Follower

Tuesday, May 31, 2011

Anisha Shahirah.. Selangkah Ke Menara Gading!!

Assalamualaikum wbt..



Tahniah buat anakanda Anisha Shahirah! 9A dalam SPM dan kini melangkah ke menara gading..


Bergambar kenangan di hadapan Mahallah Zainab Jahsy IIUM Foundation Centre.. Keluarga En Ayah semuanya..

Ps: Maryam Nabihah tak mahu bergambar, tengah merajuk masa ni.. Yusuf selalu spoil the picas, suka sangat buat aksi pelek-pelek.. :-(

Akhirnya.. Ibu Cuti Jua.. Lagi!!

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari rumah.. Mei 2011, hampir sebulan kami suami isteri bergilir-gilir cuti, bermula Maryam Nabihah kena chicken pox pada 4 Mei 2011 diikuti Yusuf Nabhan pula bermula pada 20 Mei 2011. Diikuti pula taska yang ditutup kerana pengasuh-pengasuh juga kena chicken pox..

Semalam, kami suami isteri sama-sama tak boleh cuti. Ayah ada mesyuarat, ibu pula ada beberapa laporan yang mesti diselesaikan. Ibu ada buat n3 tentangnya, 'Oo Zum!! Ibu Atau Ayah?' Sudahnya, tiada siapa-siapa cuti semalam. Ayah bawa Yusuf ke pejabat dan ibu bawa Maryam ke pejabat.

Akhirnya, semalam ibu mengambil keputusan untuk cuti lagi. Ibu memang ada mohon cuti untuk balik kampung. Ibu tarik cuti mingu depan bawa ke minggu ini. Malam tadi dapat sms dari pemilik taska, taska telah dibuka semula. Tapi tak apalah, permohonan cuti ibu telah diluluskan dan ibu akan bercuti sehingga Jumaatni.

Sekadar catatan peribadi, kos yang dikeluarkan untuk bayaran taska, tadika, van sekolah Maryam dan Yusuf setiap bulan mencecah RM650.00 sebulan. Tapi untuk Mei 2011, hmmmmmm.. (luah dalam hati ajelah ye..)

Apapun, ibu bersyukur dan percaya, bahawa setiap ujian dan dugaan yang Allah swt kurniakan pasti ada hikmahnya.


Sekadar gambar hiasan.. hiburkan anak-anak di Jungle, Jungle Sunway Piramid..

Monday, May 30, 2011

PML: Chinese Pine

Assalamualaikum wbt..

N3 cuci-cuci mata.. Lagi koleksi PML (pinggan mangkuk lama) milik ibu..


 Chinese Pine..

Motif Chinese Pine ini pada pandangan mata ibu tidak popular.. belum pernah lagi berjumpa dengan collector yang aktif FB memperagakan set lengkap motif ini..

Set dalam simpanan ibu bermula di Selinsing.. Mula-mula jumpa, ibu berkenan nak beli bukan sebab coraknya. Tapi masatu sebab tekonya adalah Aladdin dan dijual bersekali dengan creamer dan sugar pot aladdin juga..

Masatu juga, ibu tak tahu nama motif ni. Ibu suka-suka bagi nama Selinsing (sebab beli di Selinsing..) Hinggalah ibu jumpa di FB seorang seller PML dari Singapura yang jual set ni. Barulah ibu tahu namanya Chinese pine.. :-)


Inilah teko aladdin.. beli di Selinsing..

 
Inilah sugarpot aladdin.. juga dari Selinsing..


Ini pula creamer aladdin.. pun dari Selinsing..


Cawan mulut lebar (ML) dari Mama Heritage.. satu ni je dari Mama..

 
Akhirnya, lengkap saudara mara set ni dari Eis Antique..

Bermula dengan rasa biasa-biasa terhadap coraknya, ibu makin jatuh cinta. Jatuh cinta dengan kesuciannya.. Putih.. Bersih..

Wassalam!!

Sunday, May 29, 2011

Oo Zum!! Ibu Atau Ayah?

Assalamualaikum wbt..

Ape cer oo zum tu? Err.. betul ke ejaannye tu? Ala yang keluarkan tangan tengok sapa yang kena tu.. hehe..

Alkisahnya, timbul satu lagi masalah! Taska masih tutup.. besok dua-dua (ibu dan ayah) tak boleh cuti! Ayah ada mesyuarat! Ibu ada laporan yang masih belum selesai! Macammana ni?

Ibu cakap dengan ayah, susah-susah kita oo zum je.. hehe.. Ayah geleng kepala. Jawabnya, insyaAllah ada cara lain yang lebih bijak. Hmm.. Ayah cakap je.. Tapi tak ada apa-apa cadangan pun!

Akhirnya, ibu juga yang mengeluarkan mentol di atas kepala. Apakah cadangan ibu? Apakah kesudahannya? Hehe.. kita tunggu besok, adakah cadangan ibu itu diterima En Ayah atau pun tidak..

Bersambung.. Hehehehe..


Sekadar gambar hiasan.. gambar ni diambil tadi. Kami jalan-jalan di Sunway Piramid. Yusuf masih belum baik sepenuhnya, tapi kami bawa juga berjalan-jalan.. Meraikan tetamu yang datang dari jauh.. keluarga ayah seramai 7 orang berkampung di 'Baiti Jannati' sejak Jumaat lepas..

Ps: Agak-agak, apa kesudahan besok ye?

Saturday, May 28, 2011

Maryam Tak Nak Ke Sekolah: Masalah Selesai!!

Assalamualaikum wbt..



