Follower

Saturday, December 31, 2011

Terperangkap Dalam Fitting Room Lagi?


Bismillahirrahmanirrahim

Khamis malam Jumaat yang lepas, kami anak beranak menyerbu The Store @ Plaza Alam Sentral mencari baju sekolah Yusuf. Ni memang betul-betul persiapan saat-saat akhir ni. Alhamdulillah, saiz untuk dia masih ada lagi. Sedia maklum, anak ibu ni saiz plus-plus sikit dari usianya.

Alhamdulillah, peristiwa tahun lepas tak berulang lagi. Ibu dan ayah betul-betul ambil pengajaran dari tahun lepas. Peristiwa apa? Tuuu.. macam tajuk di atas. Hi hi.. Nak tahu cerita lanjut boleh klik n3 Gempar!! Terperangkap Dalam Fitting Room!! Kejadian tu dah setahun dah berlalu, tapi masih segar dalam ingatan. Lagi-lagi ada catatan dalam Jemari Asmara..

Pilihan pakaian masih jenama yang sama. Kami pilih jenama School. Cuma seluar kami akan beli jenama Jony&Jeny dari Hari-Hari. Tahun lepas kami beli 2 helai seluar jenama School dan sehelai seluar jenama Jony&Jeny. Harga yang agak jauh berbeza, tapi pada penghujung tahun jenama School dah kelabu asap. Getah seluarpun dah kendur. Tapi yang J&J masih okey lagi. Maksudnya, pakaian berjenama dan mahal belum tentu lebih baik dari yang murah.

Sementara menunggu abang mencuba pakaian, mulut ibuni tak boleh diam. Sebab si adik yang tak boleh diam. Lari sana, lari sini.. Dia menyorok sana, menyorok sini. Bila ibu tegur, boleh dia jawab; "Tak ada orang nak curi adik la ibu.." Haishh!! Minta dijauhkan. Itu yang ibu takut..

Jadi, untuk menyekat dia dari ke sana sini (sebab ibu pun tak larat nak kejar.. huhu..) ibu ajak dia snap-snap gambar. Moh la kita layan budak bertudung oren tu..


 Berteman sebiji belon.. Dalam fitting room tu ada abang dan ayah. Fitting room yang sama abang terperangkap tahun lepas. Sampai ada pekerja The Store kena panjat ke atas..


 Yeay!! Saya pandai tiup belon!!


 Haa.. tu ayah dah nak keluar. Jangan tinggal anak dalam tu bang..


 I love U 2 my dear.. :D


Wahhh.. sama-sama oren kita. Tapi pic blurr la pulak. Huhu..

Alhamdulillah lega, sebahagian keperluan dah selesai. Buku pun ada yang ayah dah beli. Tinggal beberapa lagi je belum selesai. Yuran dan baju Maryam pun dah selesai juga.

Ps: Harini hari terakhir 2011. Semoga 2012 adalah lebih baik bagi kita semua.. :D


Ce Teka @ Jemari Asmara..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pegasih Lagi Maha Penyayang

Harini tak ada idea.. lagi pun bz nak kemas rumah. Kita main teka-teka lah ye.. Terbuka pada yang sudi.. :D


Bunga apakah ini?

Ps: Tak ada hadiah tau!! Nak hadiah best sila ke Jelajah Jemari Asmara okey. Salam sayang buat semua..



Friday, December 30, 2011

Menggadai Nyawa Demi Rezeki Yang Halal


Lagi dari lensa ibu Yusuf dan Maryam


 Gambar diambil lebih kurang 350 meter dari lokasi pembinaan pencawang elektrik baru. Agak-agak berapa ketinggiannya tu?


 Zoom.. Subhanallah, tak gayat ke mereka tu?


 Zoom lagi..


Zoom lagi dan lagi.. tapi takatni kamera ibu boleh pergi..

Ps: Semenjak duani, ibu Yusuf kemaruk snap sana, snap sini. Sampai siput khinzir pun jadi mangsa. Hi hi..



Tetamu Pokok Kucai


Lagi dari lensa Ibu Yusuf



Ps: Beginilah bila guna kaedah hentam kromo, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak..

Pss: Bila buat n3 ni baru teringat, aahla.. lepas tangkap gambar haritu, tak buang pun siput tu. Ha ha ha..



