Follower

Monday, June 30, 2014

Tudung Bawal Dwi Warna Bidang 60" dan 55"


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nak jual tudung! Nak jual tudung! Haha.. Mari, mari, rapat, rapat.. Peminat-peminat tudung bawal bidang 60" dan 55", ada sesuatu yang menarik untuk anda.

Jom pilih warna!

Tudung Bawal Bidang 60" dan 55"
 Tudung Bawal Dwi Warna Bidang 55"
 5a - 5f


Tudung Bawal Bidang 60" dan 55"
 Tudung Bawal Dwi Warna Bidang 55"
 5g - 5l


Tudung Bawal Bidang 60" dan 55"
 Tudung Bawal Dwi Warna Bidang 60"
 6a - 6e

Warna yang tertera mungkin sedikit berbeza dengan warna asal atas faktor pencahayaan. 


Tudung Bawal Bidang 60" dan 55"

Ini pula contoh pemakaian Tudung Bawal Dwi Warna ni, cuma model menggayakan Tudung Bawal Dwi Warna bidang 45"..

Sekiranya berminat, sila berhubung terus dengan Puan Zeka di talian 018-3615401..

Ps: bagi tau dia tau tudung ni dari Jemari Asmara ye..

Salam Ramadhan 1435H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, harini 2 Ramadhan 1435H. Ibu Yusuf baru berkesempatan membuat entry Salam Ramadhan. Harap belum terlewat.. Ramadhan kareem dan selamat berpuasa pada semua yang beragama Islam.

2 hari ni, apa cerita kami? Sehari sebelum puasa kami balik kampung Sekinchan. Makanya terawikh pertama dan sahur pertama kami di kampung halaman. Cuma tak dapat berbuka puasa dengan mak abah sebab petang tu Maryam ada kelas taekwando. InsyaAllah ada kesempatan kami akan balik lagi.

Terawikh di kampung rasa tenang je. Orang tak ramai sangat macam di bandar. Jemaah tak melimpah keluar pun, jadi semua dapat aircon. Kanak-kanak dan bermain tu biasalah. Masa ibu intai di balik tabir ada juga yang main tolak-tolak. Hihi.. Tapi mereka tak bising. Alhamdulillah, jemaah dewasa dapatlah menunaikan solat dengan khusyuk..

Ramadhan pertama cuaca sangat panas. Kami meredah perjalanan Sekinchan - Shah Alam memang masa tengahari buta tu. Alhamdulillah, anak-anak okey sahaja. Maryam tidur hampir sepanjang perjalanan.

Kami sampai Shah Alam tepat jam 2.00 petang, sedangkan kelas Maryam pun bermula jam 2.00 petang. Apa nak buat, sebab bertolak dari kampung pun dah lewat. Pagi tu kami ke pasar dulu, tinggalkan bekalan makanan kering dan basah untuk mak.

Sampai je terus buat yang wajib dulu, solat.. Cepat-cepat sarung uniform taekwando (err.. panggil apa sebenarnya baju tu) dan terus ke sekolah. Kami lewat setengah jam. Tak apalah, janji tak ponteng dan yang wajib dah dilaksana dulu.


Aksi yang sedikit gemalai. Almaklum, puasa..

Petang tu kami berbuka biasa-biasa aje. Nasi, dua jenis lauk dan bubur lambuk dari masjid. Yang penting mesti ada Performance Drink. Ikhtiar ibu untuk kami tetap cergas selepas berbuka. Ye lah, kadang-kadang lepas berbuka kita ni lemau kan. Waktu sahur pun kami ambik Performance Drink, sebagai ikhtiar kami untuk kekal cergas walau berpuasa.

Performance Drink
 Haaaa.. Inilah rupanya Performance Drink. Nak order wassap no. dalam gambar tu ye..

Malam tadi terawikh kedua, kami solat di Shah Alam pula. Suasana 200% berbeza dengan di kampung. Seramai-ramai jemaah hingga penuh semua ruang. Namun tetap ada rezeki ruang untuk kami, walaupun..

v

v

..depan toilet. Huhuhu..

Iklan jap, telekung kami anak beranak hasil sentuhan Ummu Muhammad..

