Follower

Saturday, November 12, 2011

Kemalangan Maut di Behrang 11.11.11 | Jika Ini Sikap Anda.. Jangan Menyesal Jika..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pagi Sabtu yang dingin.. Hujan turun mencurah-curah di Shah Alam. Namun bukan alasan untuk terus tarik selimut. Sambil-sambil menunggu kain-kain berputar dalam mesin basuh, ibu ambil kesempatan online sekejap. Masak? Hmmm.. macam malas je, nak ajak ayah sarapan kat luar je.. Hihi..

Semalam kita digembarkan dengan kemalangan yang menyebabkan 4 orang maut dan 27 lagi cedera di Behrang. Ibu ringkaskan cerita, kemalangan bermula apabila sebuah bas yang membawa pelajar SMK Air Kulim, Kedah terbabas dan terbalik. Lebih malang, mereka dirempuh pula dari arah belakang oleh sebuah treler bermuatan pasir. Mengikut beberapa sumber, semasa bas terbalik, beberapa penumpang hanya cedera ringan.. walaubagaimananapun keadaan menjadi lebih tragis selepas dirempuh oleh treller berkenaan.

Ibu tidak berhajat nak las lebih lanjut tentang kemalangan tersebut. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah swt.. Cuma tiba-tiba ibu teringat tentang 3 keping gambar dalam simpanan ibi yang ibu nak kongsikan di sini.

Sikap suka menggunakan lorong kecemasan. Bayangkan jika betul-betul ada kecemasan, bagaimana pasukan penyelamat nak lalu dan sampai dengan segera?


Sikap suka memotong di tempat yang tidak sepatutnya. Sangat banyak situasi ibu lihat dengan mata kepala sendiri, ramai pemandu berani memotong walau pun sah-sah dah nampak kereta dari arah hadapan..


Jika inilah sikap anda.. Jangan menyesal sekiranya anda terlibat dengan kemalangan. Dan jika inilah sikap anda, tidakkah anda rasa bersalah jika anda juga menyebabkan orang lain mengalami kemalangan?

Ps: Entry ini adalah untuk renungan bersama. Anda itu bukanlah ditujukan secara langsung kepada anda yang sedang membaca entry ini.. :D


9 comments:

  1. Arwah Maysarra Zaidi,ialah anak kepada rakan keje zai..sedih sgt2..semoga raoh dicucuri rahmat..amin..MAin..

    Jenazah selamat dikebumi jam 9mlm semlm..

    ReplyDelete
  2. Kakak teringat kisah kemalangan maut juga pada 10-10-10 tahun lepas. Tapi tahun lepas lagi dahsyat kan...

    ReplyDelete
  3. yang merisaukan, kita sudah cukup berhati2..tapi org lain memandu ikut suka hati mereka ajer :(

    ReplyDelete
  4. salam ..lama tak dtg jengah sejak pc rosak.

    betul, sikap pemandu dan cara pemanduan yang tidak mengikut peraturan menjadi salah satu faktor utama terjadinya kemalangan.

    ReplyDelete
  5. itulah en suami ada cerita pasal kemalangan nie semalam...

    kebanyakan rakyat malaysiamemang bersikap jual ikan(selfish)

    ReplyDelete
  6. ngerikan.......cara dan sikap pemandu pnyebab kmlangan...memandu ikut suka hati...tanpa mngikut peraturan j/raya...ramai pulak yg suka mnjadi hero dan tnjuk terer ketika pemandu tanpa mempedulikan orang lain...

    ReplyDelete
  7. apa apa pun berhati semasa memandu, kepada pemandu yang tak berhemah ingatlah bagaimana jika kemalangan ini terjadi pada ahli keluarga sendiri...fikir dulu sebelum buat

    ReplyDelete
  8. orang kita mmg mcm tu kan? kdg2 yg berhati2 pn terkena akibat kecuaian pihak lain.

    ReplyDelete
  9. Kadang-kadang sedih melihat mentaliti rakyat kita bila menyentuh part memandu di atas jalan raya... semuanya macam nak berlumba.. semuanya nak cepat sehingga lupa akan insan-insan tersayang.. wallahualam

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...