Ini puteri ibu Maryam Nabihah.. Baru je sembuh dari chicken pox. (Ketika n3 ini ditulis, abangnya Yusuf Nabhan pula kena chicken pox).

Sejak baik dari tidak sihat, dia ada satu penyakit baru pula. Penyakit tak nak ke sekolah. Lagi satu, kemanjaan dengan ibu pun meningkat berkali-kali ganda. Kalau boleh 24 jam nak melekat dengan ibu.

Mingguni taska tutup sebab pengasuh pun kena chicken pox. Jadi Maryam duduk rumah dengan ayah. En. Ayah bab pujuk memujuk memang gagal (sebabtu kalau ibu merajuk pun, ibu pujuk diri sendiri.. hehe..).

Oleh kerana En Ayah gagal memujuk si anak untuk ke sekolah, maka terpaksalah ibu berulang alik dari Klang ke Shah Alam setiap hari semata-mata nak pujuk kekasih pojaan hati untuk ke sekolah.

Biasanya, dekat-dekat pukul 1.00 ibu akan pecut balik rumah, mandikan, siapkan dia dan hantar ke sekolah. Bulan ni bayar saje-saje ke van Genius Aulad tu.. sempat naik beberapa kali je.


Hahaha.. comot. Balik sekolah mesti dapat apa-apa punyalah. Upah pergi sekolah..
 Oh ya, pada yang belum tahu.. Maryam Nabihah ni sekolah sesi petang. Kelas bermula jam 1.30 petang.

Tapi, harini masalah tu dah selesai. Ibu pun dah tak perlu berulang dari tempat kerja untuk hantar dia ke sekolah.

Sebab sekarang dah cuti sekolah..

Hehehehe..

Alhamdulillah!

Thursday, May 26, 2011

PML: Oval Plate Bunga Kangkung..

Assalamualaikum wbt..

Cuci mata lagi dengan sedikit koleksi Bunga Kangkung yang ibu ada. Kali ini ibu nak kongsikan koleksi oval plate (OP) Bunga Kangkung ..

Koleksi terdiri dari op 16 inci, 14 inci, 12 inci dan 10 inci..

Op 16 inci ibu beli di Amcorp Mall, op 14 inci ibu beli dari apek klang (dapat 4 masatu, yang lain ibu letgo ke kawan-kawan), ibu ada 1 lagi op 14 inci yang ibu beli di Selinsing Kelantan, op 12 inci hasil barter dengan cikgu siti dan yang 10 inci ibu beli di Selinsing.

Sekian, wassalam.

Ps: Tiada idea untuk n3 baru, tepek je la pic yang ada. Hehe..

Wednesday, May 25, 2011

Taska Tutup! Rasa Bersalah! Ayah Cuti!! Ibu Yang Letih!!

Assalamualaikum wbt..

Ini bukan n3 keluhan.. bukan bermaksud tidak redha.. sekadar melepas rasa di hati. Kalau simpan-simpan, takut meletupppp! Hehe..

Alkisahnya, Taska di mana anak-nak ibu tumpang bermanja ketika ibu dan ayah keluar berkerja sedang..

v

v


Taska tutup selama dua minggu.. sebab dua orang pengasuh kena chicken pox! Ada baby juga kena chicken pox..

Sebab ini jugalah ibu rasa bersalah, sebab anak ibu yang mula-mula kena. Hmm.. ibu bapa budak-budak  lain mesti salahkan orang yang mula-mula kenakan? Sebab orang pertama tu yang sebarkan virus. Ibu faham ini ketentuan Allah swt, namun sebagai manusia biasa.. ibu sangat-sangat rasa bersalah.. Allahu Akbar!!

Sahabat-sahabat yang mengikuti blog ibu, insyaAllah tahu tentang Maryam Nabihah yang baru sembuh dari chicken pox dan kini beralih pula kepada abangnya Yusuf Nabhan..

Seperti biasa, jika anak-anak sakit.. kami suami isteri akan bergilir cuti (tapi biasanya ibu yang cuti lebih). Kalau ibu yang cuti, insyaAllah ibu boleh urus semua anak-anak, masak, basuh baju, sidai baju, hantar dan ambik sekolah, termasuk buat kerja pejabat di rumah.

Tapi kalau ayah yang cuti... tak pe lah, tak mau ceritalah.. Huwaaaaa!!

Sekian luahan hati ibu.. hehe.. Tak marah kat En. Ayah pun.. faham sesangat beza ibu dan ayah.. cuma letih sikit je. Dah dua hari tengahari buta ibu berulang alik dari pejabat ke rumah. Huhu..

Tuesday, May 24, 2011

Selepas Isu: Apakah Sardin Pilihan Anda?

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat yang dikasihi? Ibu kira sahabat-sahabat pernah mendengar beberapa isu tentang sardin bukan? Hmm.. tak perlulah ibu kisahkan isu itu di sini.. kerana hidangan tengahari ibu semalam adalah..

v

v

v


 Sardin..

Mungkin ada yang rasa biasa-biasa sahaja, kerana mereka juga memakan sardin di dalam tin. Mungkin ada yang berkerut dahi atau menjuih bibir kerana mereka tidak memakan makanan di dalam tin. Itu ibu tidak nafikan, makanan dalam tin memang kurang baik untuk kesihatan.

Namun sejujurnya, ibu sebagai isteri akan masak apa yang dibeli oleh suami. Ibu tidak kepasar, ibu juga tidak ke pasaraya. Semua itu tugas En ayah. Tugas ibu mengolah apa yang suami beli. Ayah beli ayam, ibu masak ayam. Ayah beli ikan, ibu masak ikan. Ayah beli sardin dalam tin, ibu masaklah.. :-)

Walaubagaimanapun, dalam hidup kita perlu memilih. Makan apa sahaja kecuali tolak batu dan kayu adalah konsep yang salah.

