Follower

Monday, March 31, 2014

KELUARGA SIHAT 1st GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry melekat sehingga 31 Mac 2014. Sila bergolek ke bawah untuk entry terkini ya.. ;-)

Syukur alhamdulillah, dengan izinNya setelah sekian lama Jemari Asmara sepi dengan penganjuran giveaway, kini kami kembali dengan 'Keluarga Sihat 1st Giveaway'..


http://jemariasmara.blogspot.com/2014/03/keluarga-sihat-1st-giveaway.html

Bagi yang belum tahu, ibu telah menjenamakan keluarga kami sebagai Keluarga Sihat..

Ibu + Ayah + Yusuf + Maryam = Keluarga Sihat

Maka ini adalah giveaway pertama kami di bawah label Keluarga Sihat. Hehe.. Macam produk la pulak ye ada jenama. Kih3x.. Ok, jujurnya ia ada kaitan sebenarnya dengan pembinaan page ibu Kiosk Keluarga Sihat..

Giveaway kalini macam yang dulu-dulu juga sempoi dan mudah. Syarat-syaratnya:

1. Follow Jemari Asmara
2. Buat entry ringkas dengan tajuk Keluarga Sihat 1st Giveaway dan link kan semula ke entry ini
3. Tepek poster giveaway ini dan juga link kan semula ke entry ini..
4. Komen di entry ini; "Saya join Keluarga Sihat 1st Giveaway" dan letakkan sekali link entry masing-masing..

Selesai! Senang kan?

Kemudian, tunggu je lawatan rasmi Ibu Yusuf dan Maryam ke blog masing-masing ye dan pengumuman pemenang.

Hadiah ada 3 kategori:

Kategori 1 (Cabutan Bertuah)
Seramai 5 orang akan dipilih secara random. Semua peserta berpeluang untuk menang kategori ini. Hadiah adalah berbentuk fridge magnet dari salah satu negeri di Malaysia. (Gambar ibu akan update kemudian ye.. Tapi klu boleh tengok di sini..)

Kategori 2 (Entry Terbaik)
Seramai 2 orang pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti masing-masing dalam entry yang dihantar. Tiada ketetapan diletakkan, janji menambat hati penganjur. Penganjur juga berhak menggugurkan kategori ini sekiranya di lihat tiada entry yang layak.. Hadiah adalah bekalan SR Vitamin C selama sebulan.

Kategori 3 (Hadiah Misteri)
Yang ni memang misteri, sebab ibu pun tak buat keputusan lagi nak pilih apa. Hadiahnya pun tak tahu nak bagi apa. Yang pasti, memang nak bagi 1 hadiah misteri yang inSyaAllah best gitu..

Okey, selamat menjoinkan diri dan selamat berjaya!!



Thursday, March 20, 2014

Testimoni: Jerawat Hilang Parut Pudar Dengan Shaklee


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni ibu nak kongsikan dengan rakan-rakan sekelian pengalaman Puan Ema yang berhadapan dengan masalah jerawat kerana tersalah pilih produk penjagaan muka. Hajat hati nak hilangkan jerawat, tapi sudahnya jerawat semakin menjadi-jadi.

Kemudian Puan Ema mencuba supplemen Shaklee iaitu ESP, Alfafa dan Vitamin E..


Testimoni: Jerawat Hilang Parut Pudar Dengan Shaklee

Ini pengakuan Puan Ema sendiri. Puan Ema kata semua gambar ni real. Tak ada edit-edit tau..

Kita tengok yang No. 1; masa tu jerawatnya tengah meriah gara-gara tersilap pilih produk penjagaan wajah.

Gambar No 2; sama dengan No. 1..

Gambar No 3 tu selepas 2-3 bulan guna produk Shaklee. Masatu jerawat dah mula kering..

Gambar New 2014 tu pula, gambar terbaru Puan Ema. Parut pun dah makin pudar..

Kita tengok bagaimana ESP, Alfafa dan Vitamin E bertindak dalam usaha ini:

ESP (Energizing Soy Protien)

ESP mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

Bahasa mudahnya, ESP ni membantu menghasilkan sel-sel baru dan menggantikan sel-sel yang rosak. Jadi ia membantu memulihkan jerawat dan parut pudar lebih cepat.. 

Alfafa Shaklee

Salah satu punca jerawat ialah toksin. Maka Alfafa bertindak membantu proses detoksifikasi untuk menyingkirkan toksin. Alfafa ni juga bagus untuk elergi dan ekzema serta bagus untuk kesihatan dalaman wanita.


