Follower

Thursday, May 31, 2012

MAKAN-MAKAN @ RESTORAN SHID SEAFOOD, PADANG JAWA KLANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry makan-makan @ Jemari Asmara. Yeay!! Hoho, asal makan-makan yeay aje ibu Yusuf tu. Cuba suruh masak? Ngeh, ngeh.. Lama dah tak ada entry masak-masak kan? Dasar seorang ibu yang tak berapa rajin nak masak betul.. Alahai, kesian anak-anak dia (menangis lap air mata..)

Okey, ini lokasi makan-makan kami baru-baruni..

v

v

v

v


 Restoran Shid Seafood..

Alamat seperti yang tertera di dalam gambar. Padang Jawa ni sebenarnya sempadan di antara Shah Alam dan Klang. Kalau dari arah Klang, ambik simpang betul-betul lepas Tol Sungai Rasau. Kalau dari KL, ambil simpang ke Seksyen 7 Shah Alam tapi lepas traffic light sila ke kiri. Susah-susah buka aje google map. Boleh gitu?


 Antara menu yang ada..

Menu dia standard. Lebih kurang sama dengan restoran seafood yang lain. Kelebihannya ada bakar-bakar dan boleh pilih seafood yang kita nak.

Ini adalah antara restoran kegemaran ayah Yusuf. Cuma kami jarang ke sini walaupun kami selalu makan di luar. Bila rasa-rasa nak makan besar sikit, baru kami ke sini. Lagi satu di sini sentiasa ramai orang, lagi-lagi hari lepas gaji. Bila dah ramai tu, sila maklum masa menunggu yang diperlukan. Tapi tak ada lah lama sangat sampai keluar janggut. Kih kih kih..

Tips menunggu dari ibu Yusuf, bagi yang ada anak-anak: Ye lah, dah namanya budak-budak kan, lama sikit merungut.. (kadang-kadang mak bapak pun merungt juga.. kan?). Bawalah apa-apa hiburan yang ada. Kalau suka main game, bagilah dia main game. Kalau dia suka baca komik, suruhlah dia bawa komik dia. Cuma kena pastikan, sampai je makanan semua benda kena simpan. barulah dapat merasai masa makan bersama yang berkualiti.


Jus nenas untuk ibu..

Semua air buah berharga RM2.20, kecuali jika + laici lebihlah sikit harganya.


Budak ni tak masuk dalam pakej hidangan ye.. Hahaha..

Senyuman manis dari Maryam buat semua pembaca blog ibu dia. Pose senyum simpul sambil sedut limau ais.. :D

Antara hidangan yang kami order..

Telur bungkus, tomyam seafood, daging masak hali dan kerabu sotong..


Ikan kerapu stim limau..

Hidanganni mewah dengan bawang putih. Jadi siapa yang tak suka bawang putih tidak disyorkan untuk order. Masak stim paling sedap ibu pernah makan setakatni, di Kampung Baru KL. Tapi lupa apa nama kedai dia.

Tak ada dalam gambar nasi goreng untuk Yusuf dan nasi putih untuk kami (ibu, ayah, maryam). Nasinya diletak dalam satu bekas, bukan dihantar dalam pinggan. Kebiasaannya memang banyak dan bolehlah tambah menambah.

Jumlah untuk semua yang kami order malam tu ialah RM62.00 (ada sen-sen tapi tak ingat berapa..) Harga yang standard, taklah murah dan taklah mahal.

Buat sahabat-sahabat yang tinggal di Shah Alam atau Klang, bolehlah datang ke sini untuk makan-makan. (Ini bukan promosi berbayar ya. Tak kenal pun pemilik restoran). Ibu cadangkan atas dasar berpuas hati dengan restoran ini.

Restoranni tak jauh dari Restoran Putera Ayu yang popular tu. Pernah makan di sana tapi masa tu tak ada blog lagi.

Sekian catatan ibu Yusuf. Terima kasih sudi singgah..


Wednesday, May 30, 2012

IBU DAN MARYAM @ KLEENEX MOMENTS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ini adalah entry meraih undi yang melekat. Sila bergolek ke bawah ye untuk entry terkini.



 Ibu dan Maryam @ Kleenex Moments

Gambar ini sangat sentimental di mata ibu. Hilang seribu kedukaan hanya dengan menatap wajah Maryam, walaupun dia anak yang banyak ragam.

Tetap cinta hati ibu walau ratu air mata dan tisu..