Ayah juga memilih, dan ini adalah sardin pilihan ayah..

v

v

v


Mudah-mudahan pilihan ayah adalah betul..

Ps: kawan-kawan makan sardin?

Monday, May 23, 2011

Daun Semambu vs Chicken Pox!!

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari rumah, hari ini ibu cuti lagi. Yusuf Nabhan pula kena chicken pox sejak Jumaat lepas. Sebelum ini semasa Maryam nabihah sakit, ibu ada syer tentang Nasihat dan Petua. Hari ini ibu nak kongsikan tentang daun semambu..


Inilah rupanya daun semambu. Ibu ambil dari google.. tak sempat ibu nak snap gambar, ayah dah leraikan.

Daun semambu dikatakan boleh mengubati cacar dan campak. Ada orang kata cacar sama dengan campak. Bagi ibu tak sama.. cacar tu chicken pox.. campak tu mizle.. (betulkan jika ibu silap). Apapun daun semambu dikatakan boleh mengubati kedua-dua penyakit tersebut dengan izin Allah swt..

Bila ibu buat carian diinternet, rata-rata mengatakan daun ini boleh dibuat mandi atau alas semasa tidur. Seorang rakan FB berpesan, juga boleh diblender dan dijadikan bedak sejuk. Seorang lagi rakan FB ibu berpesan blender daun semambu dengan daun belimbing buluh bersama air badak dan lumur seluruh tubuh.

Jom tengok projek ibu sepanjang masuk 3 mingguni..


Mula-mula rebus daun semambu tu.. ada orang kata ramas-ramas sahaja pun boleh juga..


Masukkan dalam baldi..


 Campurkan dengan air..

Siap untuk mandikan anak.. :-)

Ps: Ada orang tua kata kalau kena campak atau cacar tak boleh mandi.. terpulang kepada masing-masing untuk ikut cara yang mana.. :-)

Sunday, May 22, 2011

Kaki Lembu Lagi..

Assalamualaikum wbt..

Masak kaki lembu lagi.. hahaha.. 

 v

v

v


Kaki lembu dan kacang panjang tumis berlada.. sedappp (mengikut tekak ibu lerr..)

Sebelumni ibu ada buat n3 tentang kaki lembu tumis sempoi dan cara-cara mengurus kaki lembu dalam n3 Eksotikkah Hidangan Ini?


Resepi kaki lembu dan kacang panjang tumis berlada yang senang dan sempoi!

Bahan-bahannya:

1 pinggan kaki lembu (sila rujuk n3 INI untuk mengurus kaki lembu..)
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 sudu cili giling
1 ikat kacang panjang dipotong-potong
garam secukup rasa..

Cara-caranya:

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling sehingga naik bau dan pecah minyak (untuk memastikan cili betul-betul masak.. suami ibu tu perut sensitif.. hehe..)
Masukkan garam dahulu agar rasa masinnya lebih rata..
masukkan kaki lembu dan kacang panjang.. gaul sehingga kacang masak (kaki lembu telah direbus terlebih dahulu dan telah lembut..) Masukkan sedikit air jika tidak suka terlalu kering..

Sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Ps: Ibu syer resepi bukanlah bermaksud  ibu ni terer masak ye kawan-kawan. Saje je suka-suka.. :-)

Saturday, May 21, 2011

Resepi Spagetti Sardin..

Assalamualaikum wbt..

Malam ini ibu nak kongsikan satu resepi spagetti versi guna apa yang ada. Selalu ibu guna word 'sempoi' kan. Malam ni lain sikit, 'versi guna apa yang ada'. Hehe..

Dua hari yang lepas ayah bawa balik sepeket spagetti. Maka ibu sendiri mahu pahamlah, kena masak spagetti lah. Tapinya, dalam plastik yang dibawa balik dari kedai cuma ada spagetti, setin sardine dan setin sos spagetti. Daging cincang takde,tomato takde.. apatah lagi keju atau oregano.

Apapun, spagetti kena masak juga.. dan inilah hasilnya..

v

v

v

Spagetti sardin.. hehe, sempoikan? Togel je nampak, tak ada aksesori langsung..

Apapun, moral of the story.. bahan tak cukup bukan penghalang nak masak sesuatu. Alhamdulillah, yang kat atas tu anak-anak kata sedappppppp!! Hehe.. Masa n3 ini ditaip ayah tak makan lagi, baru balik dari masjid.

Nak kongsi resepi pun malu sebenarnya.. sempoi sangat. Apapun, layannn..

Bahan-bahan:

1/2 peket spagetti
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan cili giling
1 tin kecil sardin
1 tin kecil sos spagetti
garam & gula secukup rasa

Cara-caranya:

- rebus spagetti dengan sedikit garam dan minyak.. toskan

- tumis bawang sehingga layu.. masukkan cili giling..
- masukkan sardin dan hancurkan
- masukkan sos spagetti
- masukkan garam dan gula secukup rasa

Sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba!!



Menanam Bunga Padi - Pinggan Mangkuk Sahaja..

Assalamualaikum wbt..

