Follower

Thursday, August 30, 2012

3 PENYERTAAN DARI IBU MARYAM @ THE GOURMET BLOG CHALLENGE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry melekat, sila golek-golek ke bawah untuk entry terbaru ya..



myChef simply delicious telah menganjurkan the gourmet blog challenge yang menawarkan hadiah sehingga RM18,000.00

Ibu dah hantar 3 penyertaan, harap dapat sokongan dari kawan-kawan. 

 Sotong Sumbat Rusia

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506642666029058&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=1&theater


Murtabak Me Segera




Pemenang tidak ditentukan oleh jumlah LIKE, tapi ibu perlu sokongan kawan-kawan untuk memeriahkan entry penyertaan ibu. Dengan rasa rendah diri, ibu mohon jasa baik sumbangan LIKE kawan-kawan di link bawah gambar ya.

Terima kasih. Sayang kamu semua.


BILA POKET DAH KOSONG.. BENDA DALAM RUMAH PUN KENA JUAL..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pernah tak dengar, sesiapa bercerita.. si polan bin si polin jual benda dalam rumah sebab tak ada duit. Kemudian, si peah binti si poah pulak menjawab, biasanya yang jual barang dalam rumah ni penagih dadah. Pernah ke tak pernah? Ibu Yusuf pernah je..

Tapi harini, ibu Yusuf dah mengambil inspirasi dari cerita tersebut. Kisah bermula lepas raya nikan, yelah.. lepas balik kampung, dua kampung pulak tu, satu jauh pulak tu, memang mengakulah memang budget sedikit lari. Tu tak shopping sakan tu, kalau sakan? Habislaaaaa...

Jadi, setelah difikir-fikir, ibu rasa nak jual beberapa barang dalam rumah ni yang boleh dijual. Jadi antara yang mahu di let go ialah..









Koleksi teko dan cawan lama je.. Ibu Yusuf bukan nak jual tong gas tau.. Hahaha.. Jadi janganlah awak semua kata ibu Yusuf penagih dadah ya..

Kalau ada yang rasa nak tolong ibu Yusuf isikan semula poket yang kosong dan berminat dengam item-item yang ibu nak jual, pm ibu kat FB ye. Tuuuu, tekan je lencana di sidebar sebelah kanan tu..

Terima kasih.. :D

Ps: Begitu kuatkah stigma kita terhadap penagih dadah? Sesungguhnya mereka juga insan biasa seperti kita. Sama-samalah kita memberi sokongan agar meraka juga dapat menjadi insan yang berguna. Sama-samalah kita berusaha, memerdekakan negara kita dari musuh nombor satu negara.

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Yang ke 55 Tahun @ 2012!!

Wednesday, August 29, 2012

WW: KELANTAN FM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Ole-ole dari Kelantan. Terima kasih Puan Yati.. :D


Tuesday, August 28, 2012

KEK COKLAT CAWAN KUKUS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi 10 Syawal 1433H yang sejuk dan damai.. Gigih pagi-pagini menentang kemalasan, on juga cik lappy ni. Berusaha untuk tidak membuarkan Jemari Asmara terbiar sepi. UV semenjak raya ni sangat, sangat, sangat merudum dek banyak faktor. Tak update, tak bw, dan readers pun masih dalam mood  beraya. 

Tak tahu nak update apa sebenarnya, godek-godek fail gambar jumpa gambar yang dah lama resize dan letak watermark, tapi tak juga di publish. Maka terhasillah entry ini.


 Eh eh.. Nak tunjuk kek ke nak tunjuk bekas kuih raya? Hehe.. 

Tu bekas kuih tempahan kawan sebenarnya. Asyik buatkan orang punya, sudahnya sendiri punya pun tak ada. Guna bekas yang togel je..


 Haaa.. Inilah rupanya.

Ibu guna resepi kek coklat kukus munira sebenarnya. Cuma ibu masukkan dalam bekas kecik-kecik, jadilah ia kek cawan. Dulu pernah ibu buat kek tu versi loyang, bolej klik SINI kalau nak tengok.


 Tayang bekas kuih raya lagi ya? hehe.. 


Buat kecik-kecik senang anak-anak nak makan. Tak payah nak potong-potong bagai, tak payah nak cuci-cuci pinggan. Bekas tu kalau sayang cucilah, kalau malas boleh buang. Hehe..


RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C

4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)


Cara-caranya:


Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.

Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu guna bekas kecik-kecik tu, sapu sikit mentega..)


Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap.
(Sebab guna bekas kecil ibu kukus 15 minit sahaja)

Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam



RESEPI TOPPING KEK COKLAT

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat (ibu tak letak sebab coklat tu dah manis..)

* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'
Selamat mengekek.. ekekeke.. 

 Ps: Jika anda ada masalah darah tinggi, jemput tonton video di bawah. Semoga bermanfaat..

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Monday, August 27, 2012

DAIL NOMBOR TALIAN KECEMASAN @ 7 SYAWAL 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Subhanallah, masyaAllah, alhamdulillah.. hari 8 Syawal 1433H sudah. Jemari Asmara terus terbiar sepi nampaknya. Bukanlah tuannya terlalu raya sakan, namun ibu Yusuf telah kehilangan rentak dalam berblog. Jemari ini bagai kaku untuk menarikan irama penulisan..

Amboi, ayat akhir perenggan pertama tuu. Hahaha.. sehari dua ni rancak join contest yang kena buat slogan. Jadi terbawa-bawa lah pula. Semoga ada lah rezeki harapnya. Alhamdulillah terbaru menang  "Raya Wishes For Your Loved One" contest anjuran ASADI. Walaupun hadiahnya cuma seliper angry bird, tapi seronoknya bukan main lagi. Hehe..

Entry terakhir sebelum ini sebenarnya ditulis di Shah Alam. Kami bertolak balik dari Terengganu hari Selasa dan sepatutnya terus balik kampung ibu di Sekinchan. Tapi hati tergerak nak balik Shah Alam dulu. Betullah gerak hati ibu, bekalan elektrik terputus mungkin disebabkan petir. Rumahni memang macamtu, petir kuat sikit memang terus 'terkejut' suiz utama tu. Alhamdulillah, isi peti sejuk masih selamat walau pun dah cair 100%.

Hari Rabu bergerak balik Sekinchan dan malam Sabtu kembali semula ke Shah Alam sebab ibu dah mula bertugas esoknya. Bertugas dalam cuti, sebab ibu ambil cuti sampai besok (Selasa)..

Err.. Panjangnya menceceh tapi tak ada kaitan dengan dengan tajuk pun ye. Ini kisah semalam (Ahad), pagi-pagi lagi dah ada bunyi bising tepi rumah. Intai-intai dari dalam rumah tak nampak apa. Nak keluar tak berani sebab bunyinya menakutkan. Bunyi anjing menyalak dan ala-ala bergaduh gitu. Tapi ada bunyi kucing. Dalam kepala ibu, ada anjing kerjakan kucing.

Habis semua tingkap ibu intai. Mula-mula tingkap ruang tamu, tak nampak. Masuk bilik, tak nampak. Akhirnya, nampak dari bilik Maryam. 2 ekor anak anjing dan terperangkap dalam longkang dan tak pandai keluar. Oooo.. bunyi anak anjing ni ada iras-iras bunyi kucing rupanya. Dah tu ibu buat dek je, dengan harapan dapatlah anjing tu keluar nanti. Tapi sudahnya tak keluar-keluar juga..

Ibu suruh ayah call pasukan penyelamat. Ayah kata tak ada kredit. Laaaaaa, suami ku itu tak tahu pasal talian kecemasan 112 rupanya. Hehehe..

Untuk pengetahun buat sesiapa yang belum tahu, jika kita menggunakan telefon bimbit, kita hanya boleh call 999 kalau ada kredit sahaja. Kalau tak ada atau ada kredit boleh dail 112.


 JPAM datang tak lama lepas panggilan dibuat. Pantaslah jugak.. Tapi sementara JPAM datang, seekor dah berjaya keluar..


Sila abaikan baju yang nak bergambar juga tu. Yelah, ibu Yusuf tangkap gambar nyorok-nyorok. Malu you..

Tu lah seekor dari dua 'hanjing' yang terperangkap dalam longkang sebelah rumah kami. (Maryam suka sebut anjing 'hanjing') Anggota JPAM India tu siap mandikan lagi anjing yang comot tu..

Salah seorang anggota JPAM tu bergurau dengan ibu, katanya anjing-anjing tu nak tengok tv. Hehe.. Tv tu dah rosak, tak tahu nak letak mana. Letaklah dulu kat situ.. Tv tu cap ayam je, ibu dapat tahun 2006 menang pertandingan teka biji betik.

