Kawan-kawan, ada lalui situasi yang sama tak?


Gambar hanyalah hiasan.. hasil carian di google..

Tuesday, December 28, 2010

Stop!! Dah Tak Follow Dah!!



Buat kali pertama..

Sejak ibu jadi blogger..

Ibu berhenti dari ikut blog yang dah ibu ikut..

(ada juga yang stop follow ibu tau!!! - lepas habis GA.. tapi ibu +ve je..)

Opss.. balik topik asal..

Harap tuan punya blog tu tak kecik hati..

Bukan apa..

Semenjak duani..

Blog dia asyik tunjuk gambar pelik-pelik..

Rajin update pulaktu.. asyik keluar kat papan pemuka kita..

18sx.. 18 sg..

Tak lalu ibu tengok

Maka..

Sekian..

AwArD dari ShIeMaNiS!!

 


Selamat Ulang Tahun buat blog Shiemanis.. sempena ulangtahun blognya kak shima menganugerahkan award kepada semua pengunjung-pengunjungnya..

Suka intai blog ni.. sebab ibu kan suka deko-deko.. suka ala henglish gitu..

Thanks kak shima..

Ayam Bakar Sempoi!!

Catatan masak-masak 27.12.2010.. makan malam..

Makluman!! Semua n3 ibu berkaitan masak-masak bukanlah untuk menunjukkan ibu ni tere masak. Tidak sama sekali... (tak pandai pun.. huhuhu..). Hanya sekadar untuk berkongsi aktiviti ibu di dapur. Juga sebagai penyuntik semangat kepada diri sendiri yang tak berapa rajin nak masak sebenarnya..

Inilah dia ayam bakar sempoi ibu... hidangan ayam yang sihat.. kulit dah buang jauh-jauh.. masak tanpa minyak..

Kenapa ibu kata sempoi? Jom layan cara-cara membuatnya yang 'sempoi'!!!


Mula-mula, gaul ayam dengan kunyit, garam, bawang putih dan halia. Pastikan ayam dikelar-kelar ye..


Pastu.. susun lah atas benda kat atas tu.. nak panggila apa tak tau.. selitkan je serai sebatang dua..


Letak atas api dengan api yang kecil.. jangan guna api besar, kang rentung la pulak.. heee... take time sikitlah.. sambil tunggu nak masak tu pergilah buat apa-apa yang patut.. sapu-sapu rumah ke, angkat kain kat ampaian ke..

Ha! Sempoikan?

Monday, December 27, 2010

Apakah Yang Kita Perlu Tahu Tentang Barah Payudara?


* Ia adalah barah yang kerap dikesan di kalangan wanita
* Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser di kalangan wanita
* Ia adalah penyebab utama kematian awal
* 9% dari keseluruhan barah di dunia
* 6-8% keseluruhan kematian akibat barah

Maklumat diambil dari Info Sihat.



Makan-makan @ Pak Hailam Kopitiam

Catatan makan-makan 26.12.2010..

Pagi.. ibu buat sandwic telur, tengahari.. ibu masak laksa (anak-anak ibu tak mau makan ikan, bila buat laksa baru la dapat khasiat ikan), petang jalan-jalan di Tesco Shah Alam, singgah minum petang di Pak Hailam Kopitiam,
Inilah kedainya.. Pak Hailam Kopitiam..

Menu.. ada pengesahan halal JAKIM..

Menu ayah.. Bihun Goreng Kari Ayam.. RM6.90


 Menu ibu.. Kaya Butter Toast.. RM2.20


 Aik.. pesal senget nih? menu adik.. Soft Boil Egg Toast.. RM4.00


 Menu abang.. RM5.90


 Teh O ais RM2.90 segelas, kopi RM2.80 secawan, Choco Milk Shake RM7.90


 Bisik-bisik apetu?


Abang komplen ayam keras.. huhu.. memangpun..


 Harga yang perlu di bayar.. RM37.30 untuk sekadar minum petang..

Apa pendapat kawan-kawan?

Mahalkan?

Tapi entah.. suka juga nak pergi. Layan je lah.. huhuhu..

Piala Suzuki AFF 2010!!

Bola, bola, bola.. jom layan foto..

SUASANA di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir pertama Piala suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia. - Foto Osman Adnan

 PENYERANG negara, Mohd Safee Mohd Sali, menanduk masuk gol ketiga dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia. Foto Osman Adnan

 PEMAIN Malaysia mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang memberikan sorakan padu penuh bersemangat pada perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Malaysia menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan itu. - Foto Osman Adnan


Sunday, December 26, 2010

Malaysia vs Indonesia - Piala Suzuki : Siapa menang?

