Follower

Monday, February 28, 2011

Hadiah TekaTeki @ Jemari Asmara: Apa cerita?

Assalamualaikum wbt..
Ibu susah hati ni.. dalam 4 orang yang menang Teka Teki @ Jemari Asmara, rasanya baru eT sorang respon dah terima hadiah. Yang lain dah terima ke belum ye? Ibu pos dengan pos ekspres 2 minggu lepas tau..

Ps: apa-apa hal nanti roger-roger ibu tau!!!

Teko Bunga Kangkung Comel!!

Assalamualaikum wbt..


Hasil 'hunting' penghujung Februari.. Teko BK lagi.. paling kecil dlm koleksiku setakat ini.. tinggi 4 1/2 inci sahaja.. suka sbb bentuk dia sempurna, bunga terang dan gold line.. ada 2.. yg satu 1 lg sp2 berkenan emaillah lah ye.. sharing is caring.. hehe..

Ps: ayat tu copy paste je dari FB.. :-)

Sunday, February 27, 2011

Kisah 'Hunting' Yang Buat Daku Ternganga..

Assalamualaikum wbt..

Semalam, Sabtu.. ibu dapat panggilan dari seorang apek. Alkisahnya, haritu ada terjah kedai dia.. (kedai yang dapat OP BK 14").. masa beli OP tu memang rasa dah mahal sikit, bila banding dengan harga yang kawan-kawan lain dapat lah.. haritu memang ada pesan, kalau terjumpa minta dia call..

Dengan hati yang teruja, terus ajak ayah pergi. Nak juga pergi, walaupun kena keluar daerah. (err.. Shah Alam ada ke kedai apek?) Walhal masatu, ayah dah plan nak pergi potong rambut Yusuf Nabhan @ Anggerik Mall dan ibu pulak plan nak intai Ipoh Loken..

Sampai-sampai nampak ni kat atas kaunter..

v

v

v


Wahhh! teruja sungguh..

Bila tanya, "Berapa ni tokey?". Tokey jawab, "RM220.00 sahaja maaa". Waduh! Ternganga daku.. sama harga online tuuuu.. hehehe.. memandangkan target ku lebih kepada BK, dan tidak menepati keadaan dompet Bonia ku.. tak apelah apek.. terima kasih lah..

Ps: ada kawan-kawan yang berkenan ke? meh nak tolong belikan..

Saturday, February 26, 2011

Minat Tanpa Bakat: Boleh ke menjadi?

Assalamualaikum wbt..


Projek ibu malam tadi.. ye ye je kononnya nak melukis. Secara jujur, ibu dari kecil TAK ADA langsung bakat melukis. InsyaAllah, akan diakui oleh adik-beradik ibu.. last melukis masa darjah 6, masuk sekolah menengah aliran agama tak ada subjek lukis-lukis dah..

Minat mula timbul, ketika ibu mula menghias rumah ala-ala english style.. sedar yang ibu tak ada bakat melukis, ibu mula dengan belajar decoupage.. teknik tampalan tisu. Sebahagian hasil decoupage ibu, ada ibu letak di sidebar.. sudi-sudilah intai ye..

Minat nak melukis tetap ada, nak pergi kelas belum ada kelapangan lagi. Jadi ibu beli buku yang ada kaitan dengan dekorasi seni lukis.. ibu beli peralaan asas untuk melukis. banyak juga RM ibu terbang.. alhamdulillah ibu ada pendapatan sendiri. Ibu tak akan minta kat ayah RM apa-apa berkaitan dengan hobi ibu tau..

Malam tadi, konon-kononnya ibu nak lukis macam ni..

v

v

v


dan hasilnya adalah..


v

v

v

 

Hehehe.. jauh panggang dari api. Tak jadi langsung.. tapi jika dilhat pada sudut ia dibuat oleh orang yang tiada bakat, ia dikategorikan.. bolehlah! hehe.. (perasan..)