Pagi Sabtu yang masih dingin.. namun mentari telah tersenyum megah di luar sana. Hari ini ibu nak kongsikan lagi koleksi PML Bunga Padi yang ibu ada. Kalini hanya pinggan mangkuk sahaja. Sebelum ini ibu dah buat beberapa n3 tentang bagaimana ibu bermula kumpul, tentang teko bulat, tentang teko Mrs Pot, tentang teko Aladdin, tentangggg.. err, kawan-kawan klik label PML: Bunga Padi okey.. :-)

 Inilah pinggan mangkuk Bunga Padi yang ibu ada. Kawan-kawan FB kata dah boleh guna buat kenduri. Hehe.. pinggan mengkum sebelah kiri sekali ibu ada cerita dalam N3 Memanan Bunga Padi - Part 1. Kebanyakan pinggan ni NOS (new old stock) yang ibu beli di Klang, Tanjung Karang dan Kuala Terengganu. Sebahagian kecil yang ibu beli online dah used mengikut makluman seller. 

Ini pinggan leper berukuan 10 inci. Ibu ada 5 keping semuanya. Yang pertama ibu beli di Kedai Apek Tg Karang, kedua dengan En Sharif dan yang tiga lagi ibu beli dari Kak Nor Wahid. Hmm.. selepas susun-susun dalam almari dua keping terlebih sudah. Ibu tgh fikir-fikir samada nak letgo semula ke tidak..

 

Oval plate Bunga Padi.. ada dua je. Yang 10 inci ibu beli dengan En Sharif, yang 12 inci ibu beli dengan Kak Liza..

Mangkuk Bunga Padi.. tak pernah lagi jumpa seller online jual mangkuk macamni. Tak tahulah kalau ada tapi ibu tak jumpa blog tu atau terlepas pandang.

Kisah mangkukni bermula bila ibu bertandang ke rumah cikgu Ct di Meru. Membelek PML sampai ke dapur tu.. hehe. Maka ternampak ini mangkuk dan terbekenan. Tapi masatu Ct belum nak jual. Tapi kalau dah rezeki, alhamdulillah akhirnya mangkuk ini menjadi milik ibu jua..

Okeylah, ini sahaja cerita ibu tentang pinggan mangkuk Bunga padi milik ibu. Lain kali cerita lagi..

Wassalam!

Friday, May 20, 2011

Chicken Pox hari Ke 15: Yusuf Nabhan Pula..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini hari ke 15 Maryam Nabihah kena chicken pox. Alhamdulillah, sudah sihat dan sudah mula bersekolah sejak hari Rabu.

Allahu akbar! Allah pilih seorang lagi anak ibu untuk diberi ujian ini. Hari ini hari pertama Yusuf Nabhan mula ada tanda-tanda untuk dapat sakit yang sama.

Ibu, ayah dan Yusuf redha dengan semua ini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kami suami isteri bergilir-gilir mengambil cuti menjaga anak-anak. Sepanjang Maryam Nabihah sakit, ibu mengambil cuti selama 4 hari dan ayah selama 2 hari. Melalui hujung minggu selama 4 hari dan cuti umum sehari, dengan jumlah 11 hari semuanya.  Untuk Yusuf, apapun masalah di tempat kerja ibu dan ayah akan utamakan anak-anak. InsyaAllah. (Nampaknya tak ada cuti raya le.. cuti dah nak habis.. hehe..)

Hero Malaya pojaan hati ibu.. gambar diambil 5 hari yang lalu..

Semoga Yusuf Nabhan kesayangan ibu cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Ilahi.. Ibu saaayang abang!

PML: Set Carnation Biru Untuk Dijual!!

Assalamualaikum wbt..

Set Carnation Biru yang terdiri dari sebiji teko, 6 set cawan dan piringnya serta sebiji creamer.. Berada di dalam keadaan baik..

Harga RM250.00 termasuk postage.. Berminat email ibu ya (zefa_asmara@yahoo.com)

Terima kasih..

Kondom Bersepah-Sepah.. Menjijikkan!

Assalamualaikum wbt..

Maaflah, pagi-pagi sudah adan n3 dengan tajuk kurang menyenangkan. Tapi tak kira, mana lagi tempat ibu nak luah perasaan, kat blog sendirilah kan? Hehe..

Tajuk di atas tu memang ibu saksikan sendiri. Tapi bukanlah di kawasan perumahan ibu tinggal, tapi di kawasan di mana ibu berkerja. Pejabat ibu menyewa bangunan kedai, dibelakang pejabat ibu ada beberapa bangunan kedai yang tidak beroperasi sebagai kedai atau pejabat. Senang cerita lokasi tidak strategik. Mungkin di atas faktor ia sedikit tersorok dan juga faktor semua jalan di sini dibuat sehala.

Jadi, kebanyakan pemilik mengubahsuainya menjadi bilik-bilik sewa yang penyewanya rata-rata adalah pendatang asing. Bila menjadi tempat kediaman, sendiri fahamlah tentang sampah-sampahnya. Tempat buang sampah pun kecik sahaja. Anjing pulak berkeliaran.. Hmm, maka sampah-sampah pun bertaburan lah!

Yang menjelekkan.. kondom bersepah-sepah.. lampin pakai buang yang ada najis bertaburan.. uwekk! Tapi yang itu, mungkinlah boleh disalahkan sang anjing yang mengkerobek dan menyepahkannya!


Tapi yang buat ibu betul-betul bengang, harini pagi-pagi dah terjumpa 'benda alah kondom' tu di parking kereta tingkat dua. Astaghfirullahal'azim!! Mana datangnya??? Memang spoil de mood betul, pagi-pagi dah ternampak benda mengarut!!

Grrrrrrrrrr!!

Thursday, May 19, 2011

Widget Follower Kembali: Follower Bertambah.. Terima Kasih!

Assalamualaikum wbt..

