Follower

Saturday, September 7, 2013

KENANGAN AIDILFITRI 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Raya! Eh.. Raya dah habis lah. Pejam celik, pejam celik, sebulan Syawal 1434 telah pun berlalu. Bulan baru telah pun bermula..

Sebagai rakaman kenang-kenangan, ibu kongsikan di Jemari Asmara beberapa keping gambar kenangan kami sekeluarga pada 1 Syawal 1434H. Tahunni kami raya di kampung ibu dulu, kemudian baru balik ke kamgpung ayah di Terengganu.


 Tahunni 'Keluarga Sihat' ini sedondon sekeluarga dengan tema coklat gelap. Buat kali pertama beli kain dari gulungan yang sama. Hehehe..



Gambar berlatarkan sawah padi yang tiada padi aka gondol sudah. Baru je lepas musim menuai.. Jadi harapan nak bergambar berlatarkan kehijauan atau kekuningan tidaklah kesampaian..


 Pasangan 2 sejoli. Ecewah! Sejoli lah sangat ye, tapi nampak secocok dan sepadan kan? Keh keh.. Ayat macam pengantin baru la pulak. Apapun, alhamdulillah.. Tahun ke 10 kami bersama..



 Permata hati ibu dan ayah, Yusuf dan Maryam. Gambar Yusuf semua ala-ala pejam kan? Silau dek matahari sebenarnya tu..

Model ibu dan anak. Verangan. Abaikan ibu yang kelihatan gemuk (memang gemuk pun..) Eh, tak! Baju tu kembang ditiup angin la. Hehe..

Okey, ini sahaja gambar yang ada. Sekejap je sesi gambar-gambar di sini, matahari tengah naik dan panas. Budak-budak pun dah rimas..

Bila dah beraya naik turun rumah saudara mara, masing-masing dah tak ingat bergambar dah pun.. Huhu..

Apapun, Aidilfitri 2013 adalah antara yang merakam kenangan manis dalam diari hidup ibu. Tiada apa-apa istimewa yang berlaku, tetapi segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan dengan izin Allah swt.. 

Alhamdulillah..

ps: Bagaimana aidilfitri kawan-kawan semua. Raya di mana? Baju warna apa? :-)






9 comments:

  1. Selamat hari raya kak...

    =) sedondon....

    Pandai kan maryam posing..leh jadi model cilik ni...

    ReplyDelete
  2. tahun ni kami warna hijau..coklat warna peberet sy..suka2 pic kak zefa ngan maryam..comel..baju pun lawa.sedondon..:)

    ReplyDelete
  3. Dah habis Syawal baru dpt tgk gambar raya zefa. Cantik & sepadan :)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya baju anak beranak tu... bunga sulam tu menunaikan Seri zefa ;)

    ReplyDelete
  5. Tahun ini kami sekeluarga warna biru... Mr H dan Qayyum tak beli pun pakai semula yang tahun lepas semasa anak saudara mama kawin... nak jimat hehehehe

    ReplyDelete
  6. cantik baju akak ngan maryam bila ditambah lace tu...

    ReplyDelete
  7. Kak Zefa saya tgu sambungan entry bawah ni..bila nk update heheh..xsabar nk baca crita hehe

    (" Tapi, apa jadi dengan hari pertama? Haha.. Yang tu memang ibu tak tau nak kata apa. Kalau kita yang dewasa ni mungkin ada istilah termakan atau tak sengaja. Tapi sebagai kanak-kanak? Wallahua'alam..

    Ibu rasa ibu nak sambung pasal tu dalam entry lain. Macam biasa, entry ibu jarang yang panjang. Suka entry kontot-kontot je.. Ehehe..")

    ReplyDelete
  8. akak..cantik n sweet tema tahun nih

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...