Balik cerita tadi, kami solat kat ceruk tu masa solat Isyak je.. Kemudian ibu menggunakan kepakaran ibu menyelit hingga dapat juga ke hadapan. Hehe.. Siap dapat tengok slide masa tazkirah lagi..

Alaa, sebenarnya depan tu ada je yang lpong-lopong tapi masing-masing tak mahu ke depan. Tu yang jadi penuh sampai ke tangga.

Okey, masa untuk ambik Maryam dari KAFA (ibu cuti harini). Sampai sini dulu, nanti kut rajin ada la entry baru. Doakan ibu rajin ya..

Hingga jumpa lagi. Wassalam..



Friday, June 27, 2014

Mengapa Perlu Buat Entry bila Dapat CPUV Nuffnang?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Tadi ibu log in akaun Nuffnang. Alhamdulillah, sepanjang Jun 2014 ibu dapat 4 iklan CPUV dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang

Hah! Dapat CPUV pun buat entry.. Menunjuk la tu. Tetttt..

Haip! Mari kita bersangka baik. Sebenarnya menulis entry tentang CPUV yang muncul diblog kita adalah satu penghargaan kepada pihak Nuffnang. Inilah yang dikatakan win win situation. Kita dapat iklan dan pendapatan, kita berikan pula Nuffnang pengiklanan percuma.

Mungkin dengan entry itu, blogger-blogger baru atau blogger lama yang belum berdaftar dengan Nuffnang terbuka hati untuk berdaftar. Peluang baik, percuma pulak tu. Malah menghasilkan pendapatan pasif. Sudah pasti tak ramai yang menolak..

Dan manalah tahu, kita rajin buat penghargaan pada Nuffnang, maka Nuffnang pun akan rajin bagi kita CPUV. Hehe..



Alhamdulillah, ni lah CPUV sepanjang Jun 2014 di Jemari Asmara.. Ciput je pun jumlahnya, tapi syukur ianya tetap rezeki.

Setakatni, satu dah credited dan 3 masih berjalan. Kut ternampak iklan-iklan tu berjoget di Jemari Asmara, sila-silalah klik ye.. :D

Baiklah, sampai di sini dulu. Terima kasih kerana singgah di sini..


Peluang Jana Pendapatan Dengan Shaklee


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Follower Jemari Asmara rasanya rata-rata dah tahu bahawa ibu seorang Shaklee Indipendent Distributor. Boleh intai-intai cerita tentang Ibu dan Shaklee di SINI (KLIK).

Ibu tertarik dengan Shaklee kerana ia membuka peluang untuk menjana pendapatan. Falsafah, produk dan rancangan perniagaan dalam Shaklee diwujudkan sememangnya untuk memberi 'peluang'. 



Bisnes Shaklee bukan sekadar menjana keuntungan dari segi kewangan sahaja, malah lebih dari itu. Shaklee dalam Business Plannya menawarkan 3C iaitu:

1) CASH BONUS  
Cash Bonus akan dibayar berdasarkan pencapaian jualan individu dan kumpulan. Makin tinggi jualan kita, makin banyaklah bonus yang akan kita terima..

2) CAR BONUS
Car bonus akan diperolehi apabila seorang SID itu telah berjaya mencapai syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Car bonus ni Shaklee bayar dalam bentuk tunai, jadi terpulang nak buat apa. Nak bayar kereta sedia ada boleh, nak beli kereta baru boleh, nak beli benda lain pun boleh.  

3) CONVENTION TRIP (Six Stars Fully Sponsored Trip - Local and Overseas)
Ini pula adalah percutian 6 bintang tajaan Shaklee, samada dalam atau luar negara bergantung kepada point yang telah dikumpulkan oleh seseorang SID itu.
 
Bestkan? Alhamdulillah semua tu bukan omong-omong kosong sebab dengan izin Allah swt ibu telah merasai semua itu. Cash bonus sudah, car bonus sudah, convention trip pun sudah..

Menariknya, perjalanan ibu dengan Shaklee bermula hanya dengan RM75.00 sahaja untuk daftar keahlian. Keahlian pula seumur hidup, tak perlu renew setiap tahun (dengan syarat sekurang-kurangnya ada satu pembelian dalam setahun)..

