Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Jumaat lepas, kami sekeluarga ke Butik Inspirasihana Shah Alam. Untuk makluman semua, Butik Inspirasihana ni adalah gedung tudung online terbesar yang menjual tudung-tudung labuh sahaja. Selain menyediakan perkhidmatan penjualan tudung labuh secara online, mereka juga ada Butik di Ipoh dan Shah Alam.
Tujuan asal kami datang ke situ bukan untuk shopping, tapi tujuan lain. Kami bawa Maryam Nabihah hadir pre-shoot untuk pemilihan model cilik Inspirasihana. Sekadar cuba mempertengahkan bakat yang ada, tapi sudahnya 'kaku'. Haha.. Maryam malu kut, sebab ramai yang memandang. Cerita maryam tu entry lain ok.
Balik pada cerita shopping, biasalah.. Nama pun perempuan kan. Alang-alang dah sampai ke situ, beli ajelah mana yang berkenan.
Suasana dalam butik Seksyen 7.. Gambar ibu ambil dari FB Inspirasihana..
Ececeh.. Ibu siapa ni? Gambar ni pun ibu ambil dari FB Inspirasihana..
Beli sehelai je pun. Sebab bawa duit ciput. Hihi.. Ada gak hikmahnya. Kalau tak memborong tak ingat agaknya..
Ini ha tudung yang ibu beli, cuma bukan warnani..
Butik
Inspirasihana Shah Alam Seksyen 7..
Terletak di Jalan Zirkon
belakang UNISEL, beroperasi setiap hari dari hari Isnin sehingga
hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.
Jadi kawan-kawan terutama yang di Lembah Klang, yang mencari tudung labuh yang berkualiti, ibu syorkan untuk datang ke sini. InsyaAllah, pasti ada yang akan memikat hati. Kawan-kawan di Perak juga boleh ke butik mereka di Ipoh.
Buat kawan-kawan yang berada di sepelusuk Malaysia, jangan kecewa. Merekakan gedung tudung online terbesar, mestilah boleh beli secara online.
Klik sahaja banner ni dan selamat membeli belah.. :D