Follower

Wednesday, November 27, 2013

PETUA MENGUBATI KUCING KURAP

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ini tetamu kami..

Datang tatkala perlukan bantuan makanan. Rupa parasnya agak menyanyat jiwa. 

Kurap yang ada pada tubuhnya tahap kritikal pada pandangan ibu. Malangnya kami dapat tengok je.. Cuma dapat membantu seadanya ketika dia perlukan makanan. Sangat sukar didekati, kami dekat dia lari. Masa ibu ambik gambar ni dia tak sedar, lepas perasan dia terus lari. Lepas ibu masuk rumah baru dia datang balik..

Kawan-kawan ramai kata, petua untuk ubatkan kurap pada kucing adalah dengan sapu minyak makan. Maksudnya, minyak yang dah digunakan untuk menggoreng. Sapu pada bahagian yang berkurap tu. Ramai kata berkesan, wallahua'alam..

Beberapa minggu yang lepas kami jalan-jalan ke Pet Shop. Cari ubat kurap kucing. Tapi orang kedai tu kata kena gosok kurap atau keruping pada kucing tu sampai gugur baru sapu ubat. Kalau tak, tak akan berkesan..

Ada juga info yang ibu dapat, boleh guna cuka epal untuk ubati kurap pada kucing.

Rakan-rakan blogger, ada info lanjut tentang ni? Jom kongsi info!

Tuesday, November 26, 2013

MARYAM NABIHAH TAMAT TADIKA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Macam baru je buat entry buah hati ibu ni masuk tadika, tup tup dah buat entry dia tamat tadika. Besar dah anak ibu..

Maryam mula masuk tadika masa umur 4 tahun di Genius Aulad, kemudian sambung di Tadika Islam Al Hidayah masa umur 5 dan 6 tahun. InSyaAllah, bakal melangkah ke tahun 1 pada 2014..

Alhamdulillah, Maryam sudah boleh membaca dengan lancar, boleh menulis walaupun kadang-kadang salah eja, boleh mengira secara asas, sudah tamat Iqra' dan sudah mula mengaji Al Quran.. 


Shaklee Indipendent Distributor
Kecik-kecik dan konvo.. Ehehe..

Majlis konvo tadika Maryam berlangsung pada 16 November 2013. Ibu sangat takut tak dapat hadir sebab takut bertembung dengan program pejabat. Tapi alhamdulillah, Allah izinkan juga untuk ibu hadir. 

Gambar tak banyak sebab ibu teruja rakam video. Maryam berlakon dalam majlis tu. Tapi Video pun ibu rakam putus-putus sebab lama, dan ibu tak tahu nak mengeditnya.

InSyaAllah, kalau ibu berjaya menggodeknya, ibu kongsikan di sini. Kalau tau, tak delah ye. Hihi..

Salam sayang buat semua. Jumpa lagi..


Friday, November 22, 2013

TELEKUNG UNTUK MARYAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maryam dah besar, telekung yang ada dah senteng. Tarik atas nampak kaki, tarik ke bawah terlondeh bawah punggung. Hehehe..

Jadi ibu pun beli telekong baru. Beli dengan sahabat blogger kita Ummu Muhammad. Boleh intai telekong yang dia jual (hasil jahitan sendiri ya..) di http://berimanberniaga.blogspot.com/

 Inilah telekung hasil jahitan Ummu Muhammad yang diberi nama Telekung Kanak-Kanak Zahirah.. Kemas dan cantik jahitannya. Siap ada free gift cekak rambut lagi..


 Haaa.. Yang ni bukan lakunan semata-mata okey. Ini benar-benar terjadi, ibu yang curi-curi tangkap gambar. 

Tapi jangan puji apa-apa ya. Maryam ni masih solat bersuruh lagi. Masih perlu diajak lagi. Biasanya dia solat dengan ibu cuma waktu-waktu tertentu contohnya waktu ibu dah solat di pejabat, ibu akan suruh dia solat sendiri..

