Follower

Sunday, June 30, 2013

I AM YOUR SHAKLEE INDIPENDENT DISTRIBUTOR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry melekat. Sila scroll ke bawah untuk entry terkini.



Secara rasminya, Ibu Yusuf dan Maryam adalah seorang Shaklee Indipendent Distributor. Jemput menjelajah info tentang produk Shaklee dengan memilih Label yang ada pada sidebar di sebelah kanan blog.

Kami membuat penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia dengan menggunakan khidmat Pos Laju dan GDex, juga serahan tangan disekitar Shah Alam, Klang, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan.

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com


Sunday, June 16, 2013

MENJANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, perjalanan ibu dalam Shaklee semakin manis. Kiosk Keluarga Sihat semakin mendapat perhatian. Ibu ada kongsikan kisah ibu bermula hingga bergelar seorang leader dalam entry Perjalanan Ibu dan Shaklee: 3-4 Angka.. 

Tetapi, dalam banyak-banyak produk dan bisnes di dunia, setelah cuba jual macam-macam selamani, mengapa ibu memilih menjadi ahli Shaklee?

1. Syarikat yang kukuh

- Shaklee adalah sebuah syarikat nutrisi semulajadi yang telak bertapak kukuh sejak 1956 dengan usia lebih 50 tahun dan berada di Malaysia lebih 30 tahun yang lalu.

2. Produk yang berkualiti

- Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan.

- Produk Shaklee di Malaysia mendapat pengesahan halal dari Islamic Service of America (ISA) satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

- Produk Shaklee di malaysia mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

3. Pelan jualan yang menarik

 
Di Shaklee kita bukan sahaja berpeluang menikmati bonus skim yg Shaklee tawarkan, tiada limit RM, malah berpeluang mengikuti trip-trip international dan tempatan secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes sendiri baik secara separuh atau sepenuh masa..

4. Support group yang kukuh

- Ibu dijemput menyertai Shaklee oleh seorang leader dari susur galur group-group hebat. Support group yang penuh dengan caj-caj positif, ukhuwah yang kuat, penuh dgn rahsia-rahsia dan strategi utk  berjaya. Ini adalah secret Facebook group, hanya yang terpilih layak dijemput masuk. Group yang sudah melahirkan ramai leader-leader yang berkualiti dengan pendapatan bulanan stabil dari 2 angka ke 6 angka - Master, Sr Key Coordinator, Coordinator, Key Coordinator, Supervisors, Sr Supervisors. 

Semoga ibu akan menjejaki kejayaan mereka. Amin..


 
Kini ibu dah pun bergelar seorang leader, sudah tiba masanya utk ibu membantu kawan-kawan lain utk sama-sama menjana pendapatan bersama Shaklee.
 
Ibu mengalu-ngalukan sesiapa yang ingin menjadi rakan bisnes Kiosk Keluarga Sihat dan menyertai Keluarga Sihat Awesome Team. Selain kita mampu menjaga kesihatan dalam masa yg sama kita mampu menjana pendapatan untuk keluarga kita.. 

Hubungi:  
Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011 11537821 (Sms/ Whatsapp)
Email: zefa_asmara@yahoo.com

Thursday, June 13, 2013

PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU PANGKOR - DAY 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry sambungan dari Percutian Singkat Ke Pulau Pangkor - Day 1. Ikut rasa, nak buat besok-besok je sambungannya ni, tapi semalah sudah kena nasihat dengan sahabat blogger nuunnn di Findland suruh jangan malas-malas update blog. Haha.. Harini paksa diri rajinkan diri.

Oh ya, ibu nak bagi tau ni. Cacatan ibu dari Day 1 lagi macam nampak banyak benda tak seronokkan? Masalah dengan penginapan lah, masalah makan malam yang lambat lah.. Tapi percayalah, semua tu tak menggugat kegembiraan kami. Hehe.. Sebenarnya, ibu nak bagi tau kami memang betul-betul seronok datang ke Pangkor ni..

Hari kedua, selepas menikmati sarapan yang mahal (haha.. ayat tak seronok lagi) kami meluaskan pandangan melihat keindahan alam ciptaan Ilahi dengan ronda-ronda naik bot disekitar pulau.

Sewa satu bot (besar) RM80.00 untuk +- 25 minit. Nak kongsi-kongsi dengan family lain pun boleh juga, jadi boleh kongsi-kongsi sewa. Tapi ibu sewa satu bot khas untuk kami anak beranak. Bukan apa, lebih selesa mengekspresikan kegembiraan kami. Nak jerit ke, nak gelak ke.. Pemandu bot sorang je yang tengok. Hihi..