Semalam, widget follower tak ada. Main nyorok-nyorok.. hehe. Alhamdulillah, hari ni ia muncul kembali bersama follower yang bertambah.. Hari ini follower Jemari Asmara berjumlah 144 orang.. :-)


Terima kasih buat semua follower Jemari Asmara. Salam sayang buat semua.. :-)

Wednesday, May 18, 2011

Memandu Penuh Debaran..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pandai memandu? Ibu, syukur alhamdulillah diberi Allah swt sedikit ilmu dan kemahiran untuk memandu kereta. Lesen motor pun ibu ada tau, tapi dah tak tau bawak dah. Hehe.. nak start motor pun dah tak tau. Dulu masa bujang-bujang ibu minah rider tau, dah itu je mampunya.. nak beli kereta tak mampu. Tapi lepas ibu bertunang pada 01.01.2002 (cewah! ingat tu tarikh kena pinang.. hehe..) tunang ibu dah tak bagi naik motor. Dia suruh ibu bawa kereta dia. Tunang ibu tu En Ayah ler, kekasih cinta pertamaku dan mudahhan yang terakhir. Amin! Hmm.. dah hampir sebelas tahun, tu yang dah serba tak tahu dah.

Balik kepada tajuk di atas, sehari dua ni ibu kalau bawa kereta berdebar-debar sangat. Risau sangat, rasa bersalah je. Rasa macam ada je yang nak tangkap. Lagi-lagi masa ibu kerja habis sampai jam 12.00 tengah malam dua hari lepas, lagi lah berdebar-berdebar. Ibu takut terserempak dengan sesuatu sebenarnya.

Tapi bukanlah takut dengan yang ini..

v

v

v

 Hehe.. search gambar hantu keluar kak Limah lah pulak. Bukanlah ibu nak sombong kata ibu tak takut kalau jumpa hantu (takut juga la beb..), tapi ibu nak maksudkan bukan hantu yang buat ibu berdebar-debar.. tapi yang ini haaa..

v

v

v

Takut jumpa police roadblock sebenarnya..

Sebab, lesen memandu ibu dah mati sejak Sabtu minggu lepas! Kih kih kih kih...

Tapi, alhamdulillah ketika n3 ini di tulis assistant ibu sedang on de way nak tolong renewkan. Hmm.. semuani gara-gara dua-dua assistant ibu cuti hari Isnin yang lepas. Mem balas nak beratur kat Pejabat Pos. Hehe.. Malas nak pusing-pusing cari parking sebenarnya.

Ps: Kawan-kawan kan, pernah tak macam ibu?


Tuesday, May 17, 2011

Kaki Lembu Tumis Sempoi..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini cuti umum. Ibu sekeluarga tak ke mana-mana. Lagipun malam tadi ibu habis kerja jam 12.10 pagi, sampai di rumah hampir jam 1.00 pagi. Maka hari ini sedikit lemau dek letihnya semalam bertugas dari pagi selama 17 jam.

Pagi tadi ibu tak masak. Lepas subuh ibu zzzzz lagi. Bangun-bangun ayah dah bungkus roti canai telur. Terima kasih suami ku..

Makanya, tengahari takkanlah nak makan bungkus lagi kan? Buka-buka peti sejuk, alahai ada daging dan kaki lembu sahaja. Telur pun tinggal sebiji. Biasanya ayah akan ke pasar dah penuhkan peti sejuk setiap hari Isnin. Tapi semalam petang ibu tak balik, ayah sebuk urus anak-anak, maka tugasan rutin hari Isnin tak dapat dilakukan.

Hmm.. dalam keadaan yang lemau ibu tak dapat nak fikir nak masak apa. Akhirnya, buat keputusan nak masak yang senang je, daging masak pindang dan tumis je kaki lembu tu. Cari-cari dalam peti sejuk tak jumpa cili padi, jumpa cili besar je. Hmm.. guna jelah apa yang ada.

Ibu tak tepek le gambar daging masak pindang, sebab baru-baruni ada syer resepi Ikan Tenggiri Masak Pindang kan?

Baiklah, inilah dia kaki lembu tumis tu..

v

v

v

v


Ops, silap! Hehe.. gambarni hasil carian di google..


Hehehe.. inilah dia. Bukanlah seketul kaki tu masuk periuk ye kawan-kawan.

Mula-mula kaki tu dibakar, kemudian dikikis bulu-bulunya yang dah hangit tu. Kemudian kulit dan sedikit isi dilapah (ye ke perkataan lapah tu) dari kulitnya dan dipotong-potong. Rebus dulu, kemudian masakle mengiut sesuka hati.. :-0

Kalini memang takde resepi, sempoi sangat-sangat. Tumis bawang merah, putih, cili dan garam secukup rasa. Itu sahaja.

Ps: Sebelum-sebelum ni ibu ada cerita tentang masak lidah lembu tau! Klik je label masak-masak tu.. err, ke label makan-makan. Hmm, ibu pun dah lupa.

Jumpa lagi!

Monday, May 16, 2011

Kisah Annivesary Paling Tragis!!

Assalamualaikum wbt..

Huhuhu.. sedih, pilu, menyanyat hati. Huhuhu.. sambung nangis lagi. Sedih, sedih, sedih..

Apa pun syukur alhamdulillah, pada 14 Mei 2011.. Ibu dan ayah masih diberi peluang untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8 tahun masihi. Walau dengan..

v

v

v

v


Sebiji kek pemberian ayah dengan sedemikian rupa.. huhuhu.. sambung nangis lagi..

Ps: nak gelak pun ada, tapi kontrol ayu je.. hehe..