Jika sahabat-sahabat suka dengan gambar dan keterangannya, sila vote Maryam di https://apps.facebook.com/kleenexmoments/?module=view&img=217

Terima kasih semua.


Jom tambah pendapatan dengan HzTours. Klik!!

TIPS MEMILIH BEKAS KUIH RAYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Amboi ibu Yusuf!! Baru Rejab dah cerita pasal bekas kuih raya? Kih kih kih.. Teruja nak raya le tew. Maaf, kalau entry ibu ni nampak hover sikit ye, tapi ibu rasa kita dah kena mula buat persiapan raya sedikit demi sedikit terutama persiapan baju raya. Persiapan awal sangatlah digalakkan supaya Ramadhan nanti kita dapat menumpukan sepenuhnya pada amal ibadah.

Tahunni, insyaAllah ibu akan tukar bekas kuih raya. Yang ada selamani dah diguna selama 8 kali raya. Terima kasih pada yang menghadiahkannya pada kami 9 tahun yang lalu. Bukanlah dah tak akan guna langsung, cuma nak menambah lagi.

Mari ibu kongsikan Tips Memilih Bekas Kuih Raya yang terlintas difikiran ibu. Jika ada yang ibu tertinggal, silalah kongsi buah fikiran di bahagian komen ya..


1. Bertutup rapat

Kita sedia maklum, bekas makanan yang baik adalah bekas makanan yang bertutup. Ianya penting dari sudut kebersihan selain mengelakkan makanan didatangi serangga seperti semut.

2. Kedap udara

Bekas kedap udara penting supaya makanan yang diisi kedalamnya tidak lemau (masuk angin).

3. Transparent

 Bekas transparent memudahkan tetamu melihat isi bekas kuih kita. Jadi tak perlulah tetamu buka satu-satu bekas yang ada. Jika guna bekas transparent, tetamu hanya perlu buka bekas kuih yang diplih sahaja.

4. Menarik

Dah namanya raya kan, jadi seboleh-bolehnya nak lah yang cantik untuk dihidang pada tetamu. Tak perlu mahal, yang penting bekas tu mampu menceriakan suasana.

5. Mudah dibasuh

Trend masa kini, bekas kuih dihias dengan renda, manik dan pelbagai aksesori. Tapi pastikan bekas tersebut masih boleh dibasuh untuk menjamin kebersihannya.

6. Tidak mudah pecah

Tetamu kita datang dalam pelbagai usia. Hari raya sinonim dengan kehadian tetamu cilik. Jadi, eloklah kita gunakan bekas yang tidak mudah pecah. Bukannya kanak-kanak, kadang-kadang tetamu dewasa pun ada yang tumpahkan air dan jatuhkan bekas.

6 sahaja yang terlintas difikiran ibu pagini. Ada tambahan? Sila tinggalkan buah fikiran anda di bahagian komen ya..

Dengan gumbiranya ibu Yusuf nak tayang bekas kuih raya tahunni. Taraaaaaaaaaaaaaaaaa..

v

v

v


Hek eleehh!! Balang macamni je? Apa kelas balang seringget ni..

Hohoho.. Sabar tuan-tuan dan puan-puan. Nanti ibu Yusuf make up la lawa-lawa bekastu..

Ibu tahu tak ada siapa pun cakap macam tu. Ibu tahu pembaca Jemari Asmara baik-baik semuanya. Saja je ibu Yusuf cakap macam tu.. Jangan marah ya.. :D



Antara yang ibu dah hasilkan. Cantik tak?


Pandangan sisi. Balang sengaja ibu biarkan kosong tanpa hiasan untuk memudahkan ianya dicuci..



Close up hiasan di atas penutup. Bunga Ros tu (ada rupa bunga ros tak?) ibu buat sendiri dari gulungan riben.

Sebenarnya, ini adalah projek bisnes ibu untuk raya tahunni. Ibu buka untuk tempahan bagi yang berminat.

Untuk maklumat harga, sahabat-sahabat boleh ke http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/

Terima kasih sudi singgah ke Jemari Asmara.. :D

Tuesday, May 29, 2012

PROJEK MAKE OVER DALAM PEMBIKINAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Projek make over deko-deko dalam pembikinan.

Apa agaknya? Tungguuuuuuuuuuuuu..

PETANDA MIMPI MARYAM NABIHAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih buat semua yang mengirim doa dan kata-kata semangat buat ibu Yusuf. Terasa manisnya ukhuwah walau hanya di alam maya.

Harini ibu nak cerita sesuatu yang 'manis'. Jumaat lepas (25.5.2012), ibu dan ayah ke sekolah Maryam untuk hari perjumpaan ibubapa dan guru.

Kami jumpa cikgu Aisyah, cikgu kelas 5 Jannatus Salam. Syukur alhamdulillah, semua yang keluar dari mulut Cikgu Aisyah tentang Maryam adalah yang baik-baik sahaja. Cikgu Aisyah kata Maryam anak yang pintar, cepat faham, kemas dalam buat tugasan, cuma mulutnya sahaja yang cok cek cok cek. Hahaha.. Maryam memang suka bercakap dan becok mulutnya.

Kata-kata Cikgu Aisyah tak banyak larinya dari kata-kata Cikgu Zai yang ibu ada kongsikan dalam entry Genius Maryam @ Genius Aulad. Untuk pengetahuan pengikut baru Jemari Asmara, tahun lepas Maryam sekolah di Genius Aulad. Tahunni ibu tukarkan dia ke Tadika Islam Al Hidayah.

Cikgu Aisyah kata suara Maryam kuat. Kuat bising ke? Cikgu Aisyah kata Maryam yang selalu mulakan apa-apa bacaan beramai-beramai terutama bacaan-bacaan dalam solat. Alhamdulillah, Maryam sudah lancar banyak bacaan-bacaan dalam solat.

Kemudian cikgu Aisyah tunjuk buku kemajuan...

Semua dapat 100% kecuali sains. Aduh-duh anakku.. Lantas ibu terus teringat mimpi Maryam yang ibu ceritakan dalam entry Kisah Mimpi Maryam Nabihah. Adakah mimpi yang berunsur sains itu satu petunjuk..? Hoho.. Jangan serius sangat okey..

Ibu tanam motivasi dalam diri, sebagai ibubapa jangan terlalu melihat kesilapan anak yang sedikit. Sedangkan ada banyak kecemerlangan yang ditunjuk. (Walaupun dalam hati ibu sedih juga tengok markah sains tu). Nasib baik untuk dapat A, markah 75 ke atas. Kalau 80, daaaaaah dapat B.

Jujurnya, sejuk sangat hati ibu haritu. Terus lupa segala karenah dan perangai anekaragam yang selalu dia persembahkan.

Ibu hanya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, namun yang paling penting cemerlang sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Doa ibu saban hari semoga anak-anak ibu cemerlang di dunia dan akhirat. Amin..

Ps: Ini bukan entry bermegah-megah ya, tidak sama sekali walaupun bunyinya begitu memuji-muji anak sendiri.. Sekadar berkongsi rasa bahagia seorang ibu. Semoga bahagia milik kita semua..

Monday, May 28, 2012

SHAH ALAM - RAWANG - SHAH ALAM - RAWANG - KLANG - SHAH ALAM - RAWANG?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tidak tahu mahu bermula di mana, namun yang pasti hati yang gundah hanya Allah yang tahu. Malam Ahad terima perkhabaran kesihatan abah semakin merudum. Memandangkan pagi Ahad ayah Yusuf ada tugasan di pejabat, kami hanya sempat ke Rawang pada petang Ahad. (Abah dan emak ibu sekarang ada di rumah adik lelaki ibu di Rawang).

Sepetang kami sekeluarga hanya bercucuran air mata. Cakap abah semakin tak jelas dan tidak dapat difahami. Abah mula bercakap sorang-sorang seolah ada orang lain di sisinya.

Petang Ahad juga ibu baru tahu adik ibu (tuan rumah) nak balik ke rumah mertua di Kedah hingga minggu depan. Mak pula enggan ke Shah Alam (rumah ibu) dengan alasan tak sampai hati tengok keadaan abah. Sedangkan untuk mengalih posisi abah pun nampak dia kesakitan, inikan pula untuk diangkat-angkat masuk dan keluar kereta.

Hati mana yang tak gundah mengenangkan emak dan abah di rumah sendirian. Yang ada hanya adik perempuan ibu yang berkerja di KL. Seorang lagi adik jauh di perantauan dan kakak sulung yang sedang mengandung lagi.

Mak dalam esak tangis minta ibu jangan balik. Sebab adik lelaki ibu nak gerak balik Kedah selepas maghrib. Mak tak berani ditinggal tanpa peneman. Ibu pandang anak-anak yang sungguh comot dan kami datang hanya sehelai sepinggang.

Sudahnya ibu minta adik ibu gerak lambat sikit. Sementara ibu hantar anak-anak balik dan datang semula.