Bot kecik pun ada juga dengan sewa lebih murah, tapi pagi tu ombak agak besar. Jadi kebanyakan pengusaha bot tak mahu ambil risiko..


Kenangan terindah buat kami sekeluarga..


Gwiyomi? Ehehe.. Comel ke?


Ibu siapakah ini?


Batu yang berbentuk seakan-akan ikan paus..


Masa ni bot sedang memecut laju. Seronok Maryam dan Yusuf sampai terjerit-jerit..


Keadaan laut yang agak bergelombang.. Hujan renyai-renyai..

Oh ya, kita boleh turun dibeberapa lokasi seperti pulau-pulau kecil untuk snorkling, beri ikan makan atau mandi manda.. Anak-anak sebuk nak tengok 'Pulau Penyamun' gara-gara cerita Senario tu..


Turun dari bot, anak-anak sambung aktiviti mandi manda..


Ombak memang agak kuat pagi tu.. Tapi anak-anak tetap seronok.. Dah nama budak-budak kan, seronok je tahu nya..

Kami checkout dalam jam lebih kurang 12.30 tengahari macam tu. Dan bermulalah perebutan nak dapatkan teksi pink tu, sebab masing-masing pun ramai yang checkout dan nak ke jeti. Pihak chalet tolong callkan pun, pemandu teksi tak angkat.

Maka kami pun menarik dan memikul beg yang ada dan tunggu ditempat yang dikhususkan untuk menahan teksi. Nasib baik lokasi tak jauh dari chalet kami. Tapi teksi tak nak berhenti sebab masing-masing dah penuh dengan penumpang.

Makanya? Hahaha...

v

v

v

v
v


Kita possing lagi dulu... Haha.. Tangan buat peace, tapi muka monyok..

Sudahnya kami makan-makan dulu. Alhamdulillah, elok je selesai makan kami dapat teksi. Bertolak ke jeti untuk naik feri ke Lumut. Tiket kami dah pergi untuk pergi dan balik. Dewasa RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00..

Apapun, percutian singkat kami menyeronokkan. Yang tak seronok tu buat pejam mata ajelah..

Pulau Pangkor, kami akan datang lagi!!




Wednesday, June 12, 2013

PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU PANGKOR - DAY 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Setelahsekian lama tak bercuti (kali terakhir ke Johor Bharu dan Melaka pada tahun 2011), akhirnya kami memecahkan kemarau percutian dengan bercuti ke Pangkor baru-baruni.

Itu pun sekadar percutian pendek yang hampir-hampir tak jadi. Kisah sebaliknya tu tak perlulah nak diulang, siapa ada terbaca status ibu di FB minggu lepas, itulah sebabnya. Alhamdulillah selesai tanpa perlu ibu mengguriskan hati mana-mana pihak dan tanpa perlu mengabaikan tugasan kerjaya serta bisnes.

Ibu memang dah rancang nak bawa anak-anak bercuti cuma tak tahu ke mana. Ayah hanya buat keputusan nak ke Pangkor Jumaat malam Sabtu tu memandangkan kami kena balik kampung dulu hari Sabtu tu. Ayah kata senang cari lokasi yang sehala. Bayangkan.. Dengan cuti sekolahnya, dengan tak ada tempah mana-man penginapannya. Memang percutian main terjah je ni.. Hehe..

Kami bertolak dari kampung (Sekinchan) lebih kurang jam 1.00 petang hari Sabtu. Sampai di Lumut lebih kurang jam 3.00 petang. Semua waktu tu anggaran je ye, ibu tak ingat pun waktu sebenar. Sampai Lumut, terus parking kereta di tempat letak kereta bertingkat. Bayaran RM10.00 untuk semalam dan tak jauh pun dari Jeti.

Untuk elakkan sebarang masalah, memandangkan kami tak tempah dulu tempat penginapan, kami berurusan dengan agen-agen yang 'bersepah' di Lumut tu. Maaf lah ibu kata bersepah sebab kat mana-mana pun ada egen buka meja jadikan kaunter mereka.

Haaaa.. Pasal penginapan ni ada kisahnya tersendiri. Nantilah ibu buat entry khas (kalau rajin). Hihi.. Panjang wooo kalau nak cerita tragedi tempat penginapan ni. Tu lah, bercuti main terjah lagi, hambik leee.. Ehehe..

 Ececeh.. Ibu siapakah ini?


 Anak-anak yang teruja.. Sila abaikan apek berbaju putih itu. Bukan sebahagian dari kami. Ehehe..


