Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Ini cerita dua hari lepas. Jumaat tu sungguh bising.. Klang kan ramai Cina. Maka meriahlah dengan sambutan Gong Xi Fat Chainya. Mula-mula ambil endah tak endah dengan kebisingannya, lama-lama jadi stress pula. Dong dong cheng sana sani. Last-last, ibu pula jadi penonton, tapi intai dari tingkap pejabat je lah. Kih kih.. Terhibur dengan bontot yang bergedik-gedik..
Bontot bergedik-gedik? Apakah? Ha ha ha.. Tarian singa lah..
Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Tinggi Cina menjalankan aktiviti tarian singa dari kedai ke kedai..
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. (Sumber)
Menurut kawan ibu, tarian singa dikatakan boleh menghalau semangat jahat dan membawa tuah. Sebab tu peniaga-peniaga berbangsa Cina sangat mengharapkan perarakan tarian singa akan singgah di premis perniagaan mereka. Mereka kata bawa 'ong'!! Peniaga pula akan memberi angpau kepada kumpulan tersebut. Kawan ibu kata lagi, kadang-kadang satu kedai tu bagi sampai RM300-400.00 tau.. Wah!! Lumayan..
Budak-budak sekolah ni main terjah je.. Bukan kedai Cina pun mereka redah..
Ibu difahamkan tarian singa ni bukan upacara keagamaan, ianya lebih kepada adat istiadat orang Cina..
Cuma kita yang beragama Islam ni jangan pula percaya walaupun itu bukan acara keagamaan. Wajib kita percaya bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah swt.. Dan yang pentingnya USAHA!!
Selamat bercuti!!
Ps: Kemana sahabat-sahabat semua cuti panjang ni.. Kami duduk rumah sahaja, besok nak balik kampung Sekinchan..
Jom tambah pendapatan!!