Vitamin E Shaklee


Vitamin E ni antioksidan. Menjadikan kita tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin E juga diketahui umum dapat membantu menghilangkan parut.

-----------------------------

Begitulah tadi cerita Puan Ema yang berhadapan dengan masalah jerawat tetapi berjaya mengatasinya setelah berikhtiar dengan produk Shaklee. Cuma ibu syorkan, tambah sekali Vitamin C sebab ia bagus untuk kecantikan kulit juga.

Update 5 Julai 2014:

Berita baik mulai sekarang, semua pelanggan Shaklee boleh membeli produk Shaklee terus melalu laman web Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Hanya klik:

v

v

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=df0b8fb21c53254b7afa62e020447c81


Link tersebut akan membawa anda ke shopping cart produk yang dinyatakan di atas. Jangan risau, link ini 100% selamat, ianya laman web Shaklee sendiri. 
 
Ibu pun dah banyak kali beli produk Shaklee secara online sebab lebih jimat dari ke branch. Jimat minyak, tol dan tenaga. Alhamdulillah, semua barang yang dipesan tiba dengan selamat.

Untuk rujukan, ibu ada menyediakan tutorial cara pembelian secara online di SINI (klik).

Jika ada sebarang pertanyaan, atau konsultasi sebelum dan selepas pembelian, jangan malu-malu hubungi:

Puan Zefa Nor Asmara Jubir (ID: 909824)
FB: Ibu Yusuf Dan Maryam
FB page: Kiosk Keluarga Sihat
Whatsapp: 011 11537821

Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia: Al Fatihah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Pagi-pagi tadi ibu terbaca status seorang rakan tentang kembalinya sahabat sekolej kami dahulu kepada Penciptanya.

Allahyarham Firdaus atau lebih dikenali sebagai Bob adalah bekas penyanyi kumpulan nasyid Nowseeheart.

Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia: Al Fatihah
 Allahyarham Bob (kiri sekali)..

Ibu tertanya-tanya juga sebab pemergiannya. Kemudian seorang sahabat memberikan link dari  http://www.budiey.com yang menulis tentang perkara ini.

Ibu copykan di sini..


Salam semua, kepada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Berita yang Budiey baru terima, Bob Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin, salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Nowseeheart telah meninggal dunia pada jam 12:04 tengah malam tadi (20 Mac 2014) di Hospital Selayang kerana sakit lemah jantung.

Firdaus NSH atau mesra dipanggil Bob dikhabarkan berada dalam koma pada petang tadi. Dikhabarkan juga jantungnya sangat lemah dan terlalu banyak air dalam badan.

Pada awal tahun 2013, Firdaus telah berundur diri daripada Nowseeheart atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Pengunduran Firdaus daripada kumpulan Nowseeheart agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.

Berita ini disampaikan oleh Mujahid, bekas ahli kumpulan Nowseeheart di Facebook milik beliau.

Innalillah..bob…semoga damai disisiNya… I missed him… – Mujahid

Kumpulan nasyid Saujana juga turut mengemaskini Facebook mereka dengan doa dan sedekahkan Al-Fatihah:

Innalillahi wa innailaihi raji’un… Allah lebih menyayangi sahabat kita Firdaus Baharuddin (Bob Nowseeheart) dan memanggil beliau pulang ke pangkuanNya jam 12.04 tgh malam. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.  Al-Fatihah. – Saujana

Moga ahli keluarga dan rakan seperjuangan Nowseeheart tabah di dalam menempuh ujian ini.

Wednesday, March 19, 2014

WW: Cili Ungu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Cili Ungu

Ibu jumpa cili ni depan deretan kedai Seksyen 11 Shah Alam masa nak makan di Restoran Hartini. Sambil lalu, sempat lagi tangkap gambar.

Sebelum ni pernah dah nampak, tapi tak ingat di mana. Cuma tak pernah nampak lagi cili ni di pasar. (Yang betulnya ibu jarang pergi pasar).

Sekian catatan ibu. Ww, tak boleh panjang-panjang. Hihi..

Thursday, March 13, 2014

Doa Supaya Barang Hilang Dapat Semula


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini masuk hari ke 6 kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. 

Pesawat tersebut diberitakan berlepas dari KLIA pada 8 Mac 2014 jam 12;41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6;30 pagi pada hari yang sama. Walaubagaimanapun, MAS mengesahkan bahawa pesawat tersebut telah terputus hubungan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2;40 pagi.

