Follower

Wednesday, December 25, 2013

Panduan Menghadapi Anak Mengamuk/ Tantrum

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, semasa ibu dan anak-anak membeli belah ibu terdengar suara tangisan seorang kanak-kanak. Sedang tantrum nampaknya. Serba tak kena, itu tak betul, ini tak betul. Mesti pening ibu ayahnya.

Ibu tersenyum sendiri. Zaman tantrum Yusuf dan Maryam sudah pun berlalu. Dua-dua semakin membesar, kalau ada benda tak puas hati pun paling-paling pun merajuk, tak pun nangis senyap-senyap. Seingat ibu, kalau mengamuk pun dulu tak pernah lah sampai menangis guling-guling di tempat awam. Hihi..

Tantrum
Gambar dari google..

Lantas ibu teringat satu artikel tentang Anak Mengamuk / Tantrum yang ibu masukkan dalam page Kiosk Keluarga Sihat. Artikel tersebut ibu salin dari page Ustazah Fatimah Syarha.


Tantrum
Gambar dari google..
 
Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.

Panduan Hadapi Anak Mengamuk/ Tantrum:

1. Alih perhatian dia

Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya

Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit

Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan

Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk

Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak bagus.

================== 

Kebiasaannya, dalam beberapa situasi ibubapa gagal menahan kemarahan hingga adakalanya sampai 'naik tangan'. Apa yang penting dalam situasi tersebut, banyak-banyak bersabar dan banyakkan istighfar.
Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua. 

Sekian dulu, hingga jumpa lagi..

MAKAN2 DI MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Maaf, ini cerita hampir sebulan yang lalu, kisah yang sama dengan percutian kami ke Grand Lexis Port Dickson. Baru nak tepek diblog. Huhu..

Kami sampai di PD dah melepasi tengahari. Sebelum tu kami makan di RnR (ibu tak ingat dimana?) Sampai PD, check in hotel dan terus terjun kolam. Almaklum, kolam depan mata. Jemput baca entry ibu tentang Private Pool Grand lexis Hotel (klik)

Kalau ikut keseronokan anak-anak, mau tak naik-naik dari kolam tu. Ikutkan perut, wajib cari makan.

Ayah bawa kami makan di..

 Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Orang tak ramai lagi, sebab masih petang. Mungkin ramai yang keluar sebelah malam..

Kami ambil gerai sebelah kanan. Kalau dari arah pintu masuk sebelah kiri lah..


 Sesi memilih. Ayah yang pilih, kami anak beranak ikut je.. Ada ikan, udang, sotong, ketam.. Ikut nafsu semua nak. Hehe..


 Tadaaaa.. Inilah hasilnya. Ikan (ibu dah lupa ikan apa) masak sweet sour, sotong bakar (ada petai dalam sambal dia tu, sedappp..), sup daging dan tomyam campur.

Masa menunggu pun tak lama, ye lah orang pun tak ramai kan. Dan masakannya pun sedap, berbaloi-baloi kami datang dari jauh. Hehe.. 2 jam perjalanan je pun..


 Haha.. Apa-apa pun sesi bergambar mesti ada. Ibu dan Maryam..


 Mmmm, cak! Kih kih kih.. Ayah kata ibu takde kerja ambik gambar muka ikan ni..


 Gambar ni diambil dipintu masuk restoran D'terapung.

Medan ikan bakar ni ada 2 gerai, depan gerai-geraini ada 1 restoran lagi iaitu restoran D'terapung tu. Restoran ni atas air dan menghadap ke arah laut.




Pemandangan senja di Port Dickson..

Selesai makan, kami tapau pulak makanan. Hihi.. Almaklum, malamnya dan berendam lagi. Takut lapar lagi..

Apapun, ianya satu percutian yang manis untuk dikenang. paling bahagia, bila tengok anak-anak gembira. 

Anak-anak ajak jalan-jalan lagi sebenarnya. Cuma tak tahu sempat ke tak. Harini dah 25hb.. 31hb Maryam dah mula sekolah. Kalau tak sempat, tahun depanlah nampaknya.

Sampai di sini dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi..