 Ibu pujilah JPAM, walau taklah cepat sangat sampainya tapi taklah lambat sangat. Cuma masalah negaranya, lepas mereka keluarkan mereka tinggal je kat situ. Ye lah, takkan nak bawak anjing-anjing tu naik ambulan kan? Menyalak-nyalak membingitkan telinga. Grrrrr..

Lepas tu ibu nampak jiran belakang keluar, kat tangannya ada ranting. Deret rumah ibu, dan deret belakang rumah ibu semuanya Melayu. Tak tahulah dia buat apa, tak lama tu senyap dah tak ada bunyi menyalak-nyalak dah. Fuh, lega.. :D

Tu jelah ceritanya.. Terima kasihlah kerana sudi membaca catatan ibu Yusuf dan Maryam ni. Setidak-tidaknya, buat yang belum tahu, dapat juga info tentang nombor 112 tu kan.

Wassalam

Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~ CATATAN 1-3 SYAWAL 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini 4 Syawal 1433H, belum terlewat kiranya ibu, ayah, Yusuf dan Maryam mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Mohon ampun dan maaf andai ada tutur kata di alam nyata, mahu pun tulisan menerusi Jemari Asmara ada yang mengguris hati sesiapa. Mudah-mudahan dengan hadirnya Syawal ini semakin tertaut kasih dengan ikatan ukhuwah sesama kita kerana Allah Taala.

4 hari Jemari Asmara berehat dek penangan hari raya. Kami bergerak pulang ke kampung halaman ayah di Terengganu pada hari Jumaat jam 7.00 petang dan selamat tiba di Selangor Darul Ehsan  pada hari Selasa jam 10.00 malam. Tiba giliran untuk berhari raya di kampung halaman ibu pula.

Tak mahu membiarkan Jemari Asmara terus sepi, ibu selitkan sedikit gambar kenangan di pagi 1 Syawal 1433H. Gambar biasa-biasa sahaja, tak ada sesi bergambar sakan pun..


 Gambar kenangan sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya.. Bergambar cepat-cepat, tak perasan di belakang baju-baju bergantungan..


 Maryam bam-bam yang solat sunat hari raya di Masjid Kampung Pulau Bahagia..


 Ayah, ibu dan Yusuf depan rumah Tok.. Maryam masa ni dah naik rumah Tok Su, tak sabar-sabar nak beraya..


 Ehehe.. Perasan pengantin baru kejap..


Gambar di rumah Tok Yang.. Ibu seorang yang mesra kamera nampaknya masani. Huhu..

Tu je lah pun gambar yang ada. Hari raya pertama kami cuma beraya di 5 buah rumah. Tu pun semuanya depan tangga. Tak perlu naik kereta, jalan kaki sahaja..

Hari raya kedua, sambung beraya lagi hingga ke malam. Tapi sempat juga sambil-sambil melayan tetamu yang datang. Hari raya ke 3, kami cuma beraya di rumah kakak ayah Yusuf dan terus bergerak balik ke Selangor. Tak ada gambar pun..

Tahunni ibu Yusuf tak ada baju raya, tapi alhamdulillah ayah, Yusuf dan Maryam merasa pakai baju baru. Ibu pakai je jubah yang ada, matchkan dengan tudung pun yang sedia ada. Janji masih nampak sedondon sekeluarga.

Lagi nampak asli, ibu Yusuf tertinggal benda yang boleh ditepek di muka. Hahaha.. berhari raya hanya dengan bedak baby je. Sempoi gitu..

Hmmm.. semua tu tak penting. Janji dapat pulang kepangkuan keluarga, bertemu sanak saudara dan saling maaf bermaafan. Betul tak?

Okeylah, sekian dulu catatan ibu Yusuf. Panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam..

Friday, August 17, 2012

HAPPY BIRTHDAY MARYAM NABIHAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Syukur alhamdulillah, semalam 16 Ogos 2012 anakanda Maryam Nabihah genap berusia 5 tahun. Syukur ya Allah atas kurniaMu..

Semoga anakanda dikurniakan akhlak terpuji, berkeperibadian mulia, menjadi anak solehah, beriman, bertaqwa cemerlang di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin.. :D

Ps: Terima kasih pada semua sahabat yang sudah wish semalam. Ibu tak sempat pun respon komen-komen di FB. Entry ni pun sepatutnya buat semalam, tapi tak sempat.

Oh ya, terima kasih semua. Kuih Cara Talam Berlauk Beef Keema Masala ibu layak ke final The Gormet Blog Challenge. Cuma Murtabak Me Segera Beef Keema Masala dan Sotong Sumbat Rusia Stroganoff belum layak lagi.Untuk layak ke final perlukan sekurang-kurangnya 87 likes.