Tidak perlu modal besar, tidak perlu hingga buat pinjaman peribadi dan tak perlu simpan stok berlambak-lambak di rumah. Cukuplah stok secukupnya untuk pelanggan yang perlukan produk dengan kadar segera..

Malah pembelian barang boleh dibuat secara online. Klik klik klik barang sampai depan pintu. Klik klik klik barang sampai pada pelanggan. Ya betul!! Shaklee boleh tolong poskan barang yang diorder kepada pelanggan. Wah, mudah kan?

'Macam mana ibu jual, ada masa ke? Ibu kan kerja?' Ahahaha.. Tu soalan yang ibu selalu dapat. Jawapannya; ibu jual Shaklee sambil-sambil berFB dan sambil-sambil berblog.

Ramai yang tidak sedar berFB dan berblog membuka peluang pendapatan. Bagi ibu, dari saje-saje update status tentang diri sendiri, boleh juga selit-selit tentang Shaklee. Sambil-sambil buat entry tentang keluarga, selitkan juga entry tentang Shaklee di blog. Kan?

Sekali lagi, ini bukan omong-omong kosong sebab ibu sudah buktikan!
Jadi, jika anda sedang mencari peluang perniagaan, samada separuh atau sepenuh masa, ada modal atau tiada, perlukan bimbingan dan sokongan, ibu jemput untuk menyertai Keluarga Sihat Biz Group (KS BiG) di bawah bimbingan ibu yang bernaung dibawah Master-Master hebat di bawah susur galur Kumpulan Jutawan Shaklee.

Hubungi ibu di:
011-11537821 (wassap sahaja)

Thursday, June 26, 2014

Bila Ibu Yusuf berFareeda Nyata Jelita: Jadi Jelita ke?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pernah dengar tudung Fareeda? Jenama tudung dengan tag line Fareeda Nyata Jelita (FNJ).. Tudung yang begitu popular seantero Malaysia.. Tudung yang mempunya beribu-ribu peminat fanatik. Malah inilah juga tudung yang penuh kontroversi. Haaaaa..

Okey, entry ni bukan nak cerita tentang kontroversinya. Banyak kali juga terbaca status-status negatif tentang tudung ni. Tentang harganya yang mahal, tentang potongannya yang pendek. Ibu mengambil pendekatan berkecuali, sokong tidak, kutuk pun tidak. Sebab pada pandangan mata ibu tudung Fareeda memang cantik. Sebagai manusia biasa yang punya nafsu, obkos teringin juga.. Hehe..

Cuma secara peribadi nak beli tu tanya kemampuan diri sendiri dulu. Kalau mampu; beli, tak mampu; jangan beli. Banyak lagi tudung yang cantik-cantik dengan harga mampu milik..

Tapi nak bagi tau ni, akhirnya ibu pun dah terjebak. Dah terbeli satu.. Eh, sengaja beli sebenarnya. Setakat ni baru sehelai lah. Tak tahu lagi samada itu yang pertama, atau pertama dan terakhir. Eheh..


 Inilah dia Fareeda Aisya yang berjaya menambat hati ibu..

Tudung Fareeda ni ada beberapa jenis. Aisya, Sofia, Noura dan lain-lain. 3 tu je yang ibu tau pun.. Lepastu warna-warnanya pun ada gelaran-gelaran tersendiri. Serindit lah, punai lah (ini kelakar okey..), milo lah, peppero lah, macam-macamlah..

Alaa.. Ibu beli tudung ni pun sempena Shaklee National Conference baru-baru ni. Nak naik pentas ambik award kan, tu beli tudung baru. Gambar naik pentas ada di sini (klik)..

Tudung ni ibu beli online dari reseller. RM198.00 sehelai termasuk pos. Jika beli di butik murah sikit katanya. Tapi ada orang kata bukan mudah nak masuk butik Fareeda, lagi-lagi yang di Bangi tu. Kena ambik nombor la, kena tunggu berjam-jam la, dan masuk membeli ada masa yang ditetapkan tak boleh lama-lama. Wallahua'alam..

Ada orang tanya, macammana ibu pakai Fareeda? Kan pendek? Yang tanya ni sebab dorang tahu, ibu pakai tudung jenis yang macam mana.

