Follower

Tuesday, July 31, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME.. :D


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tiada yang dapat diungkap selain kalimah syukur ke hadrat Ilahi.. Dengan izinNya, ibu Yusuf masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Dengan izinNya, ibu Yusuf masih berpeluang untuk terus mencari redhaNya. Syukur ya Allah..

Hari ini ibu Yusuf genap 34 tahun. Tidak muda lagi, tapi taklah tua sangat. Hehehe.. Syukur dengan usia ini, terus dilimpahi kebahagian dalam tafsiran kehidupan.

Terima kasih pada semua teman-teman yang mengucapkan selamat hari lahir buat ibu. Semoga doa kalian yang baik-baik itu dimakbulkan Ilahi. Amin.. 



Ps: Merajuk lagi.. Huhuhu. Ayah Yusuf lambat wish, kawan-kawan FB dah ucap dulu dari dia. Erk, mengada je ibu Yusuf kan. Hahaha..


Monday, July 30, 2012

myChef: the gourmet blog challenge


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima amanat dari Kak Ida Koleksi 1001 Resepi.. Berdesup ibu Yusuf buat entry. Kak Ida kata 'sekarang juga!!'. Siap bold tulisan kaler merah lagi. Baik kekanda, adinda menurut amanat di beri 'sekarang juga!!''. Hehehe.. 


 Inilah kisah yang nak diwar-warkan. myChef: the gourmet blog challenge

 Cara-cara penyertaan



Syarat-syarat penyertaan..

Untuk keterangan lanjut, sila ke Koleksi 1001 Resepi ye, Kak Ida dah cerita panjang lebar di situ.

Ps: agak-agak ibu Yusuf ni ada bakat ke kalau nak join jugak? hohoho...

SALAM RAMADHAN GIVEAWAY @ SWEET LIZAHANUM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf terserempak dengan satu GA yang menarik di blog contest Kak Atie. Terus hati ini rasa nak menjoinkan diri. Salam ukhuwah dan salam kenal buat Lizahanum, penganjur Salam Ramadhan Giveaway. Ibu Yusuf turut serta ya.. :D


Untuk turut serta dan ketahui syarat-syarat penyertaan, sila klik SINI sahaja.

Semoga berjaya!!


Sunday, July 29, 2012

KREP PERANCIS a.k.a LEMPENG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu Yusuf merajuk.. Hahaha.. Merajuk pun nak cerita kat blog. Entah apa-apa je dia ni. Keh keh keh.. Tapi cerita merajuk tu simpan, cerita nanti-nantilah ye. Kalau lupa, tak jadilah cerita.. Kui kui kui..

Semalam, 8 Ramadhan 1433H.. barulah ibu berkesempatan buat pencuci mulut untuk juadah berbuka puasa. Biasanya sekadar nasi dan lauk pauk sahaja. Nak jadi pauk pun kalau sempat, biasanya lauk je. Faham? Maksudnya sempat masak sejenis lauk lerrr..


Inilah dia yang dinamakan Krep Perancis tu..

Rasanya macam lempeng je pun.. Tu yang ibu bagi nama Krep Perancis aka lempeng. Idea timbul masa singgah blog Ana Suzana. Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan..


Zoom strawberry.. Masammm. Cameron Highland mari tapi beli kat Giant je. Konon nak beli yang Australia punya, tapi mahallllll. Tak jadilah, ibu Yusuf kedekut. Hehehe..


Sebab nak cepat, ibu buka api sederhana. Tu jadi coklat-coklat tu. Kalau nak cantik macam CMG buat, buka api kecil je ye kawan-kawan.. Sebab ada sekeping ibu buat dengan api kecik, mulus je jadinya.

Ibu salin resepinya dari Dapur Tanpa Sempadan..


RESEPI KREP PERANCIS

Bahan-bahannya:
 
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar
Peach dalam tin secukupnya (ibu ganti dengan buah kiwi)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis. Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba.
Nota ibu: Untuk adunan di atas, ibu dapat 5 keping. Kalau lagi nipis lagi banyaklah dapat.. Tu pun ibu dapat rasa setengah keping je, Maryam pun setengah keping. Ayah dapatla sekeping.. Yusuf? Dia makan 3 keping. Sedap sangat katanya.. Hehehe..