Ibu bukanlah peminat bola sepak.. tak minat langsungpun. Tetapi 2 jejaka terhangat di dalam rumah ibu ni adalah peminat bola sepak. Jadi, dalam tak minat pun, ibu pasti akan tahu sedikit sebanyak tentang perkembangan sukan tersebut..

Tiba-tiba rasa nak tulis n3 ini.. saje suka-suka? Agak-agak siapa menang? Ketika n3 ini ditulis Malaysia telah mendahului 3-0.

Semoga berjaya.. Malaysia boleh!!

**************************

Malaysia menang 3-0!!


Minum Petang @ Antan Batura

Catatan makan-makan 25.12.2010..

Pagi, minum pagi di Restoran Hatini Seksyen 11 Shah Alam. Tengahari ibu masak ikan kerisi bakar daun kunyit dan ikan kerisi singgang asam pedas. Petang?

Ayah bawa ibu dan anak-anak minum petang di Antan Batura, Seksyen 14 Shah Alam. Restoran separa atas air di Tasik Shah Alam, sebelah Wet World, seberang SIRIM, hmmm.. apa lagi?

Kita layan gambarlah ya..

 Pemandangan dari depan Antan Batura.. Tasik Shah Alam dibelakang restoren..

 Menu yang dihidangkan.. ada western, ada tempatan..

 Menu pilihan ibu.. RM5.90

 Menu anak-anak.. RM3.90
Ayah minum air asam boy RM1.70.. anak-anak minum teh o ais RM1.70.. ibu? ibu cukai 3 gelas tu je..

Pemandangan Tasik Shah Alam..

Diari Ibu - 25.12.2010

N3 untuk catatan peribadi ibu...

25.12.2010.. Sabtu.. cuti.. makan pagi di Restoran Hatini Seksyen 11 Shah Alam..

Gambar suka-suka..

 Gaya apakah ini..? Sama-sama merah..

 Makan2..

Adik yang comot.. Ibu? Apa-apalah..

Kekasih-kekasih Asmara.. Cinta yang ku semai dalam hati.. berbunga kasih, kan ku bawa hingga akhir hayat ini.. Syukur Ya Allah..

Saturday, December 25, 2010

Barah Payudara: Apakah?

Masih terngiang-ngiang kisah perginya seorang ibu berumur 31 tahun meninggalkan 3 orang anak kecil kerana barah payudara seperti saya ceritakan di n3 'Ajalnya Kerana Barah Payudara'. Justeru, saya terpanggil untuk menggali maklumat tentang barah payudara sebagai salah satu usaha pencegahan.

Saya mulakan dengan maklumat: Mengenali Barah Payudara.

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.   

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. 

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

ZaMaN KeGeMiLaNgAn SeTeLaH 7 TaHuN BeRsAmA!!

*********************************************************************************************

N3 untuk catatan peribadi..



Merpati dua sejoli..

Gambar terkini.. zaman kegemilangan 'kegumukan' kami.


Keputusan Contest: Betulkan Silap Ibu!!

*****************************

Jemari Asmara memohon maaf kepada semua peserta 'Contest: betulkan Silap Ibu' yang terdiri daripada:







 
 
di atas kesulitan yang telah berlaku di sini..
 
Setelah diambil kira dari sudut hati dan perasaan peserta, dan juga kemurahan hati penganjur (kihkih.. penganjur buat lawak skit poji diri sendiri.. kihkih..) maka..
 
penganjur akan memberikan hadiah kepada semua peserta yang memberi jawapan yang betul, iaitu:
 
Tu bukan ikan kembung.. tu ikan selar.. hahaha!!!!
 
Tetapi....
 
Nilai hadiah terpaksa dikecilkan..
 
Dan hadiahnya adalah..
 
Sepasang anak kerongsang setiap seorang..
 
Jadi....
 
Kepada sesiapa yang rasa menjawab dengan betul, sila emailkan nama, alamat dan no. telefon ke zefa_asmara@yahoo.com sebelum hari Isnin 27.12.2010..
 
Keputusan ini adalah muktamad.. sebarang bantahan.. erk, ada bantahan lagi ke? janganla..
 
Harap-harap semua baik-baik belaka..
 
Salam sayang buat semua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...