Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang
Mempersembahkan, kuih feveret ibu Yusuf dan Maryam..
Kuih ketayap atau kuih gulung..
Walaupun ianya tersenarai dalam kuih kegemaran ibu, tapi hakikatnya tak pernah buat pun.. haha.. Beli je senang, 3 seringgit..
Hinggalah ibu terjeles dengan air tangan seorang sahabat maya yang nuuuunnn tinggal di Finland. Entry dia yang INI betul-betul buat ibu Yusuf tercabarrrrr.
Kah kah kah.. bunyi macam pendengki je kan? Tapi tak apa, ni dengki yang positif. Jeles punya pasal, maka terhasillah Kuih Ketayap hasil tangan sendiri..
Zoom sikit..
Sila abaikan gulungan yang tak kemas iteww.. Almaklum, tangan keras. 1st time pula tu.. (haha.. alasan..)
Apapun, terima kasih buat Lady Lavender yang memberi inspirasi.. Hingga ibu Yusuf gigih buat sendiri kuih kegemarannya..
Ibu kongsikan pula resepinya di sini, mengikut versi ibu..
RESEPI KUIH KETAYAP/ KUIH GULUNG
Bahan-bahannya:
Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 cup susu cair atau santan (Ibu guna susu cair..)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau (ibu guna pandan emelco..)
2 sudu makan mentega dicairkan (ibu tak cairkan, cuma potong kecil-kecil..)
2 helai daun pandan (ibu tak guna sebab pandan emelco dah wangi..)
sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti:
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
sedikit air
sehelai daun pandan (ibu tak guna..)
1 sudu makan tepung pulut/tepung jagung (ibu guna tepung pulut..)
Cara-caranya:
inti: Masukkan semua bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung/pulut). Masak hingga pekat dan masukkan tepung jagung/pulut. Kacau sebati.
Dadar:
- satukan semua bahan A dan kisar dgn blender sehingga halus dan tak berketul. Tapis. (ibu tak tapis pun..)
- panaskan kuali dan lengserkan dgn sedikit minyak. Masukkan 1/2 senduk adunan dan layangkan kuali agar berbentuk bulat. Masak 2-3 minit (tidak terlalu lama).
- setelah masak terus masukkan inti dan gulung.
- Cara gulung : lipat sedikit kedua-dua belah tepi dan gulung melintang.
Nota ibu:
* Huhu.. binisbah kali pertama, rasa leceh la pulak. berpeluh-peluh nak siap..
* Adunan tersebut menghasilkan lebih kurang 10 biji kuih ketayap.. Cuma intinya berlebih sikit.. Kalau buat nipis dapat lagi banyak rasanya..
* Rasanya? Walla.. sangat sedap. lain sikit dari yang beli.. Mungkin faktor susu cair dan mentega. Ibu tak rasa orang yang berniaga letak benda-bendatu. Kalau letak pun mesti sikit je.. Maaf andai andaian ibu salah..
* Banyak step yang ibu skip sebab tak rajin.. huhu.. Yang penting jadi, sedap dan boleh ngappp!!
Ps: Apa kuih kegemaran sahabat-sahabat? Pandai buat sendiri tak? Hehe..
Nak menang Top Up dan hadiah menarik? Klik SINI..