Thursday, December 19, 2013

KHAMIS YANG SPONTAN: BERGAMBAR SEBELUM PERGI KERJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Tak pernah-pernah bergambar pagi-pagi nak pergi kerja. Hari ni sebab kebetulan pakai batik hampir sedondon kan, secara spontan; "Abang, jom tangkap gambar"..

Hehehe.. Sekian.

Wednesday, December 18, 2013

WW: CINTA HATI IBU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Gambar ulang tayang. Beliaulah cinta hati ibu..

Ps: Sila jangan muntah dengan aksi manja itu, Kih kih kih..

 Luv;
Ibu Yusuf dan Maryam
Shaklee Indipendent Distributor
Keluarga Sihat Biz Group
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat


Saturday, December 14, 2013

PRIVATE POOL GRAND LEXIS PORT DICKSON

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kita sambung entry Percutian Ke Grand Lexis Port Dickson. Okey, untuk pengetahuan semua (untuk yang belum tahu la ye..) keistimewaan Grand Lexis Port Dickson ini ialah setiap biliknya ada 'private pool'. 

Dari segi hotelnya, biasalah standard hotel 5 bintang yang lain. Tilam empuk, bantal gebu, bilik luas dan bla bla bla.. Bilik yang kami duduk atas air dan ada glass panel for underneath sea viewing. Owh semua tu dah cerita di sini sebenarnya.

Entry kalini ibu rakamkan kegembiraan anak-anak mandi manda tak kira siang atau malam. Layannn..

 Mengintai kolam renang dari dalam bilik..


 Masa ni baru mula turun. Masih sekadar dipinggiran.. Masing-masing was-was nak ketengah..


 Sempat beraksi sementara tunggu ayah turun sekali..


 Ahha.. Masa ni cikgu renang dah turun sekali. Barulah masing-masing berani ke tengah kolam..

 
Aksi yang semakin menarik dipamerkan oleh Maryam. Hihi.. Ibu pun buat aksi tu jugak, dan tak sangka pelampung tu boleh tampung ibu.. Haha..


 Tengah-tengah mandi hujan la pulak. Tapi tak jadi masalah, hanya sebahagian kecil sahaja yang terkena hujan, selebihnya adalah kawasan berbumbung..


 Langit terbentang luas. Salah satu sebab ibu memilih bilik jenis Executive Pool Villa - Above the sea ini ialah ibu nak pool yang nampak langit tapi pada masa yang sama jauh dari hotel. 

Grand lexis ni ada yang sky living jugak. Jadi orang-orang kat atas tu boleh nampak yang bawah. Jadi ibu nak berpesan pada yang betul-betul nak privacy, kalau ambik yang garden living jangan ambik yang upper unit, tapi ambik yang lower unit. Lower unit ni berbumbung habis, memang terlindung tapi ibu tengok rasa lemas. Yang upper unit pulak, pool dia memang terbuka dan tiada bumbung. Memang pemandangan terbentang indah tapi orang boleh nampak kita terutama yang di sky living.


 Hahaha.. Yang ni aksi di malam hari. Semakin malam semakin seksi. Hihi..

Petang tu sampai je mandi seround. Lepas penat mandi (budak-budak tu tak penat pun) kami keluar cari makan. Balik makan, solat, terus terjun kolam balik. Memang happy habis budak-budak ni..


Ibu yang tengok aje pun rasa sejuk tapi budak-budak ni selamba je. Siap kena paksa naik bila dah lewat. Kenapa ibu tak sertai mereka malam tu?


 Sebab ibu ada tugasan di sini..

Malam 30 hb Disember 2013, closing Shaklee paling manis sepanjang bergelar seorang Shaklee Indipendent Distributor. Ibu ada rakamkan di FB dengan status;

Masa mula2 berjuang dgn Shaklee, closing day je berkampung di HQ. Pernah sampai 12.00 mlm masih di sana. Penuh kenangan pahit manis malah bercucuran air mata. Berkerja keras untuk naik, dah naik nak efektif pula.
Kemudian, bila Shaklee perkenalkan sistem online, alhamdulillah closing sambil golek2 dgn anak2 dirumah..
Besok, inSyaAllah closing paling manis.. Ditemani suami dan anak2 di sini.. Walaupun 'berholiday' ibu ttp masih berkerja keras mengharap dpt mencipta keajaiban tercipta di sini dgn izin Allah..
Anda di luar sana, Shaklee semakin 'mudah'.. Semua di hujung jari.. Sangat dikenali.. Permintaan tinggi.. Selamat, berkesan, halal dan disahkan KKM.. Jika anda mencari peluang berniaga, peluang menambah pendapatan, peluang mempertingkatkan ekonomi, mari sertai kami..
Bimbingan disediakan A to Z..