Penerbangan tersebut dikatakan membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 orang penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 orang petugas melibatkan kerakyatan dari 13 buah negara. (sumber)

Ibu tak berniat nak mengulas tentang kejadian ini. Selama 6 hari kejadian berlaku, ibu mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Serta hanya percaya berita yang diumumkan secara rasmi.

Ye lah, banyak sangat cerita, banyak sangat pemberita. Ada yang kadang-kadang buat kita bertanya sendiri; "betul ke ni?" Ada yang buat kita rasa nak ketawa. Ada juga yang buat kita rasa nak marah. Tu belum tengok lagi komen-komen di media sosial. Macam-macam ragam.. Sampai jadi gaduh pun ada.

Jadi, dari kita terjebak sama baiklah kita duduk diam-diam buat kerja kita. Tak perlu jadi pengulas berita yang belum tentu sahihnya.

Mari kita sama-sama berdoa agar misteri ini dapat dirungkai kan segera. Semoga mereka dapat ditemui dengan selamat dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Amiin..

Ibu kongsikan di sini, doa supaya barang hilang dapat semula. Doani ibu pernah lihat dipublishkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah di fan pagenya. Walaubagaimana pun, sumber gambar dalam blog ini adalah dari http://www.darussyifa.org


Doa Supaya Barang Hilang Dapat Semula #pray4MH370

#pray4MH370

Wednesday, March 12, 2014

WW: Biskut Lidah Kucing


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang


Jasmeen Home Delight

Biskut Lidah Kucing aka Biskut Pelangi. Beli dari Jasmeen Home Delight..

Friday, March 7, 2014

Macadamian Nuts


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini terajin sikit, jalan-jalan rumah maya kawan-kawan. Blog walking 3-4 blog buat melepas rindu. 

Antara yang sempat singgah tadi rumah Kak Yati hidang cekodok gebu, rumah Mama Qs dapat santapan ilmu, rumah Ummi Iman dapat info tentang tablet keluaran Malaysia Cariku, rumah Kak Nza cerita pasal anaknya hadiah telekung, dan last sekali tadi singgah rumah Yayans Mum cerita pasal Chicken Macadamia Wrap..

Haaa, bila sampai rumah YM tu ada tanda soal sikit. Chicken wrap tu tahulah, tapi apakah macadamia itu? Hasil baca entry YM tu tahulah bahawa macadamia tu sejenis kekacang. Tapi bagaimanakah rupanya? maka ibu Yusuf pun gigih menggoogle. Hehehe.. 

Hasilnya oooooo, ini macadamia..











Itulah tadi sebahagian hasil googlelan ibu Yusuf. Tulah rupanya kacang Macadamia tu..

Tanda soal tak habis lagi sebenarnya. Dalam bahasa Melayu panggil apa ye? Cer komen sikit.. ;-)

Hingga jumpa lagi..


Thursday, March 6, 2014

ANAKANDA YUSUF & PROGRAM TAHFIZ HUJUNG MINGGU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dah lama tak tulis cerita tentang anak-anak. Kali terakhir buat cerita tentang anakanda Yusuf pun entry ww je. Kesiaaaann kan? Hehehe.. 

Berbalik pada cerita di atas, kami memang mencari kelas sedemikian rupa untuk mengisi hujung minggu Yusuf. Hasil carian di internet, hasil maklumat dari kawan-kawan, hasil rondaan kami dari surau ke surau, kami mengumpulkan beberapa maklumat institusi-institusi yang menganjurkan program tahfiz hujung minggu.

Tapi ayah akhirnya buat keputusan nak hantar anakanda Yusuf menghadiri Program Tahfiz Hujung Minggu anjuran Pondok Al Furqan (Pusat Didikan Al Quran Shah Alam). 


Program Tahfiz Hujung Minggu di Shah Alam
 Entry ni tak ada gambar sangat, tapi ada pulak gambar jubah Yusuf ni. Selit jelah..

Ok, jom kita tengok apa lagi maklumat yang berkaitan denga Program Tahfiz Hujung Minggu anjuran Pondok Al Furqan ni..

Objektif
  • Memperbaiki bacaan Al Quran para remaja dengan tajwid yang betul.
  • Menanamkan dalam diri remaja kecintaan kepada kitab Al Quran.
  • Menggalakkan remaja menghafaz Al Quran.

 Silibus
  • Bacaan Iqra / Al Quran.
  • Hafazan Juzuk ‘Amma, surah-surah amalan (Al Mulk, Wa’qiah, As Sajdah, Yasin dsb).
  • Solat Dhuha berjemaah dan kaifiatnya.
  • Modul Tajwid Asas.
  • Modul Tafsir Al Quran.
  • Modul Hadis.

