Follower

Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

i-CITY WATERWORLD SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Seminggu sudah anak-anak bercuti dari sesi persekolahan.. Pastinya ramai ibu bapa merancang untuk membawa anak-anak bercuti bagi mengisi masa cuti. Kami sendiri belum bawa Yusuf dan Maryam kemana-mana cuti sekolah kalini. Tapi kami dah ke Wet World Shah Alam 3 November yang lalu, itupun sebab family day pejabat ayah.

Terkini, muncul satu lagi taman tema air yang gah di Malaysia. i-City WaterWorld telah dibuka kepada umum bermula 15 November 2012.

Kat mana? i-City WaterWorld ni terletak dalam i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Alaaaa.. yang ada SnowWalk tu.. 

Hari-hari ibu lalu situ pergi kerja, tapi baru harini berkesempatan nak kongsi maklumat dengan semua. Ye lah, buka pun baru 2 hari lepas kan? Hehehe..














Semua gambar-gambar ni di ambil dari FB i-City. kami tak pergi lagi, jadi tak adalah gambar sendiri. Kan?

Antara yang menarik di sini ialah Tornado Cruise,river cruise, wave pool dan juga giant jacuzzi untuk mereka yang mahu bersantai-santai.

Tiket untuk dewasa RM50.00.. Tapi sempena pembukaan ada diskaun 40% sehingga 24 November 2012. Ibu tak jumpa pula maklumat untuk kanak-kanak berapa. Nanti kalau ada ibu update okey..

i-City WaterWorld dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang, tapi hari minggu buka awal sejam iaitu jam 9.00 pagi.

Untuk video ulasan ntv7 boleh klik SINI..


Iklan:
Keterangan lanjut tentang losyen pelangsingan ini boleh klik SINI..

Sunday, October 28, 2012

TAMAN REKREASI TASIK PUTERI, BUKIT BESI, TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini sudah hari ketiga umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Walaupun agak terlambat, ibu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua teman-teman beragama Islam khususnya buat pembaca-pembaca Jemari Asmara.

 Alhamdulillah, hari ini ibu berkesempatan menitipkan sesuatu di blog kesayangan ibu ni. Ini cerita sebelum raya, cerita raya masih dalam pembikinan.. 

Hari Khamis 25 Oktober 2012, jam 6.30 pagi kami memulakan perjalanan dari Shah Alampulang ke kampung halaman ayah Yusuf di Terengganu untuk menyambut Aidiladha di sana. 

Perjalanan bermula dengan lancar sehinggalah kami memasuki Lebuh Raya Karak. Perjalanan mula perlahan dibeberapa kawasan sepanjang lebuh raya tersebut. Tapi anak-anak tak banyak ragam sebab masing-masing ketiduran. Ibu dia pun tak banyak ragam, pun sebab ketiduran. Hehehe..

Masuk je Lebuh Raya Pantai Timur, matahari dah memancar-mancar. Anak-anak dan ibu sudah kebangunan dan masing-masing kelaparan. Kami berhenti makan di RnR Temerloh, masa tu lebih kurang jam 10.00 pagi. Orang punyalah ramai.. Huhuhu.. Sesak! Nak beli makanan pun terpaksa beratur panjang. Kami ambil masa sampai 1 jam untuk selesai urusan isi perut.

Perut dah kenyang, kami sambung perjalanan. Masa ni anak-anak dah mula buat muka boring. Maryam kejap-kejap baca buku, kejap-kejap main game, kejap-kejap dia usik abang dia. Ibu pulak kejap-kejap jadi ibu mithali (layan Maryam baca buku), kejap-kejap jadi tarzan (bila Maryam kerap sangat usik abang sampai gaduh-gaduh). Hmmmmm...

Lebih kurang jam 12.30 kami hampir sampai ke Bukit Besi. Ayah ambil keputusan berhenti sekejap, bawa anak-anak bersantai di Taman Rekreasi Tasik Puteri.
   
 
Sedikit info yang ibu salin dari Laman Web Rasmi JKR Dungun:

Tasik Puteri atau dulunya lebih dikenali dengan nama Tasik Bukit Besi terletak kira-kira 3 km dari Bandar Bukit Besi. Perjalanan dari Bandar Dungun mengambil masa selama 30 minit dengan jarak perjalanan ialah 33 km. Sekiranya anda datang dari arah Bandar Kuala Terengganu, jarak Tasik Puteri dengan Bandar Kuala Terengganu ialah kira-kira 77 km dan mengambil masa selama 1 jam untuk ke sini.

Tasik Puteri yang mempunyai keluasan 131 ha merupakan kawasan bersejarah dengan kawasan tinggalan lombong bijih besi yang merupakan lombong bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara pada suatu masa dulu. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk dari Sungai Besul yang disekat dan menghasilkan takungan air. Sumber air inilah yang digunakan bagi menjalankan aktiviti membersih bijih besi.