Sunday, May 15, 2011

PML: SeaShell Hijau Menawan..

Assalamualaikum wbt..
Pagi Ahad yang masih dingin, ibu nak kongsikan satu lagi koleksi PML Ibu. SeaShell Hijau hasil barter dengan sahabat FB Kak Taslimah Sekin. Alhamdulillah, ini adalah projek barter yang kedua di antara kami..

Masa mula-mula Kak Tas ofer, ibu taknak tau. Hehe.. mula-mula macam tak berkenan. Tapi, sebab satu lagi barang yang Kak Tas ofer ibu dah ada, maka ibu setuju untuk memilki SeaShell Hijau tu..

Sekali ia sampai ke tangan ibu, subhanallah! Cantik sangat, sangat, sangat! Ibu suka sangat-sangat! Hijau dia sweeeeet sangat-sangat. Hehe.. tu dia semua sangat-sangat!

v


v


v


v
Inilah dia SeaShell Hijau menawan tu.. Koleksi terdiri dari sebiji teko aladdin dan dua pasang cawan mulut lebar. Buat setakatni, cukuplah dengan 3 sekawan ni. Ibu belum berniat nak melengkapkannya.. Sebab?

Sebab gandingan 3 sekawan itu cukup cantik molek terletak di atas almari putih ibu yang berisi sedikit koleksi Vantage. Cun melecun pada mata ibu..

Set ini mengambil alih kedudukan set Chinese Pine..

v

v

v

v

Alhamdulillah, set ini telah lengkap. Ibu dapat dari Eis Antique, tak ambil lagi pun.. Insyaallah harini juga ibu akan ambil.. :-) Nanti dah ambil bolehlah mereka berpossing dan ibu akan buat n3 khas untuk mereka.. :-)

Berbalik kepada kisah Sea Shell cun melecun tu, ianya telah memberi idea kepada ibu untuk dekorasi Aidilfitri tahun ini. InsyaAllah dekorasi akan bertemakan warna hijau putih dan masih dengan ala-ala henglish. Buat setakat ni, walaupun ibu suka kumpul PML, ibu masih belum bersedia untuk menerapkan elemen-elemen antik dalam gaya dekorasi 'Baiti Jannati'. Masih cukup selesa dengan ala-ala Englishnya. Ala-ala je tau, bukan sepenuhnya. hehe..

Jumpa lagi!

Saturday, May 14, 2011

Menjawab Soalan Ummu Muhammad: Mengapa Kangkung?

Assalamualaikum wbt..

N3 ibu kali ini adalah bagi menjawab soalan Ummu Muhammad dalam komen n3 ibu 'Aladdin Oh Aladdin'.

Soalannya; kenape agaknye yg design bunge kangkung yang menjadi design wajib ade pade penggemar PML kak zefa? ros hijau, sakura dengan chinese pine lagi chantek ;)

Baiklah, sebelum jawab soalan tu, ibu nak kongsikan mengapa ibu suka kumpul PML. Secara jujur, ibu suka kumpul PML selepas melihat koleksi rakan-raan FB. Koleksi-koleksi mereka mengimbau kenangan semasa ibu tinggal sebumbung dengan mak ayah ibu. Pinggan yang digunakan untuk kegunaan kami sehari-hari adalah pinggan bunga kangkung.

Koleksi pertama ibu juga adalah sebiji pinggan mengkum bunga kangkung pemberian mak. Mak kata pinggan tersebut adalah antara pinggan-pinggan pemberian mbah lanang (bapa kepada mak). Pinggan tu ibu ada ceritakan di n3 Pinggan Mengkum Bunga Kangkung - Nan Seketul.

PML Bunga Kangkung adalah paling dekat dan punya nostalgia dalam hidup ibu. sebab itu, ibu dahulukankan PML Bunga Kangkung dalam koleksi ibu. Ibu juga ada minta pendapat kawan-kawan lain bagi menjawab soalan Ummu Muhammad.

Seorang sahabat, Kak Azah dari Negeri Di Bawah bayu menjawab: "koleksi kangkung masih mudah dicari berbanding dgn yg lain dan kita juga menyambung warisan ibunda kita kerana setiap rumah ibu kita mesti ada pml bunga kangkung..maksudnya mmg dari dulu diminati ramai..ros hijau, sakura..sangat susah nak dpt...koleksi kangkung yg akk ada semuanya hunting sendiri tapi bunga lain terpaksa beli on9 sana sini drp sellers yg pelbagai...."

Seorang lagi collector yang memberi pandangan adalah Kak Azian Imran. Kak yang terkenal dengan jolokan Ratu kangkung. Sebab dia hanya kumpul PML Bunga Kangkung sahaja, tak kumpul yang lain-lain. Tapi, istimewanya dia memburu semua spesis kangkung, dari yang biasa-biasa hinggal yang 'rare'..

Pendapat Kak Yan tiada istilah wajib dalam mengumpul PML Bunga Kangkung, terpulang kepada diri collector tersebut apa yang hendak dikumpul. Katanya; "pada akak.. BK tersangatlah cantiknyer.. terutama.. bila dikumpul beramai ramai. Dan juga.. Bk ada bebagai-bagai variasi... never ending story.. diakatakan terdapat 18 versi teko... itu teko sahaja.... tengok ajekk teko bulat.. ada berbagai2 saiz... sonok tauuuu"

Satu lagi pendapat adalah dari saudara Mohasah Borhan. dia salah seorang pencinta PML dari golongan adam. katanya;  ‎1. BK mudah didapati..2. oleh sebab x bersifat rare, harganya masih mampu milik. 3. Bk itu sendiri begitu dekat ngan masyarakat melayu. 4. warna nya begitu alamiah di samping bentuk yg menawan. 5. Bk tampil dengan pelbagai fungsi dan kegunaan, di samping setiap satunya tampil dgn pelbagai reka bentuk (saiz, bunga dan warna)..