Teruskan menyokong ibu Yusuf dan Maryam ya.. Terima kasih.. :D

Thursday, August 16, 2012

KAD RAYA DARI NOVELIS SYAHRIAH ABDULLAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Kad raya, penanda buku, key chain dan kerongsang comel dari Novelis Syahriah Abdullah.. Key chain dah selamat Maryam letak di beg sekolah.

Terima kasih Kak Sya atas ingatan dan kiriman, walaupun kita tak habis marathon. Hehe.. Cayang akak jugak.. :D 

Sedekahkan senyumanmu di pagi raya.. Ya giteww..


Wednesday, August 15, 2012

WW: PENANGAN KASUT RAYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Monday, August 13, 2012

MASALAH GIGI BERLUBANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Siapa ada masalah gigi berlubang? Cuba angkat keyboard.. Hehehe. Tiba-tiba malam ni rasa nak cerita pasal gigi lah pulak. Tadi godek-godel entry sendiri yang lama-lama, jumpa entry Petua Sakit Gigi.

Entry tu dulu ibu buat sebab ibu sakit gigi. Sebabnya, gigi berlubang lah tu. Nak kata malas gosok gigi tak juga. cuma gigi ibu tu gigi bongsu dan tumbuhnya sedikit terperosok. Jadi bila gosok gigi mungkin berus gagal sampai ke tempat yg terperosok tu.


Sekadar gambar hiasan.. Kalau betul takut gak ni. Gigi ada muka dan tangan. Hehehe..

Tahukah anda?
 
90% rakyat Malaysia mengalami gigi berlubang walaupun kerap menggosok gigi? Sekadar menggosok gigi sahaja tidak dapat menyingkirkan bakteria penyebab gigi berlubang. 

Masa ibu jumpa doktor tempoh hari, dr bagi ubat kumur. Ubat kumur sebenarnya membantu membunuh bakteria dalam mulut. 

Moral of the story, kita bukan sahaja perlu menggosok gigi tetapi digalakkan juga menggunakan ubat kumur sebagai usaha membunuh bakteria dalam mulut.

Antara ubat kumur paling popular di Malaysia adalah Listerine. Banyak lagi jenama lain, tapi rasanya Listerine paling popular.

Baru-baruni ada terbaca di (tak ingat nama blog tu..), Listerin akan sumbangkan RM1.00 dari setiap pembelian ke rumah anak yatim di Kuang. Ni kira membeli sambil beramal lah ni.. Cuma tak pasti kempen tu sampai bila.
 

Pinjam gambar buat iklan jap.. Listerin Natural Green Tea.. Kuasa semula jadi membantu mencegah gigi berlubang..

Untuk maklumat lain tentang ubat kumur, kawan-kawan google lah ye. Tapi untuk maklumat tentang Listerin, kawan-kawan boleh klik SINI.


Salam sayang buat semua.. (sambil senyum tayang gigi..) :D



SOTONG SUMBAT RUSIA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maaf ya, entry makanan pagi-pagi. Buntu dah nak buat entry apa, dalam folder banyak gambar makanan je. Mana taknya, tiap-tiap hari masak. Bulanni, terajin pulak ambil gambar lepas siap masak.

Semalam petang, ibu teringin nak makan sotong sumbat. Tapi dalam peti sejuk tak banyak bahan yang ada. Cuma kebetulan, adalah 5-6 ekor sotong dalam tu. Tenung punya tenung punya tenung isi dalam peti sejuk tu, maka timbullah idea.

Maka inilah hasilnya..

v

v

v


 Sotong sumbat Rusia..

Wahhh, jauh datangnya tau sotong sumbat ibu ni. Rusia mari.. Hehehe.. Sebenarnya, ini adalah sotong yang digandingkan dengan Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf, salah satu produk myChef. Hidangan klasik Rusia resepi dari Chef Zam. 

Baru semalam buat review tentang produk tu, tapi tu makan dah minggu lepas dah. Semalam buka lagi sekotak untuk merealisasikan kehendak nak makan sotong sumbat.

Resepinya sangat-sangat mudah. Ibu ni senang je, dah alang-alang guna produk myChef yang menyenangkan tugas, jadi tak yah lah nak masak yang susah-susah pulak. Betul tak?