Alaaaa.. Ibu buat gini haaa..

v

v

v


Pakai tudung syiria labuh kat dalam. Luarnya sarung la Fareeda tu. Alhamdulillah, tertutup depan, belakang, sisi kiri dan sisi kanan..

Fesyen dan gaya bertudung ni kita yang buat, bukan dia buat kita. Jadi buatla macammana pun, janji tutup aurat. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, tutup pakai baldi pun boleh. Hahaha..

Oh ya, tudung Fareeda ni ada saiz-saiz juga. Cuma maaf kata, yang saiz xl pun tidak mencapai istilah labuh pada pandangan mata ibu. Jadi sebab nak ber FNJ sangat, haaa.. ambik ko, pakai tudung banyak lapis..


Antara gambar berFareeda yang sempat ibu abadikan. 

Bergambar kenangan dengan Master Lyna Noh, salah seorang mentor ibu dalam Shaklee. Orang yang sama dengan gambar di atas tu. Cuma yang atas tu versi poster, yang ni versi orang sebenar..

Balik tajuk di atas; jelita ke? Bagi ibu jelita atau tidak bukan bergantung pada tudung. Jelita ni sesuatu yang sabjektif, lain pandangan mata lain penilaiannya.

Secara peribadi, ibu beli Fareeda sebagai reward untuk diri sendiri. Shaklee National Conference hanya setahun sekali, dan bukan semua orang boleh naik pentas ambik award. Semua tu selepas jerit perih mengembangkan bisnes. Jadi, menjelitakan diri sendiri dengan Fareeda Nyata Jelita adalah hadiah untuk diri sendiri. Hehe..

Sekian, terima kasih sudi singgah dan membaca.. :D


Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2014


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ibu nak kongsikan tentang Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2014 yang akan diadakan besok 27 Jun 2014 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program akan bermula jam 6.30 petang. Tentatif lengkap boleh rujuk pada poster ya..

Program akan dihadiri oleh Ustaz-ustaz berwibawa, ada Ustaz Azhar Idrus, selebriti pun ada. Felixia Yeap pun ada..

Warga Lembah Klang, jom ramai-ramai ke Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2014..



Wednesday, June 25, 2014

Ww: Mengintai Maryam di Kantin Sekolah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


image









  
image




image

Sunday, June 22, 2014

Pejabat Bergerak 'Shah Alam On Wheel'


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, ada ibu kongsikan di Jemari Asmara tentang Van Kaunter 1JPJ. Harini singgah di page Majlis Bandaraya Shah Alam, terbaca pula tentang Pejabat Bergerak MBSA yang digelar 'Shah Alam On Wheel'..

 
‘Shah Alam On Wheel’ merupakan sebuah bas diubahsuai mengetengahkan konsep turun ke padang bertemu masyarakat khususnya para pembayar cukai berurusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Inisiatif tersebut disediakan untuk memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu hadir ke pejabat utama di Wisma MBSA mahupun pejabat cawangannya yang lain seperti di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam. 

Dengan adanya perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan pihak mereka dan ini sekaligus dapat mendekatkan jurang di antara MBSA dan komuniti setempat.

 

  
‘Shah Alam On Wheel’ beroperasi dan tertumpu di tempat awam seperti di kawasan komersial, perumahan, pasaraya atau kompleks beli-belah pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja. Perkhidmatan pejabat bergerak ini juga bergerak melalui permohonan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Persatuan Penduduk dan sebagainya.
 
Antara perkhidmatan yang disediakan :-

1. Semakan dan mencetak bil cukai taksiran
2. Semakan dan mencetak penyata cukai taksiran
3. Mengemaskini maklumat pemunya cukai taksiran (borang)
4. Pembayaran cukai taksiran secara online
5. Pemohonan/pembaharuan lesen/khidmat rundingcara
6. Semakan status permohonan lesen
7. Semakan/ pembayaran kompaun
8. Pembayaran kompaun secara online
9. Membuat semakan / status aduan
10. Pendaftaran Shah Alam Kita
11. Jualan buku peta jalan/ buku Rancangan Tempatan (RT)/kupon letak kereta
12. Jualan buku pelan setara/rundingcara



Pada sesiapa yang membaca entry ini pada hari ini juga, sekarang sedang berlangsung; 