Kami bergegas balik ke Shah Alam, untuk ibu uruskan apa yang perlu. Jam 10.00 malam ibu dan Maryam bertolak semula ke Rawang tanpa ayah dan Yusuf.

Kami sampai di Rawang (Tasik Puteri) jam 11.30 malam. Kecut perut juga, jalan ke Tasik Puteri tu agak sunyi.

Alhamdulillah sepanjang malam keadaan baik-baik sahaja. Pagi tadi ibu bergerak ke pejabat dari Rawang bersama 'pegawai kecil'. Tak sempat nak ke Taska di Shah Alam, maka sepanjang hari Maryam bersama ibu di pejabat.

Ibu baru saja call mak, alhamdulillah semua dalam keadaan terkawal.

Tak pandai nak cerita panjang-panjang walaupun hakikatnya terlalu banyak yang nak diluah. Tapi cukuplah tajuk di atas memberi gambaran keseluruhan.

Cuma ibu terfikir, dengan ibu hanya punya 2 orang anak, bagaimana nanti di usia tua?

Sunday, May 27, 2012

1st GA: MairaDiana Nak Kasi Brooch


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang





Maira Diana nak bagi brooch. Nak tak? Klik banner di atas dan join. Mungkin kita salah seorang dari mereka yang akan dapat brooch tu..

Semoga berjaya!!


2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu ditag oleh anakanda Zatty Musyux. Jom semua kita join juga.

Untuk turut serta klik sahaja banner di atas.

Ibu Yusuf nak ajak Ummi Iman, Princess Solehah, Salya dan semua follower Jemari Asmara join GA ini.

Semoga ada rezeki.. :D
 
 

TUDUNG MURAH COLLECTIONS GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ahad! Cuti! Bersenang lenang di rumah! Dan masa untuk join giveaway! Yeay!

Jom kawan-kawan kita meriahkan GA anjuran TMC.



Untuk turut serta klik sahaja banner di atas.

Ibu Yusuf nak ajak Ummi Iman, Princess Solehah, Salya dan semua follower Jemari Asmara join GA ini.

Semoga ada rezeki.. :D


Saturday, May 26, 2012

REZEKI MENANG GA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, Allah beri ibu Yusuf rezeki menang Kembara Agung 3 Hari Giveaway anjuran Ummu Muhammad @ Byt Al Iman. GA tersebut diadakan sebagai kenduri kesyukuran versi alam maya atas rezeki yang mereka sekeluarga perolehi. Mereka sekeluarga telah selamat mengerjakan umrah baru-baru ini.

Byt Al Iman adalah sebuah blog ibu muda yang ibu suka ikuti. Ummu Muhammad punya bakat besar menulis. Entrynya tak pernah kontot macam entry ibu Yusuf. Entry UM selalunya panjang berjela namun padat dengan ilmu dan buah fikiran yang bernas.

Untuk catatan perjalanan mereka mengerjakan umrah sahaja, Ummu Muhammad telah merangkumkannya dalam 29 episod Kembara Cinta Agong. Wow!! Dan ibu Yusuf adalah pembaca setia setia episod.



 Banner GA

GA ni kena jawab soalan. Alhamdulillah ibu Yusuf dapat jawab semua soalan dengan betul. Nama ibu tersenarai atas sekali, ibu peserta pertama rasanya.


 Pinjam pic Ummi Iman.. Terima kasih UI. Hadiah utama adalah mini pool.


Ole-ole dari Mekah. Pic dari Byt Al Iman..

Syukran jazilan wajazakumullahu khairan kathira buat UM sekeluarga. Semoga UM sekeluarga terus dilimpahi kesihatan dan rezeki yang baik. Amin

Dapatkan maklumat pakej umrah. Klik!!

Thursday, May 24, 2012

AIR BUAH @ GERAI DUSUN TOK ABAH KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Khamis yang kian menghampiri tengahari. Baru la jemari ni berkesempatan nak tergedik-gedik buat entry. Itupun ibu cuma nak kongsi cerita yang dah lama terperam. Walau dah lama tapi nak juga kongsi cerita.

Dua minggu lepas, ibu dan rakan-rakan pejabat buat rombongan Puan Maz ke Kuala Lumpur. Ye lah, nama bos ibu Maznah.. jadilah nama rombongan tu rombongan Puan Maz. Hoho.. Suka suki bagi nama. Ramai juga lah rombongan malam tu, hampir 30 orang. Sebenarnya kami pergi ke majlis pelancaran satu program Ibu Pejabat yang diadakan di Chow Kit.