RESEPI SOTONG SUMBAT RUSIA

Bahan-bahannya:

1 kotak produk myChef Beef Stroganof with Brown Rice Pillaf
5 ekor sotong saiz sederhana
1 biji telur
Garam halus secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Cili padi (sekiranya mahu pedas)
Cili merah dan hijau untuk hiasan (jika ada)

Cara-caranya:

1. Gaulkan sotong dengan garam halus dan ketepikan.
2. Panaskan produk myChef di dalam mikrowave seperti arahan di atas kotak
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan perisakan dengan garam serta serbuk lada hitam. Pukul hingga sebati
4. Gaulkan beras perang myChef dengan telur yang telah dipukul
5. Sumbatkan nasi kedalam perut sotong. Pastikan padat dan masukkan kepala sotong. Cocok dengan lidi untuk mengelakkan isinya terkeluar.
6. Kukus sotong sehingga masak. Selepas masak, potong sotong mengikut saiz yang dikehendaki dan susu atas pinggan.
7. Tuangkan Beef Stroganoff di atas sotong. Taburkan cili padi sekiranya mahu pedas.
8. Sedia untuk dihidangkan.. :D

Nota ibu: Ibu tak letak cili padi walaupun hati meronta-ronta nak makan pedas, sebab anak-anak tak makan pedas. Sotong pun ibu guna yang kecil aje, guna apa yang ada di peti sejuk.


 Inilah hasilnya.. Cili hijau je ada, cili merah tak ada. Boleh lah ye.. Oh ya, sotong tu memang ibu tak buang kulitnya yang hitam tu, sebab rasa lebih 'berseni' bila dipandang. Hehehe..


Sotong Sumbat Rusia.. gabungan Resepi Chef terkemuka iatu Chef Zam dengan Chef ceruk dapur iaitu Chef Zefa Nor Asmara. Ekekekeke..

Hmmm.. alang-alang menyeluk pekasam mengolah produk myChef (kisah yang sama dengan murtabak me segera), maka ibu berhajat nak masukkan entry ini dalam The Gourmet Blog Challenge. Mana tahu ada rezeki kan. Menang kalah adat bertanding, tapi yang pasti perut ni dah menang dulu semalam. Makan Sotong Sumbat Rusia yang sedap.. :D

Ibu baru nak submit, nanti dah keluar gambar ni di page myChef, tolonglah LIKE ye. LIKE anda ibu dahului dengan ucapan terima kasih.. :D

Update: Like di link di bawah ya. Terima kasih..

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506642666029058&set=at.500918973268094.133327.214061348620526.100001093202204&type=1&theater


Sunday, August 12, 2012

UMOBILE BROADBAND - RM48.00 - QUOTA 5GB - SEBULAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selepas trgaedi yang berlaku seperti yang diceritakan dalam entry INI, alhamdulillah ibu Yusuf telah dapat lappy baru. Dan terkini, alhamdulillah Jumaat lepas ibu dapat broadband baru. Bukan dapat percuma yer, beli ler..

Setelah ditimbang-timbang, akhirnya ibu memilih U Mobile broadband pakej RM48.00 / quota 5GB/ speed up to 42Mbps sebulan. Tapi RM48.00 tu untuk 5 bulan sahaja sebab ada promotion rebate, lepas tu ia akan menjadi RM68.00 sebulan. Mula-mula register RM100.00 dan tiada kontrak.

Okeylah tu, cuba banding dengan Maxis RM68.00 sebulan hanya 3GB. Celcom tak pasti sebab ibu tak pernah guna. Tapi itu dari segi harga lah, dari segi coverage U Mobile masih lemah. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja ada coverage U Mobile setakat ini. Untuk tahu coverage di tempat anda boleh cek di U Mobile Coverage Map.



Ada sesuatu dengan U Mobile tentang Hari Raya. Nak tahu lebih lanjut klik SINI ya.. :D


BEEF STROGANOFF WITH BROWN RICE PILAF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Malam yang indah nan permai, ibu nak cerita pasal makanan yang sedap. Ibu minta maaf pada semua yang membaca entry INI di siang hari. Masing-masing komen tergoda, terliur dan sebagainya. Minta ampun minta maaf, ibu tak ada niat nak menggoda puasa kalian. Niat suci murni nak kongsi idea menu berbuka. Huhu.. Tapi kan, kalian gurau-gurau je atau memang tergoda?

Okeylah, malam ni ibu nak cerita pasal Beef Stroganoff With Brown Rice Pilaf salah satu produk myChef.


 Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf

Hidangan klasik rusia resepi dari Chef Zam. Hirisan daging lembu tanpa lemak yang ditumis dan dihidangkan bersama kuah krim dengan sos biji sawi, bawang dan hirisan cendawan Diiringi nasi beras perang. Hmmm... sedap.



 Close up..

Rasanya memang sedap. Hidangan nasi yang lain dari kebiasaan hidangan Melayu. Nama pun hidangan klasik Rusia. Jadi, pada sesiapa yang mahu bertukar selera namun masih dengan hidangan nasi, boleh cuma Beef Stroganoff dengan nasi beras perang ni..

Hidangannya agak berkrim, jadi untuk menepati selera Melayu kita mungkin kita boleh tambahkan sedikit lada hitam atau cili padi agar lebih pedas.

Dalam The Gourmet Blog Challenge anjuran myChef, sudah ada beberapa orang peserta yang menggunakan produk ini sebagai hidangan. Memang walla lah hasilnya, sebab Beef Stroganoff ni memang sedap.

Ibu Yusuf masih kekal dengan 2 penyertaan setakat ni. Murtabak Me Segera dan Cara Talam Berlauk. Dua-dua ibu guna Beef Keema Masala.

Mohon sokongan sahabat-sahabat untuk LIKE penyertaan ibu melalui link di bawah gambar ya..


 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503748572985134&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=3&theater




Terima kasih semua.. :D

Friday, August 10, 2012

RESEPI KOKTAIL SEGAR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang Jumaat yang permai.. Ibu Yusuf dengan sukahati nak buat entry pencetus idea lagi. Mana tahu, ada yang tercari-cari menu berbuka petang ni. Cuma ibu bukan nak cakap pasal lauk, tapi pasal air untuk berbuka puasa.


 Koktail segar Jemari Asmara..

Ini sebenarnya ibu pun dah lupa buat bila. Nampak sangat gambar ni dah lama terperam baru nak ditayang. Biasanya orang buat koktail sebagai dessert kan, kuahnya ala-ala pekat gitu. Guna susu cair dalam tin..

Tapi kalini, ibu buat lain sikit dan sedikit cair sebab nak buat sebagai air minum. Segar je bila lalu ditekak, sebab tu ibu bagi nama 'Koktail Segar'.. Resepinya simple je..

RESEPI KOKTAIL SEGAR

Bahan-bahannya: 

1 tin buah-buahan campur (koktail)
4 biji strawberry dipotong 4 (boleh guna buah lain juga)
500ml susu kotak (ibu guna susu Dutch Lady)
1 cawan air berkarbonat perisa ais krim soda
Ketulan ais secukupnya

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan di atas. Sedia dihidangkan dan pastinya menyegarkan.

Nota ibu: Lepas buat ibu masuk dalam peti sejuk, bila nak hidang baru letak ais.



Versi dalam jug..

Selamat mencuba..




HILANGNYA SEBUAH DIARI RAMADHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang

Syukur, syukur, syukur ya Allah.. Hari ini kita masih diberi umur untuk terus merebut segala 'nikmat' yang ada dibulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah, kita masih bernafas sehingga hari ini 21 Ramadhan 1433H. Sayu rasanya mengenangkan Ramadhan yang semakin tiba ke penghujungnya. Semoga kita dipanjangkan usia hingga menemui Ramadhan yang akan datang. Amin

Apa agaknya tafsiran anda semua bila membaca tajuk di atas. Ada bunyi macam tajuk drama tak? Atau ada bunyi macam tajuk novel? Filem? Hehehe.. Nantilah, ibu Yusuf cuba buat skrip drama guna tajuk tu ya. Ada bakat ker? Hmmm.. tak ada pun.



Sekadar gambar hiasan..

Diari Ramadhan siapa yang hilang? Diari Ramadhan Jemari Asmaralah. Kalau tengok semula arkib, Ramadhan tahun lepas ibu Yusuf begitu semangat mencatatkan segala kenangan Ramadhan dalam Diari Ramadhan 1432H. Tahunni, hmmm.. kelaut nampaknya.

Banyak faktor yang mempengaruhi, tak cukup gadget, tak cukup waktu (alasan..) dan kemalasan yang melanda (yang paling benar). Lagi satu, tiada yang sangat menarik untuk dicatatkan, semuanya lebih kurang sama sahaja.

