Follower

Saturday, March 31, 2012

IDEA DEKORASI RUANG TAMU: UBAH GAYA ELAK JEMU


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tu diaaaa.. Malam sudah menjelma. Ibu Yusuf baru terkedek-kedek nak buat entry untuk harini. Padahal harini tak ke mana pun, duduk rumah sahaja. Tapi en mood tak datang menyinggah, dan puan idea tak datang menyapa.

Duduk rumah pun tak buat apa, kemas-kemas sikit-sikit. Itu je, kesihatan pun masih kejap ok, kejap tak. Kepala sakit dek selsema, badan letih dek batuk yang berterusan. Redha ajelah.. dan jihad tak minum ais masih terus bertahan.

Jadi untuk malam ni, agar Jemari Asmara tak terus sepi.. ibu nak kongsikan ruang tamu kedua yang diberi nafas baru. Apakah?


 Apa yang berubahnya?

Hahaha.. Tengok ajelah langsir yang sama tu ye. Tuan rumah belum ada bajet nak beli langsir baru. Walaupun angan-angan dah tinggi menggunung. Idea dah datang mencurah-curah dengan bantuan en google. Sabar lah dulu..


Yang berubah hanya gaya ikat langsir..

Dulu langsir tu ikat kanan, kiri dan tengah. Sekarang cuma ikat kanan dan kiri sahaja. Okeylah tu, ubah gaya juga namanya kan? Hehe..

Cuma ayah Yusuf beri pandangan, kalau nak ikat gaya macamni sesuai buat langsir yang ada kepala. Jadi tak nampaklah besi langsir di tengah-tengah. Hmmm.. Bernas juga idea deko-deko ayah Yusuf ni.

Bunga merah tu dulu tak sesuai letak situ, sebab sama-sama merah. Jadi bila dah berlatarkan krim, maka sesuailah ia duduk disitu. Bunga tu pun dah 3 kali pindah. Mula-mula duduk atas meja makan, lepas tu pindah ruang tamu pertama, sekarang duduk di ruang tamu kedua lah pulak.

Oh ya, bunga tu dulu ibu gubah sendiri tau.. :D


Lapik meja pun baru juga.. Yeay!! Owh.. abaikan sepah bawah kerusi..

Selama ni meja kopi ni togel je. Baru je belikan dia baju, tu pun beli online dengan geng ESDG @ FB. Terjah Romantika dengan KK Home Deco tak ada pula yang berkenan.

Untuk makluman, ruang ni sempit je. Bukaan lebar dalam 2 depa lebih sikit je. Mengadap pintu utama pula tu. Jadi memang ibu deko ringkas-ringkas sahaja.

Lagi satu, sebelum ada yang tanya tak nampakke dari luar malam-malam ikat langsir. Hahaha.. Ini untuk tujuan penggambaran sahaja. Lepas siap ibu lepaskanlah semula. Pagi besok ikat balik. Kadang-kadang nak pergi kerja tak sempat ikat langsir, bertutuplah dia sampai besok paginya balik.

Okeylah, itu sahaja yang nak ibu kongsikan malam ni. Terlaksana juga cabaran untuk memastikan Jemari Asmara mesti ada sekurang-kurangnya satu entry sehari.

Jumpa lagi.. :D



Friday, March 30, 2012

MAKAN LAKSA @ KAFETERIA HOSPITAL SUNGAI BULOH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Wah!! Laksa..

Yeah!! Sambil buat gaya ala-ala menggeliat kecil menggoyangkan kedua bahu.. Haha. Boleh bayangkan? Owh.. Sila abaikan. Ibu Yusuf masih ala-ala 'bengong' dek selsema dan batuk teruk yang menyerang.

Terus buntu untuk menghasilkan entry. Semalam pun hanya satu entry kepeningan yang buat ibu Yusuf juling.