Luv;
Ibu Yusuf dan Maryam
Shaklee Indipendent Distributor
Founder of KS BiG
Keluarga Sihat Biz Group
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat

Bukan senang nak senang, alhamdulillah dengan usaha ibu berbisnes, dengan izin Allah swt.. Dapatla ibu bawak anak-anak berjalan kat hotel mahal ni. Hihi..

Tapi jangan salah sangka, ibu buat bisnes bukan untuk bermewah-mewah. Tapi untuk taraf hidup yang lebih baik dan persediaan untuk mencapai cita-cita ibu untuk menjadi seorang wahm kelak. 

Ibu tak mahu sorok-sorok dah, biarlah satu dunia tahu bahawa cita-cita ibu adalah nak jadi seorang ibu yang berkerja dari rumah. Jadi seorang surirumah tangga namun pada masa yang sama masih mempunya pendapatan sendiri. Cuma masanya belum tiba. Semoga dipermudahkan. 

Eh, lari topik pulak. Okey, sambung cerita mandi manda lagi. Dah mandi sampai lewat malam, besok pagi celik mata je dua-dua berhasrat nak terus terjun kolam. Ibu kata no, kita sarapan dulu. Hmmm.. Balik sarapan je terus, debussshhh. Aksi terjun-terjun, habis basah semua sampai masuk dalam bilik air. Hihi..

Untuk aksi pagi tu tak payah gambar lah ye. masa tu jugak ibu buat konon-konon birthday party tepi kolam. Kih3x.. Ada entry nya boleh intai di sini.

Okey, sampai sini dulu. InSyaAllah ibu akan sambung dengan entry seterusnya. Tapi jangan ditunggu, ada kerajinan adalah entry tu nanti.

Salam sayang, hingga jumpa lagi.

Thursday, December 12, 2013

APA ITU LEPTIN DAN APA KAITANNYA DENGAN OMEGA 3 DALAM PENURUNAN BERAT BADAN?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Gemuk vs kurus
Gemuk atau kurus? Mana satu pihan hati?

Sebelum ini ibu ada menulis secara ringkas tentang bagaimana menguruskan berat badan dengan selamat. Dalam entry tersebut ibu mengesyorkan Omega Guard Shaklee dan Alfafa sebabagi supplemen yang membantu dalam penurunan berat badan. Ramai yang kurang jelas bagaimana Omega 3 dapat menurunkan berat badan?

Ianya ada kaitan dengan hormon leptin. Lantas, apakah itu leptin

 Leptin adalah sejenis hormon kekenyangan (hormon yang menghantar signal ke otak bahawa simpanan lemak dalam badan adalah mencukupi dan tidak perlu ditambah lagi dengan pengambilan makanan) yang dihasilkan oleh sel-sel lemak. (sumber)

Mari ibu jelaskan dengan ayat yang lebih mudah dihahami.

* Leptin dihasilkan oleh sel-sel lemak
* Apabila paras leptin tinggi di dalam badan, ia menghantar isyarat kenyang dan berhenti makan. 

* Jika paras leptin rendah, kita akan berasa lapar dan mengidam untuk makan. 

* Orang yang mengalami kecelaruan leptin, (leptin disorder) ia akan makan dengan banyak tanpa kawalan.
Apa itu leptin?
 Peranan leptin dalam rasa lapar dan kenyang juga boleh dilihat melalui rajah ini.

