Follower

Monday, April 30, 2012

FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry melekat hingga 30 April 2012

Syukur alhamdulillah, Ibu Yusuf dikurniakan rezeki sekali lagi untuk menganjurkan giveaway. Cuma kali ini hadiahnya seadanya, kenangan dari Fraser's Hill berbentuk 2 FM dan 1 keychain.

GA ini terbuka kepada semua follower Jemari Asmara samada yang baru atau lama.. Pemenang akan dipilih dengan menggunakan random.org

Caranya mudah sahaja:

1. Buat entry ringkas tentang GA ini berserta banner GA dan linkkan semula ke entry ini. Nyatakan dalam entry satu cadangan tempat menarik yang harus kami lawati. Nyatakan tempat sahaja tak perlu hurai.. (syarat wajib)

2. Tidak wajib: Jemput ke wall Zefa Ibu Maryam dan LIKE satu pic Pregnant Mother & Family yang ibu kongsikan dari The Ladies Photography (syarat sunat sahaja ;)

3. Tinggalkan link penyertaan di bahagian komen entry ini dan nyatakan sekiranya anda melaksanakan tugasan no 2 berserta nama yang digunakan di FB..

4. Peserta yang LIKE pic pilihan ibu Yusuf akan mendapat satu extra nombor untuk cabutan bertuah..

Selamat berjaya!!

Ps: Sesiapa yang baru nak add ibu, pm dulu ya. Takut terlepas pandang. Terima kasih..

Pss: Sila ambil maklum bahawa hadiah akan dihantar menggunakan pos biasa sahaja.


OLE-OLE DARI NEGERI DI BAWAH BAYU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kempen dulu kejap ye.. Cepat! Cepat! Cepat! Sempat lagi nak buat entry join Fraser's Hill Giveawayni. Buat ringkas-ringkas je..

Nak LIKE pun sempat lagini. Klik je FB badge di sidebar tu, ibu sedia approve bagi yang baru nak add. Lepas tu LIKE le gambar orang melompat tu ye.. Terima kasih.

Entry ni khas buat sahabat ibu Yati dan Kak Liza yang baru balik bercuti di Sabah. Mereka bawa ole-ole untuk ibu Yusuf dan Maryam.. Suka sangat, sangat, sangat..



Terima kasih banyak-banyak ye. sayang kamu berdua. Mmmmmuahs!!

Ps: Perkara baik insyaAllah akan diiringi dengan perkara baik juga. Alhamdulillah, dikala ibu mahu berkongsi sedikit apa yang ibu ada dengan sahabat-sahabat blogger, sahabat lain pula berongsi apa yang mereka ada dengan ibu. Alhamdulillah..



FRASER'S HIL GIVEAWAY; CARA PEMILIHAN HADIAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Jom kawan-kawan, masih ada masa untuk turut serta. InsyaAllah GA akan ditutup pada jam 11.59 malam ini. Pun masih ada masa untuk LIKE pic pilihan ibu.

Bab LIKE tu ramai yang salah LIKE, buka LIKE di page penganjur tetapi di wall ibu. Maknanya kena add dulu FB Zefa Ibu Maryam ye..

Apapun LIKE tu bukan tujuan utama ibu buat GAni. Tujuan utama adalah berkongsi rasa gembira dengan perjalanan kami ke Bukit Fraser yang lepas.

Okey, balik kepada tajuk. Cara pemilihan pemenang semua dah tahu kan? Ibu akan pilih dengan menggunakan khidmat random.org. Ni nak cerita tentang pemilihan hadiah supaya tiga pemenang tak gaduh-gaduh nanti ye..

Cuba tengok balik banner di atas. Dari kiri FM no 1, FM no 2 dan keychain. Pemenang cabutan pertama akan dapat FM no 1, pemenang cabutan kedua akan dapat FM no 2 dan pemenang cabutan ketiga akan dapat keychain. Harap semuanya jelas ye..

Senarai nama belum dikemaskini sepenuhnya. Ada yang dah LIKE tapi ibu belum buang tak LIKEnya. Harap maaf ya, nanti ibu kemaskini semula..