Saturday, July 28, 2012

NOVELIS SHAHRIAH ABDULLAH PESERTA MASTERCHEF MALAYSIA NAK BAGI HADIAH: YA GITEWW!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ini adalah entry melekat. Golek-golek ke bawah untuk entry terkini yaaa.. :D



Ya Giteew!! Ibu Yusuf sudah dilamun cinta dengan blogger masakan. Semua blog masak-masak ibu Yusuf skodeng.. Bukan skodeng saja, tapi mestilah ada hasilnya kan?Gambar-gambar makanan hasil tangan ibu Yusuf bersusun dalam folder tunggu ditayangkan. Terasa diri laksana blogger masak-masak juga. Wahh!! Begitu perasan ibu Yusuh. Hahaha.. Ya giteew!!

Abaikan keperasanan ibu Yusuf itu. Ibu nak ajak anda semua sama-sama sertai Kuiz Mudah anjuran Novelis Shahriah Abdullah (peserta Masterchef Malaysia) yang popular itu. Sebanyak 30 hadiah disediakan. Wahh!!

Ibu tak mahu tulis panjang, sebab Kak Shahriah kita dah jelaskan panjang lebar di blog-blognya. Untuk keterangan lanjut, sila klik banner di atas, atau SINI atau link yang ada di sidebar kanan Jemari Asmara.

Jom!!




RESEPI IKAN KERISI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Awas!! Ini bukan entry tayangan makanan.. Entry ini ibu gelarkan entry pencetus idea. Kalau ada gambar, janganlah tenung sampai menimbulkan nafsu. Errr, nafsu makan laaa..

Apa kawan-kawan nak masak harini? Kalau dalam peti sejuk ada ikan kerisi, di sini ibu sertakan link beberapa resepi ikan kerisi dari beberapa buah blog. Hehehe.. yang benarnya beberapa hari yang lepas ibu google sebab nak cari idea ikan kerisi masak apa. Okey layannnn...

6 resepi.. cukup? Cukuplah, banyak-banyak nanti susah nak pilih pula. Google punya google punya google, sudahnya haritu ibu masak guna resepi sendiri je. Hehehe... Ibu masak;


 Singgang asam pedas ikan kerisi..


RESEPI SINGGANG ASAM PEDAS IKAN KERISI

Bahan-bahannya:

4 ekor ikan kerisi 
1/2 biji bawang besar ditumbuk*
2 ulas bawang putih ditumbuk*
1/2 inci lengkuas dihiris dan diketuk*
1 sudu cili giling*
1 inci kunyit hidup*
1/2 kiub ikan bilis (pilihan)*
3 keping asam keping*
Sedikit daun kesum
Garam secukup rasa*
1 biji tomato dibelah 8 
1 mangkuk air*

Cara-caranya:

Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk dan rebus hingga menggelegak. Masukkan ikan dan daun kesum. Setelah ikan masak masukkan buah tomato dan padamkan api. Senangkan?

Nota ibu; Lain orang lain caranya. Ada juga yang guna halia untuk menggantikan lengkuas. Kadang-kadang ibu letak dua-dua. Resepini hasil tengok kakak ipar ibu masak. Ganu mari.. :D


ps: klik tak resepi no 6 tu? Resepi dari blog mana ek? Ehehehe..

BAG TANGAN GIOSSARDI HASIL MENANG PERADUAN IBU IDOLA MAJALAH SERI DEWI & KELUARGA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry sinambungan dari entry INI. Dalam entry tu ibu cerita tentang ibu dapat surat  makluman ibu menang Peraduan Ibu Idola dari majalah Seri Dewi & Keluarga Mei 2012. Hadiahnya beg tangan Giossardi.

Alhamdulillah, ibu dah ambik hadiah tu sehari sebelum puasa di Karangkraf Shah Alam. Hari-hari balik kerja memang lalu situ, tak pernah terfikir nak singgah. Hari tu pertama kali dalam sejarah, ibu datang situ.. Datang ambik hadiah. Ehehehe..

