Follower

Wednesday, August 31, 2011

2 Syawal 1432H @ Shah Alam Sudah..

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran secara langsung dari Shah Alam.. Sahabat-sahabat blogger masih beraya sakan nampaknya. Dashboard masih sunyi, tidak ramai yang update blog. Komen-komen pun sunyi shaja..

Tahun ini kami menyambut 1 Syawal di kampung ibu di Sekinchan. Kami bergerak pulang ke kampung tatkala takbir raya sudah bergema di sini sana dek kerana ibu bertugas sehari sebelum raya. Dan hari ini, tatkala muslimin muslimat masih bersama sanak saudara di kampung halaman, ibu sudah berada di kediaman sendiri dek tuntutan tugas.. Ibu dijadualkan bertugas pada hari raya ke 3 disaat-saat teman-teman lain masih bercuti umum. Ada juga yang cuba memujuk dengan kata-kata boleh sambung cuti hingga minggu depan. Owh tidak, anakanda mula bersekolah pada hari Isnin minggu depan!

Apapun ibu terima dengan redha. Ini adalah sekadar satu cabaran kecil dalam mengharung hakikat seorang wanita bergelar isteri, ibu dan seorang wanita berkerja.. Anggaplah apa jua catatan ibu ini BUKAN sebagai satu rungutan, tetapi sekadar satu luahan perasaan seorang wanita biasa-biasa.

Hakikatnya, apalah sangat jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang perlu meninggalkan keluarga pada 1 Syawal.. Mereka lebih hebat!! Mereka sangat tabah!! Ibu kagum dengan mereka..

Bezanya, ibu bermula di Jabatan ibu bertugas sebagai pekerja sosial namun terheret sama beberapa tahun kemudian dengan tugas-tugas penguatkuasaan.. Maka untuk memberi kerelaan secara tulus oleh sang suami memerlukan masa.. Mungkin sukar untuk difahami. Hmmm.. sila abaikan. Ini adalah omong-omong kosong seorang isteri. Namun tatkala ditempat kerja, semangatnya insyaAllah akan kembali membara.

Semoga semangat itu terus ada, walaupun ibu telah kehilangan seseorang. Seorang ketua, juga seorang sahabat.. Ibu doakan semoga dia senang di tempat baru.. :D

Hehehe.. terima kasih sudi layan omelan ibu. Melayan perasaan di malam hari.. Meh layan sekeping gambar blurrr...


Gambarni diambil dalam perjalanan ke masjid Batu 23 Sungai Nibong.. Nak sembahyang raya.. :D

*************************************

Ps: Kami merah-merah tahun ni.. Kawan-kawan warna apa?

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H: Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt..




Bersiaran di 1 Syawal 1432H, ibu mengucapkan;

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.. buat semua pengunjung Jemari Asmara.


Salam sayang buat semua.. :D

Saturday, August 27, 2011

Choc Cake Jemari Asmara.. Lagi!!

Assalamualaikum wbt..

Ibu buat choc cake lagi!! Yeay!!



Sila abaikan rupa parasnya yang serabai dan tak hensem itu.. Yang penting, sedap ditekak sendiri.. Hehe..

Puas hati sangat, satu adunan boleh dapat 6 bekas seperti di atas. Atau satu bekas 4 segi ukuran yang besar.. Kek dalam bekas yang besar tu RM35.00 satu tau!! Buat sendiri modalnya tak sampat RM15.00 pun.. :D

Ps: Kek tu dah buat beberapa hari dah, baru nak tangkap gambar dan buat n3.. Yang pasti belum xpired ye.. Hehe..

Friday, August 26, 2011

Kenangan Muhammad Setahun Ramadhan GA

Assalamualaikum wbt..

Petang Rabu 24 Ramadhan 1432H jam 5.30 petang, tatkala ibu memeriksa peti surat.. ada sepujuk surat tebal atas nama ibu di celah-celah surat-surat yang lain.. Peti surat rumah ibu sentiasa berisi kerana surat-surat masjid di alamatkan ke rumah kami dan tuan rumah asal juga masing menggunakan alamat rumah kami.

Ketika membeleknya, ibu dah agak dari siapa. Dan inilah isi kandungannya..



Flash card ini adalah titipan dari Ummu Muhammad sebagai kenangan anakandanya Muhammad yang telah berusia 1 tahun hijrah pada 15 Ramadhan 1432H.

