Follower

Tuesday, January 31, 2012

PEMENANG SAGUHATI JJA GA TELAH DITETAPKAN!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Alhamdulillah, pemenang saguhati Jelajah Jemari Asmara Giveaway telah ditetapkan dengan menggunakan khidmat Random.org.. Walaubagaimanapun, pemenang utama dan tempat pertama belum lagi diputuskan.

Walaubagaimanapun, keputusan tersebut akan ditarik balik sekiranya pemenang yang sama dipilih sebagai pemenang utama atau bertuah dipilih oleh random. org untuk memenangi hadiah tempat pertama..

Cabutan akan dibuat sekali lagi.. Ini adalah untuk memastikan pemenang tetap berjumlah seramai 7 orang..

Sekiranya, ibu Yusuf sempat mengedit pt scn cabutan random tu, insyaAllah keputusan akan diumumkan besok..

Sekali, ampun dan maaf dari ibu Yusuf atas keterlewatan ini..

Salam sayang buat semua.. :D

Jom ramai-ramai joint GA yang INI pula..


KAN BEST KALAU ABANG ADA ADIK BERADIK 10 ORANG..


Assalamualaikum wbt..


Yusuf dan Maryam.. lebih 4 tahun yang lalu..

Ayat di atas dituturkan oleh Yusuf beberapa hari yang lepas. Ibu tak berapa ingat puncanya, tapi kalau tak silap sebab ayah tak nak layan dia main PS2. Dia boring main sorang-sorang. Maka mulalah dia timbulkan isu nak adik beradik ramai.. Huhu..

Baru-baruni rakan sejawatan ibu yang berusia 40 tahun cuti bersalin.. Wah!! Semangat ibu Yusuf nak tambah adik beradik Yusuf. Ibu Yusuf baru 34 tahun.. Haha.. 'baru' tuuu.. Err.. tapi tak sempat kut nak capai 10 orang tu..

Dari satu sudut, ibu Yusuf sudah bersedia untuk menerima orang baru dalam keluarga. Juga bersedia meninggalkan zon yang sangat selesa sekarang ini.. Cuma, belum sampai rezekinya.. Mudah-mudahan ada rezeki kami kelak.

Pernah ibu saja-saja bertanya pada Yusuf dan Maryam: "Suka baby girl ke, suka baby boy?"

Yusuf jawab: "Abang suka baby boy!"..

Maryam jawab: "Adik suka baby girl"..

Ibu? Hmmm.. Ibu teringin nak anak kembar sebenarnya.. :D

Cuma keluarga dekat di sebelah ibu, tak ada yang punya sejarah kembar. Di sebelah ayah adalah, kakak ayah Yusuf ada yang kembar..

Apapun, ibu terima segala rezeki yang Allah swt kurniakan. Ada rezeki, syukur Alhamdulillah. Tak ada, redha dengan ketentuannya..

Ps: Mood 'geram' tengok anak-anak blogger lain yang comel-comel.. :D

Nak menang top up klik SINI

Nak menang wang tunai klik SINI





RINDU LAGI PADA KECOMELANNYA..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Harini ibu sakit perut.. Dari semalam sebenarnya. Gara-gara gagal menahan nafsu makan lah ni. Semalam bos masak dan belanja kami makan. Daging tetel masak asam, masak lemak ikan masin dan nenas, rendang ayam, sambal garing ikan bilis, sambal belacan dan ulam-ulaman. Semuanya Melaka dan Negeri Sembilan punya cara masakan. Pedassssssssssssssssssss.. tapi sangat sedap. Tu yang makan tak ingat. Sudahnya? Sendiri tanggung.. Huhu..

Owh.. intro yang tak ada kaitan dengan tajuk. Maaf..

Ibu sekadar nak kongsikan gambar Yusuf masa kecil. Sekarang abang dah besar.. Adik Maryam kata, abang dah tak comel, tapi abang hensem..

 Semua picas ni masa Yusuf berumur 2 tahun lebih..


Masa umur 2 tahun 2 bulan.. Cameron Highlands Hari Keluarga Jabatan ibu bertugas..


 Masa umur 2 tahun 4 bulan.. ikut ayah meeting di Ipoh..


Masa umur 2 tahun 8 bulan.. di rumah lama Subang Perdana..


 2 tahun 11 bulan.. gambar raya..


 2 tahun 4 bulan.. Kuala Kangsar..