Meh la cuci mata tengok hadiah yang ibu dapat. Plzzzzz, jangan cakap ibu menunjuk-nunjuk ya.. Ibu nak syer aje..



Beg tangan Giossardi yang agak gedabak lah juga.. Walau pun hand bag warnani ibu dah ada (Carlo Rino), tapi dah namanya free, syukur alhamdulillah..


 Hadiah-hadiah iringan yang ada dalam beg.. Dompet, tali pinggang, set alat merias kuku dan dompet kecil untuk letak kunci..


Zoom dompetnya.. 


 Set alat merias kuku..


Tempat letak kunci.. Ye ke? Ibu tak pernah ada benda ni..

Syukur alhamdulillah, berbaloi perah minda buat slogan. Cuma ibu tak tahu berapa nilai beg ni sebab tak tahu berapa orang yang menang. Hadiah keseluruhan bernilai RM5k. Setakat yang ibu tahu, comper hebat Ayu Rafikah dan Zamzarina menang juga peraduanni. Hadiah mereka sejibik yang ibu dapat. Ibu cuma like je di FB mereka, nak komen segan. Mereka bab comping ni dah otai dah..

Hadiah ni ibu anggap hadiah hari jadi in advance untuk diri sendiri.. Hehehe..


Friday, July 27, 2012

SUKANEKA TAHUNAN KE 17 TADIKA ISLAM ALHIDAYAH - Part 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ape cer ibu Yusuf ni, cerita pasal sukan bebulan puasa ni? Hehehe.. Ya ampun, ini entry tertunggak sekian lama. Kalau tangguh lagi memang sampai raya lah tak terpublish.

Okey, ini adalah sambungan dari entry INI dan INI. Sukaneka Tahunan Ke 17 Tadika Islam Alhidayah - Part 3 juga yang terakhir, lepasni dah tak ada dah part 4.

Cerita tentang acara yang Maryam sertai semua dah selesai. Cerita dalam entry ini, ibu yang punya. Hahaha..

Kisahnya, kawan ibu lah. Sesuka citarasa dia je daftarkan nama ibu untuk join acara dewasa. Dah nama kena umum, tak kan nak buat dek je. Join lah juga..

Alaaa, acaranya simple je.. Agak-agak apa?


Masukkan manik dalam tali daaa.. Tapi maniknya besarlah, kalau manik betul.. 'pengsan'..

 
Zoom ibu Yusuf, yang hijau itu. Hehe.. sib baik duk sopan. I tak biasa cangkung-cangkung u..

Yeah!! Go ibu go!! Tapi hmmmmm.. tak menang pun..

Seperti biasa, ayat nak sedapkan hati sendiri, kalah menang adat bertanding. Hehehe..

 
Penyampaian hadiah. Untuk acara Big Giant rumah hijau juara..

 
Hadiah untuk Dragon Ball.. No 3.. :D

Fuh!! Selesai hutang entry. Semenjak duani, susah betul nak cari masa nak update blog. Lagilah sejak tak ada broadband. Nak update guna tab tak pandai lah pulak..

Tapi kan, sejak bulan puasa ni UV Jemari Asmara meningkat tau. Kebanyakan datang dari carian google, orang cari resepi. Tersengih pulak ibu tengok, laku juga resepi ibu Yusuf ek.. Alhamdulillah..



AYAM BERLADA HITAM DENGAN SAYUR BERSOS TIRAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Gigih update blog pepagi buta ni, sebab nak syer pasal makanan. Ada ustaz kata, makruh tayang gambar makanan disiang hari bulan puasa. 

Entry ni bukanlah nak ajar kawan-kawan masak, ringkas je resepinya. Tapi sekadar nak syer idea hidangan ekspres tapi sedap.

Yang ni bukan frozen food okey, yang ni 100% air tangan ibu Yusuf tau. Silalah percaya ye.. Nanti ada yang ingat ibu nak buat review produk myChef lagi pulak. Ehehe..