Thursday, December 29, 2011

Hakisan Teruk di Pantai Terengganu


Assalamualaikum wbt..



TAMBAK pantai elak hakisan makin teruk. - Sebahagian pekerja menambak Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, yang mengalami hakisan teruk walaupun keadaan ombak besar dan cuaca yang tidak menentu. Fenomena laut bergelora dan ombak besar ketika musim tengkujuh ini telah menyebabkan hakisan teruk di sepanjang pantai ini sejak beberapa minggu lalu. Sementara itu, orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri pantai sehingga Mac depan. Sumber.

Ps: Baruje minggu lepas ke sini dan bercanda di Pantai Teluk Ketapang. Memang ombak besar dan angin kuat masatu. Alhamdulillah semuanya selamat. Kawan-kawan, jangan ke tepi pantai hingga Mac depan ya.. Yang di Dungun tu lagi menakutkan.


Mencuri Nafas Semasa Mengaji


Assalamualaikum wbt..

Ini adalah entry tentang cabaran mengajar anak mengaji. Alhamdulillah, anakanda soleh Yusuf telah tamat Iqra' pada usianya 6 tahun sebulan. Pencapaian yang sesuai dengan usianya pada pandangan ibu, dan tidaklah dianggap ketinggalan walaupun ramai anak-anak diluar sana telah tamat bacaan Iqra' pada usia yang lebih muda. Ibu memegang prinsip tak perlu cepat-cepat habis hanya kerana ada lain anak orang dah habis Iqra'. Yang peting, bacaan perlu betul.

Maka dengan sebab itu juga, sebaik sahaja tamat Iqra' ibu mengambil pendekatan tidak terus memulakan bacaan Al Quran dengan Juzuk pertama. Tapi ibu memulakan dengan Juzuk 30 iaitu surah-surah 'Amma. Ibu latih dia mengaji dengan surah yang pendek-pendek dulu. Alhamdulillah, Yusuf dapat mengaji dengan baik sesuai dengan tahap usianya. Bukan sekadar bermula dengan juz 'amma sebelum naik Al Quran, tapi ibu juga mengambil pendekatan mengulagn juz 'amma itu sendiri beberapa kali. Ibu pun sampai tak ingat berapa kali..

Sebaik sahaja naik Al Quran, antara cabaran yang ibu hadapi adalah untuk mengajarnya mencari tempat waqaf (berhenti) yang sesuai kerana ayat Al Quran panjang-panjang berbeza dengan juz 'amma. Dia tahu cara waqaf cuma belum pandai mencari tempat waqaf, maka jadinya dia baca sampai habis satu-satu ayat tu dengan beberapa kali mengambil nafas. Haaa, itulah yang dikatakan mencuri nafas semasa mengaji. Bukan budak-budak je, ibu tengok ada juga orang dewasa yang mengaji curi-curi nafasni..

Ibu menggunakan pendekatan syafahi (mulut ke mulut; betulkan ibu jika salah istilah tu). Maknanya, mula-mula ibu baca kemudian Yusuf ikut. Itu pusingan pertama, selesai pusingan pertama ibu akan minta dia baca sendiri dan ibu akan semak. Hmm, masanilah dia dah lupa mana tempat waqaf yang sesuai. Tu yang sampai curi-curi nafastu..

Mencuri nafas semasa mengaji tidak berdosa sebenarnya (kalau tak ramai yang takut nak mengaji pula; wallahua'alam), tetapi ianya mencacatkan bacaan dan melanggar tatacara pembacaan Al Quran yang sebenar. Sebabtu, biarlah bacaan kita pendek-pendek dan tak berapa nak berlagu.. janji jangan curi nafas. Yang penting tahu tempat waqaf yang sesuai dan nak ibtidak (bermula semula) ditempat yang betul.

Alhamdulillah, masa entry ni dibuat Yusuf menunjukkan kemajuan dalam kemahiram mencari tempat waqaf. Cuma nak ibtidak ibu kena bimbing lagi. Cuma satu lagi masalah, nafas Yusufni memang pendek je. Samalah dengan ibu sebenarnya.. :-(


 Anakanda soleh.. permata hati ibu..

Ps: Ibu garang tau masa ngajar ngaji. Sampai berair mata anakanda tu kadang-kadang. Hihi.. Anda garang tak? Mesti tak kan?