Terima kasih tak terhingga buat seisi Bayt Al Iman di atas kiriman yang sungguh bernilai ini. Janganlah dilihat pada nilaian keping-keping kertas itu, tapi mari kita lihat nilaian dari sudut yang lebih mendalam. Silalah ke blognya yang penuh dengah inspirasi seorang ibu muda hebat yang mengajak kita semua untuk sama-sama melahirkan generasi Al Quran merayap persis zaman awal Islam.

Syukran jazilan Bayt Al Iman wa jazakumullahu khairan kathira..

Sebagai menghargai pemberian seorang sahabat, ibu  berikan pada Maryam nabihah untuk membacanya dan Maryam Nabihah dapat menghabiskan semuanya dalam tempoh tidak sampai 1 minit. Alhamdulillah,anakanda solehah ibu pada ketika ini telah sampai ke Iqra' 3 dalam pembelajaran membaca kitab suci Al Quran.

InsyaAllah, ibu akan simpan pemberian ini dengan sebaik mungkin dan dipanjangkan kepada adik-adik Yusuf dan Maryam.. :D

Sekali lagi, terima kasih Bayt Al Iman..

Thursday, August 25, 2011

JOM PHOTOBOOK Giveaway By KedaiGambar Kami! 17 Aug - 25 Aug 2011

Ini adalah n3 melekat sehingga 25 ogos 2011. Sila godek ke bawah untuk n3 terbaru ibu ya.. :D

Assalamualaikum wbt..

Wah!! Setelah sekian lama ibu tak sertai GCL, hari ini ibu begitu teruja untuk menyertai..

v

v

v

v


Ibu dengan rasa teruja dan ceria menyertai:

JOM PHOTOBOOK Giveaway By KedaiGambarKami! 17 Aug - 25 Aug 2011
Kategori B

(Oh ya teman-teman ada 2 kategori untuk GA ini A dan B. Untuk sertai klik sahaja banner di atas atau SINI sahaja!!)


@@@@@@@@@@@

Penganjur tanya kenapa anda layak menang. Jawapan ibu:

Ibu memang layak menang!! Sebab kami tak ada satu pun photobook lagi, jadi rasa teruja untuk memiliki sangat membuak-buak. Baru sahaja merancang untuk menempah beberapa photobook dari mana-mana kedai dan GA anjuran KedaiGambarKami menguatkan lagi rasa untuk memilikinya..

Ps: Kalau ibu menang, ibu akan order satu lagi (mungkin lebih) photobook dari KedaiGambarKami. Wah.. tak sabar nak ada photobook sendiri!!





Hadiah yang ditawarkan memang best sangat-sangat. Apalagi teman-teman? JOM PHOTOBOOK!!

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Assalamualaikum wbt..

Semalam, ibu buat n3 tentang Kencur a.k.a Cekur. Gara-gara teringin nak makan Ikan Keli Masak Lemak Kencur. Alhamdulillah, semalam juga keinginan ibu tertunai sudah. Balik kerja, lepas solat terus bersilat di dapur. Dan hasilnya...

v

v

v

v

v


Sila abaikan rupa parasnya yang kurang hensem, tapi rasanya Subhanallah, Alhamdulillah, sedappppppp!!

Bukanlah ibu nak kata ibu pandai masak bila kata sedapppppppp tu tau, tapi ini adalah feberet ibu dulu kini dan selamanya.. :D

Okey, jom ibu kongsikan resepinya (hasil skodeng mak masak..):

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Kencur

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan keli
Asam jawa
Serbuk kunyit
Garam

4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (semalam ibu guna 1/2 biji bawang besar)
4 biji cili padi (mengikut citaras pedas masing-masing)
Setengah genggam kencur
Setengah genggam ikan bilis direndam (semalam ibu guna kiub je..)
1 cawan santan pekat
4 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya (semalam ibu guna asam keping)
Garam secukup rasa
Air

Cara-caranya:

1. Bersihkan ikan keli dengan menggunakan asam jawa untuk membuang lendirnya. Kemudian kelar-kelarkan ikan keli tu..

2. Lumur ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit..

3. Goreng/ bakar/ panggang ikan keli tersebut (semalam ibu bakar atas dapur gas je.. lapik daun pisang)

4. Ketepikan dulu ikan keli yang telah dibakar tu ye..

5. Tumbuk bawang, ikan bilis, cili dan kencur (jangan malas-malas pastu blend ye.. mesti rasa tak best..) - semalam cili tu ibu tak tumbuk sebab anak-anak tak makan pedas

6. Jerang semua bahan tumbuk dengan sedikit air hingga menggelegak. Masukkan garam secukup rasa..
7. Setelah mengelegak masukkan santan pekat, air asam/ asam keping dan daun limau purut. Pastikan api tidak terlalu besar dan kuah sentiasa dikacau..