Hidangan yang ibu nak syer ni, boleh dijadikan sebagai lauk sampingan tapi juga boleh dijadikan lauk utama sekiranya kita ketidak cukupan masa. Ibu bercakap ikut pengalaman sendiri, ye lah.. kita ni berkerja. Sampai rumah dah terkocoh-kocoh nak masak, adakalanya tak sempat. Jadi masak yang super ringkas sahaja.

Bunyi tajuk macam 2 jenis masakan kan? Tapi sebenarnya sejenis je..

Ayam berlada hitam dengan sayur bersos tiram..

Dah namanya hidangan super ringkas, gambar pun super sempoi lah ye.. Dalam kuali lagi. Kih kih kih.. Okey, ini resepinya:

Resepi Ayam Berlada Hitam dengan Sayur Bersos Tiram

Bahan-bahannya:

2 ketul dada ayam di potong kecil
Sotong atau udang (pilihan)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris/ dicincang
10 Batang kacang buncis di potong
1 inci lobak merah dipotong memanjang
sedikit serbuk lada hitam berperisa
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak
2. Tumis serentak bawang merah, bawang putih dan ayam hingga naik bau
3. Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga ayam hampir masak
4. Masukkan sayur, sos tiram dan kacau lagi hingga ayam masak
5. Sedia dihidangkan, tapi jangan lah hidang dalam kuali je.. Hahaha..

Nota ibu: Ibu memang buat kering untuk lebih rasa tumisan, jika suka berkuah boleh tambahkan sedikit air. Kalau nak pedas, boleh tambah cili merah atau cili padi. Untuk resepini, ibu memang tak letak garam..

Sekian resepi hidangan super ringkas dari ibu Yusuf dan Maryam.. :D

Tuesday, July 24, 2012

SEMUR DAGING BETAWI: MEMBUKA SELERA BERSAHUR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi MahaPenyayang

Ini entry autopublish.. Harap-harap ianya akan keluar tepat pada masanya, ye lah kadang-kadang dah set sekian-sekian masa pun entry tak mahu keluar.j

Balik pada tajuk, antara isu yang selalu ditimbulkan oleh kawan-kawan ialah tak lalu makan masa bersahur. Ibu Yusuf pun selalu menghadapi masalah yang sama tapi dapat mengatasinya bila tahu citarasa sendiri.

Untuk sahur, ibu lebih suka memilih nasi panas dengan satu jenis hidangan yang kurang berkuah. Tapi tidaklah hidangan yang kering sangat, nanti tercekik pulak. Hehehe..


Semur daging betawi, atau bahasa mudahnya daging masak kicap..

Makan dengan nasi panas-panas.. Fuh, mata yang terpejam terus terbuka..

Tapi tu lah, nak menghasilkannya bukan semudah masak nasi kan? Kena kupas bawang bagai, rempah ratusnya lagi. Lagilah, dikala waktu yang sungguh enak menarik selimut. Kena bersilat didapurlah pulak.. Alahai..

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Untuk sediakan yang terbaik untuk keluarga dan memenuhi citarasa sendiri kenalah korban sikit kan. Kalau agak-agak tak larat nak bangun masak sebelum sahur, masaklah siap-siap sebelum tidur. Tak pun, masaklah untuk hidangan berbuka lebih sikit sekali dengan bersahur. Wah!! Macam bagus je ibu Yusuf tu buat ayat macam tu kan..

Tapi sebenarnya, ada cara yang lebih mudah. Macam ibu pernah kata dalam entry INI, macam-macam cara ada untuk memastikan yang terbaik untuk keluarga, cuma kita yang perlu bijak memilih.

Untuk hidangan di atas, ibu cuma perlu ambik masa 5 minit je untuk menyediakan. Hahaha...

 
Semur Daging Betawi myChef daaaaa..

Alahai ibu Yusuf ni asyik cerita pasal myChef je tak habis-habis. Pengunjung-pengunjung Jemari Asmara sekelian, ketahuilah bahawa ibu Yusuf sekadar mahu berkongsi sesuatu yang baik dengan kawan-kawan. Ibu ada info tentang sesuatu yang memudahkan, jadi ibu kongsilah bersama.