Harini mari cerita tentang laksa yang ibu makan Isnin lepas di Kafeteria Hospital Sungai Buloh. Mula-mula, saje je masuk kafeteria tu tengok apa yang ada. Tiba-tiba nampak seorang dr. ni order laksa. Tiba-tiba terus je terpengaruh dengan dr. tu. Amboi!! Kuat betul aura dr. tu sampai mampu mempengaruhi ibu Yusuf ni ha..

Ibu pun order, bayar dan cari tempat duduk. Mata ni melilau, cari tempat duduk yang strategik. Kih kih.. Malu sebenarnya nanti nak ambik gambar orang nampak.

Akhirnya, duduk je lah mana ada tempat kosong. Lepas tu keluarkan kamera, snap dan simpan. Buat-buat macam tak ada orang nampak.

Lepas tu? Makanlah apa lagi..

Agak-agaklah, kalau tengok rupa paras laksa tu sedap ke tak? Kuantitinya banyak tau. Kalau jenis yang tak makan banyak boleh syer dua orang.

Aksesorinya bolehlah tahan. Ada salad, ada timun, ada nenas, ada telur. Cuma tak ada potongan limau. Bagi ibu yang itu wajib ada.

Dan rasanya? Tak boleh cakap lebih-lebih, cukuplah ibu katakan biasa-biasa aje. Jadi sendiri mahu fahamlah ye.. Lagipun citarasa manusia ni kan berbeza-beza. Sedap itu adalah sesuatu yang sabjektif. Kan?

Okeylah, itu je nak cerita. Cerita ibu Yusuf makan laksa je. Layan je lah ye..

Jumpa lagi..



Thursday, March 29, 2012

NUFFNANG! HA? PENING?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Wow!!!

Tapi nanti dulu!! Cuba bandingkan dengan hasil prt screen dalam entry ini. Masa tu 430 UV sahaja..

Ermmm.. Nuffnang pening, atau ibu Yusuf dah juling? Kih kih kih..



Wednesday, March 28, 2012

WW: MUNCIKARI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Google

Kasihan si ibu ayam yang tercemar nama kerana si MUNCIKARI.

Makna muncikari dari Glosari Mahkamah Syariah di SINI..



WW: TOGEL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Togel sebab cuci minggu lepas. Sampai harini tak pasang langsir lagi.

Masih togel. Huhu..



Tuesday, March 27, 2012

IDEA LANGSIR MERAH JAMBU POLOS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang dah ye.. Masak apa kita petang ni? Ibu Yusuf ada unsur-unsur malas nak masak lah. Huhu..

Unsur-unsur nak demam pula makin menyelubungi fizikal. Petang-petangni, orang lain bising panas, ibu sebok kata sejuk.

Meh la teman ibu Yusuf cuci mata dengan langsir-langsir cantik. Masih dengan warna merah jambu, tapi kalini yang polos-polos sahaja.




Ibu membayangkan alangkah manisnya bilik Maryam Nabihah jika biliknya dihiasai dengan langsir sebegini rupa. Cantikkan? Cuma ibu rasa macam kurang sesuai untuk ruang tamu. Lebih sesuai untuk bilik, lagi-lagi bilik pengantin. Setuju tak?


Yang ni ringkas je, padanan kain bercorak tanpa warna dengan kain renda. Rumah kami tak ada tingkap kecik macamni kecuali atas loteng. Loteng tu tak pernah berlangsir pun. Huhu..


 

Yang ni seksi kan? Hik hik.. Ala-ala baju tidur yang seksi tu pula sekali pandang. Tapi bahagian kepala tu boleh ditiru, macam sangkut macamtu je.. Kan?


Yang ini ibu suka.. Betulkan ibu kalau salah, rasanya yang ni cucuk dengan dawai kan panjangkan. Bukan guna dawai penyangkut. Kan?
infobarrel.com

Yang ni pun sekali pandang, ada unsur-unsur seksi. Bukan seksi sebab dia jarang, tapi talinya tu.. Hahaha..

