Follower

Sunday, January 6, 2013

MUSIM SALJI DI TAMAN IKLIM SEDERHANA 4 MUSIM @ TBNSA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini catatan aktiviti hujung minggu kami pada 30 Disember 2012 yang lepas. Kami jalan-jalan ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Tak sampai 10 minit pun dari rumah kami. Hehehe..

Tahun 2012 memang betul-betul tahun berjimat cermat untuk aktiviti cuti-cuti Malaysia kami. Tiada penginapan di hotel dan tiada perjalanan jauh. Kalau ada pun ianya merangkap balik ke kampung ayah. 

Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai  TPM yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang TBNSA, anda semua boleh ke laman web rasmi Taman Botani Negara Shah Alam.
Tujuan utama kami ke TBNSA memang nak ke Taman Iklim Sederhana 4 musim. Nak pusing habis satu TBNSA memerlukan masa sekurang-kurangnya sehari. Tenaga pula kena cukup, sebab luas tauu..

Kami bertolak dari rumah selepas solat Zuhor, sampai sana dalam jam 2.30 petang macam tu. Terus beratur beli tiket.


PERKARA
KADAR HARGA (1 Unit @ 1 Hari)
HARI BIASA
H. MINGGU /
KELEPASAN AM
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN
Jualan tiket dewasa (12 – 54 tahun)
RM 3.00
Jualan tiket kanak-kanak (6 – 11 tahun)
RM 1.00
Pelawat warga emas (55 tahun keatas)
RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun dan ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kurang Upaya
Masuk Percuma
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM
Jualan tiket dewasa (12tahun dan ke atas)
RM 5.00
Jualan tiket kanak-kanak (4-11 tahun)
RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun dan kebawah dan Orang Kurang Upaya
Masuk Percuma

Jadual harga tiket ni ibu copy dari laman web rasmi TBNSA, cuma ibu dah edit sebab ada perubahan harga. Tapi ibu silap masa beli tiket, ibu tersebut 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Sepatutnya Maryam tak kena bayaran lagi untuk masuk kecuali untuk Taman Iklim Sederhana. Nasih baik RM1.00 je.. Hehehe..

Lepas bayar, masuk, kami beratur untuk naik tram. Kami menang plan nak naik tram untuk perjalanan pergi dan jalan kaki untuk perjalanan balik.
Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil sebelum kamera ibu kehabisan bateri. Lupa nak charge.. Huhuhu..


  Ada beruang kutub.. Chomel je dia.. Ehehe..


 Ada snow man.. Kesian dia tak ada kawan..


 Lagi pemandangan di dalam.. kecik je ruangnya, tapi jadilah. Sangat-sangat berbaloi dengan harga tiket yang kita bayar. kalau masuk iCT dah berapa dah ni. Kan?


 Kenangan sekeluarga.. Terima kasih buat seorang adik manis yang tolong ambikkan gambar kami..


 2 beradik yang kesejukan..


  Purple gitew.. Tak plan pun nak pakai sedondon, baju dan tudung main pakai je tu..

 Dari luar pintu kaca.. 

BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN

MUSIM
MUSIM
November – Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Jadual perubahan musim yang ibu copy dari SINI..

Ada beberapa gambar lagi dalam handphone ayah, insyaAllah kalau rajin ibu upload ya. Selain ke Taman Iklim sederhana 4 Musimni, kawan ada juga singgah ke Taman Haiwan. Ala-ala mini zoo gitu, tapi menarik juga..
TBNSA ni beroperasi dari jam 8.30 am hingga 4.30 pm. Tapi hari tu kami keluar dah lebih jam 5.00 pm pun. Dalam tempoh lebih kurang 3 jam kami cuma sempat lawat 2 tempat, jadi kalau merancang nak jelajah semua tempat, anda mesti datang awal pagi ya..
Sekian dulu catatan ibu..


Iklan:

   
ESP: antara produk Shaklee yang paling laris. Menjadi buruan ibu-ibu menyusu dan wanita yang ingin cantik.
Keterangan lanjut boleh baca di SINI ya. Terima kasih.. 
 

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 


Kelebihan Shaklee ESP

  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (jika ianya diminum diwaktu pagi, kita akan rasa bertenaga dan kurang lapar, dan ianya satu kelebihan untuk weight management)
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : kehamilan yang lebih sihat – well-grown fetus
  • Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

 
Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?



Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak (sejuk atau air suam2 kuku) ataupun bancuh bersama susu atau jus atau apa-apa air kegemaran anda cuma jangan bancuh dengan air yang terlalu panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.

 Kredit: Vitamin Semulajadi & MamaFaiz

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk keterangan lanjut hubungi:
Puan Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909824]
Call/ sms: 012 3659728
WhatsApp: 011 11537821
Email: zefa_asmara@yahoo.com



Thursday, January 3, 2013

WHIPPED CREAM DENGAN LOGO HALAL JAKIM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahun lepas (padahal baru beberapa hari yang lepas.. ekekeke..), ibu buat entry tentang Choclova Tiramisu. Tiramisu simple dimple yang nampak sungguh cantik dan pastinya sangat sedap (kecuali anda bukan penggemar krim keju).

Bila tayang di blog biasanya ibu tayang juga di FB. Ada kawan tanya ibu guna whipping cream jenama apa? Ibu guna jenama ini..

v

v

v


Jenama Mauri..