Tahun depan Maryam dah 7 tahun. Semoga Allah tiupkan dalam dirinya kefahaman tentang kewajiban solat seawal usia lagi.



Hahaha.. Yang ni memang gambar paksa rela. Ibu minta dia bergambar khusus untuk Jemari Asmara..

Comel tak saya aunty-aunty semua?

BILA IBU BERPHOTO GRID

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Orang dah lama tau pasal aplikasi Photo Grid.. Ibu pun dah lama tau jugak, tapi baru je guna. Jadi kalau rasa entry ni ketinggalan zaman, buat-buat tak tahu ajelah ye. Hehe..

Senang je, pergi ke Play Store, cari logo macam di bawah ni dan silalah download..


Bila dah ada aplikasi ni dalam hand set (ibu guna tab sebenarnya), maka rajinlah mengedit-ngedit gambar ni. Bukan edit bagi cantik pun, edit bagi cantum-cantum je. Boleh tulis-tulis gitu..

Jomlah cuci mata, dengan koleksi gambar yang ibu ada..

 Lokasi: Tasik Shah Alam
Aktiviti: Jalan-jalan bersantai-santai..


 Lokasi: Restoran Mohd Chan, Shah Alam..
Aktiviti: Makan-makan..

Lokasi: Komplek PKNS Shah Alam
Aktiviti: Tunggu kastemer ibu/ COD produk Shaklee..

Lokasi: Home sweet home..
Aktiviti: Ayah main masak-masak.. (sempoi tapi sedappp)

Lokasi dan aktiviti jugak ke? Ehehe.. 

Ni fungsi Photo Grid yang ibu paling suka, memudahkan ibu buat bahan promosi secara 'segera'.. Kebanyakannya untuk promosi di FB. 

Untuk maklumat lanjut bahan dagangan ibu, jemput ke www.facebook.com/KioskKeluargaSihat

Okey, sekian dulu entry ringkas dari ibu. Mood berblog kembali menyinar nampaknya. Hoho.. Semoga terus menyinar dan tak kembali malap macam sebelum ni.. Hihi..

Jumpa lagi..




Thursday, November 21, 2013

KISAH KERETA KAMI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu nak cerita tentang 'Kisah Kereta Kami'..

Beberapa hari yang lepas, ibu ada buat status pasal kereta di FB. Dah sana sini semua orang buat status pasal kereta, ibu nak buat juga lah. Walaupun yang ibu tulis tu bukan nak kaitkan sangat pun pasal isu had usia kereta. Ibu cuma nak cerita pasal kereta tua En Ayah dan kereta kecik ibu..

 Ramai pulak yang menge'like'nya. Hehehe.. Yo lah, orang biasa2 tak glemer macam ibu ni, buat status dapat 46 likes memang wow dah. Perasan la glemer sekejap. Kui kui kui..



Gambar di atas ni peristiwa minggu lepas. Kereta Wira Sedan ayah break down atas jalan. Bateri kong kalikong.. Gambar ni ibu upload di FB hingga mengundang komen seorang kawan.. Komen tu antara yang buat ibu buat status panjang berjela di FB..

Jangan salah sangka ya, nanti ingat ibu marah kawan ibu tu. Tak sikit pun.. Ibu percaya komen dia tu atas dasar prihatin. Dia tak mahu ibu susah. Bagi dia ibu mampu beli kereta baru. Cuma mungkin dia tak tahu ibu ada kereta lain..



Cari-cari gambar kereta ibu tak jumpa. Jumpa gambar tuannya bersama kereta. Layan je lah ye.. Hehehe..

Kereta comel ni baru berusia 3 tahun. Walaupun kecik dan comel banyak berjasa pada ibu, keluarga, malah negara. Haa.. Jangan tak percaya ok.