Ini baru cubaan melukis kali kedua.. kali pertama kawan-kawan boleh tengok di SINI.
 
Setelah melalui pengalaman sendiri, ibu berpendapat bahawa.. walaupun tiada bakat, tetapi dengan minat yang mendalam, ada kemahuan, ada usaha yang gigih.. insyaAllah, jawapannya mesti boleh!!
 
Ps: Apa pula pendapat kawan-kawan? Minat tanpa bakat: boleh ke menjadi?

Friday, February 25, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran - Julai: Iye Ke?

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar kawan-kawan semua.. ibu doakan semua sahabat-sahabat blogger dan pengunjung blog ibu sentiasa di dalam kesejahteraan dan di bawah lindunganNya..

Semenjak dua ni.. di FB, banyak betul kena tag dengan Rahsia Bulan Kelahiran. Jenuh ibu remove tag.. sebab banyak sangat. Bayangkan kawan FB ibu ada 1812 orang. Kalau 1% je yang tag pun.. dah berbelas-belas tau.

Ibu kongsikan di sini.. Rahsia Bulan Kelahiran untuk mereka yang dilahirkan pada bulan Julai. Sebab ibu kan lahir bulan Julai. Difahamkan, ini adalah hasil kajian Dr Fadhilah Kamsah selama 25 tahun.



Secara umumnya.. sebahagiannya tepat, sebahagiannya hampir tepat dan sangat sedikit yang tidak tepat! Nak ulas semua, amatlah panjang. Hehe.. nanti u alls pun malas nak baca. Ibu pilih 3 je ye..

1. Mudah gemuk kalau tak kawal diet..

Huwaaa.. betul sangat-sangat. Sekarangni berat ibu memang dah terlampau-lampau overnya. Hahaha.. dah la ibu ni tak tinggi.. hadui lah. Sampai plan nak tambah baby pun asyik tertangguh, sebab takut tak larat nak bawak perut dan badan yang dipam-pam. hehehe..

Diet? Kita tengok yang ni pulak..

2. Lemah dari kesihatan perut..

Haaa.. yang ni pun betul. Ini antara faktor yang selalu gagalkan misi diet ibu. Alhamdulillah, ibu tak ada gastrik. Tapi ibu mudah masuk angin dan alergik dengan makanan yang berangin. Alamatnya.. menonggeng-nonggeng sakit perut. Sakit dia pulak tak leh nak kata.. ala-ala rasa macam nak bersalin.

3. Rajin dalam membuat kerja..

Teeeeetttt.. yang ni tak tau nak kata apa. Ibu bukanlah seorang yang rajin sebenarnya. Tapi tak adalah pemalas sangat.. hehehe..

Ps: Kawan-kawan punya macammana, banyak yang tepat tak?

Thursday, February 24, 2011

Apa Ada Pada Asmara?

Assalamualaikum wbt..

Hari ini ibu nak buat satu n3 penjelasan.. ahah! penjelasan apakah? Jeng, jeng, jeng..

Penjelasan itu ada kaitan dengan cerita ini..

Sepanjang 3 bulan ibu berblog, ibu mengenali ramai kawan-kawan baru. Boleh dikatakan 95% saabat-sahabat yang ibu temui didunia blogger adalah kawan-kawan baru. Tak ramai kawan-kawan dunia nyata ibu yang ada blog. Tapi ibu tahu,  kawan-kawan ibu tu baca juga blog ibu.. silent rider jer.

Hee.. apa ayat tonggang terbalik ni! Balik pada topik asal..

Ada kawan-kawan baru meberi komen mereka sedikit ternganga, teruja, ada yang suka, ada yang rasa pelik.. ada juga yang meremang bulu roma bila baca nama blog ibu ni... ada peserta GA ibu kata mungkin ibu pilih nama ni sebab ibu ni romantis.. hehe.. i garang u.. tak romantik pun.. haha.. hihi..




