Entry makanan lagi........ :D
Silalah gelak guling-guling ye, jika anda rasa tajuk di atas indah khabar dari rupa. Hahaha.. Ibu Yusuf ni tak adalah tangan bangku sangat sebenarnya, (pinjam istilah Ummu Muhammad) tapi entahlah.. bab deko-deko makanan mesti gagal. Ish ish ish.. :-( Tapi yang penting rasa kan?
Untuk makluman, ibu tak guna pun resepi Devil's Food Chocolate Food tu.. Tapi sebab ada la ala-ala sikit, nak la juga bagi nama tu. Hik hik.. (marah laa tuan punya resepi asal..)
Al kisah mula teringin nak buat, bila sahabat blogger nun jauh di Finland sana buat kek ala-ala macamni. Tapi tangguh punya tangguh, bila ibu cari balik entry tu kat blog pepel tu, tak jumpa la pulak.
Maka bermula la operasi gugel menggugel. Masa tu la jumpa resepi Devil's Food Chocolate Food tu.. Tapi ada beberapa faktor yang ibu tak dapat ikut resepinya;
Pertama: Resepi kek coklatnya memerlukan dibakar dengan oven. Ibu tadak oven. Nak cuba derhaka tukar bakar dengan kukus takut tak jadila pulak.. Jadi ibu guna resepi Kek Coklat Lembab Kukus sahaja.
Kedua: Tang Cream Cheese Frostingnya, ibu dapat ikut. Cuma ada derhaka sikit sahaja.. Itu pun sebab bahan tak cukup.
Ketiga: Resepi asal coklat ganache untuk DFCK tu memang nampak sangat sedap. Tapi kena guna whipping cream la pulak. Ibu jelajah pasaraya, tak jumpa satu pun jenama yang ada tanda halal. Dah la ada kod E4** pula tu. Ibu baca di internet whipping cream jenama Anchor halal, cuma tak jumpa pula jenama tu masa cari. Jadi ibu guna resepi coklat ganache dari blog Dayang Jack. Cuma guna coklat masakan, mentega dan susu segar. Tapi ibu buat tercair la pulak.. Huhu..
Rupa paras yang tak berapa semenggah.. Tapi Yusuf kata; "Mmmm.. sedapnya ibu". Kembang kempis ibu mendengar pujian anak. Kih kih kih..
Ibu letak resepi yang ibu guna di sini sebagai rujukan sendiri dikemudian hari.
Resepi kek Coklat Lembab Kukus Munira
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair - ibu guna susu kotak
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
Bahan B - di ayak
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
- 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
4 biji telur - diblender (ibu pukul hingga kembang.. dah beli dah pemukul telur)
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jd mendap.
** Ibu kukus 30 minit sahaja sebab gas habis. Sadis betul, tapi alhamdulillah dah masak tau!!
Resepi Cream Cheese Frosting
Bahan-bahannya:
250 gm philapedia cream cheese (ibu guna Tartura, murah sikit..)
125 gm butter
1 cawan icing sugar - ibu guna 3 sudu makan sahaja
1 tsp esen vanila
1 st lemon jus - ibu pandai-pandai gantikan dengan 2 sudu makan yogurt strawberi
Cara-cara: Pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi. Kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.
Topping Colat/ Ganache
Bahan-bahannya:
100 gm coklat masakan
125 ml susu segar/ susu perisa coklat
50 g butter (dipotong kecil2)
4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu).
Ps: jika ada info tentang whipping cream ada tanda halal, sila syer ye. Tq.. :D
memang nampak sedap,, bak kata yusof kan.. sedap sampai kembang kempis ibu.. ehehhe
ReplyDeletesedapnyerrr nmpk..kie buat kek kukus aritu dah mcm puding dah sadis betul T_T
ReplyDeleteokjer nmppk..cumabila potong tu trserlah le kesengetannya..
ReplyDeleteyg penting rasanya kak..
yusuf dan puji tu msti sedap lor..
pos kesini sikit utk aiman.(sebenarnya utk ibu aiman)
Jassani: hehe.. yusuf je puji, ayah senyap aje pun.. :-)
ReplyDeleteUM: teruskan usaha.. alaa, kak zefa pun buat janji jadi je, rupa belakang kira lah.. :D
ReplyDeletePK: kih kih.. terserlah kan? entahla, tgn ni susah benar nak berseni tang deko makanan ni.. :-(
ReplyDeleteanak2 kaklong suka kek coklat,tapi tak suka yg ada cheese,
ReplyDeletetapi tgk kat blog zefa ni,nampak sedap pulak....heheheh!
assalamualaikum zefa...
ReplyDeletepasti sedap kek ni...akk lagi le x pandai nk buat kek ni...tapi makan kek pandai:)))
KakLong: Yusuf pun tak suka cis tau, tapi kek ni dia boleh suka pulak.. :D
ReplyDeletepos sini sket kak..hehe
ReplyDeleteAzlina: W'salam kak. Sy pun baru belajar2 buat sebenarnya.. alhamdulillah rasa menjadi cuma rupa paras tak cun.. hihi..
ReplyDeleteeT: meh dtg umah.. bukan jauh pun kan? kan? kan? :D
ReplyDeleteamboi kak..kecur air liur tgk..sedap tu!
ReplyDeleteIzan: alaa.. malu akak. Tokey kek komen kek akak.. hihi..
ReplyDeleteLooks very nice, besnyer kalo dapat rasa:)
ReplyDeletenampak sedap rasa semestinya sedap..
ReplyDeletewaaaa sedapnye kek coklat..adududuhhh...
ReplyDeletetgk pn dh nkmk sedap...pos sini sikit....
ReplyDeletesaya mmg suka cheese. byk resepi dlm blog ibu yusuf dan maryam yg blh sy try nnt. tq2...
ReplyDelete