Kereta nilah bawak ibu kerja, pejabat ke, keluar kawasan ke.. Kereta ni jugak bawa harta pejabat masa kereta Jabatan rosak. Kereta ni juga pernah bawak klien pergi program.. Ha! Berjasakan?

Balik cerita pasal status FB, apa statusnya? Meh la baca..

Sekarangni, hangat masing2 membincangkan isu usia kereta. Ramai yang tak setuju lebih2 lagi pemilik kereta 'tua'. Jadi ibu terpanggil nak cerita pasal kereta jugak..

Kebetulan pulak baru2 ni kereta 'tua' en. ayah tersadai tepi jalan. Huhu.. Sebab kejadian tu, ada kawan ibu cadangkan kami beli kereta baru.

Bukan tak nak beli (ibu verangan nak ada MPV sebijik, SUV sebijik taw.. hihi), tapi kereta ni elok lagi walaupun dah 'tua', cuma hari tu bateri dia kong.. Lagi pun ibu ada kereta sendiri yang baru berusia 3 tahun. Kereta kecik je..

Bila pakai kereta kecik je, ada pulak yg bersuara. Mampu pakai kereta besar tapi pakai kereta kecik je.. Alahai.. Ikut hati ibu nak pakai SUV pergi kerja taw..

Tapi bagi ibu, lama atau baru, kecik atau besar, selagi mana mampu memenuhi keperluan, ianya sudah memadai. Ukur baju dibadan sendiri.. Jangan sebab ikutkan hati, merana diri..

Alhamdulillah, dengan rezeki kurniaan Allah, dengan berpada hanya berkereta sebuah kereta tua, dan sebuah kereta kecik, kami mampu memiliki 2 buah rumah di Bandaraya Shah Alam..

Ini bukan status riak mahupun menunjuk2.. Tapi ibu nak membuka mata kita semua tentang hakikat keperluan dan kehendak. Kadang2 kita lupa mana yang lebih utama. Cuba fikir masa depan.. Cuba belajar nilai harta.. Cuba fikir tentang anak2 bila kita tiada.. Rumah atau kereta?

Pasal rumah tu, tak apalah rumah flat kos rendah pun. Janji ada rumah..

ps: yg bagi cadangan ibu untuk beli kereta baru dan kereta besar, terima kasih. Kerana kalian ibu rasa nak buat entry ni. Walaupun ringkas, harap ada manfaatnya. Bukan status kosong semata2.. 

Sekian 'Kisah Kereta Kami'.. Terima kasih sudi baca cerita tonggang terbalik ibu ni. Tapi ibu harap, anda dapat mesej positif di sebaliknya..

Akhir kata, terima kasih untuk Encik yang berhenti untuk membantu kami. Kami saling tidak mengenali, tapi dia dengan hati mulia berhenti menawarkan bantuan walau tidak dipinta. Jazakallahu khairan kathira..

Wednesday, November 20, 2013

WW: TEKO ALADIN KEKWA MERAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ps; lama dah puasa dari shopping PML ni. Baru-baru ni tergoda jua. Hahaha..


WW; TERUNG BAKAR & BUDU BERSERAI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ps: dah katanya ww, tengok gambar ajelah ye.. Hihi..


Saturday, November 16, 2013

KULIT CERAH, CANTIK & BERSERI DENGAN SHAKLEE CoQHealth Plus

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, ibu ada menulis tentang CoQHealth Plus yang dikatakan mampu menangani masalah penyakit kardiovaskular. Hakikatnya, Coqhealth bukan sekadar untuk jantung. Ia memberikan lebih dari itu iaitu berkaitan dengan kulit cantik. 

Sebelum tu kita baca dulu apa itu CoQ10 iaitu salah satu bahan utama produk ini.  

CoQ10 ialah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia bertanggungjawab menhasilkan tenaga dalam setiap sel. Ia juga merupakan antioksida semulajadi. 