Mood rindu zaman anak-anak masa kecil sebenarnya.. :D



Monday, January 30, 2012

CAWAN DARI UNITED KINGDOM??


Assalamualaikum wbt..



Cantik tak cawan ni? Suka tak? Dari Uk tau!! Ianya mahu diberi secara percuma sebagai hadiah.. Bukan itu saja ye, ada banyak hadiah lain..

Ianya mungkin rezeki anda. Jom joint GA INI..

Ps: Kalau menang adat bertanding.. Tak cuba tak tahu..


MENCARI SALAH ORANG.. APA FAEDAHNYA?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Pengakuan!! Sejak setahun ada kamera ni (dulu ambik gambar guna handphone je..), ibu memang suka ambil gambar. Tapi, bukan gambar diri sendiri. Ibu Yusuf gemuk!! Gambar tak lawa.. Hahaha..

Ibu suka ambil gambar anak-anak (tapi Yusuf dan Maryam kurang sporting bab bergambar.. hmm..), ambil gambar pemandangan, ambil gambar bunga, ambil gambar macam-macam lah.. Tapi kamera ibu biasa-biasa je, ibu tak ada setting apa-apa pun.. Main sedap jari je tekan-tekan..

Lagi satu ibu ambil gambar bila line clear je.. Kalau ada orang tengok ibu malu.. Huhuhu..

Kadang-kadang ibu kena tegur dengan Yusuf.. Ibuni ambil gambar entah apa-apa tah... Hihi, ye lah kadang-kadang sampah pun ibu tangkap gambar..

Sebahagian gambar tu di ambil atas dasar tak puas hati..

Harini ibu tangkap gambar ni..


 Lokasi: Petronas Seksyen 18..

Ibu tayang gambarni bukan nak promot tayar pancit tu tau (tapi kalau rasa perlu salin lah ye..), tapi nak luah rasa tak puas hati dengan sikap manusia.. Mari kita zoom sikit gambar ni..


Tengok!! Elok je benda tu tertenggek di tempat yang  tak sepatutnya..

Yusuf pun pandai cakap; "tak senonoh betul". Siapa yang tak senonoh? Tak payah ibu terangkanlah ye, kita fikir sama-sama.

Memang entry ibu ni macam cari salah orang kan? Apa faedahnya?

Jawapannya senang je, sebagai peringatan kepada diri sendiri (dan juga kawan-kawan..). Berwaspada dengan tindak tanduk sendiri.. Jaga tingkah laku diri. Kita ni manusia, tak lari dari membuat silap. Kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat salah..

Tapi manusia juga yang selalu nampak salah manusia lain.. Betul tak?

Renung-renungkan.. Selamat bermuhasabah diri..

Nak menang wang tunai? Klik SINI..


Sunday, January 29, 2012

TRAGEDI ANGGERIK MALL..


Ahad yang kian 'panas'

Entry pendek.. ringkas namun penuh nada irama yang tidak menggembirakan. Harini bermula dengan baik, kami berempat bergembira tanpa ada siapa-siapa yang cari pasal. Mood Maryam pun baik-baik saja..

Kami makan pagi di Restoran Hatinie Seksyen 11.. Makan macam-macam.. RM31.00 untuk sarapan saja.. Tapi tak kisah, janji semua happy.. Memang kami happy pagi tadi..

Lepas makan kami ke Anggerik Mall, ada garage sale di sana. Memang dari semalam ibu plan nak ke sana. Cuci mata sambil jumpa kawan-kawan FB sehobi.

Tapi, ibu buat silap yang hampir meluluhkan hati sendiri. Ralit bersembang, ralit membelek.. Begitu yakin anak-anak selamat bersama ayah.

Tiba-tiba ayah tegur, "Mana adik?". Allahu Akbar. Dengan soalan itu baru ibu tahu Maryam tak bersama ayah. Hati ibu mula tak keruan..

Kami terus pusing satu Anggerik Mall.. Ibu cuba betenang, tapi hanya Allah yang tahu gelodak hati ibu..

Tiba-tiba.. Dia muncul dengan ceria tanpa rasa bersalah

Ibu tanya; "Adik ke mana?" Jawabnya: "Adik pergi ke kereta. Nak ambik biskut..".

Aduhai anak.. Sudahnya kami balik begitu sahaja.. Mood ibu hilang di bawa angin lalu..

Sukur alhamdulillah, tiada yang tidak diingini berlaku. Semoga ianya tak akan berulang lagi..