Ibu faham, bukan sesuatu yang bagus kalau asyik makan frozen food. Tapi kita ambil dari sudut kebaikannya, antaranya sebagai penyelamat dalam masa-masa kecemasan. Contohnya, terlambat bangun sahur, tak sempat masak/ beli untuk berbuka, tiba-tiba anak nak makan, ada tetamu datang mengejut, dan lain-lain lah..


Gambar dari Koleksi 1001 Resepi. 12 jenis produk myChef yang ada di pasaran. Keterangan lanjut boleh ke blog myChef ya..

Setakat yang ibu dah rasa, spaghetti ayam, ayam pongteh, kari ayam dan semur daging betawi, semuanya sedap (tertakluk pada citarasa masing-masing lah..). Kalau bukan sebab kita yang keluarkan dari kotak, tak kan tahupun itu frozen food. Kalau tetamu datang, nak cover diri sendiri tak yahlah tunjuk kotak. Nescaya mereka tak tahu.. Haha..



Kamu-kamu semua harus coba.. :D

KEPUTUSAN PENUH PENYU MENANGIS GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya semua pemenang saguhati Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara menyerah diri.

Untuk keputusan penuh, memang ibu berhajat tunggu semua pemenang saguhati melapor diri, siap jemput bagai ke blog masing untuk tengok keputusan. Tapi tulah, mungkin mereka terlepas pandang. Jadi yang tertunggu-tunggu keputusan penuh, jangan marah ibu ya, marah dorang yang lambat. Erk, jangan marah-marah nanti kena jual.. Hahaha..

Untuk senarai peserta sila rujuk SINI, untuk hadiah sila rujuk SINI dan pemenang saguhati sila rujuk SINI.

Bagaiman pemenang no 1 hingga 3 dipilih? Keputusan adalah muktamad dan ini kaedah yang ibu gunakan:

v

v

v

v

v



Pemenang dipilih dari kalangan peserta yang tersenarai dalam 3 kedudukan teratas Mereka Rajin Komen @ Jemari Asmara pada 24 Julai 2012.

Maka pemenang adalah:


Memandangkan anisalya adalah salah seorang pemenang saguhati, maka hadiah saguhatinya ditarik balik dan diserahkan kepada:


Tahniah kepada semua pemenang. Sila emailkan/ pm di FB Ibu Maryam, nama penuh, alamat dan no telefon.

Kepada yang tidak menang jangan berkecil hati. InsyaAllah, jika tidak dari Jemari Asmara mungkin dari penganjur yang lain.

Jom ramai-ramai kita join kuiz mudah dari Novelis Shahriah Abdullah, peserta Master Chef.. Hadiahnya banyak tau, jom!!

TAMAN HUTAN BUKIT SUK SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak kongsi satu tempat yang sesuai untuk beriadah petang-petang. Ye, ye.. ibu tahu bulan puasa ni raamai tak larat nak beriadah. Tapi jangan salah faham tau, beriadah tu tak semestinya aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Jalan-jalan sambil ambil angin pun boleh dikira riadah. Err, betulkan?

Nama taman ni Hutan Bukit SUK, terletak sebelah Mahkamah Shah Alam. Kami jalan-jalan ke sana hujung minggu terakhir sebelum Ramadhan. Saje pusing-pusing ambik angin, cuma kami tak masuk sampai ke dalam.. Kami jalan bahagian depan-depan je. Gambar pun tak banyak sebab bateri kamera dah kong kalikong..


Berdasarkan papan kenyataan ni, kita boleh tahu apa kemudahan-kemudahan yang ada. Menarik juga..


Antara gambar pemandangan yang sempat diambil sebelum kamera terpadam dengan sendirinya..

Aksi ceria anak dan ayah..


Menarik tak aksi Yusuf dan Maryam? Hahaha.. Maryam tu sedang garu tangan yang kena gigit nyamuk sebenarnya.

Tak perlu risau kalau nak terkucil.. Tandas awam tersergam indah dipintu masuk taman.

Jadi buat warga Shah Alam yang tak tahu nak bawak anak bersiar-siar ke mana, boleh lah bawak anak-anak ke sini. Ye lah, orang Shah Alam ni sikit-sikit, taman tasik tu je. Nak ke Wet World pun, tak sesuai lah pulak kan puasa-puasa ni.

