Follower

Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

SET KECANTIKAN SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wanita dan kecantikan sukar dipisahkan. Pengalaman ibu berniaga pun, yang paling laku adalah supplemen untuk cantik. Hihi..

Jadi, kalini ibu nak kongsikan supplemen yang berkaitan dengan kecantikan iaitu Set Kecantikan Shaklee.


Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada Vitamin B, Vitamin E dan Vitamin C..

Berikut adalah penjelasan secara ringkas peranan vitamin-vitamin di dalam Set Kecantikan Shaklee terhadap kulit:

Vitamin B:
* Sebagai pelembap
 * Mencegah pigmentasi
 * Melambatkan tanda penuaan
 * Mengubati jerawat

Vitamin E:
 * Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  * Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  * Menjaga kelembapan kulit
  * Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Vitamin C:
* Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  * Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  * Mencerahkan kulit

 Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C dalam Set Kecantikan Shaklee menghasilkan:

  *Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  * Mencegah penuaan
  * Menjadikan kulit lebih kenyal
  * Mencerahkan kulit
  * Menjaga kulit dari sinaran UV
  * Mengurangkan parut jerawat
  * Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  * Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  * Menjadikan wajah lebih berseri

Bonus:
 Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan Vitamin C dan Vitamin E di dalam Set Kecantikan Shaklee merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

 Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Untuk keterangan lanjut hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com


Wednesday, January 30, 2013

SUPPLEMEN UNTUK IBU-IBU MENYUSU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa malam yang lepas, ibu chatting hingga lewat malam dengan seorang kawan. Ceritanya, sahabat ibu itu menerima khabar gembira mengandung lagi dan dia awal-awal lagi dah minta khidmat nasihat tentang supplemen yang sesuai untuk ibu menyusu. Ibu dah terangkan secara ringkas kepadanya dan harini ibu nak kongsikan di blog pula.



Di atas adalah supplemen-supplemen Shaklee yang sesuai untuk ibu menyusu. Mari kita tengok set-set yang ada mengikit keperluan ya:

1. Set B (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Alfafa)

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Vitamin B diperlukan untuk keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin Cuntuk sistem imunisasi , Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah ekzema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


2. Set Eufor Pack (Vita-Lea, B-complex, Vita-C dan Ostematrix)


Set ini hampir sama dengan set B, walaubagaimanapun Alfafa tiada di dalam set ini dan digantikan dengan Ostematrix (kalsium). Alfafa tidak sesuai diambil semasa di dalam pantang terutama sekiranya anak menglami jaundis. Alfafa juga merupakan herba yang bersifat panas dan boleh menyebabkan anak mengalami cirit birit.


3. Set E (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa dan Ostematrix)


Set E disarankan kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix. Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS sangat sesuai untuk mengambil set ini. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 


4. Set Eufor Pack Pluss (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Ostematrix dan ESP)


Sama seperti Set Eu For Pack, tapi ada tambahan ESP. ESP adalah sejenis protein soya dalam bentuk serbuk yang membantu untuk memekatkan susuibu disamping mencantikkan kulit, rambut dan kuku ibu. Bonus bukan?


5. Set Triple M (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP)
 
SET TERBAIK!!!!Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada:
* anak kembar,
* masalah penyusuan,
* menyimpan stok,
* mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
* ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.


Masalah penyusuan yang dimaksudkan di atas ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

 
NOTA: 

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Aturan makan akan diberikan selepas pembelian produk.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Untuk keterangan lanjut hubungi:
 
Hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com

Terima kasih..

 

Saturday, December 29, 2012

PRODUK FELINNA BEAUTY KINI DI GIANT JALAN KEBUN SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update pada 4 April 2013: Felinna PMCVC kini berwajah baru, dengan formula lebih hebat dan packaging lebih mantap. Lengkap dengan tanda halal JAKIM dan no pendaftaran KKM.

Tiada lagi kapsul berwarna biru putih.

Untuk wajah terbaru Felinna PMCVC baru, sila klik SINI. terima kasih.

******************************* 
Syukur alhamdulillah, hari ini Jemari Asmara dilawati juga akhirnya oleh pemiliknya. Pemiliknya? Ibu lerrr, siapa lagi.. hehe.. Dah 4 hari ibu tak sihat, jadi mood nak berblog pun ikut tak sihat. Alhamdulillah, malam ni gigih on juga lappy ni..

Okey, balik kepada tajuk.. Bukanlah produk Felinna Beauty tu dijual dalam Giant ye. Kang tak pasal-pasal ibu kena saman dengan pengurusan Giant Jalan Kebun pulak.. 

Alkisahnya, salah seorang agent terbaru ibu kerja di salah satu lot kedai yang terletak di Giant Jalan kebun. Jadi, siapa-siapa nak COD InchLoss Lotion dan Vitamin C + Collagen (PMCVC) di sana boleh hubungi:

011 12375736 (Puan Elly)

Atau pun, boleh je terus terjah beliau di lot kedai bernombor G7 atas nama Ros Collection.