Sekian..


Mee Bandung
Gambar tiada kaitan dengan entry.. saje je letak. haha..

Marilah teman ibu joint GA ni. Hadiahnya sangat-sangat menarik..


CARA LETAK FB LIKE BUTTON DI BLOG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

 Pagi Ahad yang dingin.. Semalam asyik cerita tentang makanan je kan? Harini marilah kita bercerita tentang blog dan facebook..

Jujurnya, sejak ada Jemari Asmara, ibu mula dingin dengan FB. Tapi tak adalah tinggal terus, cuma dah jarang-jarang buka. Hinggalah ibu sedar, bahawa FB juga memainkan peranan dalam mempromosi dan meningkat traffik blog.

Mula-mula ibu sekadar ping entry di FB ibu (Zefa Ibu Maryam) atau di mana-mana group FB yang ibu sertai.

Dan hari ini ibu terbuka pula hati nak letak 'Like Button' di Jemari Asmara.. Dengan meletakkan button like dan share facebook (FB) di blog kita, dikatakan secara tidak langsung kita dapat menjana sedikti traffic dari facebook (FB). 

Ibu buat dengan merujuk:


Kawan-kawan yang belum ada Like Button dan berminat, boleh klik link tersebut. Terima kasih buat pemilik blog.. :D


Gambar teko? Apakah kaitannya? He he.. Ini gambar profil FB ibu..

Ps: Sebagai tanda sokongan kepada Jemari Asmara, silalah tekan Like Button tu ye.. Terima kasih.. :D


Saturday, January 28, 2012

KUIH KETAYAP/ KUIH GULUNG

 
 Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang

Mempersembahkan, kuih feveret ibu Yusuf dan Maryam.. 

 Kuih ketayap atau kuih gulung..

Walaupun ianya tersenarai dalam kuih kegemaran ibu, tapi hakikatnya tak pernah buat pun.. haha.. Beli je senang, 3 seringgit..

Hinggalah ibu terjeles dengan air tangan seorang sahabat maya yang nuuuunnn tinggal di Finland. Entry dia yang INI betul-betul buat ibu Yusuf tercabarrrrr.

Kah kah kah.. bunyi macam pendengki je kan? Tapi tak apa, ni dengki yang positif. Jeles punya pasal, maka terhasillah Kuih Ketayap hasil tangan sendiri..


Zoom sikit.. 

Sila abaikan gulungan yang tak kemas iteww.. Almaklum, tangan keras. 1st time pula tu.. (haha.. alasan..)

Apapun, terima kasih buat Lady Lavender yang memberi inspirasi.. Hingga ibu Yusuf gigih buat sendiri kuih kegemarannya..

Ibu kongsikan pula resepinya di sini, mengikut versi ibu..

RESEPI KUIH KETAYAP/ KUIH GULUNG

Bahan-bahannya:

Bahan A

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 cup susu cair atau santan (Ibu guna susu cair..)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau (ibu guna pandan emelco..)
2 sudu makan mentega dicairkan (ibu tak cairkan, cuma potong kecil-kecil..)
2 helai daun pandan (ibu tak guna sebab pandan emelco dah wangi..)
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti:

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
sedikit air
sehelai daun pandan (ibu tak guna..)
1 sudu makan tepung pulut/tepung jagung (ibu guna tepung pulut..)

 Cara-caranya:

inti: Masukkan semua bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung/pulut). Masak hingga pekat dan masukkan tepung jagung/pulut. Kacau sebati.

Dadar:

- satukan semua bahan A dan kisar dgn blender sehingga halus dan tak berketul. Tapis. (ibu tak tapis pun..)

- panaskan kuali dan lengserkan dgn sedikit minyak. Masukkan 1/2 senduk adunan dan layangkan kuali agar berbentuk bulat.  Masak 2-3 minit (tidak terlalu lama).

- setelah masak terus masukkan inti dan gulung.

- Cara gulung : lipat sedikit kedua-dua belah tepi dan gulung melintang.

Nota ibu:

* Huhu.. binisbah kali pertama, rasa leceh la pulak. berpeluh-peluh nak siap..

* Adunan tersebut menghasilkan lebih kurang 10 biji kuih ketayap.. Cuma intinya berlebih sikit.. Kalau buat nipis dapat lagi banyak rasanya..