Baiklah kawan-kawan, bagi yang belum mengenali ibu lagi.. Asmara adalah nama ibu sendiri. My name is Zefa Nor Asmara binti Jubir. Dalam n3 selesa bahasakan diri ibu.. bila komen-komen blog kawan-kawan, kak zefa.. 'akak' le, usia dah ++..

Anak kelahiran 1978.. tahunni dah 33. Anak baru 2 orang.. dua-dua dah sekolah.. mudah-mudahan akan diberi rezeki untuk dapat baby lagi. Amin!! (rasa-rasa macam dah sedia untuk keluar dari zon selesa)..


Salam ukhwah buat semua...!

Teko Bunga Kangkung - 2 Let Go!!

Assalamualaikum wbt..

Aduh! Aduh! Mata ibu asyik dikaburi dengan bunga-bunga kangkung.. ngeeee. Sebelum ini ada ibu buat n3 pasal My New Passion kan.. sikit-sikit kangkung.. janji jumpa kangkung rembat.. tapi bukan sayur kangkung tau! Sekarang ni ada 5 biji teko bunga kangkung. 3 daripadanya sama saiz.. jadi ibu ambil keputusan nak let go 2 biji.


Set A
 
Set B


Ps: Jika berminat, keterangan lanjut ada di http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com

Tuesday, February 22, 2011

Rindu Pada Mikrofon..

Assalamualaikum wbt..

Rindu pada mikrofon? Apakah? Karaoke kah? hehe.. karaoke-karaoke takde dalam kamus hidup ibu. Seumur hidup tak pernah karaoke tau.. Tak pandai nyanyi pun..

Sebenarnya, hari ini pergi ceramah. Selepas setahun tak berceramah.. eh! ye ke? Yelah.. last sekali hujung tahun lepas. Dah setahun la kan? hehe.. Kiranya, hari ini sesi melepas rindu pada mikrofon.

Hebat sangat ke ibuni dalam berceramah? Tak adalah, biasa-biasa sahaja..  Tapi alhamdulillah, bolehlah untuk menjalankan tanggungjawab. Semuanya kurniaan Allah swt..

Harap-harap, apa yang ibu sampaikan pada hari ini menambah sedikit sebanyak ilmu dalam dada adik-adik kita ni.. Semoga semangat dan motivasi mereka juga meningkat..

Gambar-gambar aksi seorang penceramah.. hehehe..

Ups.. tunjuk belakang aje ke? hehe.. jangan pandang belakang..

 
Pandangan sisi pula.. jangan diintai kasut tu ye.. tumit kasut sarung ibu dah 'senget'.. belum beli yang baru..

 
Haa. baru lah pandangan dari hadapan.. tapi tunjuk dari jauh je ye..

Ps: Semua aksi-aksi terover, tunjuk-tunjuk jari atas bawah, aksi mulut ternganga, termuncung semasa berceramah.. tidak akan ditunjukkan untuk memelihara keayuan penceramah.. kihkihkih..

Wassalam..

Jemari Asmara 2nd GiveAway - Update 1!!

Assalamualaikum wbt..


Kepada semua peserta-peserta Jemari Asmara 2nd GiveAway.. sebahagian dari penyertaan telah diintai dan diterjah oleh penganjur.

Sila semak senarai peserta yang telah diterjah di SINI

Senarai yang bertanda *** bermakna telah mendapat teguran dari penganjur yang memerlukan sedikit pembetulan.Selepas membuat pembetulan, sila respon kembali pada n3 senarai peserta.

Di antara kesilapan yang banyak dilakukan ialah:

* tidak menyatakan referral (akan dikira Jemari Asmara sebagai referral)
* menyatakan blog sendiri sebagai referral (akan dikira Jemari Asmara sebagai referral)
* tidak memasukkan blog penganjur dan penaja GA di dalam bloglist
* kesalahan kenyataan tarikh tutup sehingga 100 peserta (kenyataan sebenar, tarikh tutup akan dimaklumkan kemudian dengan sasaran sekurang-kurangnya 100 penyertaan)

Harap semua peserta mengambil perhatian. Terima kasih!!

