Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Beberapa hari yang lepas, semasa ibu dan anak-anak membeli belah ibu terdengar suara tangisan seorang kanak-kanak. Sedang tantrum nampaknya. Serba tak kena, itu tak betul, ini tak betul. Mesti pening ibu ayahnya.
Ibu tersenyum sendiri. Zaman tantrum Yusuf dan Maryam sudah pun berlalu. Dua-dua semakin membesar, kalau ada benda tak puas hati pun paling-paling pun merajuk, tak pun nangis senyap-senyap. Seingat ibu, kalau mengamuk pun dulu tak pernah lah sampai menangis guling-guling di tempat awam. Hihi..
Gambar dari google..
Lantas ibu teringat satu artikel tentang Anak Mengamuk / Tantrum yang ibu masukkan dalam page Kiosk Keluarga Sihat. Artikel tersebut ibu salin dari page Ustazah Fatimah Syarha.
Gambar dari google..
Menurut
pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan
hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini
adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu
mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang
egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka
juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.
Panduan Hadapi Anak Mengamuk/ Tantrum:
1. Alih perhatian dia
Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.
Panduan Hadapi Anak Mengamuk/ Tantrum:
1. Alih perhatian dia
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
2. Jangan mengikut kehendaknya
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak bagus.
==================
Kebiasaannya, dalam beberapa situasi ibubapa gagal menahan kemarahan hingga adakalanya sampai 'naik tangan'. Apa yang penting dalam situasi tersebut, banyak-banyak bersabar dan banyakkan istighfar.
Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua.
Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua.
Sekian dulu, hingga jumpa lagi..