Jumpa lagi, salam sayang buat semua.. :D




Sunday, April 29, 2012

LUCKY DRAW RM100


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jom join Lucky Draw RM100 anjuran My Own Lil Story ni..



Untuk syarat-syarat penyertaan, sila klik gambar RM di atas atau SINI sahaja..

Semoga ada rezeki Yusuf dan Maryam




Saturday, April 28, 2012

IDEA DEKORASI RUMAH TERES SETINGKAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Deko-deko bersama ibu Yusuf dan Maryam lagi. Awas!! Ini bukan entry menunjuk-nunjuk ya, tapi sekadar berkongsi idea dekorasi.

Iyelah, sebelum ada yang berkata.. baiklah diperjelaskan dulu kan? Hihi..

Rumah kami biasa-biasa aje, rumah teres setingkat sahaja, hutang dengan kerajaan. Syukur alhamdulillah dengan rezeki dariNya.

Marilah ibu kongsikan susun atur terbaru. Masih seperti yang lama cuma ubah susunan perabot sahaja..









Maaf lah, semua gambar tiada keterangan. Biarlah gambar-gambar itu yang berbicara ya..

Kalau nak intai susun atur lama, boleh intai entry Idea Dekorasi Ruang Tamu. Boleh tahan jugalah tahap kesangkutan entry tu di enjin google.. :D

Oh ya, rumah kamini walaupun kecil (kurus memanjang) kami dapat buat 2 ruang tamu. Jika nak tengok idea deko-deko ibu Yusuf di ruang tamu kedua boleh klik SINI.

Sebagai info tambahan, ibu nak syer sesuatu dengan kawan-kawan yang suka kemas rumah ni. Menghias rumah perlukan tenaga yang banyak, kena jaga habuk, kena rajin lap, kena rajin sapu atau vakum.. Lagi-lagi kadang-kadang kena angkat-angkat perabot. Penat dan letihkan? Jadi ibu nak kongsi satu supplemen yang bermanfaat..

Ini ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee..

Antara faedahnya ialah ianya pemberi tenaga segera. Kalau selalu penat, atau perlukan tenaga yang lebih, ibu syorkan ESP ni. Bukan ini sahaja, baaaaaaanyak lagi kelebihan ESP. Untuk maklumat lanjut boleh klik:

 http://jemariasmara.blogspot.com/2013/04/faedah-esp-energizing-soy-protein.html

dan

http://jemariasmara.blogspot.com/2013/01/energizing-soy-protein-esp-shaklee.html

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca catatan Jemari Asmara..




Friday, April 27, 2012

ApenIdaRiana BloggerSary Giveaway


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jom join GA anjuran Alfidah ni kawan-kawan. GA ni dibuat sempena ulang tahun blognya yang ke 3. Hadiahnya FM dari Cameron Highlands tau. Ibu Yusuf semenjak duani dah tersuka kumpul FM..



Untuk turut serta dan tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan, sila klik banner di atas atau SINI sahaja.

Ibu Yusuf dah follow blog ni dan dah like di FB.. :D

Semoga ada rezeki!!



SENARAI NAMA PESERTA FRASER'S HILL GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berikut adalah senarai nama peserta yang telah menyerta Fraser's Hill Giveaway @ Jemari Asmara. Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa sehingga tamat GA.  



1. http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
2. FB: rusenidzan
3. http://www.akmarwati.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
4. FB: Akmarwati Ab Rashid
5. http://gulahatimama.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
6. FB: Izan Hussain Mia 
7. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
8. FB: Cherusliza Chemat
9. http://nelcgl.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
11.http://ezzamalik.blogspot.com/2012/04/salam-and-hai-hari-ini-nak-join-frasers.html
12.http://alongnidar.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
13.FB: Along Nida
14.http://sherlovecontest.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveway-jemari-asmara.html
15.FB: sherry go
16.http://www.salya07.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html

17.FB: Sal Ya
18.http://menariksanasini.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
19.http://syielagilacontest.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
20.FB : Rosila Salleh
21.http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html