 Ros Collection menyediakan sebahagian keperluan untuk wanita terutamanya pakaian. 


 Ada tudung, ada aksesori..


 Ada maxi, ada jubah, ada kain pasang, ada telekung..


 Ada baju kurung.. Blouse, skirt, peplum, hand bag pun ada..


 Dan, produk Felinna Beauty juga..

Jadi, kepada yang jalan-jalan atau membeli belah di Giant Jalan Kebun tu, jemputlah singgah ke Ros Collection ye. Sambil-sambil tu boleh la belek-belek InchLoss Lotion dengan PMCVC tu..

Tak pun, tak payah belek-belek, tapi beli je terus. Hehehe..

Tapi, kalau anda mahu Felinna InchLoss Lotion dan PMCVC sampai terus ke depan rumah anda boleh hubungi ibu sendiri di:

Call/ sms: 012 3659728 (Zefa)
WhatsApp: 011 11537821

 Terima kasih


Monday, December 24, 2012

1ST GET TOGETHER WITH CHEF EZANI MASTERCHEF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

8 Disember 2012, bertempat di Restoran Rebung, Bangsar telah berlangsung satu majlis santai yang penuh keceriaan iaitu 1st Get Together With Chef Ezani MasterChef anjuran Kelab peminat Chef Ezani di FB.

Lama dah majlis berlangsung, baru berkesempatan nak buat entry. Ish, ish, kesian, kesian. Kesian Jemari Asmara asyik terabai je.. Huhu..

Ok takpe, lewat buat entry bukan alasan untuk tak buat langsungkan? (Ayat pujuk diri sendiri.. hehe..) Jom layan gambar sambil ibu cerita sikit-sikit.


 Gambar wajib tayang, ibu Yusuf dan Maryam bersama Chef Ezani MasterChef..

Sila abaikan wajah tanpa makeup itu, juga mata yang bengkak gara-gara nangis malam sebelum majlis. Sebab? Merajuk dengan ayah Yusuf.. majuk dengan suami pun nak cerita kat blog. Dush! Dush! Dush! Err, majuk-majuk manja pun bukan lah sampai perang dunia. Tapi apa nak buat, isteri ayah Yusuf tu ratu air mata. Hehehe..


 Santai..

Majlis bermula dengan bacaan doa, ucapan sikit-sikit dan seterusnya acara makan-makan. Ibu dapat tempat duduk khas semeja dengan Ezani hanya kerana Ayam Beraroma Herba Thai.. Hai, bertuah badan. Tapi sebab ibu datang bawa best friend ibu, ibu tak duduk situ pun masa makan-makan. Dah habis makan baru ibu duk situ..


 Chef Ezani bawa brownies air tangan dia sendiri.. Maka harus ada acara manja-manja dengan Ezani.. hehehe..


 Santai lagi..

Sebelah kiri sekali, En Fairuz CEO myChef.. myChef taja sebahagian kos majlis. Terima kasih myChef..


 Sudahlah taja makan-makan kami, semua yang hadir dapat produk myChef juga. Wah!! myChef memang baik hati..


Ibu dan ahli fc yang paling kecoh.. Ehehe.. Jangan marah ya Nowwa dan Sarah..


Walaupun sekadar kepala ibu, ibu suka gambar ni. masani, ibu ambil gambar kawan ibu dengan Chef Ezani..

Sebenarnya ini pertemuan kali kedua ibu bersama sebahagian ahli FC yang lain. Kali pertama dulu masa pelancaran produk baru myChef. Chef Ezani adalah salah seorang duta produk myChef..

Tapi sesungguhnya ukhuwah itu sangat manis untuk dirasai. kali pertama jumpa dulu macam dah kenal lama. Kali kedua jumpa apatah lagi.. Memang meriah lagi gempak gempita.. Hehehe.. 

Sekarang masing-masing tak sabar nak tunggu 2nd get together pula. Jika anda peminat Chef Ezani juga, boleh join kami di Chef Ezani Masterchef FC di FB. Kemudian tunggu kelulusan admin yang cantik manis Nurjihan Ibrahim.

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi cukuplah ini sahaja. Oh ya, semua gambar bukan dari kamera ibu tetapi dari kamera photographer yang dijemput khas untuk merakamkan detik-detik manis perjumpaan kami.

Sekian catatan ibu untuk 1st Get Together With Chef Ezani MasterChef.

Iklan:


Ibu adalah dealer untuk produk Felinna Beauty iaitu InchLoss Lotion dan Vitamin C Plus Pure Collagen.


~ Happy shopping with Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)~

Sunday, December 16, 2012

YEAR END SALE: PRODUK FELINNA BEAUTY


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Akhirnya, disaat 2012 mahu melabuhkan tirainya beberapa hari lagi, Felinna Beauty telah melancarkan Year End Sale.
Alhamdulillah, berita baik untuk pelanggan-pelanggan semua.
 


