Follower

Thursday, September 17, 2015

Gajet Baru Dapur Ibu ~ Noxxa Pressure Cooker

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Mempersembahkan, periuk baru ibu ~ Noxxa Pressure Cooker (PC)

Baru tak baru sangatlah, beli sebelum raya tahunni. Dah pakai beberapa kali pun. Beli periuk noxxa ni 100% hasil dari pengaruh rakan sebaya. Hebat ke tak hebat pengaruh tu?

Adala 3-4 orang dalam group wassap ex-sekolah menengah ada Noxxa PC ni. Masing-masing bercerita masak itu, masak ini. Asyik cerita yang best-best je pasal Noxxa PC ni. Walhal, tak ada seorang pun dealer aktif Amway dalam tu. Maksudnya masing-masing bercerita dengan ikhlas dan tak ada niat menjual.
 
Setahun tau ibu bertahan dengan godaan kawan-kawan dalam group wassap tu.Ibu fikir-fikir, ibu ni bukan 'ahli masak-masak' pun. Rajin tu datang sekali sekala, takut beli jadi tukun pulak. Hehe..

Dah tu macammana boleh terbeli? Entahla, kena pukau kut. Hahaha.. Gurau je, marah kawan yang jual tu kalau baca ni.

Beli sebab ada kawan jadi ahli dan offer harga istimewa. Dan masatu nak raya, kawan-kawan pulak hasut boleh masak rendang 8 minit, pulut 6 minit, nasi arab 7 minit. Akhirnya, beli la jugak..

Noxxa PC ni ada pelbagai fungsi

Periuk ni ada fungsi high pressure, slow pressure, kukus, stir-fry, slow cook, reheat-warm.


 Dalam periuk

Periuk ni besar, boleh masuk 2 ekor ayam saiz sederhana. Boleh masak 2 kg beras. ini cerita kawan-kawanla. Setakat ni ibu pernah masak paling banyak sekilo beras je dan seekor ayam.

Walaupun beli sebab terpengaruh, saje-saje beli dan bukannya keperluan mendesak, setakat ni ibu belum menyesal beli periuk mahal ni. Serius tak menyesal..

Dan serius periuk ni memang best, walau ibu tak cuba lagi resepi-resepi yang berlambak-lambak kat luar sana. Setakatni ibu baru guna Noxxa PC ni untuk masak;

- nasi arab 7 minit (2 kali)
- sup kambing 30 minit (2 kali)
- pulut kuning 6 minit
- kari kambing 30 minit
- ayam panggang 5 minit (3 kali)
- nasi goreng tomyam 5 minit

Baru 10 kali guna tapi dah berdentum-dentum dalam hati kebestannya. Hihi..

Ok lah, tu je ibu nak share pasal Noxxa PC ibu setakat ni. Lain kali kalau rajin boleh la tayang hasil masak-masak. Setakat yang dah masak tu, tak ada gambar closed up. Gambar masa tetamu tengah makan adalah..

Oh ya, periuk ni harga pasaran RM788.00, tapi ibu beli RM600.00 ++ je. Ada yang berminat nak beli ke? Boleh email nama dan no telefon ke zefa_asmara@yahoo.com. Nanti ada pihak yang akan hubungi anda semula..

Hingga jumpa lagi, salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam

Wednesday, September 9, 2015

16.8.2015 ~ Birthday Maryam, Jalan-jalan Port Dickson & Potong Kek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lagi cerita 'lontar belakang'. Alon-alon asal kelakon, tak pe lambat buat entry janji masuk blog juga akhirnya. Hehe..

Alhamdulillah.. 16 Ogos 2015 yang lepas anakanda solehah ibu, Maryam Nabihah genap umurnya 8 tahun. Syukur, anak ibu membesar dengan baik dan sihat. Sebagaimana harapan semua ibu-ibu, ibu juga mengharapkan Maryam akan terus membesar sebagai anak yang solehah, beriman, bertaqwa, berbudi pekerti mulia, berakhlak terpuji, sihat dan mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Aamiin..

Sempena birthday Maryam, ibu dan ayah bawa anak-anak berjalan ke Port Dickson. Short vacation je, pergi Sabtu balik Ahad. Birthday girl nak mandi kolam, jadi ibu dan ayah bawak duduk hotel yang boleh mandi 24 jam sampai kecut. Aumm..

Gambar dari Google

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kami untuk bawa anak-anak menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Hotel ni baru lagi dibuka (tahun ni juga tak silap), berada atas air, bertaraf 5 bintang, mempunyai private pool dan sauna. 

 Lagi gambar dari Google

Saje try hotel ni pulak sebab sebelumni dah pernah duduk yang Grand Lexis. Boleh tengok entry lama ibu pasal Grand Lexis di SINI (klik)..