Wednesday, December 28, 2011

PINDAAN KE ATAS SBPA


Assalamualaikum wbt..

Harini dah 28 Disember.. mmmm, markah anak-anak buah tak bagi lagi. Ayah pun geleng kepala, dia kata Jabatan dia dah siap lama dah. Bukan saje-saje nak lambat-lambatkan tugas. Tapi tunggu arahan dari bos dulu. Bos kata nanti dulu.. Ibu ikut arahan je. Ibu ni PPP je.. Oh ya, SBPA dah ada pindaan. Ibu kongsikan di sini.. :D

JPA, Cuepacs Lakukan Beberapa Pindaan Segera Tambah Baik SBPA
 
Sumber: SINI

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat hari ini melihat cadangan Cuepacs ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA pada Selasa.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis Cuepacs menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Cuepacs dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu. Omar berkata Cuepacs menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

"Rundingan hari ini merupakan satu penambahbaikan dan (ia) menyakinkan kita.... Cuepacs menerima SBPA dan ia diputuskan Kongres sebentar tadi," katanya. Beliau juga berkata JPA dan Cuepacs setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini. - BERNAMA



Spaghetti Bolognese Ala Melayu..


Jom main masak-masak!!

Harini ibu nak cerita pasal Spaghetti Bolognese ala Melayu. Air tangan ibu semalam sebenarnya. Semalam ibu cuti, tapi ayah tak cuti. Jadi ibu nak masak yang ringkas tapi sedap. Memandangkan ayah dah bagi tau awal-awal tak balik makan, maka ibu ambil kesempatan nak masak yang ala western gitu. Almaklum, ayah tu pencinta budu. Jadi setakat spghetti ni tak berapa nak pandang sebenarnya. Cuma kalau isteri dia yang cantik ni masak, dia terpaksa la makan. Ha ha ha..

Ibu buat keputusan nak masak spaghetti je.. Memandangkan ibu dan anak-anak tak berapa suka rasa oregano atau italian herb tu, ibu buatlah ala-ala Melayu. Dah nama pun ala Melayu tak ada lah letak herba tu semua, keju pun tak letak, susu pun tak letak. Letak cili giling sikit.. Hasilnya, mmmmm lazatttt (kata Yusuf dan Maryam tau!!)


Walaupun ala Melayu tapi terasa Henglishnya.. sebab makan dengan pinggan Henglish.. Hi hi..


Cepat-cepat tangkap gambar, sebelum comot. Air pun tak sempat tuang..

Ibu kongsikan di sini resepinya ya.. Mana tahu ada adik-adik baru kahwin baru nak belajar masak kan. Kalau otai-otaini tak pandang dah resepi. Petik jari je makanan dah masak. Eh, ye ke? kalau ada memang ada magic la tu.. Mestilah kena masak juga.

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE ALA MELAYU CARA MUDAH

Bahan-bahannya: (untuk 4 orang makan)

250 gram spaghetti
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan bawang merah dan putih kisar
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan gula
1 tin sos spageti tomato (300 gram)
200 gram daging cincang
2 batang sosej ayam
1 tin air (gunakan tin sos spageti tomato)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Rebus spaghetti hingga lembut. masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Kemudian toskan..

2. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kacau rata..

3. Masukkan daging cincang dan gaul sehingga mesra dengan bahan tumis.

4. Masukkan sos spageti dan air. Biarkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

5. Masukkan sosej yang telah dipotong dan perasakan dengan garam.

6. Sedia untuk dihidangkan. (Masukkan spageti dalam pinggan dan curah kuah ke atasnya. Ada juga yang terus gaul dalam kuali, terpulang pada kehendak masing-masing)

Nota ibu:

* Jika suka pedas tambahkan lagi cili giling. 1 sudu makan sudah secukup rasa untuk kanak-kanak makan.

* Ibu letak gula untuk seimbangkan rasa pedas dan masam sos.

* Ibu guna bawang yang dah siap-siap blend tu je. kalau merujuk resepinya yang betul guna bawang cincang tau!!

**********

Ps; sama tak cara anda semua dengan cara ibu? Ibu main campak-campak je sebenarnya, tapi ingat la kuantitinya sebab nak masuk dalam blog.. (senyum!!)