Kesimpulannya, BK adalah paling glamour dikalangan PML yang lain. Hehe..


Sekadar gambar hiasan.. koleksi Bunga Kangkung ibu yang ada.. cukuplah, alhamdulillah.. (kecuali kalau ibu jumpa yang rare dengan harga mampu milik.. hehe..)

Ps: Ummu Muhammad, harap terjawab ya.. tq.

Chicken Pox Hari ke 8..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini berjaya juga ibu log in.. maka dapatlah buat n3 baru. 2 hari lepas, kononnya idea mencurah-curah untuk buat n3 baru, tapi masa tulah tak boleh log in. Hehe.. ada bunyi macam satu alasan tak buat n3 tak?

Harini hari ke 8 Maryam Nabihah kena chicken pox. Alhamdulillah, cacar ditubuhnya sudah mengering. Cuma dibahagian kepala (sudah kering juga) tetapi belum sepenuhnya. Cacar di kepalanya sangat banyak dan besar-besar, mungkin sebab itu ia lambat sedikit lambat keringnya berbanding di bahagian tubuh. Lagi pun dikepala iakan tersorok di balik rambut. Di bahagain tubuh banyak juga, tetapi cacarnya kecil-kecil sahaja.

Episod risau ibu bermula lagi.. Sangat mengharapkan Isnin dia sudah diterima pihak Taska. Jika tidak, terpaksalah ayah yang cuti. Ayah cuti bukanlah suatu masalah, tetapi meninggalkannya bersama ayah adalah satu bermasalah. Bukan sebab ayah tak boleh jaga Maryam Nabihah, tetapi bagi Maryam Nabihah.. berada di rumah tanpa ibu adalah satu masalah. Kalau di taska tak ada masalah. Berapa banyak word masalah daaaa.. hehe..

Contoh cerita masalah, Khamis lepas ibu terpaksa berkerja. Bukan bos tak bagi cuti, tetapi atas dasar tanggungjawab ibu perlu menyelesaikan satu program pada hari  berkenaan, di mana ibulah penyelaras program, ibu jugalah penceramah program berkenaan.

Kisah Khamis 12 Mei 2011.. ibu memandu ke tempat kerja dengan linangan air mata. Mana tidaknya, pemergian ibu diiringi tangisan dan rayuan Maryam Nabihah, "Ibu jangan tinggal adik, jangan tinggal adik. Adik sayang ibu, adik sayang ibu". Huhu.. hati ibu mana yang tak tersentuh.

Ibu tinggalkan rumah jam 7.30 pagi, selepas sejam ibu telefon rumah.. astaghfirullah, dia masih menangis teresak-esak sampai termuntah-muntah atas karpet. Alhamdulillah ada mak ucu tolong membantu.. Mak ucu kata ayah buat dek je ke Maryam.

Sebabtu, ibu mula risau. Isnin mak ucu dah mula praktikal. Maksudnya, kalau taska tak boleh terima Maryam lagi, Maryam akan bersama ayah di rumah. Menangis berjam-jam lagilah dia. Konsep ayah, dah pujuk tak nak diam, biarlah dia nangis, lama-lama penat diamlah dia. Huhu.. apalah ayahni..


Wajah dihari ke 8 kena chicken pox..

Mudah-mudahan Isnin yang baik-baik sahaja..

Thursday, May 12, 2011

Resepi Ikan Tenggiri Masak Pindang Belimbing Buluh

Assalamualaikum wbt

Dah lama kan ibu tak buat n3 masak-masak. Hehe.. sebab ibu pun bukanlah pandai sangat masak. Dah la tak berapa pandai, tak rajin pulak tu.. 

Tapi harini rasa nak syer resepi di atas. Ini resepi biasa-biasa je, tapi bolehlah untuk rujukan adik-adik lepas SPM ye.. hehe, adik-adik ibu yang ada degree tu pun belum tentu tahu masak ni..

Sebelum ibu syer resepi, moh la layan gambar lauk hidangan kami anak beranak malam tadi..


Ikan tenggiri masak pindang belimbing buluh..

Bahan-bahannya..

1 ekor ikan tenggiri dipotong macam dalam gambar (ikan lain pun boleh juga)

Geng yang kena ditumbuk:
1 biji bawang besar (yang ni ibu guna yang dah ibu siap-siap blender stok utk seminggu tu je..)
3 biji bawang putih
1/2 inci halia (kalau malas blender je lah sekali dengan bawang besar tu, tapi rasanya mungkin tak best.. hehe..)

1 batang serai diketuk

1/2 susu makan paste asam jawa (ibu guna paste asam jawa Adabi tu je, takyah buang-buang biji)

1 biji bawang besar dipotong 8/ hiris

5 biji belimbing buluh (guna tomato pun best juga)

2 biji cili besar merah

garam secukup rasa

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dalam periuk bersama 2 mangkuk air. Bila dah menggelegak masukkan ikan, belimbing buluh, garam dan cili.

Selesai..

Wednesday, May 11, 2011

Follower Menarik Diri.. Terima Kasih!!

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog ibu yang dikasihi semua.. Ini bukan n3 sedih-sedih ye. Ibu biasa-biasa sahaja.. hehe..

Hari ini follower ibu kurang seorang. Siapa lah agaknya tu ye?