Rasanya dua hotel ni adik beradik je, company yang sama. Cuma bagi ibu Lexis Hibiscus lebih moden dan segar tatahiasnya. Grand Lexis pula kelebihannya lebih privacy..

InsyaAllah entry penuh dan review tentang hotel tu ibu dah buat di blog satu lagi. Jemput singgah ke blog wordpress ibu www.keluargasihat.comIbu dah catatkan Kenangan Percutian Di Lexis Hibiscus PD di sana.

Dalam entry tu akan ibu bongkarkan, best ke tak sebenarnya hotel tu. Benar-benar 5 bintang atau macammana? Sampai ada 1 insiden tu, duty manager keluar bila ibu pok pek pok pek di kaunter. Hehe..
Di Lexis Hibiscus ni kami ambik bilik yang paling murah sekali di bahagian daun, RM899.00 untuk semalam dan deposit sebanyak RM200.00, jadi standby RM1k++. Kalau yang bahagian kelopak tu lagi la mahal..


Ini sebahagian koleksi gambar-gambar kenangan kami di Lexis Hibiscus. Kami memang habiskan kebanyakan masa dalam bilik sahaja. Check in, terjun kolam, keluar makan malam, terjun kolam balik, tidur, bangun tidur, terjun kolam balik, sarapan tepi pool, masuk kolam balik, kemas-kemas, lepas tu check out. Ye lah, bayar mahal-mahalkan jadi guna sepenuhnya. Hehe..


Gambar kenangan depan bilik yang kami duduk..

Eksited benar rupa ibu dalam gambar tu kan? Tu gara2 setting kamera, pastu lari sambil gelak-gelak, tekan break kaki, kamera terus klik! Tu yg jadi macam tu tu. Haha..

Lepas check out, kami pergi ke Rumah Terbalik Port Dickson. Tiket masuk RM15.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Jadi kami nilai tiket kami berlima berjumlah RM50.00 sekali masuk. Best ke masuk rumah terbalik ni? Jom layan gambar Yusuf dan Maryam dulu..









Secara keseluruhannya, Yusuf dan Maryam happy masuk dalam ni. Berbaloi bayar tiket, sampai yang part ibu tak bagi masuk pun dorang masuk. Tuuu, yang dalam toilet tu. Eiii, geli ibu..

Tapikan, nampak sangat muka Ayah Yusuf tak happy dalam ni. Kesimpulannya, tempat ni sesuai untuk mereka yang riang ria dan suka ambik gambar. Memang fun la.. Tapi yang jiwa 'veteran' macam Ayah Yusuf agaknya dalam hati "Ek eleh.. Entah apa-apa". Keh keh keh..

Cuma suasana dlm ni agak suram. Ambik gambar pulak dengan kamera phone biasa-biasa, jadi gambar tak berapa nak cantik lah..


Ini gambar hadapan rumah terbalik tu, bangunan rumah kedai. Rumah ni beralamat di No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk kemang batu 9 (Near Ostrich Park & Politeknik), Port Dickson

Siap menjelajah dalam rumah terbalik, kami jalan-jalan cari makan. Tak tahu pun nak makan apa dan kat mana. Start kereta, jalan, nampak macam best kami berhenti. Tapi tat kala entry ni ditulis, ibu dah tak ingat pun nama kedai tu. Yang ibu ingat, Yusuf dan Maryam makan nasi ayam, ibu dan ayah makan nasi putih dan asam pedas. 


Dan masa kat tempat makan tu hanya ini yang sempat disnap.. Lepas makan terus balik, menjelang petang kami dah sampai rumah..

Sampai rumah, birthday girl tanya kek. Alamak! Ingat dah bawa bercuti dah tak payah kek. Ekeke.. Malam tu keluar la balik pergi kedai kek. Tapi dah malam kan, kek dah tak banyak pilihan..

Sebab birthday girl baik, pujuk punya pujuk dia kata ok la potong kek malam besok aje..


Dan hari Selasa berikutnya, inilah kek untuk birthday Maryam. Kek biasa-biasa je, kami memang tak pernah tempah kek yang beria-ia sangat..


Anak solehah ibu yang dah besar. Tapi nape dik senyum macam tu? Ekeke..


Ibu dan anaknya. Abaikan ibu yang serabai itu..



Ayah dan abang yang cuma fokus dengan makan nampaknya. Huhu..


Begitulah kisah birthday Maryam tahunni. Ayah kata macam puteri raja, sambut birthday 4 hari 4 malam (Sabtu - Selasa). Hihi.. Kami memang tak pernah buat majlis atau party untuk birthday anak-anak, tapi kami sambut dengan cara kami sendiri. Yang penting, rasa bersyukur yang dipanjatkan kepada Ilahi..

Sekian catatan ibu, hingga jumpa lagi..

Salam mesra;
Ibu Yusuf & Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...