Ibu kira, secara ringkasnya kita sudah memahami tentang apa itu leptin dan kaitannya dengan pengurusan berat badan.
Seterusnya, bagaimana pula Omega Guard Shaklee membantu dalam menguruskan berat badan? Kita lihat jawapannya:
* Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 asli yang diekstrak dari perairan laut dalam.
* Omega-3 membantu membakar lemak dengan membantu badan bertindakbalas dengan hormon leptin yang menghantar isyarat kepada otak untuk mengurangkan makan (rasa kenyang). Jadi ia membantu;

  • Leptin meningkatkan kadar metabolisma dengan meningkatkan output hormone thyroid
  • Leptin untuk membakar lemak untuk mendapatkan tenaga
* Jika badan kekurangan leptin, badan kita akan bertindakbalas secara bertentangan dengan rasa lapar yang kerap yang menyebabkan anda akan menambahkan berat badan tanpa sedar. (sumber)
Haaa.. Nampak tak kaitannya? Secara ringkasnya dalam Omega Guard Shaklee ada Omega 3. Omega 3 meningkatkan hormon leptin. Leptin meningkatkan kadar metabolisma. Leptin juga membakar lemak untuk mendapatkan tenaga.

Semua ini mungkin kedengaran sebagai satu teori sahaja. Tetapi hakikatnya, ramai yang telah mengakui bahawa Omega 3 membantu mereka dalam proses menurunkan berat badan. Kita lihat sebahagian daripada mereka: 

Testimoni kurus dengan produk Shaklee

Testimoni kurus dengan produk Shaklee

Seronokkan baca testimoni mereka? Nanti dulu! Ibu ada berita yang lebih seronok. Taraaaaa.. 



Bulan Disember 2013 adalah bulan promosi Omega Guard Shaklee.

Jangan malu-malu hubungi ibu untuk maklumat lanjut:

Ibu Yusuf & Maryam
Shaklee Indipendent Distributor
011-1153 7821
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat


Friday, December 6, 2013

PERCUTIAN KE GRAND LEXIS PORT DICKSON

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu minta maaf, izinkan ibu publish entry ni sebab dah ada dalam draf. Sebahagian kawan-kawan kita sedang berduka dengan musibah banjir. Semoga kalian terus tabah.. Semoga semuanya dalam lindungan Allah swt..

Setelah sekian lama menyimpan hasrat, akhirnya pada 29 dan 30 November yang lepas tercapai jua nak bawa anak-anak bercuti ke Grand Lexis, Port Dickson. 


GRAND LEXIS PORT DICKSON


Sejak ibu upload gambar percutian kami di FB, ramai yang bertanya tentang kadar bayaran resort ni. Secara umumnya, kadar bayaran semalam di sini antara RM600.00 hingga RM1k ++ bergantung pada jenis bilik. 

 Untuk info lanjut tentang resort 5 bintang ni, jenis-jenis bilik dan kadar bayaran , boleh terus klik http://grandlexispd.com/ 

Ada yang atas laut, ada yang atas tanah, ada yang mengadap laut, ada yang mengadap taman, ada yang siap cermin telus untuk tengok air di bawah resort, ada yang tak ada.. Yang pasti, semua jenis bilik ada 'private pool'..


Naik buggy di Grand lexis Port Dickson
 Naik buggy..

Selesai urusan untuk check in, kami dijemput oleh buggy man ni (betul ke istilah tu? Hihi..) Kami dibawa kekereta untuk mengambik barang. Memang tak payah jalan kaki langsung. Hatta keluarkan barang dari kereta pun dia yang buat. Sopan santun je adik ni tau..


Naik buggy di Grand Lexis Port Dickson
 Ibu, adik dan abang possing naik buggy..

Bilik kami nun jauh kedalam. Bilik terakhir sebelum barisan bilik yang menghadap ke tengah laut. Ibu tak ambik bilik tu, sebab kena tambah RM150.00 semalam. Tak pelah, budak-budak ni target nak mandi kolam je, bukan nak menikmati laut sangat pun..


Executive Pool Villa - Above the sea
Possing depan bilik. Bilik 2042 Grand lexis PD dalam kenangan.. 

Jom masuk! Ibu ambik Executive Pool Villa - Above the sea..