22.FB: nur hamizah ayub
23.http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
24.FB: mizz lina 
25.http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
26.FB: fieda rafli 
27.http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
28.FB: Kak Yang 
29.http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
30.FB id: Norsalmi Abdul Rahim
31.http://norlieharumaini.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html

32.FB: Norlie Harumaini
33.http://apabilaazambercerita.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveway-jemari-asmara.html
34.http://attuffahumairah.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
35.http://affaf-contest.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
36.FB : ummiaffaf
38.FB: Noor Murni
41.http://haisayaarol.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
42.http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
43.FB : Marlina Mohtar
44.http://alyahafiz.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
45.FB : zaida ahmat (tak like)
46.http://nono-hakuren.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
47.fb: haruka kanata
48.http://mira-ceriaselalu.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
49.http://nanakimie.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
50.http://apen-idariana.blogspot.com/2012/04/fraser-hills-giveaway-jemari-asmara.html
51.FB: Fyda Adim
52.http://joinsharefun.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html
53.http://noryzoulkefle.blogspot.com/2012/04/fraerss-hill-giveaway-jejari-asmara.html
54.FB: Nory Zoulkefle
55.http://pinknlavender.blogspot.com/2012/04/frasers-hill-giveaway-jemari-asmara.html


Salam sayang buat semua.. :D





CARA KEMBALI KE BLOGGER DASHBOARD YANG LAMA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jumaat yang kurang gembira.. Ayah Yusuf demam, panas badannya. Moga-moga cepat baik ye Ayah. Tapi isterinya tengah tersenyum-senyum sorang-sorang. Hahaha.. Bukan gembira suami demam ya, tapi seronok sebab dapat kembali ke dashboard lama.

Nampak sangat, ibu Yusuf ni susah nak terima perubahan dan sukar keluar zon selesa. Ye ke? Mmm.. ada sebahagian perkara ya, sebahagian perkara tidak. Bergantung kepada keadaan.

Terima kasih buat Nida yang berkongsi link tutorial ini. Ibu Yusuf kongsikan dengan pembaca-pembaca Jemari Asmara pula.


Tekan sahaja yang ibu kotakkan dengan kotakwarna merah mengikut urutan nombor berwarna biru, kita akan kembali ke dashboard lama. Senangkan?

Jadi yang pening-pening dengan dashboard lama macam ibu Yusuf ni, moh la bertukar. Semoga entry ini dapat membantu.. :D

Ps: Wajah baru akan digunakan sepenuhnya juga nanti. Buat yang komputernya sihat walafiat, biasa-biasakanlah ye. Lappy ibu berat, bila salah tekan nak back hadoiii lah..




Thursday, April 26, 2012

MASIH PENING!! HILANG SEKALI 4..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf masih pening. Pening dengan dashboard blog sendiri. Huhuhu.. Rasanya tak tekan apa-apa, tapi akhirnya terpaksa berdepan juga dengan dashboard 'wajah baru'.

Okey, abaikan cerita pening. Ibu nak cerita pasal parking kereta di pejabat ibu. Hmmm.. parking kereta pun nak cerita dalam blog ye? Hahaha.. Layan je lah..

Kamini warga kerajaan, tapi pejabat kami menyewa bangunan kedai. Parking sendiri bayar okey, sejam RM00.50 atau RM80.00 sebulan.

Kami ada 5 petak parking percuma di tingkat 2 bangunan belakang. Ramai yang tak nak letak kereta di atas atas alasan jauh. Maka masing-masing sanggub berhabis duit kayakan MPK tiap-tiap bulan. Err.. ibu tak pasti aliran duit dalam mesin parking tu ke mana sebenarnya. Tapi yang pasti kalau tak bayar parking, maka kenalah saman dengan MPK.

Tapi masih ada yang setia letak kereta di atas termasuklah ibu Yusuf. Tu pun ibu selalu juga letak kereta di petak berbayar bila penyakit 'M' nak jalan jauh datang. Ibu satu-satunya staff perempuan yang berani letak kereta di atas. Semua staff perempuan lain takut nak letak kat atas sebab jauh dan agak sunyi.

Ibu bukan apa, bila letak kat atas tu jimat sikit. Bolehlah belanja Maryam aiskrim petang-petang. Dengan kos RM3.00, boleh dapat aiskrim sedap tau.