Jadi petang-petang tu, sambil tunggu waktu berbuka puasa boleh lah ambik angin di sini. Lagi-lagi kalau ada anak kecik, bapa-bapa bagi lah peluang ibu-ibu masak dengan tenang. Bawaklah anak-anak jalan-jalan..

Tapi, ibu cadangkan pakaikanlah anak-anak seluar dan baju lengan panjang. Dah namanya hutan kan, nyamuk banyak lah juga.

Okey, sekian dulu catatan ibu. Semoga catatan ringkas ini memberi manfaat, walaupun sekadar info mana nak bawa anak jalan-jalan.

Hingga jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D




Monday, July 23, 2012

CATATAN 1-2 RAMADHAN 1433H @ JEMARI ASMARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur al hamdulillah, hari ini telah masuk hari ketiga kita menjalankan ibadah puasa bagi tahun 1433H. Semoga kita semua terus diberi nikmat kesihatan untuk melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini.

Sejak puasa ni, Jemari Asmara pun puasa juga nampaknya. Alahai, kali terakhir update, 3 hari yang lepas. Cerita pasal makanan pula tu.

Hari ni, insyaAllah ibu akan rakamkan apa yang berlaku dalam keluarga kami untuk 1-2 Ramadhan 1433H. Tak ada apa-apa yang luar biasa pun berlaku, semuanya biasa-biasa. Cuma ibu nak catatkan di sini untuk kenangan dihari kemudian. Baru je tadi baca semua Diari Ramadhan 1432H menyingkap kenangan tahun lepas.. :D

InsyaAllah, ibu akan catatkan diari Ramadhan kami, bermula dengan terawikh dan diakhiri dengan berbuka..


Letak gambar puteri solehah ibu Maryam Nabihah dulu ya..

"Saya nak ucap selamat berpuasa pada semua pembaca-pembaca blog ibu saya"..

1 Ramadhan 1433H

Terawikh

Kami sekeluarga menunaikan solat sunat terawikh di Masjid Al Hidayah. Subhanallah, ramainya jemaah. Jemaah wanita bukan sahaja terpaksa berhimpit-himpit hingga hadapan tandas, malahan melimpah ke luar masjid. Mujurnya, pihak masjid ada memasang 2 buah khemah dan menyediakan hamparan tikar.

Ibu dan Maryam berjaya tidak mengulangi peristiwa terawikh pertama tahun lepas yang mana kami solat hampir dengan pintu mengambil wudhuk. Kali ni kami berada di saf tengah-tengah, hujung sekali. Bila bersama anak kecil, sebolehnya elakkanlah duduk di tengah-tengah kerana kita akan memutuskan saf jemaah lain.

Bila berada di hujung sekali, maka agak jauh lah dengan kipas. Ditambah pula keadaan yang sesak, panas itu perkara biasa. Tapi sudah dijadikan alasan oleh itu budak kecillah.. Dia solat Isyak je, lepas tu 'selamat'.. Hmmm..

Balik rumah mengadu dengan ayah. Ayah jawab selamba je; "Baru 5 tahun, dia pulak memang macam tu..". Yelah, betullah kata ayah tu. Dengan 'keaktifannya', dia dapat bertahan solat isyak dan tunggu ibu selesai terawikh dah cukup syukur al hamdulillah.

Sahur

Besoknya kami bersahur jam 5.00 pagi. Makan nasi panas-panas dengan tomyam sotong. Alhamdulillah, senang nak kejut anakanda Yusuf. Yusuf semakin mudah diurus sesuai dengan umurnya. Maryam? Huhu.. tak mau bangun dan hanya bersahur susu, itu pun lewat sikit.

Cabaran berpuasa

1 Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu sedikit melegakan. Alhamdulillah, Yusuf berjaya menyelesaikan puasanya dihari pertama hingga tamat tanpa sedikit 'bunyi' pun. Tiada rengekkan dahaga sebagimana tahun lepas.