Jujurnya ini kali pertama ibu jumpa yang bertanda halal JAKIM. Biasanya kalau ada pun, halal luar negara, kalau tak pun tak ada tanda halal langsung.

Oh ya, untuk resepi tiramisu biasanya orang guna dairy whipping cream, tapi teruja jumpa yang ada tanda halal JAKIM, ibu guna yang non dairy ni.

Apa beza di antara Non Dairy Wipping Cream ( Krim putar bukan Tenusu) dan Dairy Wipping Cream (Krim Putar Tenusu)? Ibu jumpa jawapannya dalam blog Kak Ita Masam Manis. Untuk baca klik SINI ya..

Sampai sini dulu catatan ibu, hingga jumpa lagi.

Wassalam..

Monday, December 31, 2012

CHOCLOVA TIRAMISU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salinan dari status ibu di FB pagi tadi:

Salam pagi Isnin.. Mulakan hari terakhir ditahun 2012 ini dengan cas2 +ve.. Warnai dengan keceriaan.. Raikan dengan senyuman.. Taburi dengan keikhlasan.. Semoga hari ini dan hari2 yg mendatang lebih baik dari semalam.. InsyaAllah :-)

Beberapa jam lagi 2012 akan meninggalkan kita semua dan menjelang pula tahun baru 2013. Banyak perkara pahit dan manis yang telah berlaku dalam hidup ibu. Yang pahit biarlah tersimpan dalam lipatan memori dan insyaAllah yang manis akan ibu kongsikan jua nanti.

Sebagai entry penutup di tahun 2012, terima lah entry penuh kemanisan, entry air tangan ibu Choclova Tiramisu.


Choclova Tiramisu

Suka-suka bagi nama sendiri sebab ianya diinspirasikan dari tiramisu dan taburan buah-buahan import laksana pavlova.. Ahahaha..


Ada kawan komen di FB, macam hidangan kat hotel katanya..

Hakikatnya, nak buatnya semudah 1, 2, 3.. memang sengaja ibu buat sesempoi habis..

RESEPI CHOVLOVA TIRAMISU

Bahan-bahannya:

1 kek coklat lembab secukupnya
250 g krim keju
1 cawan non dairy whipping cream
Buah-buahan secukupnya

Cara-caranya:

1. Susun kek coklat di dalam bekas
2. Pukul krim keju dan whipping cream
3. Ratakan di atas kek
4. Tabur buah-buahan
5. Sedia dihidang.. 

Ehehehe.. kan dah kata, sempoi je.. Selamat mencuba..


Iklan:


Promosi YES akan berakhir malamni. Pengeposan terakhir untuk YES order akan ibu buat pada 2 Januari 2013. Sempat lagi ni, cepat-cepat hubungi ibu tau!!

Call/ sms: 012 3659728 (Zefa)
WhatsApp: 011 11537821

 Terima kasih


Saturday, December 29, 2012

PRODUK FELINNA BEAUTY KINI DI GIANT JALAN KEBUN SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update pada 4 April 2013: Felinna PMCVC kini berwajah baru, dengan formula lebih hebat dan packaging lebih mantap. Lengkap dengan tanda halal JAKIM dan no pendaftaran KKM.

Tiada lagi kapsul berwarna biru putih.

Untuk wajah terbaru Felinna PMCVC baru, sila klik SINI. terima kasih.

******************************* 
Syukur alhamdulillah, hari ini Jemari Asmara dilawati juga akhirnya oleh pemiliknya. Pemiliknya? Ibu lerrr, siapa lagi.. hehe.. Dah 4 hari ibu tak sihat, jadi mood nak berblog pun ikut tak sihat. Alhamdulillah, malam ni gigih on juga lappy ni..

Okey, balik kepada tajuk.. Bukanlah produk Felinna Beauty tu dijual dalam Giant ye. Kang tak pasal-pasal ibu kena saman dengan pengurusan Giant Jalan Kebun pulak.. 

Alkisahnya, salah seorang agent terbaru ibu kerja di salah satu lot kedai yang terletak di Giant Jalan kebun. Jadi, siapa-siapa nak COD InchLoss Lotion dan Vitamin C + Collagen (PMCVC) di sana boleh hubungi:

011 12375736 (Puan Elly)

Atau pun, boleh je terus terjah beliau di lot kedai bernombor G7 atas nama Ros Collection.

 Ros Collection menyediakan sebahagian keperluan untuk wanita terutamanya pakaian. 


 Ada tudung, ada aksesori..


 Ada maxi, ada jubah, ada kain pasang, ada telekung..


 Ada baju kurung.. Blouse, skirt, peplum, hand bag pun ada..


 Dan, produk Felinna Beauty juga..

Jadi, kepada yang jalan-jalan atau membeli belah di Giant Jalan Kebun tu, jemputlah singgah ke Ros Collection ye. Sambil-sambil tu boleh la belek-belek InchLoss Lotion dengan PMCVC tu..

Tak pun, tak payah belek-belek, tapi beli je terus. Hehehe..

Tapi, kalau anda mahu Felinna InchLoss Lotion dan PMCVC sampai terus ke depan rumah anda boleh hubungi ibu sendiri di:

Call/ sms: 012 3659728 (Zefa)
WhatsApp: 011 11537821

 Terima kasih


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...