Tasik Puteri kini merupakan produk pelancongan yang sedang diberi tumpuan oleh KETENGAH untuk dimajukan. Tasik yang tenang dan keindahan alam sekitar menjadikan Tasik Puteri ini amat sesuai untuk mereka berehat bersama keluarga pada hari minggu.

Subhanallah.. Pemandangan yang sangat indah. Air tasik yang hijau dan jernih, pohon-pohon yang menyejukkan pandangan mata. Nun di seberang sana, Kelab Golf Bukit Besi.


 Di tasik ni ada jeti. Kalau mengikut Laman Web Rasmi JKR Dungun, ada Perkhidmatan Rekreasi Air di Tasik Puteri yang dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang. Antara yang disediakan untuk disewa ialah Bot Kayuh (paddle boat), Bot Laju (speed boat) dan Kayak. Tapi masa kami sampai, apa pun tak ada. Hehehe..

Jadi kami pun sekadar cuci mata dan bergambar-gambar aje..


 Maryam, Yusuf dan ayah dengan gaya tersendiri..


 Yeah!! Aksi apakah? 


 Hahaha.. Aksi ibu dan anak.. :D


 Ibu suka aksi ini. 


 Pewitttt.. Ala-ala model gitew. Perasan.. Hahaha..


 Amacam? Boleh jadi model tudung? Kah kih kuh..


 Aksi beberapa orang remaja sedang mandi manda di Tasik. Ibu tak pasti samada memang dibenarkan mandi manda di sini ataupun tidak

Tapi ada tertulis di Laman Web Rasmi JKR Dungun tu, ada air tejun di Tasikni untuk mandi manda. Cuma ibu tak pasti di belah mana sebab kami tak pusing habis pun seluruh kawasan ni.

Ada juga taman permainan untuk kanak-kanak dan pondok wakaf untuk berehat di sini. Tapi tak ada gambar dek insiden Maryam jatuh dari ketinggian yang agak tinggi lah juga.



Gambar ni di ambil dari pondok wakaf yang ibu maksudkan dalam perenggan di atas..

Kami duduk-duduk di situ adalah dalam setengah jam dan kemudian menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, kami sampai di Kampung Pulau Bahagia lebih kurang jam 2.00 petang. Err, masa-masa yang ibu sebutkan dalam entry ni semuanya anggaran ye..

Secara umumnya, ibu suka tempat tu. Damai je rasa bila kat sana, cuma kedamaian tu tergugat bila Maryam jatuh. Syukur dia tak apa-apa..

Ibu harap lepasni ayah bawa kami singgah di situ lagi. Ibu nak juga tengok air terjun yang dikatakan ada dekat-dekat situ dan boleh juga mandi manda.. :D

Okey, sampai sini dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi ya..

Wassalam..  

Tuesday, July 24, 2012

TAMAN HUTAN BUKIT SUK SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak kongsi satu tempat yang sesuai untuk beriadah petang-petang. Ye, ye.. ibu tahu bulan puasa ni raamai tak larat nak beriadah. Tapi jangan salah faham tau, beriadah tu tak semestinya aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Jalan-jalan sambil ambil angin pun boleh dikira riadah. Err, betulkan?

Nama taman ni Hutan Bukit SUK, terletak sebelah Mahkamah Shah Alam. Kami jalan-jalan ke sana hujung minggu terakhir sebelum Ramadhan. Saje pusing-pusing ambik angin, cuma kami tak masuk sampai ke dalam.. Kami jalan bahagian depan-depan je. Gambar pun tak banyak sebab bateri kamera dah kong kalikong..


Berdasarkan papan kenyataan ni, kita boleh tahu apa kemudahan-kemudahan yang ada. Menarik juga..


Antara gambar pemandangan yang sempat diambil sebelum kamera terpadam dengan sendirinya..

Aksi ceria anak dan ayah..


Menarik tak aksi Yusuf dan Maryam? Hahaha.. Maryam tu sedang garu tangan yang kena gigit nyamuk sebenarnya.

Tak perlu risau kalau nak terkucil.. Tandas awam tersergam indah dipintu masuk taman.

Jadi buat warga Shah Alam yang tak tahu nak bawak anak bersiar-siar ke mana, boleh lah bawak anak-anak ke sini. Ye lah, orang Shah Alam ni sikit-sikit, taman tasik tu je. Nak ke Wet World pun, tak sesuai lah pulak kan puasa-puasa ni.

Jadi petang-petang tu, sambil tunggu waktu berbuka puasa boleh lah ambik angin di sini. Lagi-lagi kalau ada anak kecik, bapa-bapa bagi lah peluang ibu-ibu masak dengan tenang. Bawaklah anak-anak jalan-jalan..

Tapi, ibu cadangkan pakaikanlah anak-anak seluar dan baju lengan panjang. Dah namanya hutan kan, nyamuk banyak lah juga.

Okey, sekian dulu catatan ibu. Semoga catatan ringkas ini memberi manfaat, walaupun sekadar info mana nak bawa anak jalan-jalan.

Hingga jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...