Maryam? Aduhai, 'loceng' sudah berbunyi seawal jam 12.30 tengahari. Manakan tidak, hanya bersahur lewat dengan susu sahaja. Ibu tangguh-tangguhkan dengan harapan dia boleh bersabar. Akhirnya, 'selamat' juga selepas zuhor, minum air. Tapi ibu tak beri dia nasi pun, hinggalah berbuka..

Cemburu juga dengan status beberapa orang kawan-kawan lain di FB. Ada yang bercerita anak mereka 4 dan 5 tahun sudah berjaya puasa hingga ke petang. Tapi ibu cepat-cepat mengingatkan diri sendiri, kita latih anak berpuasa mengikut kemampuan masing-masing. Bukan anak orang lain sebagai ukuran..

Berbuka puasa

Kami berbuka dengan hidangan yang sangat ringkas. Hanya nasi dan sejenis lauk, air milo untuk anak-anak, teh o panas untuk ibu dan ayah.

Tapi Maryam kata; "Wah.. Bahagianya keluarga kita kan? Adik rasa seronok sangat dapat makan sama-sama macam ni.." 

Hehehe.. nak tergelak ibu adik cakap macam tu. Tapi ibu sambung pula; "Kalau adik puasa, ibu laaaaaagi bahagia"..

Hahaha.. dia cuma jawab dengan tersengih-sengih aje..

2 Ramadhan 1433H

Terawikh

Terawikh di malam ke 2 kami turun pangkat, dapat saf belakang sekali. Tapi di belakang kami ada lagi orang, iaitu jemaah wanita yang solat di bawah khemah. Cuma kalini dapat dekat dengan kipas. Natijahnya, telekung anakanda tak tercabut sampai sudah. Tak adalah macam semalam asyik buka dan pakai semula. Hehehe..

Sahur

Kami bersahur dengan nasi panas, sotong masak merah dan ayam pongteh resepi Chef Florence. Pendeknya ayat, dah malas nak mengarang lah tu... Hahaha..

Cabaran berpuasa

Ramadhan ke 2, kami balik kampung. Menempuh perjalanan selama 2 jam dan cuaca di kampung yang panas, memang memberi cabaran kepada puasa anak-anak.

Alhamdulillah, Yusuf terus tabah walaupun sedikit tergugat melihat sepupu-sepupu yang kecil makan nasi. Maryam? Haduh, tewas. Siap makan bersuap bersama sepupu-sepupu kecilnya yang lain. Ibu sedih.. :-(

Berbuka

Berbuka ramai-ramai di kampung memang meriah. Kami berkumpul semua adik beradik kecuali kakak yang sulung. Macam-macam hidangan ada sampai tiba-tiba ibu mengandung 3 bulan. Hahaha..

Hadoiii, makin lama makin kontot ye catatan ibu Yusuf ni. Bukan apa, sekarang semuanya mahu cepat-cepat, tapi kalau bertangguh lagi memang tak tercatatlah nampaknya diari Ramadhan kami.
Sampai sini dulu catatan ibu, nanti kalau rajin ibu edit lah balik. Kalau tak, biarlah kontot macam tu. Hahaha.. (Dari tadi gelak je kan, tapi gelak sopan tauuu... )

Jumpa lagi.. :D

Friday, July 20, 2012

SPAGHETTI AYAM CITARASA TIMUR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hari ini sudah 30 Syaaban 1433H. Beberapa jam lagi Ramadhan yang penuh keberkatan akan menyapa kita. Dikesempatan ini, ibu Yusuf mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung Jemari Asmara. Semoga kita diberi nikmat masa dan kesihatan untuk membanyakkan lagi amal ibadah disepanjang bulan yang mulia ini.

Sebelum puasa ni, ibu Yusuf nak buat entry pasal makanan. Alkisah cerita anakanda Yusuf yang tiba-tiba nak makan spaghetti. Tak menyabar-nyabar pulak tu. Masa tu minta, masa tu jugak nak. Anak oh anak..

Ibu pun termenung depan peti sejuk. Anak-anak ni biasanya layan blognese je.. Tapi dalam peti sejuk apa pun tak ada. Yang ada spaghetti kejung dalam kabinet. Huhuhu..