Selepas beredar dari majlis, kawan-kawan ajak minum air buah di Kampung Bahru. Tapi tak semua pergi, 15 orang je join acara minum-minum ni.

Kawan ibu bawa ke satu gerai air buah namanya Dusun Tok Abah di Jalan Raja Uda. Geraini jual air buah je, tapi nak makan tak ada masalah. Boleh order dari gerai-gerai yang berhampiran. Mereka akan datang ambil order dan hantar makanan.

Satu kelainan pada geraini, air dihidang dalam jag tau. Tapi kita hanya dikenakan bayaran atas kiraan gelas sahaja. 1 gelas RM2.00 sahaja. Boleh tambah banyak kali sampai habis air dalam jag. Memang kembong air kami semua malam tu. Kihkih.. kelakar lak bila teringat malam tu tiba-tiba semua mengandung. Mengandung air buah. Haha..

Air mangga.. Kepekatan air sederhana sahaja, tapi sesuai dengan harga..

Saiz gelas.. RM2.00/ gelas. Malam tu kami 15 orang, jadi cuma bayar RM30.00 sahaja untuk 3 jag air.


Saiz jag, anggaran 2.5L. Isian penuh air tembikai dan jus oren.. Memang kembong perut nak menghabiskannya..

 
Sign board gerai yang.. alahaiiiiiii..

Geng wanita dengan bos. Inilah golongan minoriti pejabat kami, staf 35 orang tapi wanitanya ini jelah. Sorang tak ada dalam gambar.

Secara keseluruhannya, okeylah. Penilaian boleh dilihat dari pelbagai sudut. Kepekatan jus, sederhana tapi sedap dan sesuai dengan harga. Kuantiti, sangat banyak dan sangat berbaloi dengan harga. Cuma dari segi kebersihan, faham-faham ajelah persekitaran Kampung Baru macammana. Ibu tak perlu komen yang itu lah ye..

Okey, itu sahaja catatan ibu Yusuf kalini. Hingga jumpa lagi..

Ps: Ibu Yusuf banyak hutang blogwalking blog kawan-kawan. Ibu Yusuf minta ampun dan maaf, insyaallah nanti ibu bw slow-slow ya. Sayang kamu semua..

 




Wednesday, May 23, 2012

CROCHET LAGI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf sedang pening. Pening lalat dek penangan Himpunan Jutaan Belia. Baru semalam baru diberitahu kena cari satu bas belia ke sana. Sabar ajelah..

Serius sedang pening, dah la tadi timbang naik 1kg. Aik? Makin diet makin naik. Hmmm.. Sabar lagi..

Rehat sekejap, tarik nafas dan hembus. Fuh!! Marilah teman ibu Yusuf buat terapi minda dengan menatap hasil tangan yang tak seberapa ni.

Hasil crochet ke tiga ibu..

Hasil pertama ibu kongsikan di SINI dan hasil kedua adalah patern yang sama dengan hasil yang pertama.


Crochet yang sangat sempoi..

Jujur, ini kes cengkelat. Ibu Yusuf suka buat kerja-kerja seni tapi kurang kesabaran yang tinggi. Nak buat dari mula sampai jadi sekeping doily, hadussss tak sabar.

Tu yang cengkelat, buat dengan bantuan kain. Kait tepi-tepi kain, dan tepek sekuntum bunga crochet di sudut. Serikan pula denga faux pearl. Hmmm, lawa jugak. Wah, perasan sendiri. Haha.. Sila gelakkan ibu Yusuf.

Paternnya juga sangat, sangat, sangat sempoi. Tapi ibu bangga sebab yang ni ibu buat tanpa merujuk mana-mana patern diagram. Belasah kiraan dengan suka hati sendiri. Alhamdulillah jadi, tak adalah terlebih tegang atau terlebih melengkung. Sedang-sedang elok jadinya..

Malam tadi ada orang sms ibu, tak ada crochet baru ke? Hehe.. Tu nak kata ibu hangat-hangat dot dot dot lah ye? Ada laaaa.. Nama pun hobi, buat bila ada masa lapang je. Kan? Kan? Kan? Harap-harap cik adik cantik yang sms ibu malam tadi baca Jemari Asmara ye.. :D

Okey, ibu nak sambung kerja. Sampai jumpa lagi..

