Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kita sambung entry Percutian Ke Grand Lexis Port Dickson. Okey, untuk pengetahuan semua (untuk yang belum tahu la ye..) keistimewaan Grand Lexis Port Dickson ini ialah setiap biliknya ada 'private pool'.
Dari segi hotelnya, biasalah standard hotel 5 bintang yang lain. Tilam empuk, bantal gebu, bilik luas dan bla bla bla.. Bilik yang kami duduk atas air dan ada glass panel for underneath sea viewing. Owh semua tu dah cerita di sini sebenarnya.
Entry kalini ibu rakamkan kegembiraan anak-anak mandi manda tak kira siang atau malam. Layannn..
Mengintai kolam renang dari dalam bilik..
Masa ni baru mula turun. Masih sekadar dipinggiran.. Masing-masing was-was nak ketengah..
Sempat beraksi sementara tunggu ayah turun sekali..
Ahha.. Masa ni cikgu renang dah turun sekali. Barulah masing-masing berani ke tengah kolam..
Aksi yang semakin menarik dipamerkan oleh Maryam. Hihi.. Ibu pun buat aksi tu jugak, dan tak sangka pelampung tu boleh tampung ibu.. Haha..
Tengah-tengah mandi hujan la pulak. Tapi tak jadi masalah, hanya sebahagian kecil sahaja yang terkena hujan, selebihnya adalah kawasan berbumbung..
Langit terbentang luas. Salah satu sebab ibu memilih bilik jenis Executive Pool Villa - Above the sea ini ialah ibu nak pool yang nampak langit tapi pada masa yang sama jauh dari hotel.
Grand lexis ni ada yang sky living jugak. Jadi orang-orang kat atas tu boleh nampak yang bawah. Jadi ibu nak berpesan pada yang betul-betul nak privacy, kalau ambik yang garden living jangan ambik yang upper unit, tapi ambik yang lower unit. Lower unit ni berbumbung habis, memang terlindung tapi ibu tengok rasa lemas. Yang upper unit pulak, pool dia memang terbuka dan tiada bumbung. Memang pemandangan terbentang indah tapi orang boleh nampak kita terutama yang di sky living.
Hahaha.. Yang ni aksi di malam hari. Semakin malam semakin seksi. Hihi..
Petang tu sampai je mandi seround. Lepas penat mandi (budak-budak tu tak penat pun) kami keluar cari makan. Balik makan, solat, terus terjun kolam balik. Memang happy habis budak-budak ni..
Ibu yang tengok aje pun rasa sejuk tapi budak-budak ni selamba je. Siap kena paksa naik bila dah lewat. Kenapa ibu tak sertai mereka malam tu?
Sebab ibu ada tugasan di sini..
Malam 30 hb Disember 2013, closing Shaklee paling manis sepanjang bergelar seorang Shaklee Indipendent Distributor. Ibu ada rakamkan di FB dengan status;
Masa mula2 berjuang dgn Shaklee, closing day je berkampung di HQ. Pernah sampai 12.00 mlm masih di sana. Penuh kenangan pahit manis malah bercucuran air mata. Berkerja keras untuk naik, dah naik nak efektif pula.
Kemudian, bila Shaklee perkenalkan sistem online, alhamdulillah closing sambil golek2 dgn anak2 dirumah..
Besok, inSyaAllah closing paling manis.. Ditemani suami dan anak2 di sini.. Walaupun 'berholiday' ibu ttp masih berkerja keras mengharap dpt mencipta keajaiban tercipta di sini dgn izin Allah..
Anda di luar sana, Shaklee semakin 'mudah'.. Semua di hujung jari.. Sangat dikenali.. Permintaan tinggi.. Selamat, berkesan, halal dan disahkan KKM.. Jika anda mencari peluang berniaga, peluang menambah pendapatan, peluang mempertingkatkan ekonomi, mari sertai kami..
Bimbingan disediakan A to Z..
Luv;
Ibu Yusuf dan Maryam
Shaklee Indipendent Distributor
Founder of KS BiG
Keluarga Sihat Biz Group
www.facebook.com/ KioskKeluargaSihat

www.facebook.com/
Bukan senang nak senang, alhamdulillah dengan usaha ibu berbisnes, dengan izin Allah swt.. Dapatla ibu bawak anak-anak berjalan kat hotel mahal ni. Hihi..
Tapi jangan salah sangka, ibu buat bisnes bukan untuk bermewah-mewah. Tapi untuk taraf hidup yang lebih baik dan persediaan untuk mencapai cita-cita ibu untuk menjadi seorang wahm kelak.
Ibu tak mahu sorok-sorok dah, biarlah satu dunia tahu bahawa cita-cita ibu adalah nak jadi seorang ibu yang berkerja dari rumah. Jadi seorang surirumah tangga namun pada masa yang sama masih mempunya pendapatan sendiri. Cuma masanya belum tiba. Semoga dipermudahkan.
Eh, lari topik pulak. Okey, sambung cerita mandi manda lagi. Dah mandi sampai lewat malam, besok pagi celik mata je dua-dua berhasrat nak terus terjun kolam. Ibu kata no, kita sarapan dulu. Hmmm.. Balik sarapan je terus, debussshhh. Aksi terjun-terjun, habis basah semua sampai masuk dalam bilik air. Hihi..
Untuk aksi pagi tu tak payah gambar lah ye. masa tu jugak ibu buat konon-konon birthday party tepi kolam. Kih3x.. Ada entry nya boleh intai di sini.
Okey, sampai sini dulu. InSyaAllah ibu akan sambung dengan entry seterusnya. Tapi jangan ditunggu, ada kerajinan adalah entry tu nanti.
Salam sayang, hingga jumpa lagi.

wah..syok la bilik dia...private pool tu i like :)
ReplyDeleteMy anak sebok ngajak pegi sini......tunggulah mama dia chop duit dulu hehe.....
ReplyDeletebestnya kak...inshaallah, nanti nak ajak Yayan pegi juga...sure seronok yg amat mamat tu, dia tu dah le kaki kolam mandi...hihi
ReplyDelete