Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung Jemari Asmara.
Alhamdulillah, kembali berblog setelah beberapa hari terputus talian internet. Situasi biasa setiap kali balik kampung. Setakat whatsapp insyaAllah lepas. FB pun lepas post status sendiri je, nak baca komen, nak buka inbox memang kadang boleh kadang tidak. Sabar ajelah..
Malam ni bila buka blog, saje-saje tengok catatan mingguan popular. Wah! Entry 'Resepi Singgang Daging Terengganu' yang ibu tulis tahun 2011 tiba-tiba melonjak naik. Masing-masing cari resepi nak masak daging nampaknya.
Singgang daging ni antara menu masakan daging yang tidak terlalu berat. Bagi ibu kategori berat ni macam kari, gulai, kurma.. Kalau singgang ni rasa ringan je. Hehe.. Faham ke faham? Buat-buat faham ye..
Sementara ibu godek-godek dan edit gambar-gambar ibadah korban yang lepas, ibu up semula Resepi Singgang Daging Terengganu dalam entry baru. Maaf, gambar lama. Raya Haji tahunni belum sempat nak menyinggang lagi.
Bahan-bahannya:
200 gram daging (anggaran 2-3 orang makan)
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci lengkuas dihiris
1 inci kunyit hidup dihiris
1 batang serai diketuk
1 keping asam keping
1/4 sudu lada hitam dikisar/ tumbuk
1/2 sudu ketumbar dikisar/ tumbuk
1/2 sudu jintan putih dikisar/ tumbuk
Garam secukup rasa
Air
Cara-caranya:
1. Rebus daging bersama bawang putih, lengkuas, kunyit dan serai hingga menggelegak.
2. Masukkan bahan kisar dan rebus hingga daging empuk
3. Masukkan garam dan asam keping.. Rasakan masin masamnya dan sedia untuk dihidangkan.
Nota ibu:
* Kakak ipar ibu kata nak ringkas, letak serbuk sup pun boleh juga..
* Kadang-kadang mak mertua ibu letak serai, kadang-kadang tak letak. Maknanya, serai tu tak wajib lah ye..
* Mungkin resepi di atas ada perbezaan dengan orang lain masak. Resepi yang ibu kongsikan ni, semuanya hasil tengok mak mertua dan kakak ipar masak. Senang cerita, ini cara mereka.
Resepi ni boleh masuk dalam menu sihat. Tak ada guna minyak-minyak bagai. Rebus-rebus sahaja.. Bagi yang belum pernah buat, silalah cuba. Ringkas sangat-sangat dan sedap.
Hingga jumpa lagi.. :D
Hingga jumpa lagi.. :D
* IKLAN *
Ibu
nak kongsikan pada dia dan pembaca-pembaca Jemari Asmara semua satu
video perkongsian pengalaman seorang ibu muda yang sembuh dari gastrik
secara tidak sengaja.
Sesiapa yang ada gastrik tu wajib tonton. Untuk manfaat bersama mohon share entry beserta video ini di FB masing-masing. Semoga membantu dan memberi jalan untuk ikhtiar.
Sesiapa yang ada gastrik tu wajib tonton. Untuk manfaat bersama mohon share entry beserta video ini di FB masing-masing. Semoga membantu dan memberi jalan untuk ikhtiar.
Ps: Sebarang maklumbalas atau pertanyaan lanjut tentang produk yang dinyatakan, boleh dinyatakan diruang komen atau boleh hubungi ibu melalui email: zefa_asmara@yahoo.com
sedap ni..lagi-lagi banyak daging korban kat peti tu...
ReplyDeleteAduhai Zefa, akak memang dah lama teringin nak makan singgang daging nie. Bagusnya awak up kan entry lagi. Terima kasih.
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDeletefebret ni
masa mula-mula makan lauk ni, terkejut betul ada singgang daging...hanya di terengganu..sedap sangat!
ReplyDelete