Tuesday, December 27, 2011

Sang Puteri & Istana Impian


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wah tajuk.. bukan main lagi. Adakah ini entry tentang kisah dongeng Sang Puteri dan Istana Impian zaman dahulukala? Ataupun entry laksana kisang dongeng Puan Kutu? Ha ha ha.. Tiba-tiba Puan Kutu dapat nama kan? Alaaa.. Blogger yang ada blog khas untuk kisah dongeng dia tu..

Alkisahnya, ini kisah benar, bukan dongengan semata-mata. Kisah Maryam Nabihah si puteri ibu yang sangat suka bernain pasir, dengan harapan dapat membina istana impian. Apa rupanya istana tu, layan jelah gambar-gambarni ye.. Lokasi; Pantai Teluk Ketapang, Terengganu.


Sang Puteri yang mesra di hadapan kamera.. dengan syarat mood sedang ceria.. :D


Candid.. tangah cakap apa lah tu agaknya..


Pembinaan masih belum bermula.. Termenung mencari idea?


Mengerbang-gerbang rambut sang Puteri ditiup angin..


Alat-alat pembinaan Sang Puteri..


Sang Puteri sedang berkreatif.. menyusun cengkerang-cengkerang di halaman istana..


Bersama Ucu.. yang setiasa meneman dan melayan karenah Sang Puteri..


Istana Impian Sang Puteri yang telah direalisasi.. Boleh lah tu, Sang Puteri baru 4 tahun.. :D

Ps: Ketika n3 ini ditulis, kami telah berada di Shah Alam. Bertolak jam 6.00 petang semalam dan sampai jam 2.00 pagi tadi. Ibu cuti harini, letih dan sakit kepala. Ayah tak ada pilihan, terpaksa masuk kerja. 



Monday, December 26, 2011

Test Power... | Malu Pada Pak Mertua..


Assalamualaikum wbt..

Baru balik Pasar Payang ni.. Tak beli apa pun, saje-saje cuci mata. Anak-anak pula bercanda di Pantai Batu Buruk sementara ibu dan Che' Ngoh jalan-jalan belek-belek sutera batik.. (Hadiah untuk pemenang Jelajah Jemari Asmara dah beli dah tau!!) Oh, ya.. sila harap maklum bahawa tarikh tamat JJA GA dilanjutkan hingga 15 Januari 2012. Jadi, buat yang belum sempat nak turut serta, masih ada masa lagi.

Apapun, entry kalini bukan nak cerita tentang Pasar Payang ataupun Pantai Batu Buruk. Tapi nak kongsi hasil 'test power' kamera ibu. Hahah.. power la sangat kononnya.

Alkisahnya begini, balik tadi ibu ternampak sekuntum bunga ros kampung yang mekar dengan beberapa kuntum yang masih kuncup. Pokoknya agak semak-semak la juga. Tapi, tiba-tiba rasa nak ambil gambar. Maka dengan gigih menerjah semak-semak tu sampai tertonggeng-tonggeng, konon nak cari sudut yang sesuai. Kih kih kih.. Kelakar tau..

Tiba-tiba muncul Pak Mertua i dari buat belakang. Terus buat-buat tengah tak buat apa-apa dan naik atas rumah. On lappy dan buat n3 ni.. Hi hi hi..

Layanlah hasilnya ni.. Sila harap maklum bahawa kamera ibu kamera biasa-biasa aje ye..











Amacam? Okey?

Ps: Dah la kamera biasa-biasa, nak cari fungsi pun tak reti-reti. Hmmm.. Kalau macamni gayanya tak yah lah ibu Yusuf nak berangan guna DSLR kan?




Bercanda Di Pantai Teluk Ketapang Terengganu


Bercanda dipasiran pantai, kita bersama memadu asmahara.. cinta setia.. Hahaha..

Masih entry tentang pantai.. sebelumnya hanya lalu mencuci mata menghayati indahnya alam di Pantai Tok Jembal, kami meneruskan perjalan ke Pantai Teluk Ketapang yang berjiran dengan Pantai Tok Jembal. 

