Menu sihat dari dapur ibu Yusuf dan Maryam
Tom yam putih a.k.a tom yam jernih a.k.a tom yam tanpa perencah = Tom yam sihat.. :D
Ini menu malam tadi.. Untuk pengetahuan semua tom yam merupakan hidangan wajib setiap minggu, sebab ianya kegemaran anak-anak.
Kadang-kadang ibu masak tom yam guna kiub knorr, kadang-kadang guna pes tom yam Adabi, kadang-kadang guna homemade tom yam paste, kadang-kadang buat tom yam putih tanpa perencah macam ni..
Sebenarnya tom yam putih macamni lagi sihat.. tak ada bahan perasa dan tak berminyak. Kalau ada bahan tambahan pun ibu cuma tambah sos ikan. Itupun pilihan, tak letak pun tak apa..
Ibu kongsikan di sini tom yam putih cara ibu Yusuf..
RESEPI TOM YAM PUTIH
Bahan-bahannya: (4 orang makan)
400 gram ayam/ daging/ sotong/ udang
3 mangkuk air
1 inci lengkuas dihiris
1 inci hali dihiris
2 batang serai diketuk
1 biji bawang merah/ besar dihiris
2 biji bawang putih dibelah 2
6 biji cili padi (diketuk atau diarkan sahaja)
6 biji cili padi (diketuk atau diarkan sahaja)
4 helai daun limau purut
4 tangkai daun ketumbar
1 biji limau nipis (diambil airnya)
2 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
2 biji tomato (dipotong 4 atau 6)
Lobak merah/ bunga kobis/ jagung muda
Cara-caranya:
1. Rebus ayam bersama bawang, lengkuas, halia, serai hingga empuk.
2. Masukkan daun limau purut, makanan laut, sayur, cili padi, garam dan sos ikan. Biarkan seketika (sekejap sahaja)
3. Akhir sekali masukkan tomato, daun ketumbar dan air limau nipis.. sedia dihidangkan..
Nota ibu:
- Untuk hidangan di atas ibu cuma guna ayam dan sotong sahaja.. Guna apa yang ada di peti sejuk..
- Sayur pula cuma tomato, lobak merah dan kobis bunga.. Jagung muda tak ada..
- Bagi ibu daun ketumbar tu sangat penting kalau nak rasa tom yam yang sama macam kat kedai punya.. kalau tak letak, aroma dia kurang sikit.. tapi tak letak pun tak apa..
- Bagi ibu juga, guna air limau nipis adalah lebih sedap dari air limau kasturi.. tapi selalu ibu guna apa yang ada je..
- Cili padi ibu tak ketu sebab anak-anak tak makan pedas
- Cili padi ibu tak ketu sebab anak-anak tak makan pedas
- Bahan-bahan di atas dicatu atas dasar ekonomi (kah kah..) kalau nak sedap lagi letaklah setiap bahan tu banyak-banyak ye..
- Mengikut pemerhatian tekak ibu, setiap kali order tom yam putih di kedai memang ada rasa sos ikan. Sebab tu lah ibu letak sos ikan..
- Ibu ada terbaca resepi di internet, masak tomyam letak susu cair.. Tapi ibu tak pernah cuba lagi letak..
tomyam puteh nie pekena dgn nasik panas...perghhh
ReplyDeletetomyam santan pun sedap gakkkk..
ReplyDeleteperghh,sodap tuh...
ReplyDeletebetui2..kan..klu kat kedai
ada letak susu @ santan ckit kn..
tu psl la kot ada yg pekat ckit tuh kn..
tapi menu yg kat ats..x rasa pun dh nmpk sdp..
meriahnya nampak apa yg ada dlm mangkuk tuu...saya belum pernah lagi buat tomyam menu sihat mcm ni..Harus di cuba niii...
ReplyDeletesy suka tomyam tp jarang msk tomyam..selalu klu buat aiman mmg tak mkn.sy letak pes tomyam adabi pastu boh lada kering lg..:)
ReplyDeletesalam pagi Zefa...
ReplyDeleteTak bercuti ke? kita baru je balik dari kampung
saya suke sangat makan tom yam.. soh makan pg,tghari, ptg dan malam pun xpe ... tp x pernah masak ltk lengkuas.. selalu ltk halia jer..
ReplyDeleterajinnya akak ni masak2.izan xpernah buat tom yam putih.pastu pes sendiri pun xpenah buat. akak sgt rajin! bertuah anak2 akak.
ReplyDeletesamalah kita... tom yam memang makanan kesukaan..hehe.
ReplyDeleteTapi selalu makan yg merah.
husben suka tom yam. last year dia belikan yg letak susu tu. sedap jugak. rasa lemak2 gitu. blh cuba resepi ni. senang je. main cmpk2 dah siap.
ReplyDeletelady suka tomyam.. tp daun ketumbar tu lady xleh terime..
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDeletemasih ada rasa tomyam kalau tak letak pes tomyam ?
ReplyDeleteya ada.. yg penting ada rasa masam2nya dgn gabungan rasa serai, lengkuas dan limau purut.. :D
Delete