Wassalam

Monday, May 21, 2012

DOA BULAN REJAB


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah, menjelang maghrib tadi kita telah melangkah ke 1 Rejab 1433H. Semoga kita diberi nikmat usia untuk melangkah pula ke bulan-bulan seterusnya. Munculnya Rejab bermakna Ramadahan yang penuh keberkatan makin hampir ketibaannya.

Ps: Ramai yang buat update tentang bulan Rejab. Sama-sama kita berhati-hati, terutama yang copy and paste..Syeikh Qaradhawi berkata dalam kitabnya Fatawa Mua’sorah: “Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan haram (yang dimuliakan), dan telah disebut oleh Allah swt di dalam kitabnya. Firman Allah swt: (منها أربعة حرم (التوبة “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36)


SEGEMEN: IMBAU KENANGAN SAAT SAH JADI MILIKNYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Lama dah nak join segmen Mama Mia ni, tapi asyik bertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya harini berkesempatan jua. Terima kasih Mama Mia sudi jemput Ibu Yusuf untuk turut serta segmen ni.

Ibu Yusuf ni tak pandai buat karangan. Jadi tulis pendek-pendek aje lah ye. Janji sampai maksudnya..

Ibu kenal ayah tahun 2000. Masa tu ibu baru je habis belajar dan dapat jadi guru KAFA. Semua cikgu baru (ustazah la masa tu) kena buka akaun di Bank Muamalat. Masa tulah ibu Yusuf jumpa ayah Yusuf. Ayah Yusuf masa tu staf Bank Muamalat di bahagian customer service, dialah yang bukakan akaun ibu dan kawan ibu masa tu..

Ini bukan cinta pandang pertama ye. Masatu tak ada rasa apa pun, hanya urusan antara pelanggan dan pihak bank.

Tapi dah namanya jodoh, akhirnya kami jadi kawan. Dari kawan timbul sayang. Kemudian kami bertunang pada 01 Januari 2002 dan nikah pada 14 Mei 2003.

Alhamdulillah, dah 9 tahun ibu Yusuf sah menjadi milik ayah Yusuf. Semoga ikatan cinta kami kekal hingga ke syurga sana.. Amin.


Memori terpahat di sini.. Gambar dari google.. :D


KISAH MIMPI MARYAM NABIHAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update kisah kontot di pagi Isnin. Dialog ringkas ibu dan Maryam dipagi hari.. :D

Maryam : Ibu malam tadi adik dengan ibu dengan ayah mimpikan?

Ibu : Mimpi apa?

Maryam : Adik dengan ibu dengan ayah jadi ulat..

Ibu : (sambil gelak-gelak kecil lucu hati) Mana ada, adik sorang je yang mimpi tu..

Maryam : Iye, betul ibu. Masa adik kejut ibu (kes mimpi dalam mimpi la ni..), ibu cakap " Ya Allah, kenapa kita semua jadi ulat ni?" Kita duduk dalam kepompong ibu, lepas tu kita jadi rama-rama. (cerita dengan muka dan nada bersungguh-sungguh)

Aduhai anak.. Tapi memandangkan dialog tu berlaku di waktu ibu kelang kelibut bersiap, ibu iyakan aje..

Ibu rasa mesti dia mimpi tu dah pagi. Sebab lebih kurang jam 4.30 dia masuk bilik ibu kata nak buang air. Lepas buang air terus dia menyelit tidur dengan ibu dan ayah. Tu yang ibu dan ayah masuk sekali dalam mimpi tu. Hehehe..

Dah namanya anak kan, cerita macamtu pun boleh ibu rasa alahai.. sweetnya kamu.

Terima kasih singgah Jemari Asmara. Salam sayang..



Sunday, May 20, 2012

5 SENAMAN KECILKAN PEHA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pernah dengar nama Kevin Zahri? Jujurnya, ibu Yusuf tak pernah pun. Tapi sekarang ibu dah tahu dah siapa dia. Dia tu seorang Health Instructor yang juga seorang model. Hensem orangnya.. Errk, melalut.

Sebenarnya, ibu Yusuf dah mula melancarkan misi turunkan berat badan. Tapi tidaklah beria-ia sangat lagi. Setakatni cuma tak makan malam, siang makan je macam biasa. Bila semangat tengah membara ni maka rajin lah google sana sini. Tu yang jumpa kevinzahri.com. Memang banyak panduan kesihatan di sana.. Untuk harini, ibu nak kongsikan salah satu artikel yang ada di dalamnya. 

5 Senaman Kecilkan Peha:

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:


1. 'Kerusi bayangan'

Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan "menggunting"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda. 

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh. 

 

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!


