Follower

Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

MANDI MANDA @ PANTAI TOK JEMBAL, KUALA TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yusuf dan Maryam memang suka aktiviti mandi manda, lebih-lebih lagi bila balik Terengganu. Terakhir catatan ibu tentang aktiviti mandi manda sebelum ni adalah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

Balik kali ni tiada perancangan mandi manda sebenarnya. Tapi tiba-tiba terjadi. Ehehe.. Boleh pulak tiba-tiba terjadi ye?

Petang tu kami cuma merancang nak jalan-jalan tepi pantai je. Tapi Bak (abang ipar ayah Yusuf) bagi tau ada tempat boleh mandi di pantai Tok Jembal. Wah! Teruja kami sebab setahu kami kebanyakan pantai di Kuala Terengganu ni tak sesuai untuk mandi manda.

Maka dengan apa pakaian yang ada budak-budak tu terjun dalam air dengan Bak mereka. Ibu dan ayah tukang tengok je. Jom layan gambar yang ada..


 Ibu tak tahu nak bagi tau tempat ni kat mana. Tapi kalau kita menyusur Pantai Tok Jembal, ni lokasi terakhir boleh naik kereta. Sampai sini terus jalan mati dah..


 Budak Maryam yang teruja boleh mandi. Terjun dalam air dengan pakaian yang memang itu adanya. Balik rumah camane? Hihi.. Agak-agak sendiri..


Tempatni sebenarnya lokasi nelayan dengan sampan atau bot kecil berlabuh. Tapi memandangkan ada tambakan batu yang dibuat, pantai ni agak selamat dari ombak besar. Pesisiran pantainya juga landai dan sesuai untuk aktiviti mandi manda..


 Yusuf dan Maryam bukan main suka.. mandi dengan Bak dan sikecik Faqehah sepupu mereka..



 Ambik gambar dengan tab je.. tak boleh zoom..


Airnya bersih..


 Pemandangan indah waktu senja yang ibu sempat rakam.. Tapi taklah senja sangat, nanti kata ibu Maghrib kat pantai pulak.. Hohoho.. ;p


Yang ni pemandangan yang ibu snap dari gerai yang kami duduk. Tak ingat nama gerainya, tapi murah. Kami makan ikan goreng tepung, pisang goreng dan air untuk 5 orang baru RM18.00.. Ikannya besarrrrrrr dan segarrrrrr.. Sampai ibu belek-belek ikan tu, teruja tengok ikan selar besar tu. Tapi tak ada gambar. Lupa nak ambik. Hehehe..

Okey, sampai sini dulu catatan ibu kalini. Hingga jumpa lagi..



Tuesday, December 27, 2011

Sang Puteri & