Assalamualaikum wbt..
Maaf la sahabat-sahabat, agak kasar tajuk n3 ibu hari ini. Tapi ini bukan ayat ibu tau, cuma ia ada kaitan dengan apa yang ibu nak luahkan pada hari ini.
Beberapa hari yang lepas, ibu menerima jemputan ceramah dari sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. Tak perlulah ibu sebutkan nama dan di mana sekolah tersebut.
Alhamdulillah, tugasan ibu berjalan lancar walaupun menurut makluman dari guru yang terlibat, pelajar-pelajar yang dipanggil untuk mendengar ceramah ibu adalah pelajar-pelajar kelas hujung dan bermasalah. Pelajar-pelajar memberi kerjasama yang baik kepada penceramah.
Usik mengusik, bercakap-cakap dan tertidur semasa mendengar ceramah, ibu kira satu perkara yang biasa. Ibu pun kadang-kadang buat perkara yang sama masa dengar ceramah. Hehe..
Ibu tamatkan sesi ceramah ibu selepas sejam setengah ibu bercakap. Dalam masa sejam setengah ibu rangkumkan 3 perkara iaitu kesedaran kerjaya, motivasi serta pencegahan rokok dan dadah. Kemudian, ibu pas pula pada pembantu yang ibu bawa, untuk membuat beberapa aktiviti.
Ketika aktiviti dan game dijalankan, ibu mula membuat pemerhatian kepada guru-guru pula. Aduh bila mengenangkannya, tiba-tiba ibu rasa nak pendekkan n3 ini.
Dipendekkan cerita, ini adalah dua ayat yang keluar dari mulut seorang guru terhadap anak muridnya (yang nakal) dan di dengar sendiri oleh ibu, berlaku di hadapan ibu sebagai tetamu.
1. "Ko, kalau aku terajang ko baru ko tahu".
2. "Ko ingat aku bodoh macam engko?".

Ps: apa pandangan sahabat-sahabat