Sebenarnya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercanda di persisiran pantai-pantai yang terletak di Timur tanahair. Cuaca tak menentu, angin kuat dan ombak yang mengganas. Namun kami tawakkal, alang-alang tiba dari jauh sayang rasanya tidak singgah menikmati indahnya ciptaan Ilahi. Yang penting, jangan mandi mahupun terlalu dekat dengan air.

Buat sahabat-sahabat yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Pantai Teluk Ketapang antara destinasi menarik untuk dikunjungi. Hanya beberapa minit dari bandar Kuala Terengganu dan cuma bersebelahan dengan lapangan terbang. Seafood goreng celup tepung di sini memang best!! Penginapan juga tak menjadi masalah, sangat banyak penginapan dan homestay di sini.


 Pasir memutih, ombak memukul pantai dan angin bertiup kencang.. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Cuma kamera ibu gagal merakamkan keindahan itu. Cuaca mendung mempengaruhi keadaan..


 Antara kemudahan yang disediakan. Tandasnya sangat bersih, jadi tak kisahlah kan kena bayar RM00.20 je. Suraunya ibu tak masuk sebab kami datang sebelum masuk waktu solat..


 Gerai menjual air, kelopok lekor, bebola dan pelbagai jenis makanan untuk kudapan sambil bersantai di tepi pantai. Kami pergi sebelum menjelang petang, jadi tak banyak lagi gerai yang buka..


Kedai makan yang menyajikan masakan panas dan seafood goreng celup tepung. Ucu order nasi goreng ikan masin, sangat sedap. Ayah order kelropok lekor dan ikan goreng celup tepung, ikannya segar dan manis isinya. Ibu order sotong goreng celup tepung, walaupun dipotong kecil-kecil tapi sangat puas hati. Yusuf makan tomyam dan nasi, pun sangat sedap cuma sangat pedas bagi dia. Semua yang kami makan termasuk air RM30.00++ semuanya. Okeylah tu, makan dengan rasa puas hati. Oh ya, kami makan di kedai yang betul-betul sebelah surau. Kedai-kedai di sini buka dalam jam 12.00 tengahari. Kami makan selepas bercanda sebenarnya, sebab kami tinggalkan pantai sebelum Zuhor.

Baiklah, mari kita tengok apa aktiviti kami di sana..


Menghayati keindahan alam. Ayah Yusuf memang sangat cintakan alam. Ayah suka laut, suka pantai.. dan tak sukan hiru pikuk pusat membeli belah.


Berkejar-kejaran dengan anak lelaki kesayangan.. Ibu tumpang seronok ajelah, nak lari tak larat. Kendong lemak banyak sangat.. Hahaha..


Bab menyakat pun, serahlah pada ayah. Tapi kalau Yusuf sakat Maryam, ayah marahlah pulak. Hmmm..


Muhammad Yusuf Nabhan.. sebelum ada yang kata tulisn dia cantik, tu ayah yang tulis ye.. Hehe..


Ini aktiviti kegemaran Maryam.. Jadi kontraktor pembinaan Istana Pasir..

Banyak lagi gambar kenangan, tapi cukuplah dulu 9 keping. Ada beberapa gambar Maryam bermain pasir yang sangat ibu suka. InsyaAllah ibu akan kongsikan kemudian.
Jumpa lagi nanti ya..

Ps: Jelajah Jemari Asmara dilanjutkan hingga 15 Januari 2012. Walaubagaimanapun tarikh pengumuman peserta yang berjaya tidak berubah. Harap maklum.



Sunday, December 25, 2011

Ombak Mengganas Di Pantai Tok Jembal, Terengganu


Rakaman lensa ibu Yusuf..

Harini kami ke UNIZA di Gong Badak, melepas kerinduan pada adik bongsu kesayangan ibu. Alang-alang bertemu, kami bawa dia keluar jalan-jalan. Hajat hati nak ke Pantai Teluk Ketapang. Dari UNIZA kami menyusuri jalan dipesisiran pantai Tok Jembal.

Angin sangat kuat dan ombak tinggi memukul tebing. Ibu sempat merakam 3 keping gambar. Itu pun hanya dari tingkap kereta sahaja.. Gambar sedikit suram, cuaca agak mendung.







Gambar tanpa kapsyen.. Tengok ajelah ye, tu pun semua dari sudut yang sama. Cuma zoom dengan tak je.. Hihi..

