Follower

Friday, November 30, 2012

JEMARI ASMARA MENCAPAI SERIBU UV


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setelah 2 tahun Jemari Asmara bersiaran.. akhirnya blog kesayangan ibu ini menjaya mencapai lebih 1k UV. Satu pencapaian terbaik setakat ini..

Biarlah jauh kebelakang dari blogger-blogger yang lain, namun sebagai seorang blogger kecil-kecilan, ini sesuatu yang sangat menggembirakan ibu. Rasa nak lompat bintang, tapi tak sesuailah kan.. Hahaha.. Nanti anak-anak kata ibu buang tebiat la pulak.. Hehehe..


 Ini print screen statistik dari 23 - 29 November 2012. Kalau views lama dah mencecah ribuan, tapi untuk uniques baru merasa 2 hari lepas..


 Ini pula print screen referrers yang membawa pengunjung sampai ke Jemari Asmara. Nampaknya kebanyakannya datang dari enjin carian. Terima kasih tak terhingga buat 1001resepi yang menyumbang traffic yang tinggi kepada Jemari Asmara.


Dan ini pula adalah keyword yang membawa enjin yang membawa pengunjung sampai ke Jemari Asmara..

Ini sahaja yang ibu nak kongsikan. Buat sahabat-sahabat blogger yang seangkatan dengan ibu (UV rendah), semoga entry kontot ni dapat memotivasikan kalian untuk terus berblogging. Buat kawan-kawan yang dah berjaya dalam dunia blog, semoga kalian tidak putus asa untuk memberi semangat kapada blogger kecil-kecilan ni.

Semoga kita terus saling sokong menyokong.

Terima kasih.. :D 

 

ASMARA COLLECTIONS KINI DI FACEBOOK. JEMPUT LIKE YA.. :D


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry melekat. Sila ke bawah untuk entry terkini..

Alhamdulillah, bermula azan Maghrib semalam kita semua telah berada di dalam tahun 1434H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Ibu ucapkan salam Maal Hijrah buat semua.
 
Syukur alhamdulillah juga, Asmara Collections (kedai kecil-kecilan di alam maya ibu) maju lagi setapak. Kini Asmara Collection sudah punya pagenya sendiri di facebook.

Dengan motto "Mencetus Inspirasi, Tampil Anggun, Memenuhi Naluri Wanita", Asmara Collection di FB menjual barangan berkaitan wanita seperti tudung, pakaian, aksesori, supplement, kraf, perhiasan rumah dan lain-lain.

Walaubagaimanapun Asmara Collections masih dalam proses menambahkan barang jualan dari masa kesemasa. 
 



Menjangkakan ada soalan kenapa 'Asmara'? (Selalu dapat soalan itu) Ibu tulis siap-siap dalam keterangan bahawa Asmara itu nama sebenarku. Ye, nama saya Zefa Nor Asmara binti Jubir dan saya suka nama saya.. :D

Sehubungan dengan entry ini, ibu dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan untuk LIKE Asmara Collections di FB.


Ibu dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Salam sayang buat semua.. :D

Wednesday, November 28, 2012

SWEDISH MEATBALLS with BAKED POTATAO & VEGETABLES


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Siapa suka makan meatballs di IKEA? Suka sila angkat keyboard okey!! Ekekeke.. Lawak lah tu ye ibu? Hehehe..

Ya ibu tahu, meatballs di IKEA tu sangatlah popular. Kalau sebut meatballs mesti ingat IKEA, sebuat IKEA mesti ingat meatballs. 

Tapi tak ada kaitan dengan ingatan ibu okey, sebab ibu sekali pun tak pernah makan meatballs IKEA tu. Owh.. sila ambik maklum ini bukan iklan meatballs di IKEA tu ye..

Tapi nak kongsi cerita, beberapa hari lepas ibu berpeluang merasai keenakan bebola daging swedish yang sangat yummy!!


 Inilah dia Swedish Meatballs with baked potato and vegetables yang sudah selamat dimakan kami anak beranak..

