Follower

Friday, January 20, 2012

PETUA SAKIT GIGI

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam tadi ibu Yusuf sakit gigi. Sakit sampai guling-guling (nasib baik tak tergolek jatuh katil.. hik hik..) Dasyat betul penangan sakit gigi malam tadi. Padahal siang tu okey je, tak ada apa-apa berlaku. Masuk Maghrib je, terus berdenyut-denyut..


Hasil carian google imej..

Sakit dia tu sampai ke tengkuk, sampai rasa satu badan sakit. Lama dah sebenarnya tak sakit gigi. Akhir sekali kena masa mengandung Maryam. Sekarang budaktu dah 5 tahun dah pun..

Matani cuba-cuba pejam suruh tidur, tapi tak dapat nak tidur. Tak ingat berapa lama dah berguling-guling, tahu-tahu ayah Yusuf masuk bagi ubat. Kira kes paksa makan ubatlahni, sebab en suami nan sorang ni tau, isteri dia tak suka makan ubat. Ha ha ha..

Syukur alhamdulillah, tak lama makan ubat tu terus ibu tertidur. Sedar-sedar dah pagi. Sakit gigi pun dah hilang.. Syukur Ya Allah.. Terima kasih suamiku..

Kena buat pemeriksaan doktor nampaknya. Lama dah sebenarnya tak jumpa doktor gigi.


Google imej kartun dr perempuan tak jumpa lak pulak. Gambar pemenang Master Chef banyak la timbul..

Tadi, saje godek-godek cari info tentang petua yang boleh diamalkan jika sakit gigi. Ibu catatkan di sini, mana tahu tiba-tiba kena lagi..

PETUA SAKIT GIGI

Sumber: Blog 101 Petua

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


Ps: Ada siapa-siapa pernah cuba?

Update:

Ini entry lama, sekarang ibu dah maju ke depan, alhamdulillah. Pasal makan ubat tu ibu dah jumpa alternatif untuk ubat tahan sakit. Nak tau klik SINI ye..

Lagi satu, untuk penjagaan gigi.. Kalsium itu penting. 

Jadi sekarang, ibu makan OsteMatrix. OsteMatrix bukan sekadar kalsium tau!!

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Jom! Kita berOsteMatrix!!


Untuk keterangan lanjut hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com


 

30 comments:

  1. suami izan baru2 ni pun sakit gigi. sampai demam2 dibuatnya. katanya gigi bongsunya nak tumbuh... yeke? dah tua2 gigi masih tumbuh...hehe...

    petua2 tu izan tak pernah cuba lagi. izan pun dah lama sgt tak jumpa doktor gigi ni. nanti kalau dah buat buku merah haruslah ada check2 gigi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btullah tu..sy sndri umo dh 31..ade lgi gg bongu yg tgh nak naik..hihih

      Delete
  2. salam
    kalau susah nak cari benda2 tu...beli ubat kat farmasi ja..ubat sakit gigi...cepat ja hilangnya...
    yg paling berkesan..pi jumpa doc...cabut gigi yg sakit tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh cuba bli ubat kt frmasi tak berkesan ubat dr klinik pn tak berkesan..pipi ni sampai kembang kena penangan sakit gigi.

      Delete
  3. Biasanya Nida letak cengkih atau telan pil je.. tapi kalau sakit gigi memang azab rasanya.. kadang2 rasa menyesal pula sebab dulu taknak jaga gigi ni elok2...:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih bg info ini.. gigi saya dah lama sakit bahagian geraham.. memang saya selalu makn ubat sakit jer.. x pernah amalkan petua sgt...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, akak belum pernah sakit gigi tp tgk en suami kalau sakit gigi memang merana lah.. terus telan ubat..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sy tak pernah lg kena sakit gigi kuat.samalah kita tak suka mkn ubat.hehe..

    ReplyDelete
  7. kalau sakit gigi memang takleh nak buat apa2 kan..tak senang duduk pulak tu..