8. Setelah santan menggelegak, masukkan ikan keli.. (semalam ibu tak masukkan pun ikan keli tu. Ibu susun atas mangkuk dan siram kuah atasnya..)

9. Sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!! :D

**************

Ps: Sejak Ramadhan, ibu dan ayah jarang makan nasi bertambah masa berbuka. Semalam, fuh!! Penangan Ikan Keli Masak Lemak Kencur, kami makan bertambah-tambah..

Wednesday, August 24, 2011

Jom Kemas Rumah!! Part 2..

Assalamualaikum wbt..

Apa yang terpapar pada n3 ini sudah terbalik kod dengan n3 Jom Kemas Rumahh!! yang sebelum ni.. Isk! Isk! Isk!


 Sebelum..

Oh ya, ini ruang tamu kedua (simple je..), betul-betul depan pintu utama. Biasanya tetamu lelaki akan duduk di sini dan tetamu perempuan akan duduk di ruang tamu utama..


Selepas.. Huhuhu.. (kesat air mata..)


Pesanan buat soami tercenta:

Kanda, dinda ucap terima kasih banyak-banyak pada kanda. Kanda suami yang rajin.. Kanda rajin basuh baju, kanda rajin sidai baju, kanda rajin angkat baju dari ampaian.. tapi tak yah la transit baju-baju tu kat situ kanda.. Huhuhu...


Pesanan buat anakanda yang cantik manis:

Anakanda, kan ibu dah pesan. Jangan bawa mainan keluar dari bilik. Tuuuuu.. napa payung ada atas kerusi ibu. Ambikkkkkkkkkkk simpannnnnnnnnnn..!!! Sekarang!!!


Ps: Garang tak? Garang tak? Hehe.. (Anak buah ibu kat opis fobia dengan word 'sekarang!!' ibu.. sah lah, memang garang macam singa.. aummmm. Kih kih kih!

Kencur a.k.a Cekur..

Assalamualaikum wbt..

Tengahari yang dingin (dek aircond.. hehe..), diluar hujan renyai yang menyiram bandar Klang baru sahaja reda. Tengaharini ibu tak ke mana-mana.. maka mula memikir-mikir apa yang hendak dimasak petang ni untuk juadah berbuka..

Lantas, pikiran ibu menerjah isi kandungan peti sejuk di rumah. Menerjah melalui ingatan sahaja ye, sebab ibu sekarang berada di pejabat. Tak silap ibu, dalam simpanan masih ada ikan keli, sotong dan ikan cencaru.

Setelah menimbang-nimbang apa yang hendak dimasak, ibu rasa nak masak ikan keli lemak kencur!! Hmm.. teringat pula kelazatannya, hish! Puasalah! 

Err.. teman-teman tahu ke kencur tu apa? Kencur tu dalam bahasa Jawa, Melayu panggil cekur.

Ini hasil google ibu..

Inilah rupanya pokok kencur aka cekur.. pic ni google bawa dari SINI..


Yang ini ubinya.. pic ni milik blog INI..

Harap-harap kedai bawah pejabat ibu ada jual. Minggu lepas ibu tengok ada. Ibu kalau balik kerja malas nak singgah mana-mana. Jadi terjah kedai dekat-dekat pejabat je.. Biasa bahan-bahan asas macam bawang, halia, lengkuas, serai ayah yang beli, kalau nak yang lain sikit terpaksalah ibu cari sendiri..

Dan harap-harap perjalanan balik harini lancar tanpa sebarang halangan. Takut tak sempat masak pula..

@@@@@@@@

Ps: Teman-teman nak masak apa petang ni?

&&&&&&&&&&&

Tuesday, August 23, 2011

Selepas Catatan Emo... Kembali Ceria dan Semangat!!!

Assalamualaikum wbt..

Malam tadi (pagi tadi sebenarnya), ibu menulis atas dasar luahan hati seorang manusia biasa. Manusia biasa yang juga punya rasa. Dalam keikhlasan adakala tewas juga dengan perasaan. Sekadar luahan rasa hati seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu..

Teman-teman yang penuh prihatin datang memberi kata-kata sokongan, semangat dan berkongsi pengalaman yang sama. Terima kasih sahabat-sahabat..

Apapun, pagi ni ibu mulakan hari dengan rasa ceria dan semangat!! Wajah-wajah ceria dan hangat dakapan anak-anak pagi tadi melenyapkan segala rasa yang terpendam..

Mudah-mudahan, keikhlasan terus menemani ibu dalam menjalankan tugas. Harini tak mahu emo-emo lagi okey..

Jom layan pic ibu nan sekeping ni.. hehe..


Err.. Ustazah ni bagi tazkiroh ke apa? Tersengeh-sengeh.. hehe.. 

@@@@@@@@@@@

Ps: Kenapa dengan pic ini..? Pic ini memberi motivasi pada diri ibu. 'Kalau ibu boleh nasihat orang, kenapa ibu tak boleh nak nasihat diri sendiri?'

Ps: Sila abaikan tajuk pada layar putih. Itu adik Maca yang taip.. hehe..


Jom rasionalkan diri!! Jom senyummmmmmmmm!!

Asmara: Jemari Menari, Air Mata Menitis

Assalamualaikum wbt..

Jam di lappy ibu menunjukkan jam 12:23 pagi, jemari ibu gigih menari melakarkan rasa dan coretan hati diiringi irama mesin basuh yang sedang berputar. Sambil menghidu aroma nasi yang baru selesai ditanak.

Hari ini ibu bertugas hingga lewat malam. Selesai tugasan jam 10.45 malam, bergegas pulang dan tiba di Shah Alam +- jam 11.05 malam. Tiba di rumah, terus mensucikan diri, mengadap Ilahi, menjengah anak-anak yang sudah lena diulit mimpi (mungkin bermimpi seorang ibu yang tak perlu pulang lewat malam.. :-( , mengemas dapur seadanya, masak nasi dan menyumbat pakaian kotor ke dalam mesin yang akan beroperasi sendiri.

Kenapa Asmara? Biarlah nama itu terabadi pada catatan ini. Kerana Asmara itu namaku. Nama yang sebenar-benar dan bukan rekaan semata-mata..

Jemari menari? Mencatat sesuatu di sini bagaikan satu irama mengiringi jemari-jemari mengetuk-mengetuk huruf-huruf di keyboard. Tergedik-gedik jari gemuk ini menaip.. menarilah tu.. hehe..

Air mata menitis? Aduh.. penghujung Ramadhan yang penuh emosi..

1) Bertugas di hari lebaran

Ibu terima arahan bertugas sehari sebelum raya (disaat-saat orang lain dah balik kampung) dan hari raya ke3 (disaat-saat orang lain masih bercuti umum).. sedih!!

2) Emo dengan ayat suami

Sejak dipejabat ibu sudah dilanda kerisauan. Macammana nak maklum pada sang suami yang sudah beria-ia mahu pulang ke Terengganu pada raya ke2, sedangkan sang isteri perlu bertugas di raya ke3.

Pulang ke rumah, cubaan menyusun ayat terbantut hanya kerana ayat suami: 'straight to the point, tak payah panjang-panjang'. Huhu... maka sang isteri merajuk!!

3) Kerja lewat malam

Petang tadi, sang suami berbuka bersama karenah anak-anak tanpa sang isteri. Owh.. sang isteri sedang berbuka bersama pria-pria di luar sana. Tapi bukan bersuka-suka, kerana kami sedang bertugas dan sang isteri mengetuai pria-pria itu. Owh.. sang isteri berkhidmat untuk negara.. (sang isteri dalam dilema)..

@@@@@@@@@@

Ps: Teman-teman, terima kasih layan catatan emo seorang ibu aka seorang wanita berkerja, berkhidmat untuk negara!!


Jom skodeng pria-pria itu..








Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!


Monday, August 22, 2011

Word Verification: Menyusahkan?

Assalamualaikum wbt..

Semalam, ibu dah buang sesuatu dari blog ibu.. Apa dia? Okey, pernah tak bila teman-teman bak komen n3 mana-mana blog keluar benda ni..

v

v

v

v


Haa.. inilah dia yang ibu dah buang semalam!!

Sebenarnya, word verification ni berfungsi untuk mengelakkan spam. Tapi, jika dikaitkan dengan 'kemesraan', hmmm.. memang tak mesra pengguna. Lagi-lagi kalau internet tengah slow, lagilah menguji kesabaran. Ini juga yang menyebabkan ibu kadang-kadang jadi silent reader pada blog-blog tertentu. Sebab susah nak komen.

Hamboi-hamboi, kemain ayat ibu tu ye? Tak sedar ke, selamani blog Jemari Asmara tu ada word verification juga. Hehehe..

Semalam, dengan jayanya ibu dah buang benda alah tu dari Jemari Asmara. Apa yang penting, teman-teman tak rasa 'susah' dah bila datang blog ibu. Harap-harap tak delah kena spam ye..

Terima kasih Ummu Muhammad dan beberapa teman lain yang pernah tegur tentang wv tu.. :D

@@@@@@@@

Ps: Dah tak ada wf. Ce komen, ce komen, ce komen!! Hehehe..

Sunday, August 21, 2011

Jom Kemas Rumah!!


Assalamualaikum wbt..


 Sebelum kemas.. ish ish ish.. rumah sapa lah ni?


Selepas kemas.. haaa, ni lah rumah ibu.. hehe..


@@@@@@@@@@@

Ps: Dah 2-3 orang teman komen suruh ibu buang word verification, tadi ibu dah buang dah!! Ce komen, ada lagi tak tu?

Saturday, August 20, 2011

Hidup Segan... Sekarang Dah Tak Malu Dah!!

Assalamualaikum wbt..

Jangan terlalu serius dengan tajuk tu ya.. Ibu tak mahu dikatakan perosak bahasa. Sepatutnya, 'Hidup segan mati tak mahu'.. tetapi peribahasa tu kurang sesuai dengan apa yang ibu nak coretkan ni.. Tajuk di atas lebih sesuai. Ngeee.. :D

Al kisahnya, masa mula-mula pindah Shah Alam dulu ibu ada beli sepohon pokok limau kasturi. Pokok limau tu ditunaskan dengan kaedah tot.. (err, betul ke ayat ditunaskan tu? tot ke tut?) Apa-apalah! Jadi masa belitu memang dah berbuah dan ibu transfer dari poli beg ke dalam pasu. Masatu ibu ada taman depan rumah, semua pasu-pasu pokok kesayangan ibu ibu letak dalam kawasan pagar..

Pendekkan cerita, bulan April tahun lepas kami beli kereta sebiji lagi. Maka pasu-pasu ibu dengan segala hormatnya dipersilakan keluar pagar. Ayah letak berderet di tepi rumah..

Masatulah hobi berkawan dengan pokok ibu mula luntur sebab ibu malas nak keluar dari kawasan pagar.. Maka, pokok-pokok ibu mula merajuk. Ada yang kering, ada yang layu, yang dah mati pun ada. Antara yang 'hidup segan mati tak mahu', pokok limau kasturi tu la.. Buah pun dah tak ada.. :-( Berbulan-bulan jugalah pokok-pokok tu terbiar..

Namun atas rasa prihatin ayah yang mula sedar penyakit M mula menyerang ibu, ayah ambil alih tugas memberi kasih sayang pada pokok-pokok ibu. Ayah belai mereka dengan kasih sayang, bagi baja dan siram hari-hari..

Hasilnya..

v

v

v

v


 Pokok ibu dah segar semula..


 Pokok ibu dah berbuah semula..


 Ayah alih ke tempat yang lebih redup.. tepi rumah tu agak panas..


Putik-putik baru yang sangat banyak.. :D

@@@@@@@@@@@


Ps: Berbudi kepada tanah memang rezeki hasilnya.. tapi ibu dah pas hobi tu pada ayah!!

Ps: Teman-teman suka bercucuk tanam tak?

Risau @ Kedai Bahan Kek..

Assalamualaikum wbt..

Hari ahad yang lepas, ibu ke kedai bahan-bahan membuat kek. Bukanlah ibu nak membeli bahan-bahan buat kek pun, tetapi mencarai bekas yang boleh guna dalam mikrowave.