Oh ya, dulu ibu ada kongsikan Resepi Spaghetti Ala Melayu cara mudah. Nak tengok, klik SINI ya..

Okey, balik cerita order dari anakanda Yusuf. Lepas termenung depan pintu peti sejuk bawah, ibu buka pulak peti sejuk atas nak tengok apa yang ada.

Ahhaaa!! Horey!! Ada penyelesai masalah rupanya. Hahaha.. dan dalam masa 5 minit, taadaaaaa...

v

v

v

v


Ya, dalam masa 5 minit ianya tersedia.. Tak percaya?

Maaf lah kualiti gambar yang kurang memuaskan. Namun masih mampu mempamerkan keenakan hidangan ini..

Ada magickah ibu Yusuf. Mampu menyediakan hidangan yang begitu lazat dalam masa 5 minit. Wah!! Hebat..

Okey, okey, ibu Yusuf mengaku. Ibu Yusuf ada pembantu sebenarnya. Dan ibu Yusuf dibantu oleh ini..

v

v

v

v


Produk myChef ready meals.. cuma keluarkan dari kotak, panaskan dalam mikrowave dan sedia dihidang.

Sahabat yang ikuti Jemari Asmara tahu kan, ibu menang Wowww 1001 Giveaway anjuran Kak Ida. Ibu ada cerita tentang majlis penyampaian hadiah di Restoran Rebung Dato' Chef Ismail di SINI dan cerita tentang hadiah yang ibu dapat di SINI.

Produk myChef nilah salah satu hadiahnya. Malam tu ibu bawa balik 16 kotak produk myChef. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produkni boleh ke blog myChef - Simply Delicious.


Gambar ulang tayang.. Ayah Yusuf dan Chef Zam di malam gilang gemilang..


Chicken Spaghetti with Asian Pesto..

Ciptaan unik Chef Zam yang menggabungkan Timur dan Barat. Pasta spaghettini yang hebat bersama daging ayam yang dimasak di dalam pes ala Timur yang mengandungi daun ketumbar dan daun basil. Pedas dan sedap..

 

Gambar terakhir sebelum dilicinkan oleh Muhammad Yusuf Nabhan..

Tahukah anda bahawa Yusuf tak makan makanan yang dia anggap pelik (tak biasa makan). Tapi yang ini dia kata; "sedaplah ibu!!".

Walaupun produkni ibu dapat percuma, ini kisah benar okey. Bukan rekaan semata-mata.. Serius memang sedap di tekak ibu dan Yusuf.

Syukur, penuh produk myChef dalam peti sejuk ibu. Inilah penyelamat andai terbabas bangun nak masak sahur nanti. Hoho.. Harap-harap la tak ada adegan terbabas tu.

Bukan sahaja penyelamat untuk bersahur, berbuka pun ye juga. Lagilah bagi ibu-ibu yang berkerja macam ibu Yusuf ni kan. Kadang-kadang sampai rumah je dah beberapa minit sebelum azan..

Apapun, jangan jadikan semua tu alasan untuk tidak memberi yang terbaik kepada keluarga. Macam-macam cara ada, cuma kita yang perlu bijak memilih.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam untuk kali ini. Hingga jumpa lagi.. :D

ps: malam ni teruja nak pergi solat terawih..

Wednesday, July 18, 2012

MENANG PERADUAN IBU IDOLA MAJALAH SERI DEWI & KELUARGA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, belum lekang senyuman ibu dek Wowww 1001 Giveaway, ole-ole dari Selatan, ole-ole dari Jerantut, hari ini ibu terima perkhabaran gembira lagi.


 Surat yang ibu terima petang tadi..


 Peraduan dari majalah Seri Dewi & Keluarga Mei 2012..


Ibu tak pasti berapa orang pemenangnya, tapi ada sahabat blogger yang dah buat entry menang juga.


Okeylah, ibu kongsi yang ini dulu, nanti dah ambil hadiah ibu kongsi cerita lagi. Bukan nak menunjuk-nunjuk tau, tapi berkongsi rasa gembira dan teruja. Ini kali pertama ibu sertai peraduan majalah dan terus menang..


Syukur alhamdulillah.. :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...