Okeylah.. Sudi-sudilah cuci mata. Maaflah yang bosan asyik tengok langsir je. Nanti-nantilah ibu fikir idea lain ye.. Asyik kering je semenjak dua ni.

Sekian dulu, sesi cuci-cuci mata bersama ibu Yusuf. Jumpa lagi..


SEKEJAP PANAS SEKEJAP SEJUK


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu Yusuf tak berapa sihat lah. Dari semalam sebenarnya, balik dari Hospital Sungai Buloh tengok abah terus rasa tak sedap badan.

Nak kata demam, tak juga. Suhu biasa-biasa aje.. Cuma badan rasa seram dan sejuk. Bulu roma asyik naik aje..

Sekejap ibu rasa panas dan berpeluh-peluh. Bila buka aircond atau kipas pula, jadi menggigil-gigil. Lagi satu, sendi-sendi pun rasa agak sakit.

Simtom apa ya?






Monday, March 26, 2012

UV JEMARI ASMARA 19 - 25 MAC 2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Catatan peribadi ibu Yusuf tentang kemajuan pencapaian Jemari Asmara.


 Kali pertama mencapai UV 500++..

Pencapaian terbaik sebelum ini adalah pada 13 Mac 2012 dengan catatan 442 UV.


Kali pertama mencapai UV 2000++ dalam seminggu..

Nota ibu:

Ibu berblog bukan kerana UV. Tapi bohonglah kalau tak gembira dengan pencapaian sekarang. Walaupun ianya berlaku perlahan demi perlahan.

Terima kasih pada semua yang sudi singgah di Jemari Asmara.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih..



IDEA LANGSIR MERAH JAMBU/ PINK


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Isnin kembali muncul mengikut putaran masa, hari dan minggu. Syukur dengan nikmat kehidupan kurniaan Ilahi.

Mood berdeko masih menyelubungi ibu Yusuf. Pagi-pagi dah menggoogle langsir hasil idea orang lain. Untuk tatapan diri sendiri, dan kemudian pastinya untuk dikongsikan pula dengan teman-teman pembaca Jemari Asmara.

Kalau semalam ibu kongsikan beberapa contoh langsir berwarna putih, harini ibu teringin nak mengintai yang pink-pink gitu. Cuma kalini ibu kongsikan yang berwarna warni.. Nanti-nanti ibu kongsikan langsir merah jambu yang polos pula.

Semua gambar di bawah ibu ambil dari Design by Milanda.


 Cantik.. Padanan merah jambu polos, berbunga dan warna hijau yang kontras.

Gabungan warna yang sangat menarik ibu kira. Adakalanya, kita terlalu 'berkira' dengan kesesuain gabungan warna. Namun jelas, adakalanya yang kontras juga menarik pandangan mata.


 Ibu jatuh cinta dengan warna ini..

Ini warna apa ya? Tapi ibu kira masih dalam kelompok merah jambu lagi kan. Ringkas, tapi nampak sungguh indah.


Merah jambu yang agak garang..

Kebiasaannya, merah jambu dikaitkan dengan kelembutan. Tapi warna ini sesuai dengan mereka yang mahu suasana ceria dan hangat dengan tema merah jambu. Cuma jujurnya, yang ini bukan citarasa ibu Yusuf.

Okey, 3 gambar dulu untuk cucian mata kali ini. Moga-moga ada rezeki yang lebih untuk ibu Yusuf tukar langsir Baiti Jannati yang dah nak masuk 3 tahun tu. Hihi..

Jumpa lagi..



Sunday, March 25, 2012

UDANG GORENG KUNYIT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama dah rasanya tak kongsi air tangan di Jemari Asmara. Nak kata malas masak tak juga, sebab hampir tiap-tiap hari masak (hampir je, bukan tiap-tiap hari tau.. hihi..). Cuma tak berapa rajin nak bergambar je..

Ini salah satu hidangan kami malam tadi..


 Udang goreng kunyit..