5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)

Ps: Ada gambar-gambar sokongan di SINI. Ibu tak copy sebab seksi. Ngeee..


Peluang jana pendapatan. Klik!!

Saturday, May 19, 2012

EDISI SIASAT @ FOODCOURT AEON BUKIT RAJA KLANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Gempar! Gempar! Gempar! Semalam ada Edisi Siasat di Food Court Aeon Bukit Raja Klang. Ehehehe, tapi bukan Edisi Sisat kat tv tu. Ibu Yusuf yang menyiasat sebenarnya.

Jangan tak tau, dulu kecik-kecik ibu pernah bercita-cita jadi penyiasat tau. Hahaha.. Masa tu gara-gara suka sangat baca buku Enid Blyton. Tapi kalau sekarang, bos suruh jadi pegawai penyiasat ampun ibu Yusuf tak mahu.



Lokasi Edisi Siasat berlangsung dari lensa gadget ibu Yusuf..

Alkisahnya semalam ibu join kawan-kawan ke Aeon Bukit Raja. Kawan-kawan nak shopping novel di Popular. Jadi ibu tumpanglah sekali sebab kereta ada kosong lagi. Ibu nak beli kasut tapak rata, kasut yang ada semuanya bertumit. Semenjak duani kaki ibu selalu sakit-sakit. Dah gemuk sangat agaknya, jadi kaki pun tunjuk protes. Kih kih kih..

Bila dah ada acara shoping mesti ada acara makan-makan. Kawan-kawan nak makan di food court, ibu follow ajelah. Ini kali pertama ibu masuk food court di sini untuk makan. Dulu dengan ayah ada juga singgah, tapi beli air je..

Masuk-masuk je, ibu rasa lain macam. Rasa macam tak sedap hati je.. Walaupun rata-rata pekerja di hadapan perempuan Indonesia bertudung (ada satu stall ni pekerjanya macam Cina), tapi yang masak 'gelap-gelap' gitu.. Ada faham maksud ibu?

Maka bermulalah Edisi Siasat ibu Yusuf disebuah gerai dengan dialog:

Ibu Yusuf  : Kak, saya nak tanya jangan marah arrr... (sambil senyum-senyum manis dan tampak sopan.. feewitt..)

Wanita Indonesia  :  Iya, apa?

Ibu Yusuf  : Yang masak tu orang apa?

Wanita Indonesia  :  Bangla kak..

Ibu Yusuf  :  Taukey orang apa?

Wanita Indonesia  :  India..

Ibu Yusuf  :  Siapa yang beli barang?

Wanita Indonesia  : Taukey lah..  (masani kawan ibu yang dah terorder dah saling pandang memanndang. Pekerja tu kata pulak..) Tak apa, yang kakak sudah order tu seafood aja..

Hmmm.. Masa tu ibu terus angkat kaki. Anda semua agak-agak ajelah ye apa yang ada difikiran ibu.

Kemudian ibu teruskan Edisi Siasat dengan dialog yang sama di sebuah gerai bernama kemelayuan. Alhamdulillah, yang itu pemiliknya memang orang Islam. Pekerja barisan hadapan pun orang Melayu bukan Indonesia. Dari adik manis tersebut, gerai nasi ayam yang ada di situ pun pemiliknya orang Islam. Yang lain-lain rata-rata pemiliknya Cina atau India. Adik tu bagi tips, nak tahu siapa pemiliknya tengok dekat lesen.

Ibu pun tak teruskan Edisi Sisat dan order di situ sahaja.

Untuk tidak menimbulkan sebarang isu, ibu tak sebut gerai-gerai yang ibu dah siasat. Lagipun ini adalah usaha ibu untuk mencari makanan yang benar-benar diyakini. Tulisan ini tidak sama sekali memberi gambaran halal haram makanan di situ. Cuma sama-sama kita saling ingat mengingati bahawa mencari yang halal itu adalah fardhu.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Sampai jumpa lagi..


Peluang tambah pendapatan dengan hanya memasang iklan ini..


v


v


Wednesday, May 16, 2012

WW: TELEFON BARU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Yang murah aje.... :

Akhirnya beli juga selepas luahan rasa dalam entry INI.

Tuesday, May 15, 2012

RESEPI IKAN BAWAL MASAM MANIS/ SWEET SOUR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama dah rasanya ibu Yusuf tak tepek hasil air tangan dia di blog. Sebab selalu masak yang biasa-biasa aje, bila masak yang sedap sikit pula kerajinan nak menangkap gambar tak ada.