Pantai Tok Jembal ni terletak tak jauh dari lapangan terbang dan dikenali sebagai lokasi pendaratan bot-bot nelayan pesisir pantai. Berdasarkan pemandangan ibu, pantaini semakin terhakis. Batu-batu tersusun di persisiran sebagai tambak yang menghalang hakisan. Ada juga wakaf batu yang sudah hancur.. Samada dek ombak atau angin kuat, wallahu a'alam.

Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Teluk Ketapang yang lebih sesuai untuk bercanda. Mandi memanglah tak boleh, tapi kami telah beraktiviti di sana dengan sangat bahagia. Oh, indahnya.. :D

Nanti ibu buat entry bercanda di Pantai Teluk Ketapang ye. Tunggu...

Jumpa lagi!!


Hukum Mengucapkan Merry Christmas Kepada Bukan Islam


Assalamualaikum wbt..

Hari ini 25 Disember 2011, sambutan Krismas yang disambut oleh orang bukan Islam. Sana sini kedengaran ucapan Merry Christmas, samada ditelevisyen, radio, akhbar, mahupun melalui entry-entry catatan orang Islam sendiri.

Persoalannya di sini, apakah hukum mengucapkan selamat kepada upacara keagamaan?

Jika kita merujuk kepada sumber-sumber diinternet sendiri banyak sungguh versi pandangan. Ada yang kata haram dan ada yang kata harus. Ibu cadangkan, jika kawan-kawan baca tulisan berkaitan, silalah baca hingga habis. Jangan baca separuh-separuh. Sebab, dalam penulisan ada yang merujuk kedua-dua pandangan, kemudian baru dirumuskan. Takut-takut kita terbaca pandangan yang salah dan merumuskan sebagai satu hukum yang boleh dipegang.

Salah satu artikel yang kawan-kawan boleh baca adalah Larangan Mengucapkan Merry Christmas Kepada Kristian dari blog WADi. Tapi awas, sila baca habis entry tersebut, jika tidak anda akan terambil pula pandangan Astora Jabat.

Banyak sebenarnya tulisan-tulisan yang membincangkan tentangnya. Ada tulisan yang jelas-jelas menerima komentar yang pelbagai. Contohnya artikel INI.

Ada juga catatan yang mengelirukan. Contohnya pengertian Krismas dari Wikipedia. Pada awal penjelasan wikipedia menafsirkan tentang Krismas yang adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.

Jelas di situ bahawa sambutan Krismas berasal dari sambutan keagamaan. Tetapi di hujung artikrl disebut; Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan. Hmmm.. dah jadi kebudayaan la pulak.

 Apapun sahabat-sahabat, sila rujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ilmu agama dan hukum hakam. Secara peribadi setelah merujuk kepada sumber-sumber tertentu, ibu ada jawapan sendiri. Ibu tak akan wish perayaan yang berbentuk keagamaan.

 Anda bagaimana?

Ps: Tak suka iklan Nokia tu. Walaupun tak sebut tentang hadiah untuk krismas, tapi gambar kotak hadiah tu ada kepala Santa Claus. Tak suka lah...




Saturday, December 24, 2011

KENAPA KHIR TOYO DIPENJARAKAN?


Assalamualaikum wbt
Ibu perasan, sehari dua ni ramai blogger buat entry tentang Dr Mohammad Khir Toyo dikenakan hukuman penjara 12 bulan. Mula-mula ibu tak ambil peduli sangat,sebab dah agak dah, ni mesti sebab rasuah. Cuma tadi, ibu dapat tahu isu hir Toyo kena penjara ni mengungguli carta carian di Yahoo. Jadi, sajelah ibu buat entryni. Saja nak buat, sedia maklum Jemari Asmara bukan blog yang selalu buat entry SEO kan? Yang ni pun ibu c & p je..

MAHKAMAH HUKUM KHIR TOYO PENJARA 12 BULAN


SHAH ALAM, 23 Dis: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah empat tahun lalu.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd  melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.   

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.


Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Ps: Harap tak menggambarkan pandangan politik ibu ya. Bila search tentang Khir Toyo, page Harakah keluar dulu. Hehe..



Musafir Ke Timur


Catatan perjalanan ibu Yusuf..