* Rasanya? Walla.. sangat sedap. lain sikit dari yang beli.. Mungkin faktor susu cair dan mentega. Ibu tak rasa orang yang berniaga letak benda-bendatu. Kalau letak pun mesti sikit je.. Maaf andai andaian ibu salah..

* Banyak step yang ibu skip sebab tak rajin.. huhu.. Yang penting jadi, sedap dan boleh ngappp!!



Ps: Apa kuih kegemaran sahabat-sahabat? Pandai buat sendiri tak? Hehe..

Nak menang Top Up dan hadiah menarik? Klik SINI..


PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA JELAJAH JEMARI ASMARA GIVEAWAY!!


Assalamualaikum wbt..

Perhatian!! Perhatian!! Perhatian!!



Sukacita dimaklumkan bahawa, ibu Yusuf telah membuat lawatan kali terakhir kepada semua peserta. Untuk senarai peserta berserta nombor untuk cabutan bertuah sila rujuk di sidebar Jemari Asmara..

Sekiranya nama tidak tersenarai, bermakna link anda tidak sah sedangkan pengumuman tentangnya telah di buat sebelum ini..

 Kepada Ummi Iman, semasa lawatan terakhir juri gagal membuka :


...sedangkan sebelum ini boleh. Mohon beri respon secepat mungkin ya..

Sekian, salam sayang buat semua.. :D


GULAI IKAN TENGGIRI - SUSU CAIR


Lagi Entry tentang Air Tangan Ibu Yusuf dan Maryam..


 Gulai ikan tenggiri..

Rezeki kami tengahari tadi.. Asyik layan selera anak-anak je kan, harini layan selera ibu pula. Ibu tak lah suka sangat gulai-gulai ni, tapi harini teringin pula. Teringin bukan apa, semalam beli susu cair, dekat tinnya tu ada resepi Ikan Tongkol Masak Lemak. 



Resepi dia biasa je, cuma tukar santan kepada susu. Memandangkan di peti ada ikan tenggiri, maka masaklah ikan tenggiri. Resepi asal letak serbuk kari ikan, ibu guna rempah gulai Terengganu. Maka jadilah Gulai Ikan Tenggiri..

Ibu kongsikan di sini resepinya. Ibu salin dari tin susu tu.. tapi dah mengikut versi ibu lah ye..

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL/ TENGGIRI

Bahan-bahannya:

6 Tangkai cili kering besar (ibu guna 1 sudu makan cili giling)
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah (ibu guna 2 biji bawang merah besar)
2 cm lengkuas
1 camca besar serbuk kari ikan (ibu guna rempah gulai Terengganu)
3 camca besar minyak masak
250 ml air (ibu agak-agak je, tak sukat pun..)
400 gm ikan tongkol (ibu guna seekor ikan tenggiri)
2 keping asan keping
150 ml susu isian sejat
1camca teh gula
1 camca teh garam
2 tangkai cili merah dipotong memanjang (ibu tak letak)
6 tangkai cili padi jangan dipotong

Cara-caranya:

1. Kisar bawang, lengkuas dan cili hingga lumat. Gaulkan bersama serbuk kari/ rempah gulai.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.. Masukkan gula dan kacau hingga pecah minyak..

3. Masukkan air dan didihkan. Masukkan ikan, asam keping dan garam hingga menggelegak dan ikan masak..

4. Masukkan susu dan renihkan seketika.. Sedia dihidang

Nota ibu:

* Ibu hanya guna sesudu cili giling supaya tak pedas, anak-anak tak makan pedas. Cuma, gulai menjadi pucat dan nampak kurang menarik. Alhamdulillah, walaupun nampak pucat rasanya sedap..

* Beza ke rasa bila letak susu berbanding santan? Hmmm.. lebih kurang je.. Yang penting, memang sedap!!

* Dari segi khasiat, susu ni lebih baik dari santan. Dekat tin tertulis tanpa kolesterol dan tinggi vitamin.. hehe.. yang ni harap-harap buka untuk tarikan semata-mata..

Ps: Masak apa kamu semua harini? Ke outing jalan-jalan cari makan?

Nak menang Top Up dan hadiah menarik? Klik SINI..

HusnaLilShop GiveAway


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Sabtu nan indah.. Mari kita sokong HusnaLilShop Giveaway!! Penganjur nak buat giveaway ringkas untuk semua blogger sebagai salah satu langkah mempromosikan blogshop HusnaLilShop


Untuk turut serta sili klik banner di atas atau SINI sahaja!!

