Follower

Thursday, August 1, 2013

ULANG TAHUN KE35 IBU YUSUF & MARYAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam 31 Julai 2013 birthday ibu. Dah tak muda lagi dah, hihi.. Tahun ni usia ibu 35 tahun sudah.

Syukur alhamdulillah. Dalam usia seperti ini ibu diberi kesihatan yang baik, masih mempunyai ibubapa, ibubapa mertua, di dampingi seorang suami yang pengasih, anak-anak penyejuk hati, kerjaya yang baik, bisnes yang semakin berkembang, dan banyak lagi nikmat Allah yang tak mungkin habis tersenarai..

Ribuan terima kasih pada yang mengirimkan tanda ingatan berupa ucapan dan doa kepada ibu semalam. menggigil juga nak balas satu-satu wish di FB nanti. Hehe.. Apapun, ingatan kalian buat ibu sangat-sangat ibu hargai..



Tiada kek, tiada sambutan, hanya pelukan kasih sayang dari Ayah, Yusuf dan Maryam.. Syukur ya Allah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...