 Pengalaman naik feri yang pertama buat anak-anak. Kami tak duduk d bahagian dalam, tapi kami berdiri di luar. Melihat keindahan alam ciptaan Ilahi..


 Pose istimewa dari anakanda Maryam Nabihah..

Kami sampai di Pulau Pangkor dalam jam 4.00 petang lebih dan terus naik van warna merah jambu ke penginapan yang kononnya dah komfem masa di Jeti Lumut. Macam ibu cakap tadi, cerita pasal penginapan cerita lain ye.. Oh ya, tambang van warna pink tu RM15.00 sehala..

 Inilah rupanya pengangkutan awam di Pulau Pangkor. Nama saintific sebenar, ibu tidaklah pasti. Haha.. Ini bukan dari kamera ibu tapi pinjam dari sini.

Setelah melepasi saat-saat sukar (huhu.. sukar menahan sabar sebenarnya.. terima kasih ayah yang sentiasa sabar dalam semua keadaan, termasuklah dengan ketidak sabaran ibu.. hihuuuu..) kami berjaya juga check in di sebuah Chalet di kawasan Teluk Nipah dalam jam 6.00 petang macam tu. Lepas check in dan solat, anak-anak dah tak sabar-sabar nak mandi di pantai. Alhamdulillah, walau cuma ada masa yang singkat sebelum Maghrib.. cukup untuk membuatkan anak-anak gembira petang tu..

 Lihatlah, jelas keriangan anak-anak..


 Seperti biasa, hanya 3 beranak itu yang akan mandi manda. Ibu tukang perhati merangkap tukang ambik gambar..


 Senja yang semakin hampir, anak-anak masih berat nak tinggalkan keseronokan di pantai. Tuuu, Maryam konon-konon nak bergayut ditali..


Senja yang indah di Pulau Pangkor.. Subhanallah..

Seelsai acara bergembira di pantai kami balik ke penginapan untuk membersihkan diri, solat dan berehat sekejap. Lepas tu sambung dengan acara jalan-jalan cari makan.

Kelebihan menginap di teluk Nipah ialah banyak pilihan kedai makan orang Melayu. Tapi bab makan pun menguji kesabaran juga. Almaklum, cuti sekolah, orang ramai, terpaksalah sabar menanti. 

Mula-mula berangan dah, makan malam yang enak-enak sambil mendengar deruan ombak membelah pantai. sekalinya.. Hmmm, deruan pantai je dengar, makan enak-enak tak ada. Langkah kiri, kami tersinggah ke kedai yang masakannya ........... noktah. Haha.. sendiri mahu faham okey.

Tengok, air dah habis. Makanan tak sampai lagi.. Hihi..

Tapi alhamdulillah, semua dugaan-dugaan ni tak menggugat kegembiraan percutian anak-anak. Yang ibu nampak, mereka ni seronok je.. Oh ya, sebelah kiri Yusuf tu pantai, memang best la lokasi kedai makan ni. Lokasi je lah..

Selesai makan, jalan-jalan sekajap. Cuci-cuci mata tengok cenderamata dan adalah juga beli sikit-sikit buat kenangan.

Balik chalet terus rehat dan zzzzzzz. Besoknya, bermulalah hari kedua merangkap hari terakhir di Pangkor.

Bersambung....


Thursday, June 6, 2013

TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Testimoni Shaklee Collagen Powder.. Pigmentasi semakin samar..

Untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Collagen Powder, klik:


Jangan malu-malu hubungi ibu ya. Harga ISTIMEWA menanti anda semua.
Tqvm ♥

Zefa Nor Asmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB Page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Emel: zefa_asmara@yahoo.com

PERJALANAN IBU DAN SHAKLEE: 3-4 ANGKA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hajat hati, ibu nak meneruskan entry tentang percutian pendek kami ke Pulau Pangkor. Tapi ibu rasa nak mendahulukan satu entry yang sudah lama tertunggak.

Iaitu tentang catatan perjalanan ibu dengan bisnes Shaklee. Walaupun ianya sekadar kisah biasa-biasa, tapi ianya mungkin akan memberi inspirasi kepada orang lain. Kan? Ececeh..

Ibu mendaftar sebagai ahli Shaklee pada penghujung tahun 2012 setelah dipelawa oleh seorang blogger.

Dan tujuan asal ibu join, lebih kepada untuk membanyakkan cabang perniagaan. Keduitan betullah kan bunyinya.. hehe..

Lepas register, ibu bermula sebagai pemerhati. Perhati cara kawan-kawan buat promosi, pemerhati dalam group bimbingan yang ibu sertai. Tak buat apa pun lagi, teeeeengok je kerjanya.

