Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Harini ibu nak cerita tentang 'Kisah Kereta Kami'..
Beberapa hari yang lepas, ibu ada buat status pasal kereta di FB. Dah sana sini semua orang buat status pasal kereta, ibu nak buat juga lah. Walaupun yang ibu tulis tu bukan nak kaitkan sangat pun pasal isu had usia kereta. Ibu cuma nak cerita pasal kereta tua En Ayah dan kereta kecik ibu..
Ramai pulak yang menge'like'nya. Hehehe.. Yo lah, orang biasa2 tak glemer macam ibu ni, buat status dapat 46 likes memang wow dah. Perasan la glemer sekejap. Kui kui kui..
Gambar di atas ni peristiwa minggu lepas. Kereta Wira Sedan ayah break down atas jalan. Bateri kong kalikong.. Gambar ni ibu upload di FB hingga mengundang komen seorang kawan.. Komen tu antara yang buat ibu buat status panjang berjela di FB..
Jangan salah sangka ya, nanti ingat ibu marah kawan ibu tu. Tak sikit pun.. Ibu percaya komen dia tu atas dasar prihatin. Dia tak mahu ibu susah. Bagi dia ibu mampu beli kereta baru. Cuma mungkin dia tak tahu ibu ada kereta lain..
Cari-cari gambar kereta ibu tak jumpa. Jumpa gambar tuannya bersama kereta. Layan je lah ye.. Hehehe..
Kereta comel ni baru berusia 3 tahun. Walaupun kecik dan comel banyak berjasa pada ibu, keluarga, malah negara. Haa.. Jangan tak percaya ok.
Kereta nilah bawak ibu kerja, pejabat ke, keluar kawasan ke.. Kereta ni jugak bawa harta pejabat masa kereta Jabatan rosak. Kereta ni juga pernah bawak klien pergi program.. Ha! Berjasakan?
Balik cerita pasal status FB, apa statusnya? Meh la baca..
Sekarangni,
hangat masing2 membincangkan isu usia kereta. Ramai yang tak setuju
lebih2 lagi pemilik kereta 'tua'. Jadi ibu terpanggil nak cerita pasal
kereta jugak..
Kebetulan pulak baru2 ni kereta 'tua' en. ayah
tersadai tepi jalan. Huhu.. Sebab kejadian tu, ada kawan ibu cadangkan
kami beli kereta baru.
Bukan tak nak beli (ibu verangan nak ada MPV sebijik, SUV sebijik taw.. hihi), tapi kereta
ni elok lagi walaupun dah 'tua', cuma hari tu bateri dia kong.. Lagi
pun ibu ada kereta sendiri yang baru berusia 3 tahun. Kereta kecik je..
Bila pakai kereta kecik je, ada pulak yg bersuara. Mampu pakai kereta
besar tapi pakai kereta kecik je.. Alahai.. Ikut hati ibu nak pakai SUV
pergi kerja taw..
Tapi bagi ibu, lama atau baru, kecik atau
besar, selagi mana mampu memenuhi keperluan, ianya sudah memadai. Ukur
baju dibadan sendiri.. Jangan sebab ikutkan hati, merana diri..
Alhamdulillah, dengan rezeki kurniaan Allah, dengan berpada hanya
berkereta sebuah kereta tua, dan sebuah kereta kecik, kami mampu
memiliki 2 buah rumah di Bandaraya Shah Alam..
Ini bukan status
riak mahupun menunjuk2.. Tapi ibu nak membuka mata kita semua tentang
hakikat keperluan dan kehendak. Kadang2 kita lupa mana yang lebih utama.
Cuba fikir masa depan.. Cuba belajar nilai harta.. Cuba fikir tentang
anak2 bila kita tiada.. Rumah atau kereta?
Pasal rumah tu, tak apalah rumah flat kos rendah pun. Janji ada rumah..
ps: yg bagi cadangan ibu untuk beli kereta baru dan kereta besar,
terima kasih. Kerana kalian ibu rasa nak buat entry ni. Walaupun
ringkas, harap ada manfaatnya. Bukan status kosong semata2..
Sekian 'Kisah Kereta Kami'.. Terima kasih sudi baca cerita tonggang terbalik ibu ni. Tapi ibu harap, anda dapat mesej positif di sebaliknya..
Akhir kata, terima kasih untuk Encik yang berhenti untuk membantu kami. Kami saling tidak mengenali, tapi dia dengan hati mulia berhenti menawarkan bantuan walau tidak dipinta. Jazakallahu khairan kathira..