PEJABAT BERGERAK 'SHAH ALAM ON WHEEL'
 

Tarikh:22Jun 2014 (Ahad)
Masa:10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Jalan Plumbum 7 / Q , Seksyen 7, Shah Alam


Warga Shah Alam, silalah ambil kesempatan ini untuk menggunakan perkhidmatan pejabat bergerak yang disediakan, lagi-lagi harini hari cuti jadi tak perlulah ambil masa berkerja untuk berurusan dengan MBSA.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55105133 samb. 1358/1373/1507

Makan-makan di Red Wok Restaurant Bangi


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini kisah malam semalam (20.6.2014), kami makan malam di Red Wok Restaurant Bangi. Restoran ni terkenal dengan hidangan makanan cina, ala Thai, Korean sizling dan steamboat.

Amboi! Jauh makan malam, sampai ke Bangi tu. Perjalanan kami malam tadi lebih kurang 40 minit, 35 km dari Shah Alam, 100% dengan bantuan Waze. Best sangat ke restoran ni sampai sanggup terjah jauh-jauh di malam hari? Haaaa, cuba google.. Ramai dah blogger buat review tentang Red Wok Restaurant Bangi ni.. 

Sebenarnya makan malam kami ni jemputan dari seseorang untuk meraikan pencapaian kami. Siapakah? Dan pencapaian apakah? Kita kiv dulu, sebelum tu mari ibu ceritakan serba sedikit pasal Red Wok Restaurant Bangi tu..

Ini gambar yang ibu ambil dari dari laman web Red Wok Restaurant Bangi http://redwok.com.my


 Pemandangan hadapan restoran di malam hari. Ini baru gambar dari handphone ibu. Terima lah seadanya gambar yang sedikit blur ini..

 Restoran ni besar, berkonsep terbuka dan mempunyai parking lotnya sendiri. Tapi malam tu kami parking di luar sebab parking di dalam penuh sudah.

Restoran ni menawarkan samada hidangan ala carte (goreng-goreng masakan Cina dan Thai) atau buffet untuk sizling dan steambot. Malam tu kami diraikan dengan hidangan sizling steamboat. Yummy!!

Walaupun kami dibelanja, tapi ibu survey juga harganya. Hihi..

Steamboat

Adults - RM28
Children - RM17

Korean Sizzling Steamboat

Adults - RM33
Children - RM21
——–
Children under 99cm eat for FREE

Haaa, itu harganya. Alhamdulillah, murah rezeki kami malam tu.. Yang bestnya dengan harga tu makan la banyak mana pun sampai kenyang. Tapi sebagai manusia normal, banyak manalah kita makan kan? Makan-makan juga, tapi biarlah berpada-pada. Tak gitu?

 Jom cuci mata. Sebelah kiri tu pilihan makanan mentah untuk direbus atau dibakar. Punyalah banyak pilihan. Sebelah kanan pula makanan sedia masak macam nasi goreng, me goreng, samosa, dumpling dan macam-macamlah. Pencuci mulut pun ada; kek, manisan, ais krim dan buah-buahan.


 Tadaaa.. Ni yang best ni. Pilihan sup samada tomyam atau pun sup ayam. Gambar-gambar ni pun ibu ambik dari sini ye.. Dah sebok membakar dan merebus, tak banyak pun ambik gambar. Huhu..

 Wajah-wajah selepas kekenyangan. Hihi.. Licin okey. Oh ya, setiap pembaziran akan dikenakan caj denda. Kalau tak silap ibu RM10.00 untuk 100 gram (betulkan jika ibu silap)..

 Bukan keluarga kami sahaja, tapi 6 keluarga yang hadir bersama. Mereka ni sebahagian dari kami..


 Sebahagian lagi keluarga yang hadir. Maaf dengan kualiti gambar, almaklum malam lagi berasap. Guna handphone je pulak tu..


Dan inilah wajah-wajah yang diraikan. Dari kiri Wana, Lin, Liza, ibu, Gee dan Ina.

Alkisahnya, kami ini adalah antara leaders Shaklee di bawah susur galur grup Polaris yang layak sebagai Star Achiever dalam Shaklee National Conference 2014 baru-baru ni. Ramai lagi yang layak, tetapi ini sahaja yang dapat hadir malam tu..