Sekadar gambar hiasan ehsan google untuk menggugat nafsu makan pembaca.. haha..

Beberapa hari yang lepas, gempar apabila kawan ibu yang letak kereta di bangunan belakang hilang kesemua 4 tayar. Aduhai.. ternganga dan tak terkata bila ibu tahu pasalni. Kasihan kawan ibu tu, ibu pulak yang rasa nak nangis.. Tapi tulah lebihnya lelaki kan, ditimpa musibah pun nampak cool lagi.


Sumber

Macamtulah jadinya kereta kawan ibu tu, hilang semua tayar. Pencuri tu siap tinggalkan jek lagi. Mesti jek tu pun jek curi.

Syukur, minggu lepas dan awal minggu ni ibu tak letak kereta di atas sebab ibu bawa kereta ayah. Lama tak bawa wira, takut pula nak berpusing-pusing naik ke parking atas tu. Takut tersagat je.. Biasanya memang ibu letak kereta dekat-dekat dengan kereta kawan ibu tu..

Ada kawan ibu tanya, lepas ni ibu berani ke nak letak atas? Hmmm.. Berani ke ha?

Apa pandangan pembaca Jemari Asmara yang budiman sekelian?

Pandangan anda didahului dengan ucapan terima kasih..


Wednesday, April 25, 2012

BELI KERANG PERCUMA KETAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Wah!! Jemari Asmara kian sepi dari entry-entry baru nampaknya. Nasib baik ada GA sebagai penyelamat, ada juga yang sudi singgah di sini. Tapi ibu tahu, ada teman-teman yang setia menanti entry terbaru ibu Yusuf. Kalianlah teman terhebat, penyokong blog Jemari Asmara. Siapa pun anda, waima pembaca senyap, terima kasih yang tak terhingga buat kamu semua..

Jemari Asmara sepi bukannya apa, peninglah dengan blogger wajah baruni. Serba tak jumpa apa yang dicari, sudahnya mood nak menulis pun merudum. (Haha.. nampak logik kan alasanni..)

Okey, balik pada tajuk. Tadi ibu sarapan di kedai. Hari-haripun sarapan dikedai sebenarnya. Ibu makan mee goreng dengan sambal kerang. Sekali dalam kerang tu ada ketam daaaa.. Yeay!! Ketam percuma!!

Hahahaha.. Sila gelak guling-guling. Ibu Yusuf buat lawak ni. Hahahaha..

Err.. Lawak ke? Kihkihkih..

 Sekadar gambar hiasan ehsan encik google..

Terima kasih sudi membaca lawak ringkas dari Ibu Yusuf dan Maryam.. Ceriakan harimu ya.. :D

Ps: Sila tekan LIKE/ SUKA jika anda rasa ianya kelakar.. Ehehehe..








Saturday, April 21, 2012

PROJEK BETULKAN GELANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ibu Yusuf sedang berduka.. Terbaca sesuatu yang buat ibu kecewa dan terasa. Tapi ibu akui, semua tu salah ibu dan ibu dah minta maaf.. Cuma ibu sangat kecewa dengan kejujuran manusia. Ibu tahu ibu cuma bayar RM00.80 untuk dapatkan perkhidmatan mereka, tapi bukan bermakna membenarkan hak kita dirompak. Kan? Yang paling duka, 2 kali kejadian yang sama ditempat yang sama. Maksudnya?

Bagi mengubat hati yang lara, ibu layan hobi yang dah lama ibu tinggalkan. Tu pun kebetulan sebab ada kawan minta betulkan gelangnya yang putus. Kalau tak, memang tak terlayanlah hobi yang satuni. Bukan gelang emas ye kawan-kawan, gelang mutiara dan kristal ikat dawai filled 18k. Orang panggil dawai suasa..

Layan gambar sebelum dulu ye.. Nanti ibu kongsi gambar selepas pulak..


 Gelang yang putus.. Err, ke kita panggil patah ha?



Peralatan yang ibu guna..

Hasilnya nanti dululah, masa entry ni dibuat belum siap pun. 'M' tiba-tiba..