Ps: Ibu takada HB, klik-klik le iklan Nuff tu.. mungkin info dalam iklan tu boleh beri maklumat pada kawan-kawan. Heee....  (tapi asyik keluar iklan merah je.. huhu..)

My New Passion: Bunga Kangkung

Assalamualaikum wbt..

Ibu nak syer dengan kawan-kawan blogger, koleksi ibu yang terbaru.. ibu dah upload gambar-gambarni kat FB sebenarnya.. syer kat blog pulak lah ye..

 Koleksi Pinggan Mangkuk Lama (PML) Bunga Kangkung.. setakatni, ini saja yang ada.. semuanya hasil hunting sendiri di kedai-kedai lama.. ada satu minta kat mak..


 Bawa kangkung-kangkungku keluar dari tempat bersemayam.. semata-mata untuk sesi bergambar.. hehe.


 Ini jiran sebelah dia, nak gak interframe.. koleksi Vantage F4ku nan seciput..


 Ini kedudukan asal kangkungku dalam tempat bersemayam..


 Dekorasi sebenar.. simple aje..

Ps: kawan-kawan yang ada simpan pinggan-pinggan lama macamni, tapi tak berminat pun.. letgolah ke akak ye.. bagi hadiah ke.. jual murah-murah ke.. akak suka tau.. tak kisah pun bunga apa-apa.. dah sopek ke.. dah sumbingke.. tak kisah.. janji pinggan lama..

Terima kasih..

Monday, February 21, 2011

Bila Budak Rajin Tak Sihat..

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari rumah.. hari ini ibu terpaksa cuti. Bangun pagi tadi, puteri ibu masih mengadu sakit kepala... merengek-rengek minta ibu picit. Luluh hati ibu..


 Inilah rupanya selepas mandi, minum susu, muntah sebesen, makan ubat, tepek koyok.. lembek je.. huhu.. ibu rasa nak nagis tengok dia.. besen sentiasa standby.. semalam punya kain-kain kena muntah pun belum cuci lagi..

Selepas sejam.. ini yang terjadi..

v

v

v

v

Hehehe.. ibu dah kata, budak banyak ragam ni rajin.. dalam tak sihat pun.. buku tetap layannnn...

Err.. ibu baru je pas jenguk dia jap, dah baring balik.. huhuhu..

Cepat baik ye nak.. besok ibu kena bagi ceramah.. takleh cuti.. (anak ibu yang sorangni tak mau dengan ayah.. ibu pun tak faham kenapa..)

Mungkinkah Sebab Terlebih Rajin?

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya, ibu tak pasti apa tajuk yang sesuai untuk n3 kali ini. Tapi cerita berkisar tentang puteri ibu, Maryam Nabihah.. Bagi yang baru kenal blog ibu, secara ringkas ibu ada dua cahaya mata.. sulung Yusuf Nabhan 7 tahun, bongsu Maryam Nabihah 3 tahun 6 bulan.

Maryam Nabihah ni banyak sikit ragamnya, ada aje yang tak kena, manja dan mengada-ngada (yang ni memang dugaan bagi kami suami isteri).. dah pun bersekolah di Genius Aulad mulai Januari 2011. Tetapi seorang anak yang sangat rajin membaca (belum pandai baca pun.. sikit-sikit kenal sukukata), menulis (menconteng) dan mewarna..

Bayangkan (pada hari cuti).. bangun jam 6.30 pagi, mandi, minum susu.. dia akan terus mula pegang buku.. kalau tak ke mana-mana sehari, seharianlah dia akan pegang buku.. hanya berhenti jika nak ke tandas. Makan minum pun, kalau kena paksa..