Bulan Januari ibu mula.. tapi masatu masih malu-malu meow nak buat promosi + tak berapa nak rajin buat promosi. Dalam tak berapa rajin tu, alhamdulillah bonus untuk Januari ibu dapat 3 angka. Senyum je masa dapat cek.. Tu tak masuk lagi untung runcit tau. Bonus tu Shaklee bagi berdasar pencapaian jualan kita..

Syukur alhamdulillah, ibu ditemukan dengan kumpulan yang betul. Berniaga secara berkumpulan dengan masing-masing saling menyokong. Bila suka ada yang berkongsi  suka, bila duka masing-masing menghulurkan bahu untuk kita meluah rasa. Ibu suka yang itu.. Walaupun, tujuan asal kerana duit, tapi ibu mulai rasa ada 'kasih sayang' dan 'caring' dalam bisnes yang ibu buat..
  
Oh ya, ibu jual Shaklee secara online sahaja. Menggunakan medium FB dan blog semata-mata. Dari saja-saja mengadap FB, dari saja-saja tulis blog tentang diri sendiri, selit-selit sikit pasal Shaklee, kongsi pengalaman guna produk Shaklee, alhamdulillah, dapat juga pendapatan sampingan.

Bulan 2 bulan 3, prestasi masih sama. Bonus 3 angka.. Mungkin terlalu selesa. Rasa cukup.. Yelah, sambil-sambil update FB, sambil-sambil update blog.. Tapi ada pendapatan yang masyuk.. Best kan?


 Cek bonus Shaklee.. Alhamdulillah..

Bulan 4? Jeng, jeng, jeng.. Ibu kejelesan tahap gaban. Haha.. Pecah rahsia ku. Seorang kawan yang sama-sama join sekali dah naik Supervisor. Seorang lagi kawan yang baru je join pun dah naik Supervisor. Ish.. Tak boleh jadi..

Bulan 4 memang semangat lain macam, keyakinan diri untuk maju selangkah ke hadapan sangat tinggi. Tapi ada juga dugaannya. Almaklum, kita ni berkerjaya. Yang sana perlu diutamakan, yang sini pula tak boleh ditinggalkan. Dah jadi macam laki ada dua bini dah gayanya. Ekekeke..

Syukur alhamdulillah, dengan sokongan padu dari 'Mommy'.. (Terima kasih mommy, i love you very much), ibu berjaya juga menyandang gelaran Supervisor setelah berjaya mencapai target untuk bulan April. Pangkat yang melayakkan ibu bergelar menjadi seorang leader. Alhamdulillah..


Surat dari Shaklee.. dan dengan ini ibu layak menerima cash incentive sebanyak RM368.00. Alhamdulillah..

Itu cash incentive, tapi.. berapa bonus ibu untuk April? Mula-mula ibu rasa tak nak tunjuk. Tapi sudahnya tunjuk juga di FB sebab ada kawan suruh tunjuk. Mentor ibu pun kata, tak salah tunjuk.. Mungkin boleh jadi pembakar semangat orang lain. Dah tunjuk di FB, tunjuk lah juga di blog. Huhu..


Ada yang bertanya, berapa bonus ibu. Syukur alhamdulillah, bonus ibu untuk bulan ke 4 adalah 4 angka. Bukan untuk menunjuk, tapi anggaplah berkongsi cerita, perkataan di hadapan sekali bukannya 'one'..
 
Kini ibu bergelar seorang leader, sudah tiba masanya utk ibu membantu kawan2 lain utk sama2 menjana pendapatan bersama Shaklee. Sharing is caring, kan? Semoga bila ibu memudahkan jalan orang lain, Allah permudahkan jalan ibu pulak. 

You are Welcoming to join our Awesome Group! Selain kita mampu menjaga kesihatan dalam masa yg sama kita mampu menjana pendapatan utk keluarga kita..

Semoga kita mampu menyediakan kehidupan terbaik utk mereka dan menjadi salah seorang penyumbang zakat terbesar, kelak! Amin..


Hubungi:
Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011 11537821 (Whatsapp only)
Email: zefa_asmara@yahoo.com


Terima kasih..

 

Wednesday, June 5, 2013

WW: PULAU PANGKOR 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



WW dulu okey, cerita kemudian. Hehe..


Monday, June 3, 2013

Get Clean® Water Pitcher a.k.a Jag Penapis Air


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Penapis air Shaklee
 
MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
 
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
, sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Penapis air Shaklee


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama


Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE  

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain..
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

 
PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

 
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

 

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


 Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...