Tahun lepas, ibu banyak menceritakan tentang perjuangan Yusuf berpuasa dalam usia 7 tahun dan pengalaman pertama berpuasa dengan sekolah sepanjang hari. Masa 6 tahun puasa juga, tapi sekolah tadika sekerat hari sahaja. Bila masuk tahun 1, cabaran berpuasa adalah lebih sebab dia kurang waktu berehat. 

Tahun ini, semuanya berjalan lancar seiring dengan peningkatan usianya. Tahunni umurnya dah nak masuk 8 tahun, tiada lagi rengekan manja dahaga, tiada lagi kesusahan nak kejut sahur. Semuanya sangat-sangat senang. Terawikh yang tidak pernah tinggal, solat 5 waktu yang cukup. Semuanya cukup buat hati ibu cukup sejuk.

Maryam pula, masih berpuasa sekerat hari. Dia berpuasa pagi sahaja, tengahari balik Taska makan nasi. Mudah-mudahan tahun depan dia akan ada kekuatan untuk berpuasa penuh. Tipulah kalau ibu kata tak cemburu dengan orang lain yang berjaya mendidik anak puasa sejak umur 3 tahun lagi, dan pastinya teringin nak anak sendiri juga berpuasa penuh. Tapi, ukur baju di badan sendiri. Latih anak berpuasa dengan kemampuannya, bukan kerana anak orang lain boleh. (macam pernah tulis je ayat ni sebelumni..)

Okeylah, sekian dulu cerita di sebalik Hilangnya Sebuah Diari Ramadhan. Jumpa lagi dilain catatan ya..

Sebelum menamatkan catatan, sekali lagi ibu mohon sokongan kawan-kawan semua dalam Gourmet Blog Challenge yang ibu sertai. Sumbangan LIKE anda semua amatlah ibu harapkan.

1. Cara Talam Berlauk



2. Murtabak Me Segera



Sekian terima kasih.. :D

Thursday, August 9, 2012

KHAMIS YANG SPONTAN: 800 FOLLOWERS... TERIMA KASIH SEMUA :D


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Update: Entry ini ibu publish pagi tadi guna tab. Hehe.. Pakar IT katakan, guna tab tapi cuma pandai tulis tajuk dan tepek gambar. Nak tulis tak tau..

Di malam yang dingin ini, barulah berkesempatan nak update semula guna cik lappy kita. Berita gembira buat diri sendiri, ibu Yusuf dah beli broadband baru.

Dikesempatan ini, ibu Yusuf mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong Jemari Asmara. Bermula dengan hanya diri sendiri sebagai follower, sehingga kini ada 800 orang followers. Ketika entry ini di update Jemari Asmara sudah ada 803 follower. 

Juga bermula dengan hanya puluh-puluh page view seminggu, kini sudah mencecah lebih 8k page view (uv) seminggu. Pun bermula dengan belas-belas unique visitors seminggu, kini sudah mencecah lebih 4k uv seminggu. Alhamdulillah..

Ketika entry ini ditulis, Jemari Asmara berusia 1 tahun, 8 bulan, 2 minggu dan 3 hari. Bukannya satu jangka masa yang singkat, lama juga Jemari Asmara merangkak naik sebenarnya.

Apapun, tanpa anda siapalah Jemari Asmara. Terima kasih semua.. :D


Wednesday, August 8, 2012

WW: SECARA LANGSUNG DARI UNISEL SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Update (dah tak ww lah ye):

Ibu hadir Program Wacana Ramadhan Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor bertempet di UNISEL cawangan Shah Alam.

Alhamdulillah, dapat hadir ke majlis ilmu yang sangat baik.


Tuesday, August 7, 2012

RESEPI AYAM MASAK MERAH AROMA RENDANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sila ambil perhatian, bahawa ibu Yusuf belum bercadang dan tak pernah bercadang, nak menukar Jemari Asmara menjadi blog masak-masak. Bukan apa, asyik cerita resepi je semenjak dua ni. Nanti ada pulak yang tanya; "sudah tukar ka?". Hehehe..

Cuti 3 hari berderet, ibu lepas geram di dapur. Siap sempat join contest masak-masak lagi. Memang semangat betul. Okey, tak mahu cerita panjang lagi.. Ibu nak kongsikan Resepi Ayam Masak Merah Aroma Rendang. Satu resepi suka hati dengan bahan main campak-campak je, tapi sedaplah pulak.



 Nampak sedap tak? Abaikan cili merah yang hampir mencocok hidung orang yang ambil gambar. Hahaha..