Executive Pool Villa - Above the sea

 Gambar ni ibu ambik dari web Grand lexis. Macam ni lah bilik kami cuma kedudkan sebelah kanan tu menjadi kekiri. Fahamkah? Haha.. Buat-buat faham ye..

Sedikit info tentang Executive Pool Villa - Above the sea:
  • Size of unit - 826 square feet
  • Number of units - 48 units
  • 2 king size beds
  • Can accommodate 04 persons
  • Glass panel for underneath sea viewing
  • Private swimming pool
  • Dry Kitchenette
  • Separate bath and toilet
  • Rain shower
  • Wall mounted hairdryer
  • Mini fridge
  • In-room safe box
  • Astro - 19 channels
  • 32" LCD flat screen TV
  • Coffee and tea making facilities
  • Electric kettle
  • IDD telephone
  • Ceiling mounted air-conditioner
  • Ceiling fan
  • DVD player
  • Microwave oven
  • Iron and ironing board (upon request)
  • Bathroom weighing scale
  • Umbrella
  • No pets allowed in rooms

    Haa, semua kat atas tu memang ada. Cuma bathroom weighing scale tu tak perasan pulak sebab tak guna. Iron dan ironing board memang dah ada dalam almari. Tak payah request bagai..

    Executive Pool Villa - Above the sea Ni nak panggil apa? Dapurkah? Ada microwave, ada pinggan mangkuk, ada kettle dan coffee and tea making facilities tu macam-macam ada. teh uncang dia segala perisa ada..


    Executive Pool Villa - Above the sea
     Bilik air dan tandasnya berasingan, kawasan ni di hadapan bilik air..


    Glass panel for underneath sea viewing
     Yang ni, glass panel for underneath sea viewing. Memang nampak air laut, tapi warna coklat. Hehehe..


    Glass panel for underneath sea viewing

     Sila jangan sensasikan aksi ini ya. Ibu yang mintak ayah possing macamtu. Haha.. 

    Ayah pesan, tapis sikit apa yang ibu upload di FB dan blog. Ada kawan-kawan ofis dia selalu skodeng FB dan blog ibu, lepastu buat cerita sensasi di pejabat. Hohoho..
     

    PRIVATE POOL GRAND LEXIS PORT DICKSON
     Ini part paling seronok pada anak-anak. Private pool! Yeay!!


    PRIVATE POOL GRAND LEXIS PORT DICKSON
    Pose istimewa dari Maryam untuk pengunjung Jemari Asmara. Budak yang tak sabar-sabar nak terjun..

    Banyak gambar aksi-aksi di kolam renang. InSyaAllah ibu akan masukkan dalam 1 entry khas. Pendek kata, siang malam, pagi petang, budak-budak ni berendam.

    Dalam entry khas aksi-aksi kolam renang nanti, ibu akan sentuh sejauh mana ke privetan private pool di Grand Lexis ni. Hehe.. Sila maafkan ayat english yang diMelayukan itu. 

    Salam sayang. Hingga berjumpa lagi..

    Ps: Ibu dah buat entry tentang private pool. Jemput baca di sini ye. Terima kasih..


DUA EKSPRESI MEMBERI GAMBARAN BERBEZA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yer, ibu tahu ada yang tunggu entry percutian kami ke Grand Lexis. Tapi ibu banyak fening la, gambar berterabur. Ada dalam kamera, ada dalam handset, ada dlm tab. Yang ada pun ada yg blurr lah, ada yang sengetlah. Hmmm, macam-macam. Jadi minta maaf lah ye, terpaksa tangguh lagi entry berkenaan. Huhu..

Tapi masa godek-godek gambar, jumpa 2 gambar ni yang ibu dah satukan.


Dua ekspresi wajah yang berbeza. Sudah pastinya memberi tafsiran berbeza.

Yang atas, wah! Macam suweeeetttt gitew. Yang bawah, aik! Macam baru lepas gaduh je..

Agak-agaknya, apa tafsiran kalian? Hihihi..