Ps: Entry ni tambah buat ibu sedih sebenarnya. Barang yang kena rompak tu adalah seutas gelang kristal yang ibu hadiahkan buat sesorang. Huhuhu..





Friday, April 20, 2012

CAWAN DARI UNITED KINGDOM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini entry kemenangan.. Ibu menang hadiah Top Referral dalam Giveaway yang dianjurkan oleh Ummihanie.com

Kemenangan yang tak disangka.. Setakatni, beberapa GA yang ibu menang semuanya berdasarkan rezeki cabutan bertuah. Ada sekali menang entry terbaik dan ada sekali menang berdasarkan cadangan yang diterima penganjur. Ini kali pertama menang top referral.. Alhamdulillah..

Inilah hadiahnya, 2 pasang cawan made in England tajaan UK Store

Lama dah ibu terima, tapi baru nak tayang sebab baru semalam 'mandikan' cawan tu. UK Store sangat pantas, beberapa hari kemenangan diumumkan hadiah dah sampai..

 
Zoom bunga dalam cawan..

Cantik, ibu Yusuf suka. Bagilah apapun set cawan, lagi-lagi bunga cantik memang ibu Yusuf suka.. :D


Bunga pada piring..

Cuba tengok betul-betul, bunganya sama tapi kuntumnya berbeza.. Suka, suka, suka..


Close up mulut cawan..

Cawan ni used, masa ibu terima ada stain pada beberapa tempat terutama bahagian mulut. Tapi ibu dah rendam clorox, dan hasilnya bersinar-sinar. Hehe..


Terima kasih tak terhingga buat penganjur dan penaja. Paling penting terima kasih pada semua yang sudi klik link Ummihanie.com dari Jemari Asmara.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih..
Ps: Ayat banyak copy paste dari entry INI. Tapi masa tu hadiah tak dapat lagi.. :D

Thursday, April 19, 2012

IBU YUSUF DAN MARYAM NAK MINTA TOLONG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry melekat untuk beberapa hari.. Untuk entry terkini golek ke bawah ye.. Terima kasih.

Ibu Yusuf nak minta tolong dari kawan-kawan. Bukan minta belikan handphone tau, ibu nak ibu jari anda semua je.. Boleh?

Ibu ni dah macam ahli politik lah pulak ye sejak dua menjak ni. Iyelah, asyik meraih 'LIKE' je kerjanya. Ehehe.. banding dengan ahli politik la pulak, padahal masuk contest je..

Andai ada yang sudi, sudi-sudilah klik http://www.facebook.com/ZefaNorAsmara

Dekat wall ibu tu ada gambar sekeluarga sedang melompat. Mohon jasa baik kawan-kawan LIKE ye..

Tu bukan gambar ibu tau, tu gambar yang ibu pilih untuk contest anjuran The Ladies Photographer.

LIKE pic yang di wall ibu tau, bukan album TLP..

Jomlah join sama, hadiahnya print gambar saiz 11R. Tapi sebelum join, LIKE pic di wall Zefa Ibu Maryam dulu tau.. :D

Semoga ada yang sudi.. Ibu dahului dengan jutaan terima kasih. Salam sayang buat semua.



Wednesday, April 18, 2012

IBU YUSUF DAN HANDPHONE BARU..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

"Hek eleh.. Nak tayang handphone baru lah tew.. Nak menunjuk-nunjuk lah tew.. Nak riak-riak lah tew.."

Hahaha.. Ada ke yang berprasangka begitu sekali pada ibu Yusuf ni? Janganlah ye.. Ibu Yusuf tak mau riak-riak tau. Tapi entry ni memang nak menunjuk-nunjuk pun..

Ibu nak tunjuk ini..

v

v

v

 Kih kih kih.. Masih handphone lama lah..

Harini ibu nak cerita pasal handphone. Harap menjawab persoalan mereka yang mushkil kenapa Ibu Yusuf tak jawab telefon.

Okey, ibu memang ada dua telefon. Tapi yang kanan tu, dah boleh kategori warga emas dah. Haha.. yelah, beli masa Maryam belum ada lagi. Maknanya lebih dari 5 tahun dah.. Masalahnya sekarang, keypad dia dah rosak. Nak sms susah, nak tekan fungsi pun susah, nak call orang susah, nak jawab call pun susah. Masih boleh gunalah, cuma serba kepayahan..