Dan ini yang terjadi semalam (Ahad) petang..

v

v

v



Dia tertidur semasa aktiviti mewarna.. (ibu tak ler biarkan.. angkat pulak tidur atas toto)

Bangun dari tidur, dia menangis.. mengadu sakit kepala.. muntah muntah.. tapi badan tak panas.. tak demam pun..  Hingga ke malam masih mengadu sakit kepala sampai tahap dia ketuk-ketuk kepala dia..

Ayah belikan ubat.. lepas makan ubat ambil masa juga nak tidur.. alhamdulillah, sekarang ini sedang lena..

Mudah-mudahan anak ibu okey besok pagi.. hati ibu akan sangat berat untuk ke tempat kerja jika nak tidak sihat..

Ps: jam dah 3 pagi.. ibu nak tidurrr.. zzzzz.. sebelum dia bangun dan merengek-rengek lagi.. bye bye!

Sunday, February 20, 2011

Ibu Tanpa Gagal: Rekod Tercalar Sudah..

Assalamualaikum wbt..

Selama ini, ibu duk canang satu dunia.. sampai ke Finland pun tahu cerita.. hehe.. yang ibuni tak pernah gagal pun sediakan bekal untuk Yusuf Nabhan ke sekolah.. hari-hari bawa bekal. Tak sampai sebulan sekolah, tabung dah penuh


Comel kan?

Tapi... minggu lepas, 18.02.2011.. akhirnya rekod itu sudah tercalar. Yusuf Nabhan tak bawa bekal haritu..

Tapi.. bukan sebab ibu malas tau! Dan bukan sempat ibu tak sempat.. dan bukan sebab tak ada makanan kat rumah..

Tapi.. sebab Yusuf Nabhan sendiri yang minta. Lemah lembut je dia bagi tau sehari sebelum tu, "Ibu, besok tak payah bawakan abang bekal ye, abang nak beli kat kantin. Abang nak makan mee".

Selamani.. ibu tak pernah halang dia beli kat kantin pun. Tiap-tiap hari ayah bagi RM3.50 untuk belanja.. Cuma, bila dah bawa bekal.. dia pun tak beli.

Hehehe.. sekian saja cerita ibu untuk hari ini.

Ps: kepada peserta GA jangan lupa komen yer.. nanti ibu bagi markah lebih. Kihkihkih.. boleh pulak macam tu yerrr?

Friday, February 18, 2011

3 Teko BK @ 4 Kedai Apek..

Assalamualaikum wbt..

Cerita pinggan mangkuk lama (PML) lagi.. sabar kawan-kwan, baru 4 n3.. hehe.. tak kira, nak cerita jugak.

Ibu memulakan koleksi PML dengan koleksi Bunga Kangkung (BK). N3 bagaimana bermula boleh baca SINI. Tak pun klik je label PML tu..

N3 ini ada kaitan dengan n3 INI. Ibu dengan gigihnya, menerjah kedai-kedai apek.. mari ibu kongsikan hasilnya..


 Hasil dari Kedai Apek pertama.. teko n cawan-cawan comel.. semua tak ada apa-apa cop kat 'montot'.. tapi teruja sebab ni 1st tme jumpa teko BK.. dan buatannya kemas.. jadi apalagi? Rembatttt..


 Hasil dari Kedai Apek kedua.. tutup dah tak ada.. dengan izin tokey kedai.. daku rembat tutup teko lain.. hehe.. dengan izin tau!!


 Yang keduani ada cop.. entahlah, daku tak reti lagi pasal cop-cop nih.. sedang manggali maklumat..


 Hasil dari Kedai Apek ketiga.. yang ini pun tak ada cop.. tapi berkenan sebab teko dia kecik sikit dari 2 yang dah beli.. cawan-cawan comel pun besar sikit dari yang ada..


 Hasil dari Kedai Apek keempat.. dapat mangkuk comel dan tutup teko ada BK.. tekonya tak ada..


Barissss.. ginilah jadinya setelah disuai padan semula.. okeylah tu, dari tak ada..

Misi akan diteruskan lagi!! Yeahaaaa!! Ups..

FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE!!