Ibu masak sendiri tau.. Senang je proses penyediaannya. Keluarkan dari peti sejuk, keluarkan dari kotak, panaskan dalam mikrowave dan hidang.. Hehehe.. masaklah sendiri sangat, kan?


 Sebenarnya, Swedish Meatballs yang ibu maksudkan adalah salah satu produk terbaru dari myChef, pengeluar makanan sejuk beku sedia hidang.

Sebelumni, ibu ada cerita tentang pelancaran 5 produk baru myChef di mana ibu sendiri hadir dalam majlis tersebut..



Sweedis meatballs myChef ini adalah salah satu signature series dari selebriti chef Malaysia, Chef Zam. Gambarni ibu ambil masa majlis pelancaran tempoh hari..



 Hidanganni terdiri dari bebola daging bersama sos krim dengan kentang dan sayur yang masih kelihatan segar walaupun sudah disejuk bekukan.. menariknya hanya mengandungi 400 kalori dalam satu hidangan..



Gambar yang sedanya.. rupa paras sebenar lebih mengiurkan dari dalam gambar..

Produk myChef boleh didapati di kebanyakan pasaraya dan boleh tengok senarai di sini. Cuma untuk 5 produk baruni ibu tak pasti dah ada di pasaran ke belum. Tu lah, masa majlis pelancaran tu En Fairuz duk berucap di depan kami kecoh di belakang. Semua Chef Ezani FC memang terlebih ramah tamah semuanya. Ampun En Fairuz ye.. Ekekeke..

MAHA 2012 akan berlangsung di MAEPS Serdang dari 23 November hingga 2 Disember 2012. Boleh dapatkan produk myChef termasuk produk baru di sana ya..
Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua.. :D

Iklan:

Vitamin C + Pure Collagen. Pengesahan KKM dan halal JAKIM.

 Berminat nak cuba boleh pm Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam).. Nak biz dropship dengan ibu pun boleh juga. Pm jerr.. :D  
 
 



Monday, November 26, 2012

PROMOSI HARGA RUNTUH FELINNA INCHLOSS LOTION


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, ibu ada buat entry tentang Felinna InchLoss Lotion. Sejenis losyen pelangsingan badan yang tak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya, kerana ia sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Malahan menjadi satu gelombang fenomena di FB.

Ibu pun pakai losyen ni, alhamdulillah ibu sukakannya. Tapi jangan tak tau, ibu ni XXL punya orang. Jadi ambik masa lah kan nak 'mengecil'.. Jangan pulak nanti jumpa ibu kata cenggini; "Ek eleh.. yang jual inchloss pun gemuk...". Huwaaaaa..

Haha.. Abaikan drama swasta ibu itu, ibu nak kongsikan satu berita gembira. Felinna Beauty sedang mengadakan promosi hebat, dimana 2 botol Felinna InchLoss Lotion hanya berharga RM120.00 sahaja (harga asal RM150.00 untuk 2 botol). 

Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Promosi berakhir 30 November 2012.


 Sila ambil perhatian, ini bukan model Felinna Beauty yer (tak layak you..). Inilah cuma pemilik Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam). Berpossing ala-ala perasan kurus di balik daun. Kih kih kih.. (Haiyo.. drama swasta lagi. Abaikan okey..)

Berminat sila pm Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)/ sms 012 3659728 cepat-cepat. Tak promosi pun stok cepat je habis, inikan pula ada promosi. 

Harga promosi tidak termasuk kos pos, cuma perlu tambah RM7.00 sahaja untuk pos laju. Buat warga Kuala Terengganu, ibu akan berada di sana dari 29 November hingga 2 Disember 2012. Boleh COD dalam tempoh tersebut.

Selepas tempoh berkenaan, COD hanya mampu ibu laksanakan sekitar Shah Alam dan Klang sahaja. Tapi harga promosi hingga 30 November 2012 sahaja ya..


 Selain InchLoss Lotion, Asmara Collections juga memasarkan Felinna Vitamin C + Pure Collagen. Boleh klik SINI untuk maklumat lanjut. Produk ini mendapat pengesahan dari KKM dan halal JAKIM..

Apalagi, jom cantik!!