Sebelum Maghrib dah siap masak, tu yang bila bergambar masih nampak cerah di luar. Selain udang goreng kunyit ni, ibu masak tomyam sotong dan ikan cencaru goreng.


Sila abaikan kecomotan itu..

Masakan paling senang dan mudah. Pejam mata pun boleh buat. Erkk.. Tipu, maaf. Mana boleh masak pejam mata. Bahaya. Kan?

Ibu kongsikan di sini Udang Goreng Kunyit cara ibu Yusuf dan Maryam..

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya:

12 ekor udang
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
3 batang kacang panjang dipotong anggaran seinci
1/2 cawan minyak

Cara-caranya:

1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit sehingga rata

2. Panaskan minyak di dalam kuali

3. Goreng udang sehingga separa bertukar warna

4. Masukkan kacang dan bawang besar. Goreng sehingga udang bertukar warna sepenuhnya.

5. Sedia untuk dihidangkan

Nota Ibu:

* Udang goreng kunyit cara ini menghasilkan udang yang lembut dan tidak garing

* Untuk resepi udang goreng celup tepung ala Thai boleh klik di SINI..


Sekian dari dapur ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..




IDEA LANGSIR/ LACE WARNA PUTIH/ KRIM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf nak buat pengakuan. Pengakuan yang dah ada orang tegur pun, prihatin juga pembaca Jemari Asmara ni ye.. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Ya.. Sesungguhnya ibu mengaku bahawa hobi ibu Yusuf ni bermusim. Kalau angin berdeko, asyik cerita deko-deko je dia. Kalau angin pinggan mangkuk lama, asyik ceritalah pasal barang antik dia tu. Kalau angin masak dia datang, maaaaaaaaaaasak je kerjaya. Masa tu Jemari Asmara dah macam blog masak-masak dah. Hehe.. Tu sebab macam-macam ada dalam Jemari Asmara.

Sekarang angin apa? Angin kus kus kah? Hahaha..

Sekarang angin berdeko kut. Tu pasal ada entry lama-lama pasal deko-deko muncul semula. 

Harini ibu nak kongsikan beberapa idea untuk langsir warna putih atau lace. Bukanlah idea ibu, ibu copy dengan izin dari FB Kak Intan Kamariah. Kak Intan rajin google gambar-gambar menarik dan kongsikan di FB. Terima kasih Kak Intan..

Jom cuci mata!! 


 Cantik, menarik.. Buat ibu Yusuf tertarik..


 Ada kelainan.. Bertingkat-tingkat macam skirt pulak. Hehe..


 Jalur-jalur.. Ringkas tapi tetap cantik dan menarik..


 Yang ni lebih kepada krim.. Pun cantik pada mata ibu..


Patern macamni biasanya kat dapur kan? Habisla, sebulan je bertukar warna.. Hehe..

Bila tengok gambar-gambar tu teringin pula nak buat di rumah sendiri. Banyak kali berangan nak tukar langsir sebenarnya, tapi hakikat yang nyata langsir rumahni tak pernah bertukar sejak kami masuk tahun 2009. Huhu..

Cuma, sesuai ke nak buat sebiji macam gambar-gambar tu. Malam hari, buka lampu je nampaklah semua isi rumah. Kalau ternampak rumah bersepah tak apa lagi, kalau ternampak aurat orang dalam rumah? Naye je.. Kan?

Jangan risau, meh kita intai idea Kak Intan yang satu ni..

v

v

v

v

Taraaa.. Cantikkan? Yang ni bukan google tau, yang ni memang hasil tangan Kak Intan sendiri.

Baiklah, itu je yang ibu Yusuf nak kongsikan. Selain cuci-cuci mata, mana tahu menimbulkan idea nak buat langsir nanti.

Jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D



GAMBAR IRMA HASMIE BERTUNANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nama Irma Hasmie ibu kira sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Memang dia artis punya nama, dan 'penghijrahannya' semakin membuatkan namanya melonjak. Malah menarik minat mereka yang tidak gemar dunia artis untuk turut sama meminatinya. Ibu Yusuf lah tu.. 