Assalamulaikum wbt..
 
 
 
Hari ini ibu dapat tag dari BSB untuk '1st GA From Diva's Shoppe'. Seperti biasa, jika ibu berkesempatan, ibu akan layannnnnn.. Jom kawan-kawan kita joint GA ini ramai-ramai.. kat bawahni, ibu copy dari n3 penganjur..
 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. korang kene jadi follower blog ni : Diva's Shoppe (selesai)
  2. korang kene jadi follower blog ni plak : Mr. & Mrs. Right's Diary (selesai)
  3. buat 1 entri ringkas pasal GA ni kat blog korang...tajuk entri : "FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE" ... (inilah n3nya)
  4. letak picture kat atas tu kat sidebar korang beserta LINK utk entri contest ni.. (ok)
  5. tag 5 orang rakan korang utk join contest ni...(make sure diorang tau diorang di tag!!...) (Puteri Qis Balqis, Izan-cute, Mariam bebakar, UmmiAmnaAmzar, YaAlya)
  6. tinggalkan LINK korang kat kotak komen kat bawah ni.... (ok)
  7. Ibu masukkan juga Diva's Shoppe dalam bloglist Jemari Asmara..
Semoga Berjaya!!

Thursday, February 17, 2011

PML vs RM!

Assalamualaikum wbt..

Ibu masih dalam mood pinggan mangkuk lama (PML). Maaf la kalau ada kawan-kawan yang boring.. asyik cerita pasal PML je. Bagi lah ibu can ye.. masuk yang ni baru 3 n3.. hehe.. bukan 30 tau. N3 pertama SINI dan n3 kedua SINI

Melayan hobi baru ibu ini perlukan RM yang banyak.. Janganlah terus kata ibu banyak duit. Baca dulu ye.. Harga PML semakin tinggi sekarangni. Lagi-lagi kalau yang dah dijual atas tangan.. Lagi-lagi lepas slot WHI buat slot pasal PML.. Mahu berganda-ganda..

Mula-mula dulu, konon ibu nak kumpul sikit-sikit. Tapi tak tahan nafsuku digoda gambar-gambar kat APC (Antique Porcelain Collectors) @ FB Group. Tapi, bila dah mula.. susah woo nak stop. Nak lagi, nak lagi.. (Hehe.. nampak sangat  tak tahan godaan)

Jadi, ibu ambil pendekatan 'hunting' sendiri kat kedai-kedai lama yang kawan-kawan APC selalu panggil Kedai Apek. Harga, murahlah sikit.. tapi mak aiii! Nak menyelongkar, menggeledah, mengabuk.. err.. apakah itu? Hehe.. kumpul habuk kat paru-parulah.. namapun kedai lama.

Setelah merasai 'nikmat' menghunting itu, ibu mula mengakui bahawa harga yang diletakkan oleh kawan-kawan yang berniaga adalah patut.. cuma ibu tak rasa lagi pengalaman membeli PML terpakai dari orang dolu-dolu.

Ini saja coretan ibu.. kat bawah ni koleksi ibu hasil terjah 4 Kedai Apek.. dapatnya ciput aje..



Nanti-nanti ibu buat n3 pasal ni yer..


Ps: Ibu macam nak buat GA lagi. Nak joint tak?

Hasil Pertama 'Hunting' @ Kedai Apek..

Assalamualaikum wbt..

Ibu ada hobi baru yang ibu ada cerita dalam n3 INI. Niat nak menahan dulu hobini tak kesampaian. Hati ini mula mendesak-desak untuk mengumpul pinggan mangkuk lama (PML).

Baru-baruni balik kampung, cubalah kenen-kenen kat mak lagi. Sob! Sob! Sob! Mak tak bagi.. huhuhu.. mak takdelah kata tak bagi, tapi mak kata.. "kan haritu dah bagi". Jadi.. faham-faham le..