 

Thursday, November 22, 2012

PELANCARAN 5 PRODUK TERBARU MYCHEF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, 21 November 2012 bertempat di Restoran Rebung Bangsar telah berlangsung pelancaran 5 produk baru myChef.

Ibu menerima jemputan untuk hadir kemajlis pelancaran ni dari En Mohd Fairuz, CEO myChef sendiri.. Lantas persetujuan diberi, tak pergi rugi. Ehh, sedap pulak ayat ni.. Hihi..

5 produk yang diperkenalkan pada majlis pelancaran kali ini ialah Fettucine Marinara dan Sweet & Sour Fish with Steamed Rice resepi Chef Ezani (pemenang MasterChef pertama), Sambal Udang Petai resepi Chef Florence, Sweedish Meatball resepi Chef Zam dan Ayam Percik Nogori resepi Chef Dato' Ismail.

Semua hadirin yang datang semalam diberi peluang untuk merasai keenakan makanan hasil resepi chef-chef popular itu. Ibu rasa kesemuanya, kecuali Ayam Percik Nogori. Ibu tak pasti samada memang tak dihidangkan atau tak sampai ke meja yang ibu duduk. Tapi memang sedap semuanya.. Jangankan kata rasanya, tengok gambar dikotak pun dah buat kita terliur tau.

Jom kita tengok gambar-gambar majlis semalam. Sebahagiannya dari kamera 'comel' ibu dan ada yang ibu pinjam dari kawan-kawan yang datang semalam. 
 


Ucapan pembukaan dari En. Mohd Fairuz..



Majlis pelancaran bermula, semua wartawan dan jurugambar menyerbu ke depan. Alahai tak nampak apa kat belakang ni.. Snap punya snap semua gambar kepala dangan 'montot' jurugambar je. Kah kah kah..

Maka ibu pun walaupun dengan hanya kamera 'comel' ini pun tak mahu tenggelam begitu sahaja. Terus menyelit ke depan hinggalah dapat posisi betul-betul depan pentas. Hehehe..



Tengok! Gambar ni bukti ibu berjaya ke hadapan walaupun duk tepi je kan. Gigih blogger mak-mak nak sorang ni..



Yelah, yelah.. tak pandang pun kamera ibu kan. Sob sob sob..



Chef Ezani yang cantik molek sedang menandatangani kotak gergasi produk myChef dengan resepinya..




Chef Zam dengan Sweedish Meatballsnya. pernah makan meatballs yang popular kat IKEA tu? Haaaa, cenggitulah lebihkurang rasa dan rupanya..

Errr, ni Chef Zam yang cakap tau. Sebab ibu tak pernah makan pun meatballs kat IKEA tu.. Hehe..



 Chef Florence dengan resepi Sambal Udang Petai. Ibu dah rasa, memang sedap lagi menyengat. Fuh, memang best!! Oh ya, pic ni pinjam Delima Zamrud punya. Terima kasih D5.. :D

Ketika majlis pelancaranni, Chef Dato' Ismail belum lagi sampai sebab masih dalam perjalanan dari (ibu lupa dah dari mana.. haha..)

Dan..

Semalam ibu ada kisah manis sendiri untuk dikenang dan diabadikan dalam blog kesayangan ibu ni..

v

v

 

Ibu berjaya membawa pulang apron myChef yang ditandatangani oleh Chef-chef selebiti dan diframekan setelah berjaya menjawab soalan yang diajukan oleh mc bertugas iaitu Abang K. Selain frame tu, ada juga satu beg myChef yang mengandungi 8 kotak produk myChef. Rezeki anak-anak..

Dalam gambartu ada 3 tandatangan saja kan? Tapi ibu berjaya tambah satu lagi dan lengkap 4 tandatangan Chef Ezani, Chef Florence, Chef Zam dan Chef Dato' Ismail. Terima kasih buat Abang K yang bertungkus lumus tolong pasang dan gam semula frame tu..



Ni masa sidang akhbar dan dato' Chef Ismail dah sampai. Gambarni ibu pinjam dari page myChef yang pinjam pula dari page datin Seri Tiara Jacquelina.. Dato' Seri Effendi Norwawi dan Datin Seri Tiara Jacquelina turut hadir memeriahkan majlis..