Malam itu, taukey besarnya ialah Lin aka founder kepada grup Polaris. Terima kasih Lin dan suami yang belanja kami malam tu. Semoga semakin murah rezeki Lin.

Kami bukan sekadar makan-makan, tetapi mentautkan lagi ukhuwah yang dah terbina sebelum ini. Lin pun banyak tinggalkan kata-kata yang meningkatkan semangat kami, sambil 'bakar-bakar' semakin 'terbakar' kami malam tu. Hihi..


 Ole-ole dari Lin..

Sudah la belanja makan, ada ole-ole lagi. Alhamdulillah, ibu dapat buku 'Kuasai Pemasaran Facebook' dan cenderahati dari Australia. Alkisahnya, Lin sekeluarga baru balik dari melancung ke Australia. Bestnya. Sekali lagi, terima kasih Lin..

Sekiranya, ada yang teringin nak mencuba makan-makan di sini, berikut adalah info dan lokasi restoran:

Opening Hours


Monday to Thursdays
Lunch : 12pm to 3pm

Mondays to Fridays
Dinner : 6pm to 12am

Saturday & Sunday
"Almost" all day dining : 12pm to 12am

Please note we are closed for lunch on Fridays

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6019-339-4655 - Awang Hasyim
Email: redwok2u@gmail.com

Akhir kata, entry ini sekadar berkongsi sebahagian aktiviti ibu bersama team Shaklee. Sukalah ibu kongsikan, dalam team kami bukan bisnes semata-mata, tetapi tautan ukhuwah juga adalah perkara utama.


Jika anda sedang mencari peluang perniagaan, samada separuh atau sepenuh masa, ada modal atau tiada, perlukan bimbingan dan sokongan, ibu jemput untuk menyertai kami di bawah bimbingan leader-leader hebat di bawah susur galur Kumpulan Jutawan Shaklee.



Hubungi ibu di:
011-11537821 (wassap sahaja)
zefa_asmara@yahoo.com

Friday, June 20, 2014

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka 2014..

 Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma, maka akan mula berpuasalah kita. 

Sebagai rujukan bersama ibu kongsikan di sini Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M

1.   Negeri Sabah



4.   Negeri Johor












Sumber: e-Falak JAKIM


Boleh klik pada negeri yang kita pilih, muat turun dan tampal. Semoga Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M yang ibu kongsikan di Jemari Asmara ini memberi manfaat pada semua.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M


Wednesday, June 18, 2014

WW: Daun Limau Purut


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Daun limau purut

Ps: selain tomyam, masakan apa boleh kita letak daun limau purut?


Tuesday, June 17, 2014

Perbaharui Lesen Memandu di Van Kaunter 1JPJ


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, ibu pergi ke Karnival anjuran Belia 4B di Taman Meru 3. Ibu datang sebagai petugas Jabatan yang turut menjalankan program di sana. Agensi-agensi kerajaan lain pun ada yang buka booth perkhidmatan, penerangan dan pameran. Dalam banyak-banyak tu, Van Kaunter 1JPJ aka kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan antara yang menarik perhatian ibu.


 Mula-mula tengok dari jauh je. Dalam hati tertanya-tanya juga, van apakah?


 Misi mencari jawapan bermula, maka mari mendekatkan diri. Ada beberapa orang sedang beratur..


 Rupanya Van Kaunter 1JPJ ni menawarkan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, pembaharuan road-tax, semakan senarai hitam, pindaan alamat, semakan tarikh luput lesen memandu, semakan tarikh luput lesen kenderaan motor dan pembayaran saman..


Ececeh, nak juga menampilkan diri. Hihihi..


Yeay! Dah dapat lesen memandu baru..

Alang-alang boleh tukar lesen lama kepada lesen baru kat sini, ibu tukar je terus. Kalau nak ke JPJ pun satu hal, tunggu giliran satu hal. Ibu buat di kaunter bergerak ni tak sampai 15 minit dah siap.

Maaf terpaksa diblurkan termasuk gambar sebab cun sangat. Hehehe.. Alaaa, gambar masa umur awal 20an dulu. Gambar untuk lesen baruni, JPJ cuma scan dari lesen lama..