Maka bermulalah azam baru.. taknak minta-minta dah. Nak, kumpul sendiri, beli sendiri. Ibu nak syer dengan kawan-kawan, hasil pertama beli di kedai apek.


 Pinggan kuih Bunga Kangkung.. 2 keping je.. jadilah..


Belakang dia ada cop macamgitu..

Ps: kawan-kawan, ada sesipa yang ada hobi macam ibu ke? Sekarangni bukan saja hobi kumpul PML je, ni dah ada hobi 'pakej' pulak.. hobi 'hunting menghunting'.. hehe..

Tuesday, February 15, 2011

Choc Cake Jemari Asmara

Assalamualaikum wbt..

Masih dalam mood masak-masak.. selepas Roses Choc, hari ini ibu bersemangat buat choc cake pula.. dan hasilnya adalah..

v

v

v


 Kali ini ibu guna resepi yang mem kat opis bagi.. lebih kurang sama dengan resepi yang ibu guna sebelum-sebelum ni.. bezanya..

v

v

v


Kali ini ibu guna mikrowave sahaja.. biasanya ibu kukus.. sebab takade oven. Guna mikrowave lebih cepat dan senang.. cuma kesannya, kek kurang lembab.

Apapun, anak-anak kata sedap. Dah cukup buat hati ibu bahagia.. :-)

Roses Choc Jemari Asmara

Assalamualaikum wbt..

Mempersembahkan Roses Choc Jemari Asmara..

v

v

v


Hehe.. suka-suka bagi nama. Tapi siyes, ini coklat hasil air tangan diriku. Jemari Asmara buat sendiri tau.. Siap kuarkan pinggan vantage F4 semata-mata nak buat sesi photografi.. Percubaan pertama yang menjadi. Yes! Yes! Yes! Eh.. Alhamdulillah..

Kredit untuk MummyChacha aka Izan_Cute.. izan dengan baik hati email cara-cara buat coklat homemade.. Izan ni adalah antara rakan blogger ibu yang selalu tolong ibu.. Saaayang kat dia tau!!

Coklat ni ibu nak suap kat mulut En. Ayah.. harini Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke 8 tahun hijrah!!

Monday, February 14, 2011

12 RabiulAwwal 1432H: 8 Tahun Penuh Makna..

Assalamualaikum wbt..

Syukur Ya Allah atas segala kebahagiaan, rezeki dan nikmat yang Kau curahkan kepada kami.. Tak terungkap dengan kata-kata.. inilah peristiwa manis 8 tahun yang lalu..

12 RabiulAwwal 1424H..

v

v

v








Maulidur Rasul 1432H

Assalamualaikum wbt..



Masjid Al Hidayah baru sahaja usai dengan program sambutan Maulidur Rasul. Ayah dan abang pun baru pulang.. Ibu, walau sekadar memasang telinga dari rumah.. cukup terkesan dihati. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw..

Hasil carian di google..

Balik Sekinchan - Mentarang Bakar Lagi!!

Assalamualaikum wbt..

Semalam (Ahad) kami sekeluarga balik kampung Sekinchan.. Jengah orang tua.. balik hari je. Nak balik Sabtu, ayah ada bola..


 Possing sebelum berangkat..


 Teringin makan mentarang bakar lagi.. tapi kedai yang ibu cerita haritu tutup.. pergi la sini. Nama gerai ni kalau tak silap Din Mentarang Bakar.. seberang jalan je.. Tapi mahal sikitlah.. sepinggan RM8.00.. kedai haritu RM5.00 je.. saiz sama je ibu tengok. Tapi orang kedai ni baik hati. Semalam adalah 'kes' sikit. Ibu siap nak bayar lagi.. tapi dorang kata tak payah.. Terima kasih!! (malu i tau.. hehe.. tapi 'kes' adalah rahsia.. )


 Nabhan sedang menikmati mentarang bakar.. cicah dia air asam.. kedai hari tu thai sos..


Budak comot.. padahal dah mandi dan tukar baju tu..