Majlis berakhir lebih kurang jam 6.00 petang dan jemputan dijamu dengan hidangan minum petang yang sangat enak. Sedia maklum, majlis dibuat di Restoran Rebung milik Chef terkemuka, siapa lagi kalau bukan Chef Dato' Ismail, maka hidangannya mestilah sedap kan? Paling tak boleh lupa, pulut yang dihidang dengan serawa durian. Memang terbaik!!

Semua tetamu jemputan yang hadir, menerima satu beg myChef yang mengandungi 5 kotak produk terbaru mereka. Memang semalam, balik kereta penuh dengan produk myChef. Terima kasih myChef..

Lebih manis, majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang ahli Chef Ezani Masterchef FC yang mana ibu adalah salah seorang ahli fan club tu. Walaupun ini kali pertama ibu bertemu dengan mereka, kami sangat mesra. Kami berbual seolah-olah dah lama kenal. Waaa.. tiba-tiba ibu rindu mereka.. Sob.. Sob..
 


Kenangan bersama.. ambik gambar lepas sama-sama selesai solat Maghrib.

Okey, sampai di sini dulu catatan ibu tentang pelancaran produk baru myChef. Oh ya, MAHA 2012 akan berlangsung di MAEPS Serdang dari 23 November hingga 2 Disember 2012. Boleh dapatkan produk myChef di sana ya..

Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua.. :D


Iklan:

Vitamin C + Pure Collagen. Berminat nak cuba boleh pm Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam).. Nak biz dengan ibu pun boleh juga. Pm jerr.. :D




Wednesday, November 21, 2012

VITAMIN C PLUS PURE COLLAGEN BY FELINNA (PMCVC) BEAUTY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang

Update pada 4 April 2013 Felinna PMCVC berwajah baru, dengan formula lebih hebat dan packaging lebih mantap. Lengkap dengan tanda halal JAKIM dan no pendaftaran KKM.

Tiada lagi kapsul berwarna biru putih.

Untuk wajah terbaru Felinna PMCVC baru, sila klik SINI. terima kasih.

*************************

Satu lagi produk terhangat di page Asmara Collection (Zefa Ibu Maryam) di FB. Vitamin C plus Pure Collagen by Felinna Beauty. Dipasarkan oleh syarikat yang sama dengan Felinna Inch Loss Lotion.




Jom ibu kongsikan kebaikannya:

Kenapa Vitamin C plus Pure Collagen (PMCVC) by Felinna Beauty sangat hebat? Kerana ianya mengandungi bahan-bahan yang terbukti berkesan sebagai agen pencerahan,anti penuaan, pembasmi masalah kulit seperti jerawat,jeragat,bintik hitam malam membantu menjadikan kulit sehalus bayi secara keseluruhan badan bukan muka sahaja! 

PMCVC mendapat kelulusan KKM, dibuat di kilang yg berstatus GMP dan mendapat pengesahan halal dari JAKIM.

KANDUNGAN :

 -collagen marine
-extract gluta
-vit c
-extract citrus

CARA PENGGUNAAN :

2 kapsul selepas makan malam atau sebelum tidur. Untuk penjimatan, boleh juga untuk mengambil sebiji sahaja..

  HARGA :  RM85.00 (percuma pos laju)

COD/ Serahan tangan sekitar Shah Alam, Bukit Raja Klang, Ampang, Pandan Indah, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan dan Sungai Besar.

  
Wajah mulus Puan Felinna, pengasas Felinna Beauty dan juga pengamal Vitamin C + Pure Marin Collagen.. Inginkan kulit cantik seperti dia? Jom kita kita cuba PMCVC ni..



Berminat dengan produk Felinna? Atau mahu join ibu dalam biz? Untuk keterangan lanjut boleh hubungi: 


Puan Zefa Nor Asmara Jubir

Call/ sms: 012 3659728 WhatsApp: 011 11537821





 
Terima kasih. 