Yang sebelah kiri, handphone Sony Ericson. Ibu beli tahun 2008.. Semenjak duani dia sudah pekak dan bisu. Tiada sebarang bunyi boleh terhasil. Jadi nak call orang tak boleh, nak terima call pun tak boleh. Tapi masih berjasa untuk sms dan layan Facebook. Blog tak boleh..

Ibu tak rasa ni masalah besar, ye lah ibuni bukan PM pun yang selalu terima panggilan penting. Cuma dah timbul ler beberapa isu. 

Isu pertama, adik ibu sendiri yang timbulkan. Dia ingat ibu marah dia sampai tak mahu angkat telefon. Hahaha..

Isu kedua, kawan-kawan. Ada yang bengang sebab ibu tak angkat tefon dan tak balas sms. Hadoi.. handphone akak sakit lah dik non..

Isu terbaru, ibu terima SMS ni..

v

v

v


Haa.. ambik kau. Sekali tengok missed call dari Inspektor A punyalah banyak..

Yang ni gara-gara ibu silence masa di mahkamah. Lepas tu susah sangat nak tekan-tekan, sudahnya ibu biarkan dalam silence mood.

Cepat-cepat call balik guna telefon pejabat..
Karang merajuk rakan strategik ibu ni, susah pula nak buat kerja. Aduhai..

Lepas cok, cek, cok, cek bercakap dalam telefon, masa nak stop cakap ibu tercakap:

"Ye lah tuan, nanti saya belila handphone baru...."

Err.. Ibu dah tersasul la sebenarnya. Ibu belum ada perancangan nak beli handphone baru pun sebenanya. Ibu nak kumpul duit, 'nak pegi luar negara'..

Minta maaf ye Tuan Inspektor, saya tak ada niat nak tipu tau. Tiba-tiba je saya tercakap macam tu.. (walaupun tahu dia tak ada masa nak baca blog.. haha..)

Jadi, sebagai penutup cerita.. kesimpulannya adalah:

Dua- dua handphone ibu Yusuf sedang sakit, tapi ibu Yusuf belum nak beli handphone baru..

Sekian.. :D




Monday, April 16, 2012

MENYULAM KASIH @ FRASER'S HILL: PART 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Shah Alam sedang menanti masa untuk basah.. Guruh berdentan dentum. Semoga hujan yang bakal turun membawa beribu rahmat. Amin ya rab..

Alhamdulillah, ibu Yusuf kembali dengan entry sambungan Menyulam Kasih @ Fraser's Hill. Cuma kali ni tiada apa yang ingin diceritakan, sekadar beberapa keping gambar kenangan yang boleh dikongsikan.

Err.. Ada yang tunggu gambar ibu Yusuf ke? Hahaha.. Bajet artis ferasan. Ferasan fofular.. Hahaha..


Tadaaa.. Mak orang yang tiba-tiba jadi model. Model dalam blog sendiri je..


Adalah sekeping dua gambar ibu.. Ehsan ayah dan Yusuf yang sudi tolong snapkan..


 Ibu dan adik.. Best friend ibu dalam bab-bab posing..


 Yusuf.. gambar candid sahaja. Maryam yang snap..


Model cilik ibu..

Dan tiga keping gambar bunga yang ibu sempat snap. Bunga-bunga di sini nampak tak berapa segar.. Maaf, ibu pun tak tahu apa nama bunga yang ibu snap ni. Layan je lah ye..







Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Hingga jumpa lagi..:D




MENYULAM KASIH @ FRASER'S HILL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salam Isnin buat semua pembaca Jemari Asmara walau di mana jua anda berada. Semoga hari ini adalah hari yang penuh semangat bagi kita semua. Tak mahu Monday blues-Monday blues ya..

Semalam kami ke Fraser's Hill. Tanpa perancangan, tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba malam Ahad ayah Yusuf bunyi nak bawa anak-anak jalan-jalan. Sebagai isteri yang solehah, ibu Yusuf menurut aje.. Haha.. Solehah ye? Padahal bab jalan-jalan, siapalah yang tak suka. Kan?