Sasaran
  • Remaja berumur 8 – 17 tahun
  • Terhad kepada 30 peserta terawal.
 
Jadual kelas
  • Pada hari sabtu minggu pertama, kedua, dan ketiga setiap bulan
  • 9.00 Pagi – 12 Tengah Hari

Yuran
Pendaftaran  : RM 40 (sekali sahaja)
Bulanan        : RM 60  






Owh, ada rupanya gambar kenangan.. Gambar edit ni ya, hihi..

Gambar ni diambil dalam perjalanan ke program tu masa mula-mula daftar dulu. Program ni tak terlalu berat, juga tidaklah boleh dikatakan santai. Tapi pada pandangan ibu, ianya cukup baik untuk mengisi aktiviti hujung minggu anak-anak.

Oh ya, lokasi program adalah di Shah Alam. Khusus kepada warga Shah alam, sekiranya berminat (yang sungguh-sungguh berminat sahaja) dan nak tahu lokasinya boleh bisik-bisik dengan ibu di email zefa_asmara@yahoo.com

Okey, sekian dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi.. :D



Keahlian Shaklee PERCUMA Dengan Promosi ESP Beli 6 Percuma 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini dah 6 Mac 2014, bermakna sudah 6 hari promosi ESP beli 6 percuma 1 yang ditawarkan oleh Shaklee Malaysia berlangsung. Pada yang belum tahu, sepanjang Mac 2014 Shaklee menawarkan sebekas ESP percuma dengan pembelian 6 bekas ESP.


Promosi ESP Shaklee

Ini poster promosi rasmi yang dikeluarkan oleh Shaklee. Kalau ada lain-lain promosi selain dari promosi ESP beli 6 percuma 1, maknanya bukan Shaklee yang buat lah tu ye..

Ada yang komplain, banyaknya nak kena beli sampai 6 ESP baru dapat percuma 1. Ahahaha.. Yang ni kita pakat-pakat la dengan kawan-kawan ke, saudara mara ke.. Kalau tak ada juga, hubungi ibu nanti ibu carikan geng untuk kongsi-kongsi.

Lagi 1 ada juga yang komplain, mahalnya sampai RM900.00. Ye lah dik non, sebekas ESP harganya RM150.00 darab 6 memangla jadi RM900.00.. Tapi kan percuma 1, tetap berbaloi-baloi di situ..

Dan.. Jeng, jeng, jeng..

Menariknya dengan promosi beli ESP 6 percuma 1 ini, pelanggan layak mendapat keahlian Shaklee secara percuma seumur hidup. Bermakna boleh terus beli 6 ESP percuma 1 dengan harga ahli. Wow!!

Eh, macam mana tu?

Ok, mari ibu jelaskan. Pembelian mana-mana produk Shaklee dengan nilai 200 uv (+- RM650.00) harga ahli, pelanggan layak menerima keahlian Shaklee secara percuma. Bila dapat keahlian percuma, automatiklah boleh beli 6 ESP percuma 1 dengan harga ahli.

Dan.. Lebih menarik lagi..

Ahli Shaklee yang membuat pembelian lebih dari 150 uv setiap bulan, layak menerima cash bonus dari pihak Shaklee. Wow! Wow! Wow!

Hebat betul promosi beli ESP 6 percuma 1 ni!

1. Dapat PERCUMA 1 bekas ESP
2. Dapat PERCUMA keahlian Shaklee
3. Layak dapat CASH BONUS dari Shaklee

Menarikkan? Pandangan ibu, jika anda seorang pengguna Shaklee terutama ESP.. Maka janganlah lepaskan peluang keemasan ini. Bukan selalu Shaklee buat promosi beli ESP 6 percuma 1 tau. Kali terakhir ada promosi ESP adalah pada tahun 2012. Ni dah 2014 baru ada lagi, akan datang wallahua'alam akan ada lagi ke tak.

Yang berhajat nak borong 7 bekas ESP terus tu jangan risau, expired datenya lama lagi. Ehehe.. Stok setahun jugak tu..

Tahniah pada yang dah bertindak pantas menyambarnya, dan pada yang belum lagi jangan tunggu lama-lama ya. Kalau habis stok nanti, tak dapat ibu nak menolongnya.

 Jangan tunggu lama-lama ok. Promosi memang sehingga penghujung Mac, tetapi potensi untuk ESP out of stock sebelum hujung bulan adalah sangat tinggi. So, grab it now!

Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu hubungi ibu ya..

Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee ID: 909824
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB Page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011-11537821
 



Sunday, March 2, 2014

Atasi Masalah Hb Rendah Dengan Set Kehamilan Shaklee


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, ibu ada bersembang dengan seorang kawan. Kawan ibu ni sedang mengandung lebih kurang 6 bulan. Sembang punya sembang terkeluar cerita dia menghadapi masalah HB low (hemoglobin rendah)..

Terus keluar soalan dari dia: "Kak, ada tak produk Shaklee untuk HB low?" Ha, ibu apa lagi. Terang la satu persatu pada dia. Kemudian, beberapa hari lepas juga ibu mendapat soalan yang sama dari rakan bisnes ibu.

Jadi, marilah ibu kongsikan untuk anda semua info ringkas tentang hemoglobin (sumber):

Hemoglobin merupakan molekul protien di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. 

Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Paras hemoglobin yang rendah juga dikenali sebagai anemia. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia. Sebab utama biasanya:

1. Kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon), 
2. Kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), 
3. Masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan 
4. Hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit). 

Berbalik kepada keadaan kawan ibu di atas, apakah supplemen yang ibu cadangkankan?

Supplemen yang dicadangkan adalah:

Vitalea Iron formula

Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel


Vitamin C

Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan


B Complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

 Menariknya, ketiga-tiga supplemen yang dicadangkan ini sememangnya sebahagian dari Set Kehamilan Shaklee (klik). 

Set Kehamilan Shaklee

Mari kita lihat di bawah ini pula, apa kata Dr Hamid Arshat tentang kepentingan pengambilan vitamin semasa hamil:


Jadi untuk ibu-ibu mengandung sekelian, sama-sama kita prihatin dengan kesihatan masing dan jangan abaikan pengambilan vitamin sepanjang tempoh kehamilan.

Nak cuba Set Kehamilan Shaklee? Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu hubungi ibu ya..

Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee ID: 909824
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB Page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011-11537821

Saturday, March 1, 2014

PROMOSI SHAKLEE MAC 2014: ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Berita gembira!! Bulanni, Mac 2014 promosi Shaklee adalah ESP yang selama ini memang menjadi pilihan ramai. Memang wow lah promosi kali ni!!

Promosi ESP beli 6 percuma 1!
Beli 1 pun tak jadi masalah, harga tetap istimewa!

Tapi sudah pasti lebih berbaloi borong 7 terus, boleh pakat-pakat kongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara.

Dengan pembelian 6 tong ESP, anda bukan sahaja menerima 1 tong ESP secara percuma, malah dapat keahlian percuma dan layak untuk mendapat cash rebate. Wow!!


ESP Shaklee harga runtuh!

Ibu boleh bayangkan kegemparan yang akan berlaku bulanni. Bayangkan, masa tak promosi pun ESP ni terlajak laris. Bayangkan bila promosi, fuh! Takut belum sampai hujung bulan dan out of stock di Shaklee.

Jadi siapa-siapa yang berhajat tu, cepat-cepat hubungi ibu ye. Harga komfom ISTIMEWA.

Ok, balik cerita laris tadi. Kenapa ESP laris sangat?

Kerana ESP ni sesuai untuk semua golongan.

Wanita yang usaha nak hamil cari ESP, dah mengandung pun cari ESP, lepas bersalin cari ESP juga, tapi paling ramai cari ESP adalah ibu-ibu menyusu.



Bukan tu aje, yang nak cantik pun cari ESP, nak kurus pun ESP jugak. Wah, wah!


Bukan wanita je cari, lelaki pun cari juga.


Banyak kelebihan ESP

 
Nak KURUS - ESP mengawal selera makan..
 

Nak PUASA - ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari  

Nak TAMBAH SUSU IBU - ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu  

Nak CANTIK - ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
 

Nak SIHAT - ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..

Kalau PREGNAN - ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby

Nak HAMIL - ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga

dan baaaaaaaaaaanyak lagi kelebihan ESP :D
  



Jom baca apa kelebihan ESP dan apa faedahnya yang utama!

 
Kelebihan ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee:

  • menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



Faedah ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee yang utama:

1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

3. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

4. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

5. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

6. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


7. Membantu Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu Komposisi utama dalam susu ibu ialah protien dan pengambilan protien menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Protien diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat.

Untuk keterangan lanjut, konsultasi percuma dan HARGA ISTIMEWA, hubungi:

Puan Zefa Nor Asmara Jubir (ID: 909824)
FB: Ibu Yusuf Dan Maryam
FB page: Kiosk Keluarga Sihat
Whatsapp: 011 11537821

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...