Monday, November 19, 2012

MENANG FERRARI MOUSE BERNILAI RM99.99


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu bz sangat-sangat.. Ada beberapa laporan penting yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Pada masa yang sama, ada sesi bergambar untuk kakitangan pejabat pula. Bos pula minta semua staf perempuan make-up sebelum bergambar. Lagilah kelangkabut dibuatnya. Tapi enjoy rupanya sesi bergambar harini, hilang sekejap stress yang menyelubungi kepala ibu ni.

Masuk waktu rehat je, cepat-cepat update blog. Lepasni nak solat, jam 2 ada taklimat ISO. Jadi update kontot-kontot ajelah ye..

Ibu nak kongsi cerita ibu menang Ferrari Mouse bernilai RM99.00 dari contest 'Like, Share, Tag & Win anjuran Yesmember. Ibu tak sempat tulis panjang-panjang. tengok gambar ya..









Syukur alhamdulillah!!


Iklan: 

Jemput LIKE page biz ibu di FB..



Terima kasih.. :D


Saturday, November 17, 2012

i-CITY WATERWORLD SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Seminggu sudah anak-anak bercuti dari sesi persekolahan.. Pastinya ramai ibu bapa merancang untuk membawa anak-anak bercuti bagi mengisi masa cuti. Kami sendiri belum bawa Yusuf dan Maryam kemana-mana cuti sekolah kalini. Tapi kami dah ke Wet World Shah Alam 3 November yang lalu, itupun sebab family day pejabat ayah.

Terkini, muncul satu lagi taman tema air yang gah di Malaysia. i-City WaterWorld telah dibuka kepada umum bermula 15 November 2012.

Kat mana? i-City WaterWorld ni terletak dalam i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Alaaaa.. yang ada SnowWalk tu.. 

Hari-hari ibu lalu situ pergi kerja, tapi baru harini berkesempatan nak kongsi maklumat dengan semua. Ye lah, buka pun baru 2 hari lepas kan? Hehehe..














Semua gambar-gambar ni di ambil dari FB i-City. kami tak pergi lagi, jadi tak adalah gambar sendiri. Kan?

Antara yang menarik di sini ialah Tornado Cruise,river cruise, wave pool dan juga giant jacuzzi untuk mereka yang mahu bersantai-santai.

Tiket untuk dewasa RM50.00.. Tapi sempena pembukaan ada diskaun 40% sehingga 24 November 2012. Ibu tak jumpa pula maklumat untuk kanak-kanak berapa. Nanti kalau ada ibu update okey..

i-City WaterWorld dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang, tapi hari minggu buka awal sejam iaitu jam 9.00 pagi.

Untuk video ulasan ntv7 boleh klik SINI..


Iklan:
Keterangan lanjut tentang losyen pelangsingan ini boleh klik SINI..

TERHANGAT DIPASARAN: FELINNA INCH LOSS LOTION


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Memperkenalkan antara produk yang ada di Asmara Collections: Felinna InchLoss Lotion.

Sejenis losyen pelangsingan badan yang tak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya, kerana ia sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Malahan menjadi satu gelombang fenomena di FB.



APA KEISTIMEWAAN SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT MASAKINI?

Lagi http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/10/fellina-beauty-inch-loss-losyen.html#ixzz2CR8dfmHJ

 Mari kita lihat apakah keistimewaan losyen yang sangat istimewa ini:
APA KEISTIMEWAAN SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT MASAKINI?

Lagi http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/10/fellina-beauty-inch-loss-losyen.html#ixzz2CR8dfmHJ

1) Ianya tidak terlalu panas, mempunyai wangian semulajadi dan tidak berbau seperti minyak angin, malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja.

2) Dirumuskan dari bahan-bahan yang selamat dan mendapat pengesahan dari kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Juga selamat bagi ibu mengandung dengan syarat tidak disapu pada perut dan bahagian belakang.

3) Bahan-bahan di dalam Inchloss Lotion merupakan rumusan yg bagus utk kulit..melembutkan kulit, mengatasi masalah kulit kering, mengurangkan selulit dan membantu merawat tumit kaki merekah.

4)Produk ini dipasarkan di bawah syarikat pakar tentang herba - Miracle Herbs.