Beberapa hari lepas ibu masak ikan bawal sweet sour. Ibu guna resepi Cik Liza. Cik Liza ni kawan sepejabat ibu, dulu dia chef tau. Sekarang jadi pegawai kerajaan sudah.

Hasilnya..

v

v


Sekali cik guru tengok gambar dia komplen daaa.. Apa dia komplen?

1. Bawang terlalu layu..
2. Tengok rupa sos tiram kurang..
3. Tak ada aksesori (sebab masak guna apa yang ada)
4. Macam tak naik minyak (naik sebenarnya cuma tak nampak dalam gambar sebab off flash)

Tu dia, hebat tak hebat. Tengok gambar je dia dah tahu kurang kat mana.. Hehehe, tapi ibu mengaku memang banyak durhaka pun.

Ibu kongsikan resepinya disini ya:

RESEPI IKAN MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan saiz sederhana (ibu guna ikan bawal)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 sudu makan cili boh
Sos tiram secukupnya
Sos cili secukupnya
Sos tomato secukupnya
Nenas
Tomato
Bunga kobis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, cili boh dan serai hingga naik bau
2. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan garam..
3. Masukkan nenas, bunga kobis..
4. Masukkan tomato dan bawang yang dihiris bulat
5. Tuang atas ikan, sedia untuk dihidang

Kedurhakaan ibu:

- Semua bahan ibu hiris
- Ibu tambah halia sebab suka halia
- Tak ada nenas, kobis bunga dan tomato. Ibu cuma letak cili hijau (itu je yang ada..)


 Tapi anak-anak kata sedap. Hehe.. Ibu pun suka hati. Lalalala..

Hingga jumpa lagi.. :D


 







PENGISAR AIS TRADISIONAL; INDIA MARI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak cerita kisah semalam dating dengan ayah sebenarnya. Ala.. dating makan cendol bawah pokok je. Tapi macam tak sempat nak upload gambar. Layan dululah gambar nan sekeping ni ye..



Betul-betul oldskool.. Pengisar ais tradisional. India mari kata mamak cendol ni. Menarik tertarik buat ibu Yusuf terus minta izin nak tangkap gambar.

Sampai jumpa lagi!!

Rasa nak melancong ke India? Cari info di sini. Klik!!

Monday, May 14, 2012

14 MEI 2003 - 14 MEI 2012: 9 TAHUN MASIHI BERSAMA, ALHAMDULILLAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, atas segala kurnia dan limpah rahmat Ilahi, atas kasih sayang yang bersemi, atas mawaddah warahmah yang mewangi.. hari ini ibu dan ayah Yusuf Maryam telah menempuh alam perkahwinan yang ke 9 masihi. Syukur ya Allah.. Semoga nikmat cinta kurniaanMu ini terus kekal hingga akhir hayat kami. Kekal bahagia di dunia hingga akhirat.. Amin.

Tak ada hadiah, tak ada makan-makan besar.. Tapi harini kami sama-sama cuti meluangkan masa berdua-duaan. Jalan-jalan kedai handset cuci mata dan makan cendol bawah pokok. Owh, bahagianya ibu rasa. Hehe.. Jiwang la pulak ye?

Malam ni belek-belek album lama. Menyingkap memori zaman masih berdua. Kurus comel je ibu dulu-dulu, sekarang dua kali ganda. Huhuhu..

Nak tengok ibu zaman kurus?


 Yang ni masa honey moon di PD. Family day sebenarnya, tapi kami pengantin baru masa ni. Kira honey moon lah juga kan. Masa ni berat ibu masih 42 kg. Sekarang? Jangan tanya..


 Yang ni masa honey moon di Cemeron Highland..


Yang ni masa honey moon di Pulau Pangkor..

Berapa banyak kali honey moon da? Kami lambat dapat anak sebenarnya. Kahwin Mei 2003, 30 November 2004 baru dapat anak. Jadi merasa masa berdua agak lama juga. Jalanlah selagi boleh jalan..

9 tahun bersama banyak yang ibu belajar dari pengalaman. Pahit, manis, masam, payau semua ada. Syukur, perjalanan hidup kami tetap diulit rasa bahagia.

Syukur alhamdulillah..

 Ps: Baju yang ibu pakai masa g Pangkor tu baju yang sama ibu pakai dalam gambar ini..


Ngee.. Setelah 9 tahun berlalu muat lagi tu.. (padahal baju tu memang besar) Hehehehe..


Cari lokasi honey moon? Klik!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...