Semoga berjaya!!


Bayaran Gaji Feb Penjawat Awam Berdasarkan SSM

Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
  
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
  
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," katanya.
  
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
  
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

Ps: Bacadah berita ni semalam.. harini saja nak tepek diblog. Sedang tak ada idea + keciwa.. gaji tak naik lagi.. kah kah.. keciwa la sangat.. 


Friday, January 27, 2012

APA GUNANYA BERBAJU MELAYU DAN BERSONGKOK?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Harini hari Jumaat.. rehat yang panjang. Ibu Yusuf ronda-ronda Klang cuci mata.. (cuci mata la sangat.. kedai makan dekat pejabat tutup sebenarnya..). Sekadar berjalan kaki, ibu menyelusuri lorong-lorong yang kian meriah setelah beberapa hari lengang menuju Centre Point (CP)..

Melewati Masjid Bandar Klang (tepi sungai), khatib sedang membaca khutbah dengan lantang..

Hairan.. tatkala melintasi dua kedai makan, masih ada beberapa lelaki (beragama Islam ibu kira..) masih bersenang lenang. Bukan telah selesai makan, namun nampaknya baru sampai dan memesan makanan. Lantas? Ibu Yusuf hanya mampu menegur dalam hati..

Tiba di CP.. wah! Jika lupa haripun pasti teringat semula hari ini hari Jumaat. Sebab hari ini bukan hari raya.. tapi di sana sini lelaki berbaju melayu dan bersongkok. Tapi sayang.. mereka tidak berada di tempat yang sepatutnya. Mereka tidak solat Jumaat!!

Maka, APA GUNANYA BERBAJU MELAYU DAN BERSONGKOK? jika tak solat Jumaat.

 
Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],

” (Surah Al-Jumu’ah: 9)”


Allahu Akbar!! Semoga ahli keluarga kita ditetapkan hati dan istiqomah dalam menunaikan kewajiban.. Semoga ahli keluarga kita juga dijauhkan dari menjadi golongan yang tertutup hatinya.. Na'uzubillah..


Tengok!! Banjir pun mereka ke masjid!! SUMBER

eDast Boutique GiveAway


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Mood berGCL ibu Yusuf datang lagi. Kalini mari kita sama-sama meriahkan GA anjuran Butik eDast..



Klik banner untuk turut serta..

GA akan berakhir pada 15 Februari 2012..

Semoga berjaya!!

Persoalan Makanan Halal, Haram Tidak Boleh Diambil Mudah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah.

Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Ibn kathir dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan, perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat serta elok dari segi tabiat dan syarak. Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian.

Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai keikhlasan kepada Allah SWT. Makanan halal di sisi syarak adalah makanan bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudaratan, sebaliknya makanan haram sekalipun lazat tetap keji di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, seorang Islam sama ada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan serta hendaklah dijauhi unsur haram seperti judi, riba atau rasuah.
Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan halal dan bersih kerana makanan haram yang dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan mendalam terhadap tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati serta penerimaan doa kepada Allah SWT.

Panduan pemakanan dalam Islam adalah berlandaskan konsep memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran dibenarkan oleh syarak.

Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Manakala yang haram dan memudaratkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.” (Surah al-Nahl ayat 114-115)

Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran menyatakan, sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara itu mempunyai bahaya dan kemudaratannya.

Ulama terkenal, Abdullah Sahl al-Tusturi berkata, sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan. Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan pemakanan halal mempunyai kedudukan penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut (untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.” (Hadis riwayat Ibn Marduiah)

Dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti sebaiknya. Perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari.

Kita juga dituntut menjauhi barang syubhah yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya. Kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan halal dan kebaikannya kerana makanan dan minuman syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan haram secara tidak disangka-sangka.

Ada peniaga yang tidak bertanggungjawab memperdayakan pengguna seperti memalsukan logo halal atau menggunakan logo halal pada produk haram. Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan, namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh.

Mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhianati masyarakat Islam dan melakukan amalan syaitan yang menyesatkan. Akta Perihal Dagangan 2011 diharap dapat membantu mengatasi masalah ini dan semua pihak perlu mematuhi akta yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Thursday, January 26, 2012

MENGUAP KETIKA SOLAT



Nabi bersabda, “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).

Semoga ibadah kita semua terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan yang direjam..