Alang-alang dah ke situ, ibu ronda-ronda dan mengintai apa bahan-bahan yang ada. Mengikut pemerhatian ibu, sebahagiannya tiada bertanda halal. Tapi, subhanallah, masyaAllah, astaghfirullah, orang-orang kita memborong tanpa mengambil kira semua itu.. dan ibu sebagai seorang pengguna, sangat-sangat risau dengan keadaan ini.

Mungkin salah satu cara menangani kerisauan ini adalah dengan buat kuih atau kek sendiri. Namun untuk mengawal pemakanan anak-anak ketika di sekolah atau ketika bertamu di rumah orang adalah sukar!! Ya Allah, peliharalah kami..

Ibu sangat menekankan mesti ada tanda halal sebelum membeli sesuatu. Ibu pernah berperang dengan Maryam Nabihah di sebuah kedai gara-gara dia meminta sekotak coklat yang tiada tanda halal!!

Ps: Ibu copykan di sini petikan akhbar tentang mentega Goldern Churn yang dikatakan tidak halal. Tu ada tanda halal tu.. (tapi bukan JAKIM la..)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  
JAKIM Sahkan Mentega Goldern Churn Tidak Halal..

Sumber: Malaysia Kini


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

 

@@@@@@@@@

Pss: Ngeri..

Skodeng Pekerja Khidmat Seks..

Assalamualaikum wbt..

Tajuk n3 yang sedikit mengerikan bukan? Tak ada kerja lain ke nak skodeng spisis mereka tu? Relaks teman-teman, ibu sebagai seorang pekerja sosial biasa dah dengan keadaan ni. Tak perlu skodeng-skodeng pun, terus nyata di hadapan mata para pekerja khidmat seks aka pelacur tu..

Cuma, pada hari Selasa malam Rabu yang lepas(16.08.2011), semasa balik dari satu program anjuran jabatan, van kami melalui lorong-lorong di mana mereka 'berkhidmat'. Bukan saja-saja lalu ya teman-teman, tetapi laluan ke pejabat kami memang perlu melalui 'pejabat' mereka. Strategik kan pejabat kami? Upss..

Semasa di dalam van, ibu sekadar suka-suka acah-acah mengambil gambar mereka. Sekadar nak melihat aksi mereka, samada mereka malu atau bagaimana?

Hasilnya, tak malu pun.. Siap possing macam-macam possing lagi. Tapi kamera ibu, kamera biasa-biasa sahaja. Tak sesuai la untuk aktiviti skodeng-skodengkan.

Dan hasilnya hanya..

v

v

v

v

v

 Yang ni tengah goyang-goyang punggung.. :D


Yang ni dia kembangkan skirt dia dan buat aksi sedikit tunduk.. :D

Kebanyakan mereka adalah insan-insan transeksual (maknyah) berbangsa India.. (betulke word ibu tu?)

 
@@@@@@@@


Ps: Pernah tengok dekat-dekat tak mereka ni? Kalau yang Melayu, memang seksi habis.. ngeee..  tergoda i.. ;-)

Friday, August 19, 2011

Berjimba-Jimba di Sogo @ 18 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt

N3 ini mungkin menimbulkan kebengangan pada anak-anak buah di pejabat. Hehe.. (Dorang baca ke Jemari Asmara? Tak kut.. ) Maaf ye Shah dan Aca. Korang jangan bengang kat akak tau! Mana taknya harus dorang bengang.. seorang ibu suruh buat kerja luar, seorang ibu suruh layan klien kat pejabat? Ibu? Cuti sebab pergi shooping!! Hehe..

Ibu shooping dengan dua orang mem besar tau.. Jadi, hasil shoopingan ibu tak begitu sehebat mereka.. Ye ke? Ye la.. sebab ibu ni mem kecik je, mana boleh shooping banyak-banyak.. (Tapi ibu paling big la kan antara mereka.. haha..)


 Ini Pn Y.. jangan main-main, walaupun kecik je orangnya, tapi seorang Timbalan Pengarah disebuah jabatan nun di Melaka.. :D (ada rasa duka tapi gembira pada tika ini.. huhuhu..)


 Puan Y dan Puan Z yang kecil molek.. apasal mem-mem besar ni kecik-kecik je orangnya ha..?