Hehe.. budak comot ni le pelakon utama 'kes' yang terjadi.. hmmmmm.

Sunday, February 13, 2011

Al Quran Penenang Jiwa..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, pagi Ahad yang tenang. Gelombang emosi ibu juga semakin tenang.

Semalam, ibu meluah rasa dalam n3 Segaris Calar Menggoyah Emosi Ibu. Sesungguhnya, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Membiarkan kesedihan berpanjangan dalam diri bermakna membiarkan syaitan meneroka hati kita. Hati yang kosong dan gundah begitu senang menerima bisikan syaitan.. yang akhirnya mampu memesongkan seseorang itu..

Sedangkan Allah swt dalam firmanNya, (yang bermaksud):

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus 10:57).

 
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)


Pic dari google

Ps: Kawan-kawan, jadikanlah Al Quran sebagai peneman. Bacalah ayatnya setiap hari.. walaupun 1 ayat. InsyaAllah, terlalu banyak hikmahnya untuk kita. Wallahua'alam.

***************

Saturday, February 12, 2011

Segaris Calar Menggoyah Emosi Ibu..

Assalamualaikum wbt..

Tiada catatan menarik untuk hari ini..

Bangun pagi, solat, mengaji.. layan aktiviti decoupage jap.. basuh dan sidai baju.. urus anak-anak (adik je, abag semua dah buat sendiri), bawa anak-anak keluar makan.. lepas makan, bawa Yusuf Nabhan ke klinik gigi. Dah seminggu gusi bengkak (sejak demam).. sian anak ibu susah nak makan. Dah kurus sikit dah..

Balik klinik, sambung lagi aktiviti decoupage. Lepas zuhor keluar lagi, makan tengahari. Nampak sangat ibu ni mals masak kan? Petang, ayah dan abang ke Bukit Jalil. Ayah ada 'bola'.. Ibu dan adik bermalas-malasan depan tv..

Lepas maghrib ibu on lappy. Jengah 2-3 blog kawan-kawan. Hinggalah sampai disatu blog yang sedang meganjurkan GA. Berkira-kira nak ikut serta, ibu menyelongkar memori-memori lama mencari idea.

Malangnya, minda ibu terlencong dari tujuan asal. Tiba-tiba teringat kisah lama yang meninggal calar di hati. Segaris calar itu, benar-benar menggoyah emosi ibu.

Buku catatan pahit yang sudah ditutup terbuka lagi. Luka lama berdarah kembali..



Friday, February 11, 2011

Satu Petang Di Klinik Seksyen 7 Shah Alam..

Assalamualaikum wbt..

N3 ibu kali ini ada kaitan dengan silap yang ibu ceritakan di n3 INI. Hari ini adalah hari temujanji yang ditetapkan oleh pihak klinik. Hmmm.. bukan anak ibu sorang, ramai rupanya. Heeee...

Layan gambarrrr..


 Menunggu dengan penuh debaran.. ikut hati dia, dia nak joint kawan-kawan main lari-lari (ada 2-3 orang budak main kejar-kejar kat dalam klinik).. sekali ibu jeling, terus duduk balik.. hehe.. garang bertempat ye.. takkan nak biar anak main kat tempat yang tak sepatutnya.. ada patut?


 Ayah teman masuk.. ibu skodeng dari luar je.. kang snap depan-depan, ada yang 'kena' dengan puan misi tu.. hehe.. misi yang cocok ni okey.. yang kat kaunter nampak garang jer..


 Huk alooo.. baru nak snap masa cocok lengan sebelah lagi.. lalu pulaklah makcik ni..


Yeay! Hero ibu tak nangis pun.. (sorang dua budak sebelum dia nanges.. hehe..) laju sangat jalan.. tak sempat ibu nak snap elok-elok..

Sekian, coretan ibu 'Satu Petang Di Klinik Seksyen 7 Shah Alam'.. Err, bolehke tangkap gambar kat klinik? Salah di sisi undang-undang tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...