Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ibu minta maaf, izinkan ibu publish entry ni sebab dah ada dalam draf. Sebahagian kawan-kawan kita sedang berduka dengan musibah banjir. Semoga kalian terus tabah.. Semoga semuanya dalam lindungan Allah swt..
Setelah sekian lama menyimpan hasrat, akhirnya pada 29 dan 30 November yang lepas tercapai jua nak bawa anak-anak bercuti ke Grand Lexis, Port Dickson.
Sejak ibu upload gambar percutian kami di FB, ramai yang bertanya tentang kadar bayaran resort ni. Secara umumnya, kadar bayaran semalam di sini antara RM600.00 hingga RM1k ++ bergantung pada jenis bilik.
Untuk info lanjut tentang resort 5 bintang ni, jenis-jenis bilik dan kadar bayaran , boleh terus klik http://grandlexispd.com/
Ada yang atas laut, ada yang atas tanah, ada yang mengadap laut, ada yang mengadap taman, ada yang siap cermin telus untuk tengok air di bawah resort, ada yang tak ada.. Yang pasti, semua jenis bilik ada 'private pool'..
Naik buggy..
Selesai urusan untuk check in, kami dijemput oleh buggy man ni (betul ke istilah tu? Hihi..) Kami dibawa kekereta untuk mengambik barang. Memang tak payah jalan kaki langsung. Hatta keluarkan barang dari kereta pun dia yang buat. Sopan santun je adik ni tau..
Ibu, adik dan abang possing naik buggy..
Bilik kami nun jauh kedalam. Bilik terakhir sebelum barisan bilik yang menghadap ke tengah laut. Ibu tak ambik bilik tu, sebab kena tambah RM150.00 semalam. Tak pelah, budak-budak ni target nak mandi kolam je, bukan nak menikmati laut sangat pun..
Possing depan bilik. Bilik 2042 Grand lexis PD dalam kenangan..
Gambar ni ibu ambik dari web Grand lexis. Macam ni lah bilik kami cuma kedudkan sebelah kanan tu menjadi kekiri. Fahamkah? Haha.. Buat-buat faham ye..
Sedikit info tentang Executive Pool Villa - Above the sea:
- Size of unit - 826 square feet
- Number of units - 48 units
- 2 king size beds
- Can accommodate 04 persons
- Glass panel for underneath sea viewing
- Private swimming pool
- Dry Kitchenette
- Separate bath and toilet
- Rain shower
- Wall mounted hairdryer
- Mini fridge
- In-room safe box
- Astro - 19 channels
- 32" LCD flat screen TV
- Coffee and tea making facilities
- Electric kettle
- IDD telephone
- Ceiling mounted air-conditioner
- Ceiling fan
- DVD player
- Microwave oven
- Iron and ironing board (upon request)
- Bathroom weighing scale
- Umbrella
- No pets allowed in rooms
Haa, semua kat atas tu memang ada. Cuma bathroom weighing scale tu tak perasan pulak sebab tak guna. Iron dan ironing board memang dah ada dalam almari. Tak payah request bagai..Ni nak panggil apa? Dapurkah? Ada microwave, ada pinggan mangkuk, ada kettle dan coffee and tea making facilities tu macam-macam ada. teh uncang dia segala perisa ada..
Bilik air dan tandasnya berasingan, kawasan ni di hadapan bilik air..
Yang ni, glass panel for underneath sea viewing. Memang nampak air laut, tapi warna coklat. Hehehe..
Sila jangan sensasikan aksi ini ya. Ibu yang mintak ayah possing macamtu. Haha..Ayah pesan, tapis sikit apa yang ibu upload di FB dan blog. Ada kawan-kawan ofis dia selalu skodeng FB dan blog ibu, lepastu buat cerita sensasi di pejabat. Hohoho..Ini part paling seronok pada anak-anak. Private pool! Yeay!!Pose istimewa dari Maryam untuk pengunjung Jemari Asmara. Budak yang tak sabar-sabar nak terjun..Banyak gambar aksi-aksi di kolam renang. InSyaAllah ibu akan masukkan dalam 1 entry khas. Pendek kata, siang malam, pagi petang, budak-budak ni berendam.Dalam entry khas aksi-aksi kolam renang nanti, ibu akan sentuh sejauh mana ke privetan private pool di Grand Lexis ni. Hehe.. Sila maafkan ayat english yang diMelayukan itu.Salam sayang. Hingga berjumpa lagi..
Ps: Ibu dah buat entry tentang private pool. Jemput baca di sini ye. Terima kasih..
Memang nampak seronok pergi sini kan kak, haraplah ada rezeki saya nak ke sini tujuannya pun memang nak bawak budak2 mandi pool jer..
ReplyDeleteBila nak perginya Huda? Selamat bercuti ye.. Baru seminggu pergi, anak2 akak dah sebut2 nak pergi lagi. Hihi..
Deleteseronoknye tmpt ni
ReplyDeleteYe TB. Seronok sangat, terutama anak2 lah.. ;-)
Deletebrape yer harga bilik yg akak amik ni?
ReplyDeleteSebab kakitangan kerajaan, dpt 700++ Nur. Harga asal RM800.00++
Deletebestnya ada private pool,bolehlah berendam puas2 anak2kan.
ReplyDeleteMemang terlebih rendam sudah. Hihi..
Deletewah ada private pool ni yg paling best klu bawak anak2..tetiba macam sayu plak dh lama tak bawak aman tido hotel..dia suka sgt mandi pool..taun ni tak berapa ada rezeki, tgok la taun depan cmna..:)
ReplyDeleteptot arr kt fb tgok yusuf n maryam asik berendam je.hehe
Wahhhh bestnya,..teruja sangat nak pergi....
ReplyDeleteBaru tertanya2 harganya... Dah pun terjawab.. Jika ada kesempatan, ingin juga bercuti di sini.
ReplyDeleteSalam, berapa jauh ye executive pool villa dgn parking? Sy bwk anak ramai, mcm x muat je buggy tu hihi, tp dh book executive pool villa. Yg dekat2 dgn parking semua fully booked
ReplyDelete