Jom kita tengok gambar dia bertunang. Sangatlah cantik..






Gambar pun ibu rasa dah copy atas copy. Kredit kepada yang punya gambarlah ye..

Lagi gambar Irma Hasmie bertunang di SINI




Saturday, March 24, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN IRMA HASMIE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang


Wah!! Ibu Yusuf buat entry tentang artis lah. Hehe.. Tak apa, artis ni tutup aurat.

Baru je intai Wardina Safiyyah OfficialPage @ FB. Wardina maklumkan tentang pertunangan Irma Hasmie. Alhamdulillah si cantik jelita tu sudah selamat bertunang dengan jejaka yang dikatakan ditemui di tanah Suci.





Tahniah Irma. Terima kasih Wardina, ibu Yusuf minta gambar ni ye.. Kamu berdua sangat cantik. Subhanallah..


WAFFLE SEDAP @ HOSPITAL SUNGAI BULOH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kisah tarikan tentan waffle sedapni bermula dengan status FB kawan ibu. Siapa punya status pun ibu dah lupa, dah lama sangat. Kalau tak silap tahun 2010..

Katanya dia teringin waffle coklat yang dijual di Hospital Sungai Buloh. Coklatnya banyak dan sampai meleleh-leleh.

Tapi memandangkan ibu Yusuf dan Maryam bukan peminat tegar waffle, maka banyak kali ke sana pun tak pernah beli. Bukan apa, kadang-kadang waffle yang dijual ni ada bau telur. Ibu tak suka.. Huhu..

Tapi semalam, lepas tengok abah, ibu lapar sangat. Nak singgah makan di cafe dah tak sempat dah. Maka ibu ambik keputusan beli makanan yang boleh makan sambil drive aje.

Tahu ibu beli apa? Ibu beli waffle lah.. Sila baca entryni sampai habis untuk tahu pandangan ibu Yusuf yer.. Samada sedap ke tidak? Hihi..


Ibu beli di sini. Let's Go namanya..

Ibu tak pasti kawan ibu tu beli di mana. Sebab di cafe pun ada jual waffle juga.


Waffle yang dikatakan sedap..

Lapar punya pasal, masuk je kereta buka aircond dan terus nak ngap. Tap sebelum masuk mulut ibu, sempatlah waffle diabadikan dalam Nikon Coolpix S6000 ibu.. Panas-panas lagi tu..


Filling coklat..

Sila abaikan Jemari Asmara yang gemuk tu. Oh ya, buat yang baru singgah di sini, Asmara tu memang nama ibu Yusuf dan Maryam ye.. Harap maklum. Terima kasih.. :D

Apa pandangan mata kawan-kawan. Rasa coklat tu kategori biasa-biasa atau banyak? Pandangan mata ibu kata sikit. Hahaha.. Dasar tamak..

Nanti dulu!! Jangan membuat tafsiran awal hanya kerana pandangan mata. Tau!!


Kesan lelehan..

Kih kih kih.. Memang meleleh tau coklat tu. Sampai tercemar lapik tempat duduk kereta kereta ibu.

Okeylah, terus kepada maksud sebenar. Waffle tu memang sangat sedap. Rasanya sempurna tanpa sedikit pun rasa telur. Coklatnya pula, walaupun nampak sikit, ianya sudah secukup rasa. Ibu bagi 5 bintang!! Nyummeh!!

Nampaknya akan beli lagi dan lagilah lepas ini. Hmm.. Makin gemuklah dia. Huhu.

Kepada pencinta waffle di kawasan yang sewaktu dengan Sungai Buloh, bolehlah cuba ye. Bolehlah bagi komen, samada anda setuju dengan ibu atau tidak.

Tapikan, susah juga nak kata. lain orang lain citarasa.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..

Ps: Semalam jugakkan, ibu sempat shooping kat situ. Terbang juga dekat RM100. Nanti ibu cerita di lain entry okey.. (Hehe.. bajet ada orang tunggu entry dia. Perasan la tu. Kan?)