Tapi kami pergi sekejap sahaja. Naik pagi, lepas Zuhor kami dah bergerak turun. Jalan-jalan dan pusing-pusing sikit-sikit sahaja. Tak adalah sampai jelajah seluruh pelusuk Fraser's Hill tu..

Berjalan-jalan dalam tempoh tidak terlalu lama, adalah tips ibu Yusuf untuk mengelakkan acara 'aneka ragam' si cantik Maryam bermula. Alhamdulillah, semalam adalah juga feel-feel menarik yang disajikan, tetapi ibu Yusuf masih mampu bersabar. Terima kasih kepada entry Izan Ishak yang memberi inspirasi kepada ibu Yusuf supaya tidak marah-marah.. :D

Ibu kongsikan beberapa gambar kenangan kami di sana..

Mercu tanda Fraser's Hill..


Zoom sikit wajah-wajah cinta hati ibu.. Jajan di tangan Maryam tu 'umpan' ayah supaya anakanda baik-baik sahaha.. Hihi..

Hadapan Fraser's Hill Information & Reservation Centre. Kalau tak silap ibu, dulu ni tempat makan. Kalau tak silaplah..

Berlatarkan Fraser's Hill Golf Club


Senyum juga akhirnya ayah Yusuf.. Tapi macam terpaksa je..

Kabus di tengah hari..

Masa mula-mula kami sampai, cuaca terang benderang dan memang tak rasa sejuk. Tapi dalam jam 1.30 macam tu hujan turun renyai-renyai. Terus rasa sejuk menyelubungi kami.. Barulah terasa ke Fraser's Hillnya..


Lagi suasana berkabus..

Mana picas ibu Yusuf? Adaaa.. wajib ada. Cuma simpan dulu, nanti-nantilah ibu tepek ye. Kalau rajin nanti ibu buatlah part 2.. Harap-harap datang lah kerajinan tu. Huhu..
Sekadar berkongsi rasa, semalam ibu rasa sangat bahagia. Semoga bahagia milik kita semua selamanya, amin.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Hingga jumpa lagi..

Salam sayang buat semua.. :D




Sunday, April 15, 2012

KEWAJIBAN MENUTUP AURAT!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


1) Pengertian aurat:



2) Batas-batas aurat wanita



3) Perbezaan batas aurat mengikut keadaan:

 * Walaubagaimanapun, adalah dituntut untuk menutup mana-mana bahagian yang boleh menaikkan nafsu syahwat..


4) Perintah menutup aurat:



Semoga entry ringkas ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah..





MANA NAK BELI TUDUNG LABUH!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

 Ibu ada terima soalan, mana nak beli tudung labuh. Mmmm, ibu punya beli merata-rata. Ada beli di Jalan TAR KL, ada beli di Terengganu, dan ada beli di Anggerik Mall.


Ibu nak cadangkan pada kawan-kawan, marilah terjah koleksi tudung labuh InspirasiHana. Cantik-cantik dan harga berpatutan.

Untuk ke laman web InspirasiHana, sila klik banner di bawah..





Selamat bershopping.. :D






Saturday, April 14, 2012

FIREPLACE DI NEGARA KHATULISTIWA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Perhatian!! Tulisan dalam entry ini adalah pandangan peribadi ibu Yusuf. Tidak bermaksud mempertikaikan pandangan orang lain. Harap maklum.

Harini ibu nak menulis tentang fireplace. Melayunya apa ye? Alaaa.. Yang dalam rumah orang putih tu, tempat unggun api untuk panaskan rumah tu.. Cuma sekarang, orang putih pun dah tak guna kayu, dah guna elktrik dah..


Google

 Google

Sesiapa yang dah jelajah Jemari Asmara atau add FB Zefa Ibu Maryam, insyaAllah tahu yang ibu Yusuf ni suka deko-deko. Dan minat deko tu lebih kepada ala-ala English style. Ala-ala aje ye..

Jadi bila minat, ibu suka jelajah rumah orang lain mencari inspirasi. Biasanya ibu intai-intai di FB.