Baca betul-betul kat atas tu. Kami CUTI tau!! Jadi, bukan lah menjadi kesalahan kami bershooping di hari Khamis nan permai kan.. hehe..

Tapikan, ramai juga insan-insan berbaju batik berjimba-jimba di Sogo tu. Agak-agak le, kalaupun nak bershooping sebelum jam 1.00 pm dan selepas jam 2.00 pm. Tengok baju pun orang dah tau kan? Kan? Kan? (Hehe.. macam bagus je ibu ni perli orang.. maaf kawan-kawan.. )


 Okey, ini hasil shoopingan ibu semalam.. 3 beg sahaja!!


Dan ini isi bag.. 4 pasang baju dengan tema warna yang sama untuk 3 beranak (ayah, abang dan adik).. Ibu? Apapun tak ada.. huhuhu...


@@@@@@@@@@@@


Ps: Tema warna kami di pagi raya tahunni (baju melayu dan kurung) warna merah. Teman-teman warna apa ye?

Rindu Pada Kecomelannya... :D

Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi upload gambar adik, petangni ibu nak upload gambar abang. Abang yang tetap comel pada mata ibu walaupun......... Walaupun apa? Hmm, silalah baca dialog ibu dan anak ini ye:

Ibu : Abang ni comellah! (sambil cubit pipi anak)

Anak : Apa ibu ni, abang dah besarlah (sambil tersenyum)

Ibu : Kalau abang dah besar dah tak comelke?

Anak : Comel tu budak kecikla ibu. Abang handsome..

Ibu : Terus gelak gelihati dan peluk anak ibu kuat-kuat. Apapun, abang tetap comel dimata ibu... :D

@@@@@@@@@


Beberapa keping gambar ketika Muhammad Yusuf Nabhan berusia 5 tahun.. sekarang dah Tahun 1.. dah tak comel dah, tapi HANDSOME!! Gambar diambil pada tahun 2009..














Ps: Comel tak? Comel tak? :D

Lagi Picas Maryam Nabihah Masa Baby.. :D

Assalamualaikum wbt..

N3 sambungan dari n3 pagi tadi.. Terima kasih buat teman-teman ibu: Mawar, Huda, Puan Nina dan eT atas komen pagi tadi.

Ibu nak tepek beberapa lagi gambar Maryam Nabihah masa baby.. :D















@@@@@@@@@

Ps: Apa yang eT cakap pagi tadi tu macam betul kut.. tapi belum ada lagi.. hehe..

Pic Maryam Nabihah Masa Baby.. :D

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, ibu jumpa semula picas Maryam Nabihah masa baby di pc ******* (pc siapa harus dirahsiakan.. hehe..) Sebelumni, masa ibu buat n3 sempena ulang tahunnya yang ke 4, jenuh ibu cari gambar-gambar tu di lappy, tapi dah tak ada..

Ibu cuba upload sekeping, gambar anakanda semasa berumur 2 bulan..



@@@@@@@@@

Ps: Ibu tak boleh buat pratonton apatah lagi buka blog.. gambarnya ok tak? Atau meninggi ke atas? Komen plz.. Kalau ok baru ibu upload yang lain. Tq.. :D

Wednesday, August 17, 2011

Besday Gal Sakit Mata @ 16 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Allah swt panjangkan umur kita hingga 17 Ramadhan 1432H untuk mengutip nikmat-nikmat Ramadhan yang penuh barokah..

Semalam, 16 Ramadhan 1432H bersamaan 16 Ogos 2011 merupakan ulang tahun kelahiran anakanda solehah ibu, Maryam Nabihah yang ke4. Dengan kuasa yang Maha Esa, semalam juga Maryam Nabihah diberi ujian sakit mata.. sejak Ahad lepas sebenarnya, tetapi keadaan semakin teruk pada Isnin malam Selasa.

Semalam juga ibu ambil cuti (el) demi anakanda tercinta yang tak dapat nak ke sekolah.. ada hikmah sebenarnya. Allah swt memberi peluang pada ibu untuk bersama-sama anugerah Allah ini pada hari kelahirannya.. (walaupun pada malamnya ibu tinggalkan dia juga untuk hadir satu program Jabatan).

Alhamdulillah, ketika Jemari Asmara menerbitkan catatan ini keadaan mata Maryam Nabihah semakin baik..