5) Pengasas InchLoss Puan Felinna mencuba sendiri dan mendapat keputusan yg menakjubkan. Turun 5 kg hanya dalam masa sebulan.

6)Boleh disapu dimana-mana kawasan berlemak termasuk di bawah dagu. Puan Felinna sendiri berjaya mendapatkan semula dagu yang runcing dengan InchLoss Lotion ini.

 

 Inilah pengasasnya. Jom tgk ape kata pengasas Felinna Inchloss Lotion..

"macam felinna sendiri baru bersalin ada baby 4 bulan and menyusu badan sepenuhnya. banyak produk yg felinna xbole ambik .. dulu ade try 1 brand terkenal ni..tapi bila menyusu ni kan perut lapar sangat2.. xbole control makan so still rugi beli mahal2.. bukan salah produk tapi slaah sendiri..dari situ i buat research
until jumpa dis product dari company herbs terkemuka.. 1st i amik and try kat diri sendiri.. sebab xberani la kan nak labur modal p...uluh2 ribu kalau produk xbest.. bila 1 bulan felinna pakai dengan rakusnya produk ni.. hahah rakus sebab i excited nak kurus ok.. i sapu setiap kali lepas makan smpai 1 hari berkali-kali sebab produk ni panas dia pon macam dingin dan baby xmeragam walaupun tgh minum susu..so sebulan ja i turun 5kg hokey! plus wangi dia buat i xpayah dah sembur gucci by flora kitee tu hhee.. so ini reason yg hebat kenapa anda2 wajar cuba..tanpa chemicals ianya merawat kulit dan bole digunakan untuk ibu mengandung dengan syarat jangan sapu kat perut and belakang pinggang je.."


Bestkan? Ramai dah berjaya mengurangkan inci dengan Felinna InchLoss Lotion.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi ibu di:

012-3659728 atau

Friday, November 16, 2012

POPIA SOSEJ BERKEJU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ibu nak tayang Popia Sosej Berkeju yang ibu buat dua  hari lepas. Tapi cop!! Jangan kutuk apa-apa ya pasal entry ni, pasal serabai ke, pasal plating ke, pasal gambar blurr ke. Haha.. Dasyat punya blogger, siap warning pembaca lagi tu.

Alkisahnya, ibu buat popia ni sambil masak lauk untuk makan malam. Entah kenapa teringin sangat-sangat nak makan benda ni. Lama dah teringin lepas tengok popia Kak Ida 1001 Resepi.. Tu gigih juga nak buat walau kelam kabut.

Alaaa.. Popia ni senang je buatnya. Cuma bila buat nak cepat-cepat, rupa parasnya tak lah comel. Walau nak cepat, tapi sempat juga ambik gambar masa buat. Ibu buat 4 ketul je pun, buat hilang rasa teringin..



Ibu guna kulit popia yang kecik. Jadi sosej potong dua, cheese pun potong dua. Sosej tu ibu rebus dulu..



Pastu gulung.. sila abaikan keserabaian gulungan tu. Kalau guna kulit popia yang saiz besar, gulungan akan dapat lebih kemas rasanya.. Hujung tu ibu gam guna air je..



Goreng dalam kuali tak melekat dan guna minyak sikit je.. Sebab masa goreng tu cheesenya cair dan terkeluar sikit. Pastikan kedudukan popia tidak rapat antara satu sama lain, sebab cheese yang mencair tu akan buat popia melekat kalau letak dekat-dekat..

Tapi kalau guna kulit popia yang besar, gulungan akan jadi lebih kemas. Jadi cheese tu tak la terkeluar..



Hasilnya.. memang sangat-sangat sedap. Tak payah cicah sos bagai. 4 ketul ibu makan sorang sebab anak-anak tak berapa nak gemar cheese. Ayah pun sama, tak berapa nak suka cheese. Haish, kampung betul. Kah kah kah.. Ampun bang..

Okey, selamat mencuba!! Buat lawa-lawa ye, jangan serabai macam ibu punya popia.. :D



Ps: Suka tak tudung macamni? Jom cuci mata di http://www.eqaseh.com


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...