Assalamualaikum wbt..
Pecal; nanti ibu cerita dalam n3 lain, trile dah cerita, nasi impit ibu rebus ketupat Nona je, kuah kacang kawan bagi. Nugget? Hehe.. tak yah cerita le..
Alkisah laksa Terengganu, ibu baru pandai buat tahun lepas kalau tak silap. Resepi dapat dari Puan Siti Mariam, xbos ibu. Jadi, untuk makan-makan kalini.. ibu gigih buat laksa Terengganu. (Bangga gitew, orang Jawa nan sorang ni boleh buat laksa ganu.. hehe..)
Malam tu Tok Guru laksa ibu datang, dia kata okey. Harap-harap komen yang jujur ye Tok.. :D
Resepi asal yang ibu dapat untuk seperiuk kecil. Kalini ibu buat seperiuk besar. Jadi, memandangkan entah tahun bila pulak ibu nak buat laksa lagi, ibu takut lupa pula anggaran bahan-bahannya. Masa masak ibu main agak-agak je, tapi alhamdulillah cukup rasa. Kak ipar kata okey dan sedap, ayah pun kata sedap.. Tapi sapa letak belacan lebih mesti rasa masin..
Okey, ibu kongsikan resepi Laksa Terengganu anggaran untuk 25 orang makan.
Resepi Laksa Terengganu
Bahan-bahannya:
Kuah
1 1/2 kg ikan sardin
5 keping asam keping
6 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 sudu makan lada hitam ditumbuk
3 kiub ikan bilis atau 1/2 inci belacan (ibu tak masuk belacan sebab budak-budak makan)
1 kg santan (standard yang jual kat pasar tu..)
Garam
Laksa dan awasnya
2 1/2 kg laksa (ibu beli yang ready made je.. tak rajin le nak rebus selepas pristiwa laksa hancur.. huhu.. )
limau kasturi
belacan mentah
cili giling
cili padi dipotong
kacang panjang dipotong
bunga kantan dipotong
timun dipotong
taugeh dibersih dan ditos (tak payah celur tau..)
* Cara potong, silalah tengok gambar ye.. :D
Cara-caranya:
Rebus ikan dengan sekeping asam keping dan sedikit garam. Bila dah masak, toskan dan ketepikan airnya.
Asingkan isi ikan dan tulangnya. Kisar sebahagian isi ikan dan tumbuk sebahagian lagi. Kalau tak rajin kisar je semua.. tapi ibu rajin. Kah kah kah.. (abaikan keperasanan ini..) Kisar guna air rebusan tadi je..
Kisar bawang merah dan halia..
Masukkan semua bahan untuk kuah dalam periuk dan kacau hingga masak. Jangan lupa letak garam dan rasa.. :D
Selesai! Senang je buatnya, kan?
Cara hidang/ makan;
Letak laksa, bahan-bahan aksesori dan siram kuah. Oh ye, secara tradisinya makan guna tangan. Sebab nak ratakan belacan tu.. (Tapi zaman dah berubah, orang terengganu sendiri makan pakai sudu.. kih kih..)
Okey, selesai resepi.. Kita layan 2 keping gambar yang senget benget ni..
Lupa ambik gambar close up kuahnya..
Susun main letak je..
Ps: Suka tak laksa Terengganu? tak semua orang suka rasanya sebab dia berlemak..