CoQ10 membantu menguatkan otot jantung. CoQ10 membantu mencegah  pengoksidaan kolestrol jahat dan CoQ10 juga berfungsi memastikan salur darah fleksibel untuk tekanan darah yang sihat. Dan yang lebih menarik CoQ10  juga membantu membaiki peredaran darah. Ini bermaksud ia membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. 

Dalam erti kata lain, CoQ10 membantu kulit lebih cerah dan berseri. CoQ10 juga untuk perlindungan matahari semulajadi, meningkatkan kesuburan dan meningkatkan tenaga lebih-lebih lagi jika anda mengalami sindrom keletihan yang kronik dan juga mampu untuk meningkatkan keupayaan mental (migrain, sakit kepala dan loya) 



Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan berkurang apabila kita meningkat usia. Sebab tu salah satu alternatif adalah mengambil CoQ Health Plus Shaklee. Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu CoQ10, Vitamin E, Green Tea.  

Apa yang membezakan CoQ Health Plus dengan produk lain adalah CoQ10 Shaklee adalah daripada yis ekstrak semulajadi sama seperti yang dihasilkan oleh badan dan yang paling istimewa, Shaklee memiliki sistem penyerapan yang dipatenkan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
* Berikan yang terbaik untuk jantung kita dan yang tersayang. Bonus: kulit cerah, cantik dan berseri.. Jom CoQHealth Plus!!

Hubungi:
Ibu Yusuf & Maryam
Shaklee Indipendent Distributor
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011-1153 7821

Set Kecantikan Kulit Shaklee

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Vitamin E Shaklee, Vitamin C Sustained Release Shaklee, Vitamin B Shaklee

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada Vitamin B, Vitamin E dan Vitamin C..

Berikut adalah penjelasan secara ringkas peranan vitamin-vitamin di dalam Set Kecantikan Shaklee terhadap kulit:

Vitamin B:
* Sebagai pelembap
* Mencegah pigmentasi
* Melambatkan tanda penuaan
* Mengubati jerawat

Vitamin E:
* Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
* Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
* Menjaga kelembapan kulit
* Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Vitamin C:
* Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
* Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
* Mencerahkan kulit

==========================

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C dalam Set Kecantikan Shaklee menghasilkan:

* Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
* Mencegah penuaan
* Menjadikan kulit lebih kenyal
* Mencerahkan kulit
* Menjaga kulit dari sinaran UV
* Mengurangkan parut jerawat
* Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
* Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
* Menjadikan wajah lebih berseri

==========================

Bonus:

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan Vitamin C dan Vitamin E di dalam Set Kecantikan Shaklee merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

Jika mahu membuat pembelian vitamin Shaklee secara online dengan menggunakan kad kredit atau debit sila klik..

v

v







https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2122c699d5e3d2fa6690771845bd7904



Tutorial cara pembelian telah disediakan di sini (klik)


Untuk konsultasi dan keterangan lanjut hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat

011-1153 7821

CEGAH SAKIT JANTUNG DENGAN CoQHealth Plus

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Penyakit jantung merupakan antara 10 penyakit utama di Malaysia dan juga antara pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis. Kita tahu yang senaman merupakan cara yang paling mudah untuk memiliki jantung yang sihat. Tetapi kita ada pilihan lain yang dapat membantu jantung lebih sihat dan bertenaga iaitu mengamalkan makanan tambahan untuk jantung..

Prihatin dengan ini, Shaklee telah mengeluarkan produk baru, CoQHealth Plus yang mampu menangani masalah penyakit kardiovaskular.



 CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari
semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin
E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul
bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.



CoQ10 mampu:


• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap
pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
dalam darah

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.



* Berikan yang terbaik untuk jantung kita dan yang tersayang. Jom CoQHealth Plus!!

Hubungi:
Ibu Yusuf & Maryam
Shaklee Indipendent Distributor
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011-1153 7821


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...