RESEPI AYAM MASAK MERAH AROMA RENDANG

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam dipotong sederhana
Minyak untuk menumis
4 helai daun limau purut diracik halus
1 sudu makan gula
2 mangkuk air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
3 sudu cili giling (lebihkan untuk lebih pedas dan merah)

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan giling hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan gula sewaktu menumis.

Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air dan masak hingga ayam empuk. Jangan lupa garam secukup rasa..

Matikan api dan taburkan daun limau purut. 

Sedia dihidang.. Selamat mencuba... :D


Pucat sikit sebab letak cili sikit je.. budak-budak rumah ni tak makan pedas.


 Ini? Kuih cara ala talam berlauk yang ibu pertandingkan dalam myChef- the gourmet blog challenge.. Sokong ibu ya..


Terima kasih.. :D



Monday, August 6, 2012

KUIH CARA ALA TALAM BERLAUK myChef


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, penyertaan ibu dalam The Gourmet Blog Challenge anjuran myChef mendapat sokongan kawan-kawan. Terima kasih untuk semua LIKE dan komen-komen yang membina. Terima kasih tak terhingga buat Kak Ida yang memberi sokongan padu, siap ada entry khas untuk menyokong ibu di Koleksi 1001 Resepi. Terima kasih semua.

Yang sebenarnya itu entry 'segera'. Sesuai dengan menunya yang juga segera. Petang Sabtu tu ibu masak dan terus terfikir tentang challenge ni. Alang-alang ada menu yang berkaitan, ibu pun hantar penyertaan. Tengoklah gambarnya pun, alahai..

Mengambil kesempatan dengan cuti yang masih ada, ibu berusaha mengolah lagi. Jika bukan yang terbaik pun, sekurang-kurangnya mampu dilihat lebih baik dari entry sebelum ni. Terutama dari sudut persembahannya..

Maka dengan sukacitanya, ibu Yusuf dan Maryam mempersembahkan...

v

v

v


 Kuih cara ala talam berlauk myChef.. ibu guna Beef Keema Masala lagi untuk hidangan kali ini..



 Sedia maklum, cara berlauk comel-comel dan dimasak dengan acuannya di atas api. Talam berlauk pula dikukus dengan menggunakan loyang. Ibu gabungkan dua konsep hingga menjadi Kuih Cara ala Talam Berlauk myChef.. Harap dapat markah kreativiti di sini. Hehehe..

Hujah penggabungan, sebab ibu nak mepersembahkan hidangan yang cepat dan pantas disediakan namun tidak mengabaikan rasa dan kelazatan. Sesuai dengan myChef itu sendiri, makanan sedia hidang. Jadi, alang-alang kita guna produk myChef untuk mencepatkan proses masak memasak, biarlah makanan yang terhasil juga jenis yang mudah.

Jom tengok resepinya. 

RESEPI KUIH CARA ALA TALAM BERLAUK myChef

Bahan-bahannya:

Bahan A

1 kotak produk myChef Beef Keema Masala
1 biji telur didadar nipis
1 biji cili merah di dadu kecil
1/2 biji cili hijau didadu kecil
2 tangkai daun sup dihiris
1 sudu makan bawang goreng

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan santan pekat (ibu guna santan kotak tanpa kolesterol)
1/2 cawan air masak
1 sudu mentega dicairkan
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-caranya:

1. Nyah bekukan produk myChef dan panaskan atas kuali sehingga ianya sedikit kering. Ketepikan..

2. Satukan semua bahan B di dalam pengisar dan adun hingga semuanya sebati. 

3. Panaskan kuali leper tidak melekat dengan sedikit mentega dan tuangkan semua bahan A ke dalam kuali. Terus taburkan bawang goreng ke atasnya. Tutup kuali dengan penutup periuk selama 2 minit.

4. Buka penutup dan ratakan Beef Keema Masala di atasnya. Taburkan pula telur dadar yang dihiris nipis, cili merah, cili hijau dan daun sup.

5. Tutup semula kuali hingga bahagian tepungnya benar-benar masak.

6. Sedia untuk dihidangkan.




 Sepotong untuk dijamah..



Alhamdulillah, sedap pada tekak ibu.


Semoga entry ini bukan sekadar satu entry penyertaan, harap ianya memberi manfaat pada semua. Setidak-tidaknya memberi idea nak masak apa untuk juadah berbuka.

Sokong ibu lagi ya.. Mohon berikan LIKE anda pada link di bawah:

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503748572985134&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=3&theater

Terima kasih.. :D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...