Ibu salin dari blog Tazkirah dalam entry Gangguan Syaitan Ketika solat.. 

9 TIPS UNTUK WANITA MELAYU TERAKHIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Harini ibu ke klinik gigi untuk dapatkan rawatan, rentetan kes yang ibu ceritakan di entry INI. Atas nasihat doktor, rawatan untuk gigi ibu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alang-alang dah sampai, ibu terus minta buat scaling atau cuci gigi..

Balik rumah, ingatkan nak syer dengan kawan-kawan tentang cuci gigi. Google punya google sampai ke blog  Dr Yuliana Ayob seorang Dental Surgeon.. Ibu sempat belek-belek beberapa entry dan tertarik dengan entry 9 Tips Untuk Perempuan Melayu Terakhir. Pucuk dicita ulam mendatang, dalam entry tersebut juga Dr Yuliana menggalakkan agar entry tersebut disebar-sebarkan..

Maka ibu Yusuf tangguh dulu entry cuci gigi, ibu kongsikan entry ini dulu di Jemari Asmara. Cuma tajuknya ibu ubah sikit.. Sikit je.. Terima kasih Dr.. :D


9 TIPS UNTUK WANITA MELAYU TERAKHIR
  • Tahan mulut daripada terbuka ketika menguap. Semasa tahan, kemungkinan hidung akan mengembang. Cubalah tahan hidung daripada mengembang. Jika tidak boleh, tutuplah hidung.
  • Elakkan ketawa terbahak-bahak. Ketawa tanpa suara didengar. Kadang-kadang tidak perlu membuka mulut terlalu besar, cukuplah senyuman sebagai tanda gembira. Itu lebih manis.
  • Berjalanlah lurus dengan postur tegak, tetapi tidak perlulah terlalu mendada. Kawal kaki supaya tidak kengkang, tidak juga ke dalam. Jalan pantas dengan penuh keyakinan.
  • Pakai tudung dan baju yang mempunyai keseragaman warna. Elakkan warna yang terlalu terang. Pakaian berwarna gelap dan kosong serta tidak terlalu banyak corak menzahirkan keeleganan seorang muslimah.
  • Berdiri dengan gaya yang sopan. Duduk dengan gaya yang sopan. Bagaimana? Jangan kelam kabut. Susun pergerakan. Lihat dan perhati di mana letaknya tangan, di mana letaknya kaki.
  • Sentiasa senyum. Apabila dipandang oleh sesama jantina, berikan senyuman disertai dengan anggukan, dan lebih cantik lagi disertai dengan ucapan salam. Untuk yang berlainan jantina, sila tundukkan pandangan. Tetapi untuk majlis yang tertentu, adakalanya anda perlu bertindak profesional, tetapi masih meminimumkan pergaulan dengan mereka.
  • Pastikan setiap hari anda memakai pakaian yang baru. Jangan mengulang pakaian minggu lepas ke hari ini. Tukar sarung kaki setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar sarung tangan setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar anak tudung setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar baju luar dan dalam setiap hari. Pastikan yang baru. Walaupun anda memakai pakaian tersebut hanya untuk 30 minit. Sama jugalah dengan tudung yang anda pakai. Elakkan mengulang-ulang. Kekadang tidak perlukan minyak wangi, baju yang baru memberi bau haruman kepada orang di sekitar anda.
  • Pastikan anda membawa cermin muka ke mana sahaja anda pergi. Selepas makan, pastikan tiada sisa makanan melekat pada gigi. itulah fungsinya cermin muka. Lihat juga ketika bila-bila masa yang anda rasa perlu. Contohnya di awal pagi ketika sampai di tempat kerja. Mungkin anda tidak perasan ada sesuatu di muka yang boleh memalukan anda.
  • Bercakap dengan nada yang lembut. Tidak perlu terlalu lembut. Tidak perlu pula terlalu membesarkan suara sehingga semua orang boleh kenal suara anda sejauh 1000 meter.

SHAH ALAM TAK JUAL SAYUR?


Catatan jemari seorang ibu yang berkerja..

Tajuk dan kisahni ada kaitan dengan entry Tam Yam Putih malam tadi. Sudah jadi kebiasaan kami, semua keperluan rumah, tak kiralah bahan basah atau kering, ayah Yusuf yang akan beli. Tugas ibu cuma menambah sekiranya terfikir nak masak apa-apa, tapi bahan tu tak ada di rumah.

Adalah menjadi satu kemalasan untuk ibu singgah di mana-mana kedai untuk membeli barang. Dan tidaklah menjadi kerajinan nak masak baru nak petik daun itu ini atau cabut apa-apa pokok. Biasanya ibu sampai rumah terus tutup pagar dan masuk rumah.

Jadi, selalunya ibu beli barang di kedai runcit bawah pejabat ibu je.. Balik rumah terus boleh bersilat di dapur. Mungkin ada yang nak bertanya, kenapa tak suruh en ayah je beli. Hmmm.. tak apalah, en ayah dah beli segala keperluan. Setakat 3-4 hengget tu, ibu beli sendiri ajelah..


 Hasil shoopingan ibu semalam..

Daun limau purut dan lengkuas tu ada je kat rumah, cuma tak rajin nak ambik. Serai pula baru je kiok.. Huhu.. Beli jelah, senang cerita..

Err.. apa sebenarnya motif ibu buat cerita ni? Ha ha ha.. 

Sebenarnya entry ni menjawab soalan berunsur sindiran pemandu di pejabat ibu; "Shah Alam tak jual sayur ke puan?"..

Sabar aje lah..


Wednesday, January 25, 2012

TOM YAM PUTIH


Menu sihat dari dapur ibu Yusuf dan Maryam


Tom yam putih a.k.a tom yam jernih a.k.a tom yam tanpa perencah = Tom yam sihat.. :D

Ini menu malam tadi.. Untuk pengetahuan semua tom yam merupakan hidangan wajib setiap minggu, sebab ianya kegemaran anak-anak.

Kadang-kadang ibu masak tom yam guna kiub knorr, kadang-kadang guna pes tom yam Adabi, kadang-kadang guna homemade tom yam paste, kadang-kadang buat tom yam putih tanpa perencah macam ni..

Sebenarnya tom yam putih macamni lagi sihat.. tak ada bahan perasa dan tak berminyak. Kalau ada bahan tambahan pun ibu cuma tambah  sos ikan. Itupun pilihan, tak letak pun tak apa.. 

Ibu kongsikan di sini tom yam putih cara ibu Yusuf..

RESEPI TOM YAM PUTIH

Bahan-bahannya: (4 orang makan)

400 gram ayam/ daging/ sotong/ udang
3 mangkuk air
1 inci lengkuas dihiris
1 inci hali dihiris
2 batang serai diketuk
1 biji bawang merah/ besar dihiris
2 biji bawang putih dibelah 2
6 biji cili padi (diketuk atau diarkan sahaja)
4 helai daun limau purut
4 tangkai daun ketumbar
1 biji limau nipis (diambil airnya)
2 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
2 biji tomato (dipotong 4 atau 6)
Lobak merah/ bunga kobis/ jagung muda

Cara-caranya:

1. Rebus ayam bersama bawang, lengkuas, halia, serai hingga empuk.

2. Masukkan daun limau purut, makanan laut, sayur, cili padi, garam dan sos ikan. Biarkan seketika (sekejap sahaja)

3. Akhir sekali masukkan tomato, daun ketumbar dan air limau nipis.. sedia dihidangkan..


Nota ibu:

- Untuk hidangan di atas ibu cuma guna ayam dan sotong sahaja.. Guna apa yang ada di peti sejuk..

- Sayur pula cuma tomato, lobak merah dan kobis bunga.. Jagung muda tak ada..

- Bagi ibu daun ketumbar tu sangat penting kalau nak rasa tom yam yang sama macam kat kedai punya.. kalau tak letak, aroma dia kurang sikit.. tapi tak letak pun tak apa..

- Bagi ibu juga, guna air limau nipis adalah lebih sedap dari air limau kasturi.. tapi selalu ibu guna apa yang ada je..

- Cili padi ibu tak ketu sebab anak-anak tak makan pedas

- Bahan-bahan di atas dicatu atas dasar ekonomi (kah kah..) kalau nak sedap lagi letaklah setiap bahan tu banyak-banyak ye..

- Mengikut pemerhatian tekak ibu, setiap kali order tom yam putih di kedai memang ada rasa sos ikan. Sebab tu lah ibu letak sos ikan..

- Ibu ada terbaca resepi di internet, masak tomyam letak susu cair.. Tapi ibu tak pernah cuba lagi letak..

- Errr.. sekian nota ibu. 

Ps: Untuk resepi homemade tom yam paste klik SINI ya..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...