Apapun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi follow blog ibu sebelum ni..

Salam sayang buat semua follower Jemari Asmara termasuk yang baru menarik diri tadi..

Monday, May 9, 2011

Berpejabat Dirumah & Cabarannya..

Assalamualaikum wbt..

Mood serius.. Bersiaran dari rumah, hari ini ibu cuti. Cuti sebab anak sakit, nak tahu sakit apa.. silalah ke n3 sebelum ini.

Walaupun ibu berada di rumah, hakikatnya Maryam Nabihah tak dapat pun belaian sepenuhnya. Sebab, ibu terpaksa juga buka pejabat di rumah. Inilah pejabat ibu hari ni..

v

v

v

v

v

Tadaaaaaaaaaaa.. hehehe.. ni lah dia SOHO ibu harini.. (small office home office..) Konon..

Errr.. mood seriuskan tadi? Ok, kita kembali serius..

Inilah cabaran seorang ibu berkerjaya, walaupun hakikatnya kerjaya ibu tidaklah sebesar mana. Hanya seorang pegawai kerajaan yang biasa-biasa.. Adakala tugasan yang diterima telalu bertimpa-timpa sehingga logik akalnya, tiada peluang pun untuk bercuti. Namun, apabila menerima ujian seperti apa yang ibu hadapi, adalah mustahil untuk ibu berkata tidak untuk bersama anak di rumah!

Wajib sebagai ibu, bersama anaknya ketika anak berada dalam kesakitan. Wajib juga sebagai pekerja untuk  menyelesaikan tugasnya.

Maka dengan itulah, ibu buka SOHO harini..

Berdasarkan pengalaman ibu yang setengah hari je ni, ibu nak kongsikan cabarannya:

1. Walaupun duduk di rumah tak sempat masakpun, pagi-pagi tadi sebelum keluar rumah ayah dan bungkuskan siap-siap (Tapi sempat juga la basuh baju 3 round tau. siap sidai lagi..)

2. Walaupun duduk di rumah, tidaklah sepanjang masa membelai anak, sebab lappy/ tugasan pun perlu di hadap juga. (Tapi alhamdulillah, tangan ini dapat menyuap Maryam Nabihah dan menggosok kulitnya ketika dia mengadu gatal..)

3. Kerana duduk di rumah, tidaklah dapat kosentrasi dengan tugasan, telalu banyak selingannya.. (Tapi alhamdulilah, ibu dapat siapkan satu laporan mingguan, satu kertas kerja dan menyemak serta membetulkan satu keras kerja pegawai yang lain..)

4. Bil telefon melambung! Err, ibu pakai prepaid le.. Mana tidaknya perlu berhubung selalu dengan pejabat. (Tapi alhamdulillah, harini assistant ibu yang call dari pejabat 15 minit sekali, jimat kos ibu nak call dia..)

Cabaran tambahan!!

5. Dapat panggilan mengatakan makcik driver bas sekolah Nabhan masuk hospital, panggilan jam 12.44 tengahari sedangkan Nabhan keluar jam 12.40 tengahari. Call ayah, tak dapattttt. Huwaaa.. gundah betul masatu. Terus call pemilik Taska (Cikgu Ram) minta tolong ambil. Dapat pulak panggilan dari Cikgu Ram, Cikgu ram sampai depas sekolah, Nabhan dah naik bas lain. Huwaaa.. macam-macam betul! (Alhamdulillah, ketika n3 ini ditulis sudah dipastikan Nabhan selamat.)

Banyak lagi cabaran sebenarnya tapi dah tak larat nak menaip dah. Nak cari apa yang ada di dapur. Laparrrr la pulak. Hehe..

Jumpa lagi..

Sunday, May 8, 2011

Chicken Pox: Petua & Nasihat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Masih cerita tentang Maryam Nabihah yang sedang bertarung dengan ketidakselesaan kerana chicken pox. Masuk hari ke 3, semakin banyak dia mengadu gatal, pedih dan tak selesa.

Semalam, ibu tulis tentang keadaan Maryam Nabihah di status FB ibu. Alhamdulillah, ada juga teman-teman yang prihatin.. memberi kata-kata sokongan, kata-kata semangat, nasihat dan juga petua.

Ibu kongsikan beberapa nasihat dan petua di sini ya..

Pertama: petua dan nasihat dari kak Azian Imran a.k.a Ratu Kangkung. Katanya:


Semalam dah bagi inum air kelapa, tapi dia minum sikit je. Kak yan juga pesan:


Kedua: Nasihat dari kak Nannie, taukey PML ni.. nasihat kak Nannie lebih kepada gaya moden, tapi yang ini memang ibu buat.. yang lebih ibu ingat bila kak Nannie pesan supaya sentiasa di sisi anak supaya anak merasa lega.. juga banyakkan minum air. Tak teringat nak buka habis sebelum print screen..


Ketiga: Nasihat tentang pemakanan oleh kak Zera, kakak kandung ibu tau.. tengok lah namanya yang klasik itu, (tapi tak leh lawan nama ibu ye.. hehe..)

Keempat: Petua dari kak surati, mandi air halia..



Alhamdulillah, mandi air halia memang membantu. Harini hari ketiga, dan dia mula terasa gatal-gatal yang buat dia menangis. Petang tadi ibu mandikan dengan air rendaman halia dan dia tak mengadu gatal lagi..
Syukur Ya Allah!!

Terima kasih buat semua sahabat-sahabat walaupun tidak dinyatakan semua di dalam n3 ini. Keperihatinan kalian menambah lagi manisnya ukhuwah di antara kita..
Salam sayang buat semua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...