MENEMBAK KEINDAHAN CIPTAAN ILAHI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sabtu 24.03.2012 yang agak suram. Yusuf demam.. Hingga kerugian. Hari ini ada kem Solat di sekolahnya. Tapi apakan daya, terpaksa tidak dapat hadir. 

Abah masih di Hospital Sungai Buloh, dan akan dioperate bila-bila masa jika tekanan darahnya stabil. Mak pula pening-pening, sebab tak tahan tengok darah yang disalurkan ke badan abah. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Maaf jika tajuk agak sedikit mengelirukan. Menembak tu maksudnya ambil gambar tau. Hihi...

Semalam, dalam jam 10.00 pagi ibu keluar untuk tugasan di mahkamah. Masa ibu mendongak ke atas memandang langit, hati ibu terus terdetik; subhanallah, cantiknya ciptaan Ilahi.


 Hasil tembakan dengan Nikon Coolpix S6000. Setting: landscap..

Setting yang betul apa, pun ibu tak tahu. Nak cepat main tekan aje..

Takat tu jelah mampunya. Gagal sebenarnya, jauh bezanya jika dibandingkan dengan pandangan mata hakiki. Langitnya lebih biru, dan pancaran cahaya dari balik awan tu sukar untuk digambarkan. Subhanallah..


Hasil tembakan dengan Nikon Coolpix S6000. Setting: Auto mode..

Berangan-angan juga nak memilik kamera yang lebih canggih. Tapi sekadar simpan dalam hati aje lah. Kalau ada pun, bukannya mampu nak usung ke sana sini. Kang ada yang kena jeling dengan Majistret. Kah kah kah..

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..




Friday, March 23, 2012

TU LAH, KALAU NAK MARAH TU TENGOK DULU.. DOT DOT DOT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update cepat-cepat ni, sambil keringkan peluh berpanas balik mahkamah. Kejap lagi nak ke Hospital Sungai Buloh tengok abah.

Ini cerita pagi tadi. Maryam kena marah dengan ibu. Sebab apa kena marah? Sebab buat salah lah. Ibu pun tak suka saja-saja marah-marah. Tapi marah mulut aje. Tak ada adegan babab-babab tau..

Lepas mandi, masa nak lap badan dia ibu perasan mata dia bengkak macam kena gigit semut. Kemudian terjadilah dialog ni:

Ibu: E eh.. Mata adik bengkak. Sakit tak? Kesian anak ibu..

Maryam: Haa.. Tulah ibu, lain kali kalau nak marah tu tengok dululah mata adik bengkak ke tak..

Errrk? Kalau sakit tak boleh marah ye?

Anak oh anak.. :D






BAYI PARAH DILENYEK KERETA IBU




JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.

Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sumber

Nota ibu:

Semoga anak itu cepat sembuh. Kejadian ini berlaku tanpa disengajakan dan ianya satu kemalangan. Sama-sama kita berdoa semoga kita dijauhkan dari kejadiaan yang sama. Nauzubillahi min zalik.

Thursday, March 22, 2012

IDEA DEKORASI: MAKE OVER ALMARI HIASAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Khamis sudah. Harini ibu ada tugasan luar (lagi), pagi-pagi gigih buat entry. Kegigihan memang diperlukan dalam keadaan lappy ibu seperti ini sekarang. Huhu..

Ini entry lama yang ibu beri nafas baru. Gambar pun gambar lama. Zaman belum ada kamera lagi, cuma guna handset je.

Ibu nak berkongsi idea, bagaimana mengindahkan lagi almari hiasan yang biasa-biasa agar lebih nampak cantik. Buat yang dah pernah baca entry ni dulu, maaflah ye. Siaran ulangan.. Jangan maarah rrr..

Ini almari biasa-biasa ibu..