Alhamdulillah atas nikmat iman dan jasad yang masih bernyawa kurniaan Ilahi. Belumpun kebah letih bermusafir ke Johor dan Melaka, kami menempuh lagi satu perjalanan yang panjang ke Timur tanahair. Kemana lagi jika bukan Kuala Terengganu, destinasi wajib kami. Tanah tumpah darah ayah Yusuf dan Maryam.

Kami bertolak jam 7.30 malam semalam dan selamat tiba pada jam 7.30 pagi tadi. Perjalanan menjadi lebih panjang, lantaran beberapa kali ayah Yusuf berhenti melelapkan mata. Memang sangat letih, seharian bertugas tanpa rehat dan malamnya menempuh perjalanan yang panjang. Semuani gara-gara mahu mengejar cuti percuma 3 hari..

Jarak yang jauh, tenaga yang banyak, dan ringgit yang dikelurkan tak perlu dipertikai. Yang penting terlaksana kewajiban seorang anak menziarahi kedua ibu bapanya.. Betul tak?

Setakat ini dulu, nanti-nanti ibu update lagi. 


Set Bunga Kangkung untuk dilepaskan. Berminat? Sila ke SINI ya. Tq.



Friday, December 23, 2011

CONGKAK: TEWAS BERMARUAH


Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari rumah.. Jam 12.15 tengahri tadi terus start kereta balik rumah. Semata-mata nak update blog tuu..  (Adakah ini bermakna Ibu Yusuf dan Maryam semakain tegar berblog? Macam belum.. Hihihi..) Ehh, tak adalah. Ibu balik dengan tujuan nak kemas baju sebenarnya. Ayah baru sms pagi tadi kata nak balik Terengganu petangni. Sabar ajelah..

Okey, ini adalah kesinambungan dari entry Cara-Cara Main Congkak semalam. Baca tajuk je dah tahu, ibu tak menang pun, dapat tempat ke 3 je. Tapiii...

Apa yang dimaksudkan dengan tewas bermaruah? Bunyi macam tak mengaku kalah je.. Hehehe..


 Penceritaan ibu akan merujuk carta ni ye..

Pertandingan semalam melibatkan 5 zon. Ibu mewakili zon 2 yang merupakan gabungan di antara Daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang. Setiap zon diwakili oleh 3 peserta. Maknanya, selain ibu ada 2 lagi peserta mewakili zon 2.

Setiap wakil zon akan berentap dengan setiap seorang wakil zon yang lain. Maknanya, seorang pemain akan bermain 4 pusingan setiap seorang.

Sukacita dimaklumkan, ibu Yusuf dan Maryam menang keempat-empat pusingan tu. Cuba tengok carta, zon 2 tak pernah dapat 'telur ayam' kan? Haaa.. tu yang kata bermaruah tu. Ha ha ha.. Gelak bangga ni.. Kih kih kih..

Ibu main 6 pusingan sebenarnya. 2 kali lagi tu menggantikan peserta daerah Sepang yang hilang. Ehh..bukan hilang, tapi dia ni main game lain juga selain congkak. Tu yang susah tu. Kalau tak ganti, kira pasukan lawan menang tanpa bertanding pula.

Sebenarnya, tak kisahlah menang atau kalah pun. Yang penting semangat bersukan dan jalinan persahabatan sesama peserta tu yang penting.


Haaa.. Dah ada gambar congkak sendiri. Gambar semalam pinjam gambar orang lain..

Ps: Ibu tak main tipu tau, jujur tau!! 




Thursday, December 22, 2011

GiveAway by AzzieThingsAndStuff


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Mood berGCL ibu sedang membara.. Semangat!! 

Terkini, ketika ibu jalan-jalan di alam maya ibu menemui OzzieThingsAndStuff yang melancarkan GiveAway yang sangat mudah. Oh ya, OT&S ni merupakan sebuah blogshop yang menjual buku resepi dan silicone mould/ tray. Sudah pasti barangan jualannya akan ditambah dari masa ke semasa.

Jom semua, kita meriahkan lagi GA anjuran OzzieThingsAndStuff ni. Untuk maklumat lanjut dan turut serta, sila klik pic di atas atau SINI sahaja.

Semoga penganjur dimurahkan rezeki dan biz yang diusahakan maju jaya.

Semoga ada rezeki untuk ibu Yusuf dan Maryam menang!!