Pembelian combo sebotol InchLoss Lotion dan sekotak PMCVC hanya RM130.00

Harga asal:

RM75.00 untuk sebotol InchLoss Lotion 
dan
RM85.00 untuk sekotak PMCVC

Kos pos: RM6.00 Semenanjung/ RM9.00 Sabah Sarawak 

Jangan lepaskan peluang ini, cepat-cepat pm ibu di page Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam) atau terus hubungi 012 3659728..

Promosi berakhir 31 Disember 2012..

Terima kasih!! 

Wednesday, December 5, 2012

APA ITU DROPSHIP?


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 Syukur Alhamdulillah, page Asmara Collections di FB semakin berkembang perlahan-lahan. Bermula dengan hanya menjadi agen dropship sehinggalah mampu mempunya stok jualannya sendiri.

Apa itu dropship? Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Sumber google..

Okey, untuk menjelaskan tentang konsepni ibu cipta watak dan satu syarikat. Tak mau guna ibu dan Asmara Collections sebagai contoh, takut nanti di hujung cerita ada yang konfius. Watak utama adalah si Salmah dan Syarikat ABC. Ceritanya..

Salmah nak berniaga, tapi dia tak ada modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropship Syarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalah droshipper dan Salmah adalah reseller.

Salmah pun diberi maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualan Syarikat ABC. lepas tu Salmah pun mula kempen di blog, di FB, kempen dengan jiran, kempen dengan kawan sekerja, atau kempen di mana-manalah..

Kempen punya kempen, ada pelanggan yang nak membeli barang dari Salmah. Salmah pun ambil order dan bayaran. Lepas tu Salmah beri pula maklumat tempahan tu pada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.

Menarikkan? Harap anda semua berjaya menghayati watak Salmah tu ye.. ekekeke..

Okey, selesai cerita Salmah!! Ibu nak kongsi berita gembira dengan kawan-kawan.


Serius, produk ini sedang hangat dipasaran dan sangat laris. Vitamin C dan collagen adalah makanan tambahan yang sangat digilai sekarang ini. Apatah lagi PMC+VC adalah gabungan dua perkara yang sangat dicari oleh wanita-wanita cantik di luar sana.



Selain dari itu, Asmara Collections juga menawarkan peluang dropship untuk InchLoss Lotion by Felinna Beauty. Semua orang mahu cantik dan kurus, dan tahukah anda bahawa produk pelangsingan adalah produk yang sangat laris di pasaran. 


 
 Buat kawan-kawan yang sedang mengintai peluang perniagaan, inilah masanya. Juga sesuai untuk kawan-kawan yang sedang mencari produk tambahan untuk dijual dikedai masing-masing. Tidak kiralah samada kedai alam nyata atau kedai alam maya. Yang penting barang jualannya adalah nyata dan wujud.

Sekiranya berminat untuk berbisnez bersama-sama ibu Yusuf dan Maryam jangan malu-malu, jangan segan-segan pm di page Asmara Collections atau FB Zefa Ibu Maryam.

Hingga jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D 

   

 

Monday, November 26, 2012

PROMOSI HARGA RUNTUH FELINNA INCHLOSS LOTION


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, ibu ada buat entry tentang Felinna InchLoss Lotion. Sejenis losyen pelangsingan badan yang tak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya, kerana ia sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Malahan menjadi satu gelombang fenomena di FB.

Ibu pun pakai losyen ni, alhamdulillah ibu sukakannya. Tapi jangan tak tau, ibu ni XXL punya orang. Jadi ambik masa lah kan nak 'mengecil'.. Jangan pulak nanti jumpa ibu kata cenggini; "Ek eleh.. yang jual inchloss pun gemuk...". Huwaaaaa..

Haha.. Abaikan drama swasta ibu itu, ibu nak kongsikan satu berita gembira. Felinna Beauty sedang mengadakan promosi hebat, dimana 2 botol Felinna InchLoss Lotion hanya berharga RM120.00 sahaja (harga asal RM150.00 untuk 2 botol). 

Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Promosi berakhir 30 November 2012.


 Sila ambil perhatian, ini bukan model Felinna Beauty yer (tak layak you..). Inilah cuma pemilik Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam). Berpossing ala-ala perasan kurus di balik daun. Kih kih kih.. (Haiyo.. drama swasta lagi. Abaikan okey..)

Berminat sila pm Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)/ sms 012 3659728 cepat-cepat. Tak promosi pun stok cepat je habis, inikan pula ada promosi. 

Harga promosi tidak termasuk kos pos, cuma perlu tambah RM7.00 sahaja untuk pos laju. Buat warga Kuala Terengganu, ibu akan berada di sana dari 29 November hingga 2 Disember 2012. Boleh COD dalam tempoh tersebut.

Selepas tempoh berkenaan, COD hanya mampu ibu laksanakan sekitar Shah Alam dan Klang sahaja. Tapi harga promosi hingga 30 November 2012 sahaja ya..


 Selain InchLoss Lotion, Asmara Collections juga memasarkan Felinna Vitamin C + Pure Collagen. Boleh klik SINI untuk maklumat lanjut. Produk ini mendapat pengesahan dari KKM dan halal JAKIM..

Apalagi, jom cantik!!

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...