Ibu beli di Seksyen 23 Shah Alam. Nama kedai ibu dah lupa. Harganya pun dah lupa, dalam anggaran RM500 lebih rasanya. Baru-baruni masa intai ESDG (English Style Decoration Group) @ FB ada kawan beli almari macam ni. RM 300++ je. Murahkan.. Apa nak buat, nama pun kita ni duduk di Bandaraya.

 
Ini rupa paras dalam

Badan almarini solid wood, tapi paranya cuma kayu padat. Banyak-banyak almari hiasan yang ibu ada, ibu paling yakin dengan yang ini tentang kekukuhannya.

 
Projek make over..

Apa yang ibu make overkan? Hasil cadangan seorang sahabat, ibu tampal cermin di dalam almari. Ibu tempah cermin dikedai cermin dan tampal guna double sided.


Rupa paras setelah dimake over..

Almarini rendah, dan setiap tingkat juga rendah. Dengan penambahan cermin, almari ni nampak luas sikit. Dan nampaklah mahal sikit kan. Ngeee..

 
Setelah siap di make over..

Doilies tu kertas je sebenarnya.

 
Idea dekorasi, gambar lama juga.. Tahun lepas..

Semoga idea ibu yang tak seberapa ini dapat membantu. Jumpa lagi..


Wednesday, March 21, 2012

KISAH PAK DIN DUDA KAHWIN 3 DENGAN SI MULUT JAHAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selesai sebahagian tugas malam ni. Sebahagian je, bohonglah kalau selesai semua. Ibu Yusuf tak sehebat ibu-ibu super yang lain.

Tadi balik dah lambat sebab ada mesyuarat dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Tu pun mesyuarat tak habis lagi ibu dah minta izin balik sebab kena ambil Maryam sebelum jam 6.00 petang. 

Balik tadi terus ambil Maryam, angkat kain di ampaian campak atas sofa, mandi, solat Asar, masak, solat Maghrib, teman Yusuf buat kerja sekolah, makan, kemas dapur.. Buat semua tu je dah jam 9.00 malam ++. Kain tak basuh lagi, kain tak berlipat dah menggunung, baju untuk besok tak gosok lagi. Hmmm.. Tu pun Maryam tidur awal harini, kurang dah satu tugasan, ajar mengaji. Yusuf sekarang memang mengaji dengan ayah.

Letih!! Izinkan ibu berehat sebentar dengan meluah rasa di Jemari Asmara.

Berbalik pada tajuk. Maaf, itu tajuk gimik sahaja. Ini cerita tentang PML sebenarnya.

Salah satu terapi ketika ibu letih, adalah dengan menatap dan membelek koleksi PML yang ibu ada.


Inilah Pak Din yang ibu maksudkan..

Teko Aladdin motif bunga padi. Selama ibu menyimpannya, Pak Din ni memang menduda tanpa isteri. Hik hik.. Maksudnya cawan yer.. Ada, tapi isteri tumpang. Hahaha..


Akhirnya, Pak Din bertemu isteri yang sebenar..

Teko Aladdin biasanya digandingkan dengan cawan mulut lebar, atau ada juga yang panggil cawan mulut jahat. Alhamdulillah, dapat juga ibu 'menangkap' si MJ untuk dipasangkan dengan Pak Din.

Mengikut pengamatan ibu, susah juga nak dapat si MJ mulut padini. Alhamdulillah, rezeki ibu Yusuf nak memilikinya..

Okeylah, sampai sini dulu. Nak jengah FB kejap, cuci mata di APC dan ESDG. Lepas ni nak gosok baju pula. Jumpa lagi..

Salam sayang buat semua..




KEPUTUSAN SPM 2011: 506 CALON DAPAT A+ UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN

2012/03/21

PUTRAJAYA: Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini sebentar tadi. (sumber)


Nota ibu:

Tahniah buat semua.

MISTERI VAN PUTIH: CULIK BAWA KE THAILAND




SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.

Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.
“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007

Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini

Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.

“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.
Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.

“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.

Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...