Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Entry khusus buat anakanda Maryam Nabihah.. Anakanda solehah ibu yang tercinta..
Adik.. Ibu sayang adik sangat-sangat. Adik kurniaan Ilahi yang tak terhingga buat ibu dan ayah. Adik lahir sebagai rezeki.. Adik juga lahir sebagai 'ujian' dalam hidup ibu.. Mudah-mudahan ibu dan ayah tabah dalam mengharungi ujian Ilahi.. Moga-moga ujian itu akan berlalu sebagaimana masa berlalu bila adik punya 'akal' nanti.
Apapun 'perangai' adik, ibu tetap berdoa supaya adik menjadi anakanda ibu yang solehah. Setiap lafaz ibu tetap menyebut yang baik-baik sahaja tentang adik. Walaupun ibuni 'garang macam singa', ibu tak pernah lafaz kata-kata buruk pada anak-anak ibu. Ibu tetap kata adik baik, adik cantik, adik cerdik.. Adik anak solehah ibu.
Harini hati ibu sejuk sekali. Ibu jumpa teacher adik untuk ambil report card. Alhamdulillah, teacher hanya cakap baik-baik sahaja tentang adik. Teacher kata adik pandai, teacher kata adik mudah diajar, teacher kata adik kretif, teacher kata adik tekun.. Walaupun teacher ada kata, adik 'lazer' dengan kawan-kawan, ibu telan sahaja. Janji anak solehah ibu tak pukul kawan..
Sambil-sambil tunggu giliran, ibu ronda-ronda sekolah adik. Ibu ada snap beberapa picas.. Apa yang tertulis di board itu, sangat buat hati ibu sejuk sekali.. :D
Silau la sayang gambarni.. Tapi tak apa, ibu dah tandakan nama adik dengan kotak merah tu. Ini board tentang bacaan Iqra' kelas adik. Alhamdulillah, anak ibu setanding bacaan Iqra'nya dengan dua pelajar 4 tahun yang dikatakan sangat bijak.. (Ibu kagum dengar cerita Teacher Zai tentang mereka)
Ibu zoom untuk adik. Tahniah sayang..
Ini pula rekod bacaan Adam and Dina (Stater Words).. Mungkin adik sedikit tertinggal dengan beberapa kawan, tapi tak apa. Ibu ingat pesan Teacher Zai; Jangan bandingkan kemajuan anak kita dengan anak orang lain. Setiap anak-anak ada kelebihan masing-masing. Ya ibu tahu. Anak ibu ada kelebihannya sendiri.
Ibu abadikan pencapaian adik di sini bukan untuk ibu menunjuk-nunjuk. Tidak sama sekali. Ingat sayang, tiada guna kita bermegah dengan kelebihan yang kita ada. Kerana diluar sana lebih ramai yang lebih hebat berbanding kita. Ini adalah rakaman setiap detik manis dalam hidup ibu.. Moga-moga ibu terus menikmati kemanisan hidup bersama-sama insan-insan kesayangan ibu.
Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat.. Amin.