Ibu tanya juga kepada petugas Van Kaunter 1JPJ ni, tentang jadual pergerakan van ni. Jawapannya tak ada jadual, pergerakan bergantung kepada jemputan dari agensi-agensi yang mengadakan program. Selain itu, kawasan tumpuan Van Kaunter 1JPJ ini adalah di kawasan dimana selalu JPJ menganjurkan program turun bersama orang ramai seperti program Satu Komuniti 1JPJ serta juga di karnival, ekspo dan pameran tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai.

Jadi lepasni, kalau nampak Van Kaunter 1JPJ ni boleh la terjah. Boleh memperbaharui lesen memandu, road-tax, semakan senarai hitam, buat pindaan alamat, semakan tarikh luput lesen memandu, semakan tarikh luput lesen kenderaan motor dan bayar saman.

Ps: anda semua dah tukar lesen baru ke? 

 

Saturday, June 14, 2014

Apa Beza Shaklee National Conference dengan Shaklee National Convention?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam ibu buat entry tentang Percutian Singkat Lagi Budget ke Pulau Kapas Terengganu. Dalam tu ibu ada cerita mengapa kami hanya sempat buat percutian singkat sahaja. Salah satunya sebab cuti yang ada termasuk untuk menghadiri Shaklee National Conference dan Shaklee National Convention..

Rupa-rupanya ada yang tertanya-tanya apa beza Shaklee National Conference dengan Shaklee National Convention? Ok, mari ibu ceritakan secara ringkas ya..

Shaklee National Conference adalah perhimpunan rasmi semua pengedar Shaklee dari seluruh Malaysia. Program ni kebiasaannya diadakan sekali setiap tahun pada bulan Jun.


 Shaklee National Conference tahun ini diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre selama 2 hari bermula 7 hingga 8 Jun 2014..
 
 Banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini termasuk perkongsian kisah kejayaan daripada pengedar berjaya, pelancaran produk baru,  amanat dari orang besar Shaklee, persembahan dan yang paling ditunggu-tunggu ialah penganugerahan untuk pengedar dan leaders yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Mereka yang layak menerima anugerah digelar 'Star Achievers'..


 Salah seorang Shaklee Star Achiever.. Alhamdulillah..

Ok, Shaklee National Convention pula ganjaran dari Shaklee untuk pengedar-pengedar yang layak. Mereka yang layak untuk Shaklee National Convention digelar 'NC qualifier'..

 Shaklee National Convention salah satu dari 3C yang ditawarkan oleh Shaklee. Secara ringkas, ada 3C dalam Shaklee iaitu Cash bonus, Car bonus dan Convention Trip. Alhamdulillah, ibu dah berjaya capai ketiga-tiga 'C' tersebut. Oh ya, maklumat lebih jelas tentang 3C boleh dibaca dalam entry ibu yang ini (klik).



Penginapan di Sunway Hotel & Spa yang disediakan untuk 'NC qualifiers'..

Untuk tahun ini Shaklee National Conference dan Shaklee National Convention telah digabungkan dan diadakan serentak. InsyaAllah jika ada kesempatan ibu akan kongsikan pengalaman hadir kedua-dua program tersebut.

Ibu harapkan entry ringkas ini memberi jawapan kepada persoalan apa perbezaan di antara Shaklee National Conference dengan Shaklee National Convention.
Entry ini sekadar berkongsi apa yang ibu perolehi dengan Shaklee dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Ibu cuma nak bagi tahu, dalam Shaklee kita bukan sahaja dapat bonus dalam bentuk tunai tetapi lebih dari itu.Besarlah harapan ibu untuk membantu rakan-rakan di luar sana untuk turut berjaya bersama kami.

Jika anda sedang mencari peluang perniagaan, samada separuh atau sepenuh masa, ada modal atau tiada, perlukan bimbingan dan sokongan, ibu jemput untuk menyertai Keluarga Sihat Biz Group (KS BiG) di bawah bimbingan ibu yang bernaung dibawah Master-Master hebat di bawah susur galur Kumpulan Jutawan Shaklee.

Hubungi ibu di:
011-11537821 (wassap sahaja)
zefa_asmara@yahoo.com


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...