Antara yang menarik perhatian ibu adalah, beberapa sahabat sehobi menempah binaan fireplace sebagai hiasan dalam rumah. Senang cerita, sama dan serupalah, cuma tidaklah digunakan sebagai tempat pemanas. Kitakan di negara iklim khatulistiwa, memang dah sedia panas. 

Apapun, kita semua faham bahawa fireplace itu adalah hiasan semata-mata untuk membangkitkan lagi suasana keenglishan..

Cuma secara peribadi ibu rasa tak sesuai. Sebab ibu rasa berlawanan dengan kesesuaian iklim walaupun dengan tujuan hiasan semata-mata.

Tapi berbalik semula kepada minat masing-masing lah kan. Setiap orang ada citarasa masing-masing..

Itu je ibu Yusuf nak tulis.. Hehe.. Jumpa lagi..






ALYA TURNS TWO GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf support GA anjuran rakan blogger Noen, sempena ulang tahun kelahiran anakandanya Alya yang kedua dan tanda syukur atas kejayaan menamatkan misi penyusuan selama dua tahun.

Ibu Yusuf dan Maryam ucapkan:

"Selamat hari lahir buat Alya, semoga jadi anak solehah penyejuk hati kedua ibubapa. Semoga Alya berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal 'alamin.."

Tahniah juga buat mama Alya yang berjaya dengan penyusuan penuh selama 2 tahun. Hebat!!

Mama Alya menawarkan nursing cover dan 2 hadiah misteri sebagai hadiah. Menarik!!

Ibu salin dari blog penganjur cara-cara penyertaan:

How to join?

once you put a comment at this entry, you are entitle to this GA...dan komen2 itu mestilah ucapan birthday untuk anakandaku yang tercinta itu


don't forget to put your name & email address ya lovelies semua ^_^



kalau rajin (tiada paksaan ye): ~ each will get extra 1 point

- follow this blog
- follow mamAlya boutique  and like mamAlya boutique PAGE 
-follow kawaiicottonstation and like kawaiicottonstation PAGE
- blog this GA at your blog, and link it back to us

**please state what you do in your comment ~ untuk memudahkan sy check what you have done :)



This GA is open until 
 April 15, 2012 at 12 p.m
terbuka kepada semua tp harus mempunyai alamat di Malaysia

3 lucky winners will be announced at April 16, 2012
(on baba alya's birthday)


Jom ramai-ramai turut serta. Untuk join sila klik SINI.

Semoga berjaya!!



Friday, April 13, 2012

MIX AND MATCH TUDUNG WARNA KONTRAS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Fuh!! Dengan bermulanya entry ini makanya ibu Yusuf sedang gigih dan sabar melayan karenah cik lappy yang sedang memberat ini. Faktor utama adalah cik lappy dah lama berkhidmat dan faktor macam-macam ada dalam badan cik lappy. 

Okey, ibu Yusuf nak cerita pasal tudung fesyen tudung labuh lagi. Fesyen yang sama dengan entry Idea Bertudung Labuh: Mix And Match, cuma kalini dengan padanan dua warna yang kontras.


Gabungan tudung labuh warna pink saiz xl berawning dan tudung pendek fabrik dari chiffon bertingkat tanpa awning warna ungu..

Ibu Yusuf jarang berfesyen, jadi sekali-sekali pakai 'pelik' sikit pergi pejabat.. adalah komen-komen yang juga 'pelik'. Huhu..

Komen 1: "Cantik.."

Komen 2: "Fesyen kek lapis ke ni puan?"

Komen 3: "Puan nampak lebih muda.. "

Komen 4: "Nak cadang ke kakak ipar suruh pakai macam ni.."

Ibu tak mahu komen semula komen-komen di atas. Cuma komen no. 2 tu komen dari budak paling 'nakal' di pejabat ibu. Haha.. Sabar ajelah..


 Pose cap ibu dan anak..

Hmm.. Nampak sangat ibu Yusuf kena diet. Terlebih gemuk sudah. Huhu..

Sekian perkongsian idea dari ibu Yusuf.. :D




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...