Wednesday, December 4, 2013

MUHAMMAD YUSUF NABHAN SELAMAT BERKHATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

2 Disember 2013, dua hari selepas ulangtahunnya yang ke 9 anakanda Muhammad Yusuf Nabhan selamat dikhatankan.

Ibu punyalah dup dap dup dap menjelang tarikh tu. Macam ibu pulak yang nak kena 'potong'. Yang empunya diri selambe je.. Adoi la ibu ni.. Hihi..

Sehingga entry ni ditulis, telah lebih 48 jam berlalu dan Yusuf dijaga sepenuhnya oleh ayah. Besok baru giliran ibu, kami suami isteri cuti berganti-ganti. Tak tahulah besok ni macammana, sebab ibu lemah lutut setiap kali tengok dia. Baru tengok orangnya, belum tengok bahagian yang sakit tu. Apapun, semoga dipermudahkan semuanya.

Masa di klinik, ibu ada ambik gambar. Tak banyak pun, adalah 2-3 keping..


 Ini masa tunggu giliran.. Pakai tab je, gambar blurr..

 Ini masa sebaik sahaja selesai dan keluar dari bilik Dr.. Ayah yang temankan masuk. Ibu dan Maryam tunggu di luar..

 
Ini masa baru sampai rumah. Bentang tilam kat luar bilik. Hehe.. Ada juga guna ibu simpan mainan Maryam masa baby tu..

Semua ni satu pengalaman baru bagi kami. Almaklum, anak lelaki sulung (dan tunggal setakat ni). Ibu memang tak ada pengalaman. Adik lelaki pun seorang je dan masa dia khatan pun ibu budak lagi. Jadi bergantung pada pengalaman ayah ajelah.. Hehe.. 

Kisah Yusuf berkhatan ni ada ibu kongsikan di FB. Ibu ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Alhamdulillah, dah pun selesai. Doakan Yusuf cepat sembuh ya..

Salam sayang. Hingga jumpa lagi..

 

Tuesday, December 3, 2013

JANA PENDAPATAN DENGAN BLOG

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yang dah lama follow Jemari Asmara pasti tahu blog ni pernah terabai dalam beberapa ketika. Ibu sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba ibu begitu susah mencari masa untuk berblog. Mungkin kerana tugasan kerja? Keluarga? Sebuk bisnes? Hmmm.. Alasan je semua tu..

Alhamdulillah, buat ketika ini semangat berblog telah kembali dan semoga semangat itu tidak akan luntur semua. Menariknya, sepanjang blog ini terabai.. Blog ini masih mampu menjana pendapatan..

Pertama melaui iklan Nuffnang. Mungkin tak seberapa, tapi masih juga pendapatan kan? Ibu pun tak sangka, masa tempoh terabai dan jarang-jarang ada entry, iklan banyak pula menari-menari di Jemari asmara.

Kedua.. Sudah semestinya melalui jualan produk Shaklee. Alhamdulillah, sebahagian pelanggan adalah datang dari entry-entry diblog.

Alhamdulillah, pendapatan dengan Shaklee berpuluh kali ganda berbanding dengan pendapatan dari Nuffnang.
Jadi tak sia-sia ibu menulis entry-entry tentang produk Shaklee diblog walaupun hakikatnya entry-entry tu lah yang dipandang sepi oleh follower. Hehehe..

Terima kasih En Google yang menyangkutkan Jemari Asmara di enjin carian.

Moralnya, manfaatkan blog anda sebagai sumber pendapatan. Bagaimana caranya, terpulang pada kehendak dan kreativiti masing-masing..

 Sekadar gambar hiasan dari Google..

Apapun, sukacita ibu kongsikan di sini.. Fenomena Shaklee sedang melanda sekarang ini. Semua orang mencari Shaklee. Bukan kerana populariti semata-mata, namun ramai yang mengakui kebagusan dan keberkesanan supplemennya. Malah ianya semulajadi (bukan sintetik), selamat, halal dan disahkan KKM.

Ayuh blogger-blogger sekalian, jom manfaatkan blog kita. Mari jana pendapatan dengan Shaklee melalui blog.

Untuk keterangan lanjut jangan malu-malu pm ibu di FB page ibu http://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat atau whatsapp 011-1153 7821.

Salam sayang. Hingga jumpa lagi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...