    ReplyDelete
  8. kalau sakit gigi mmg xleh nk thn..nk2 kalau kena kt sk n budak2 tgh bising..mak aiiii rasa nk pengsan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sini cari petua sakit gigi... esok nk raya, rini sakit gigi, anak2 pula dok bising gaduh2... rasa nak mengamukkkkk jer nih.. adoi... hebat betul penangan sakit gigi nih! :(

      Delete
  9. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    ReplyDelete
  10. saya ni start sakit gigi lepas setel appointment untuk braces. biasa lepas doc servis utk braces, dia akan servis pula gigi ni. tapi tu lah, hari tu lepas dah tampal satu geraham ni, bila terminum air sejuk sangat, mula la sakit berdenyut2 ni datang. Memang seksa,sebab tangkap sampai ke kepala. sudahnya niza sapu minyak tigerbalm byk2 kat rahang smp ke kepala.. telan jugak la ubat sebiji dua..tapi masih sakitt ni...

    ReplyDelete
  11. jmp webs nie ms tgh sakit gigi yg amat dasyat,,, pukol 1.50am,, 21/12/12,,, semua petua yg diberikan tkde kat umah,,

    ReplyDelete
  12. 7/3 2013 nti bru appointment operate cabut gigi bungsu.aritu pi cabut tkleh cabut coz gigi tinggi n senget..patah akar terdedah.sakit tk tkira ni.da mkn ubt thn sakit tk jln.kumor ngn garam n cuka makin perit plak.adoiiiii...

    ReplyDelete
  13. Lebih baik sakit kepala dripda skit gigi

    ReplyDelete
  14. aduh,,tengah menderita sakit gigi ni,,,mak suruh tumbuk bunga cengkih letak dlm lubang giginya,,ada kurang sikit ni,,tp tk taula nanti..

    ReplyDelete
  15. saya pun tgh sakit gigi bagai nak gilerr,,,,,start sakit pukul 8 malam sampai pukul 10pagi belum baik baik....dah telan ubat penadol 8 biji sama jer.....xde makna,,,nak try petua plk mana tau kot2 menjadi.....

    ReplyDelete
  16. Salam...

    Anak perempuan saya berumur 4 tahun tgh sakit gigi, dh 2-3 ari asyik nangis. Kejap sakit kejap hilang.... mummy nyer yg azab tgk ank nangis,guna oral aid tp x jln... tu yg google cari petua ni...

    ReplyDelete
  17. waktu ni gusi sya tgh bengkak n pipi dah membesar.. tp alhamdulillah sakit dah kurang.. saya stanby satu botol air mineral kecil yg dibuang separuh airnya n penuhkan balik dengan listerin original flavor. berkumuh setiap kali rasa sakit. insya'allah. kalau budak2 bleh try yg cool mint tu sbb tak pedas sgt.

    ReplyDelete
  18. Terjaga dr tido kul 4 pg...sakit gigi dah dua hr ni...td pi jumpa doc...dpt antibiotik dan paracetamol...tp sakit x hilang2....huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. Gigi bongsu 2 batang sedang tumbuh..mmg menyakitkan!!! uhuk-uhuk :'(

    ReplyDelete
  20. Sakit gg dah 2 hari.. Ni ngah cuba petua gigit bunga cengkih..harap2 jadi :,(

    ReplyDelete
  21. saya sakit gigi jugak .. tapi konpius, sakit tumbuh gigi atau sakit gigi geraham .. mood : sakitnye ..

    ReplyDelete
  22. saya pun ...... uwaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  23. Tengkiu kak zefa sayammm..!!!

    ReplyDelete
  24. berapa hari ni dah sy sakit gigi akibat gigi berlubang.. aduhhh, sakit yg amat sgt sbb hinggakan kepala rasa berdenyut2 sama..berkumur dgn air garam pn masih sakit sampai 3 jenis ubat gigi yg sy makan masih juga sakit.hinggakan tak boleh tdo mlm dibuatnya..

    ReplyDelete
  25. skit gigi hingga kembang pipi terkena penangan sakit gigi

    ReplyDelete
  26. Sy bli kat farmasi,oral aid lotion..titis kat gigi blubang,makan ubat tahan skit diclofenac alhamdulilah da kurang....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...