Walaupun pic ni blurr, tapi ibu suka.. :D


#############

Ps: Harini Selangor cuti umum sempena Nuzul Al Quran.. kawan-kawan buat apa harini?

Tuesday, August 16, 2011

Maryam Nabihah 4 Tahun: Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt..

Ketika n3 ini diterbitkan, ibu berada nun di Tanjung Karang menghadiri program anjuran Jabatan ibu bertugas. N3 ini ibu atopublishkan pada 16 Ogos 2011 jam 8:39 pm, sempena hari kelahiran Puteri Solehah ibu Maryam Nabihah Muhamad Roslan yang dilahirkan 4 tahun lalu pada tanggal 16 Ogos 2007 jam 8:39 pm di Pusat Perubatan Universiti Malaya..

Air mata kesyukuran mengiri Jemari Asmara menyiapkan catatan ini.. Tiada kata yang keluar dari bibir seorang ibu melainkan rasa syukur yang tak terhingga atas kurniaan Ilahi yang sangat-sangat berharga ini..

Syukur Ya Allah!! Syukur Ya Allah!! Syukur Ya Allah!! Syukur Ya Allah!!

Ibu doakan anak ibu terus dilimpahi Rahmat Ilahi, menjadi anak yang solehah, beriman dan bertaqwa, berjaya di dunia dan akhirat..

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Alahu Akbar!

Tidak terucap dengan kata-kata pengharapan dan doa buat anakanda tercinta. Ibu hanya mengharapkan segala-galanya yang terbaik buat anak ibu..

4 Tahun dalam rakaman kenangan..


 Maryam Nabihah 1 tahun.. :D


Maryam Nabihah 2 tahun.. :D


 Maryam Nabihah 3 tahun.. :D


 Maryam Nabihah dah sekolah @ 4 tahun.. dah pandai baca sikit-sikit.. :D


Kek besday adik.. memandangkan malam ini ibu ada program jabatan, hari Sabtu lepas ibu dah belikan kek siap-siap.. jadi ibu boleh kerja dengan tenang. Bukan kek sebagai ukuran, namun sekadar meraikan dan menggembirakan hati seorang anak.. :D

@@@@@@@@@@@

Ps: Ibu cari picas masa adik baby tapi tak jumpa. Mungkin hilang dalam simpanan masa lappy ibu rosak dan kena format semula.. :-(

Cubaan Upload Video..

Assalamualaikum wbt..

Minggu lepas, Mummy dari D'shire's Eden ada tanya ibu.. Macammana nak upload video ke dalam blog. Masa tu tak dapatlah ibu nak menolongnya sebab ibu pun tak tahu.. Jangankan upload video, tangkap gambar versi video pun ibu tak tahu.. Haha!!

Harini, ibu saje-saje main godek-godek kamera dan blog nak cuba upload video.. Hasilnya??

Yeay!! Berjaya!!


video

Tapi sekali video dia sekerat aje da..

@@@@@@@@@@

Ps: Alhamdulillah, walaupun sekerat, tapi cukup menyejukkan hati. Ini adalah rakaman anakanda Maryam Nabihah (4 tahun) membaca.. :D

Potong Kek @ 13 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Lagi catatan tertunggak.. al maklum, dibulan Ramadhan yang penuh berkah ini terlalu banyak perkara untuk dilaksana dan direbut.. maka kepentingan berblogging sudah tertinggal jauh dibelakang. Namun Jemari Asmara tetap cinta hati ibu.. sayangkan blog tinggal-tinggalkan.. (tapi tak boleh tinggal lama-lama.. rindo wooo..) hehe.. :D

Ini catatan 13 Ramadhan 1432H.. jika di n3 INI merupakan pengalaman kami berbuka di luar rumah buat kali pertama untuk tahun ini, iftar pada 12 Ramadhan 1432H adalah iftar pertama kami dikedai pada tahun ini.. :D

Sebelum ke kedai makan, kami singgah di kedai kek beli ini..

v

v

v

 Kek ni comel je.. harganya RM45.00.. :D


 Ini tuan punya kek.. :D


 Besarnya nganga.. tapi adik maintain comel.. hehe.. :D


Ayah dan abang.. fokus dengan nasi.. kek-kek kurang layan.. :D

@@@@@@@@@@@@@@


Ps: Kenapa beli kek? Ibu cerita dalam n3 yang lain ye..

Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...