Wednesday, December 21, 2011

CARA-CARA MAIN CONGKAK


 Assalamualaikum wbt..

Besokkan, ada sukan peringkat Negeri Selangor Jabatan di mana ibu bertugas. Hehe.. Ibu wakil Daerah Klang tau! Tapi bukanlah yang susah-susah, ibu main ni je..

v

v

v


Budak-budak kat pejabat tak sudah-sudah sakat ibu. Yelah, yang lain main bola jaringlah, bola tamparlah, badmintonlah, macam-macam lagilah. Sekali ibu Yusuf cuma main congkak daaaa... Jangan pandang belakang congkak ye, belum cuba belum tahu. Ha ha ha..
Jom kita segarkan semula pengetahun kita tentang congkak..

CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

CARA-CARA BERMAIN CONGKAK

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah


Info tambahan:

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. 



**************

Ps: Doakan ibu berjaya ye.. :D


Rabu Tanpa Kata.. Biar Gambar Berbicara..


Permata hati ibu..



DOA UNTUK MENJADI ORANG YANG SABAR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Tuesday, December 20, 2011

Duka Kembali Di Hati Ibu.. Lantaran Nipisnya Kesabaran..


Luahan hati seorang ibu.. Moga-moga kan lebih beringat..

Allahu Akbar! Allah Yang Maha Besar! Ampunkan dosa-dosaku ya Allah.. 

Sesungguhnya pada ketika ini pandangan ibu kabur dek air mata yang kian bertakung di kelopak mata. Hari ini ibu 'terlanjur' lagi.. Nipisnya kesabaran tatkala anak yang dipanggil solehah, mengeluarkan kata-kata yang sungguh tidak sopan. Lantas tangan ini berdosa 'menyentuh' seorang anak yang belum cukup akalnya.

Allahu Akbar! Sesungguhnya masa tidak boleh dikembalikan. Hanya kekesalan kini bersarang di seluruh akal dan tubuh ibu. Sakit, perit, pedih.. Hanya Allah yang tahu kesakitan yang bersarang dalam jiwa.

Tidak berniat mahu membongkar kesilapan diri, namun beringatlah wahai sahabat-sahabat ku. Jangan ulangi kesilapan yang sama seperti ibu.. Memukul anak bukan jalan penyelesaian.

Ibu kongsikan di sini satu artikel, moga jadi panduan kepada kita semua; Ramai sahabat-sahabat pada pengamatan ibu sudah kongsikan artikel ini di blog masing-masing, hari ini giliran ibu pula. Sebagai peringatan kepada diri sendiri.

PANDUAN MENDIDIK ANAK CARA ISLAM

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Aduhai anak, semoga dikau hidup dengan keperibadian mulia. Semoga akhlakmu seindah wajah kurniaan Ilahi buatmu. Ketahuilah sayang, cinta ibu padamu sepenuh hati tanpa berbelah bagi kerana Ilahi. Ibumu hanya mengharapkan yang terbaik untukmu.



THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Jom sertai GA!! Hadiah utama photobook tuuuu... Jom, jom, jom!!



Syarat-syaratnya mudah sahaja. Mari kita periksa, ibu Yusuf dah cukup syarat ke belum;

1 - Buat entry bertajuk
 THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY (sudah! Inilah entrynya..)

2- Letakkan banner The Ladies Photographer dan link kan ke entry GA @ bamyuyu.blogspot (ada! tuuu, kat atas)

2 - Like Fan Page TLP di facebook  http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan kepada yg tiada FB, boleh jadi follower di belog saya ini:P (ibu Yusuf dah like dan dah follow juga..)

3 - Like Fan Page Danita Maternity Store 
http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (this is our penaja hadiah) (like, like, like.. sudah juga!)

3 - Tag 5 org kawan blogger (lebih ke kurang pun boleh:P)
Ibu Yusuf nak tag Puan Kutu, AnisAlya, Affafkusayang, Nida dan BSB.. (lepasni ibu BW bagi tau mereka ye...)

4 - Letak link entry anda di entry ini...

5 - Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012.
Hadiah yang ditawarkan selain photo book tu, semuanya best-best belaka. Nak tahu? Nak turut serta? Klik je banner di atas atau SINI sahaja..
Semoga ada rezeki untuk ibu Yusuf dan Maryam..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...