Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, muncul juga entry baru akhirnya. Sawang pun dah berjuntai-juntai. Huhu.. Terima kasih pada yang masih singgah di sini. Maaf, komen-komen sejak entry terakhir pun baru berkesempatan publish tadi..
Sebenarnya nak cerita tentang percutian yang tak dirancang, tapi sekarang kan tengah hot cerita 'Cinta Tanpa Sengaja' di Astro. Sesaje lah buat tajuk macam tu..
Alkisahnya, dah tahu dah En Ayah nak ke Seremban hari Jumaat sampai Ahad sebab ada Karnival Sukan. Dan asalnya memang tak plan pun nak bawak family. Tapi Jumaat tu juga tiba-tiba En Ayah tanya, nak ikut tak? Kebetulan Jumaat tu cuti umum di Selangor sempena keputraan Sultan. Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Haha..
Lepas Asar kami bertolak sebab anak-anak ada kelas tahfiz cuti sekolah sampai jam 5.00 petang. Sempat singgah jumpa kastemer hantar barang Shaklee lagi. Sampai di Seremban 2 dalam 7.30 malam macam tu. Kami bermalam di Hotel Sutera, Seremban 2. Sampai dah malam, nak mengejar Maghrib bagai, tak sempat pun nak snap gambar bilik..
Malam tu ayah ada majlis perasmian, kami 3 beranak bertapa kat bilik je. Ayah balik dah lewat juga, terus bawak anak-anak yang dah kelaparan keluar makan. Cari tempat makan pun main redah je sebab tak biasa pun dengan Seremban 2 tu. Sudahnya kami makan di Nasi Ayam NOAH tak jauh dari Mydin Mall Seremban 2. Boleh tahan sedap la rasanya..
Dataran Centrio Seremban 2
Dah makan kami ke Dataran Centrio Seremban 2, betul-betul bersebelahan Mydin Mall. Memang happening kat sini, meriah. Ramai ibu bapa bawak anak-anak untuk beraktiviti santai malam-malam. Ada juga yang main kasut roda dan motor kecil. Maaf la ibu tak tahu nama saintifiknya apa..
Yusuf dan Maryam main belon je. Satu stick RM3.00, ambik 2 stick RM5.00. Dapat sekali 2 besen kecik sabun. Besen dan stick tu kena pulangkan ye, bukan ambik terus tau.
Gelap, gambar pun blurr je..
Dah habis belon, tengok macam-macam gelagat orang, pusing-pusing area dataran jap, terus balik hotel dan zzzzz. Dah tangah malam pun masa tu.
Besoknya pagi-pagi En Ayah dah keluar untuk aktiviti sukannya. Ibu bawak anak-anak sarapan kat bawah, lepas tu apa lagi. Kolam la..
Sekadar di pinggiran..
Mandi tepi-tepi je, sebab dorang tak pandai berenang. Pelampung apa bagai memang tak bawak. Ibu teringin gak nak mandi, tapi malu. Nanti seksi you, aww..
Lepas Zuhor kami keluar makan tengahari. Sebab tak tahu nak makan kat mana, kami pergi ke Nasi Ayam NOAH lagi. Tapi entahla, malam tu makan rasa sedap. Bila datang sekali lagi, ehhh macam-macam tak kena. Ayam keras la, hangit la, air pun cair je. Sabar aje lah. Dan entah kenapa, selesai je makan Maryam muntah. Habis keluar semula apa yang dia makan..
Lepastu kami jalan-jalan ke Mydin Mall Seremban 2 pulak. Tak ada plan nak beli apa pun, cuma nak jalan-jalan cuci mata. Kebetulan ada Lisa Surihani, apa lagi. Meh skodeng dari jauh..
Sodeng dari tingkat atas..
Masani baru keluar Mydin, beli pelampung dan bola untuk Maryam. Sebenarnya dia ada benda-bendatu tapi tak bawak. Dan tiba-tiba nak jugak-jugak beli. Sabar ajelah..
Bergambar dengan Lisa Surihani..
Tapi bergambar dari jauh ajelah. Sorang di tingkat atas, seorang atas pentas. Budak cantik ni mintak nak bergambar dengan Lisa Surihani sebenarnya. Tapi beratur punyalah panjang, eh.. tak kuasa ibu..
Lisa menunggu peminat..
Lepas snap gambar dari atas kami turun pergi depan pentas. Dapat la tengok Lisa Surihani tu dekat-dekat. Lupa pulak nak ambik gambar orang-orang yang beratur tunggu giliran nak ambik gambar dengan Lisa..
Lisa dari pandangan sisi..
Pic ni Maryam yang snap, zoom dari tepi pentas. Lisa ni kan baru lepas bersalin, masih nampak berisi lagi. Berisi-berisi pun, menten gojes uollsss. Cantik sangat..
Mandi lagi..
Balik dari Mydin Mall, lepas Asar budak-budak ni terjun kolam lagi. Kali ni lebih happy sebab En Ayah pun ada. Jadi tak lah sekadar di pinggiran macam pagi tadi. Budak Maryam pun dah ada pelampung, lagi la dia happy..
Pelampung dan bola baru..
Tahu tak? Setengah nyawa tau ibu tiup dua benda alah tu. Nak pecah paru-paru rasa. Bila dah kembang dua-dua tu ibu rasa nak nangis. Haha.. Serius letih. Bukan macam tiup belon tu tau, ni beratus kali ganda dengan tenaga tiup belon. Anak punya pasal, layan ajelah..
Ginilah bila percutian tak dirancang, kalau tau awal dah bawak siap-siap pelampung yang kat rumah tu. Pam pun ada, tak payah tiup-tiup bagai.
Malam kedua kami tak ke mana-mana, Maryam dah tertidur awal. En Ayah dan Yusuf keluar tapaw makanan, dan ibu terpaksa layan bola. Tak pernah-pernah ibu layan bola, nasib baik Selangor menang dan Isnin diishtihar cuti. Hoyeeeh!!
Besoknya awal-awal pagi kami dah bergerak balik Shah Alam. Memang awal, sampai sarapan pun kat Shah Alam. Tapi eloklah, sebab besoknya Isnin anak-anak nak ke Melaka untuk kem 2 hari 1 malam. Sempat la dorang berehat dan ibu kemas-kemas barang dorang..
Berakhirlah kisah cuti tanpa sengaja ke Seremban 2. Harap-harap ada la entry baru lagi lepas ni supaya jemari Asmara tak bersawang lagi. Hehe..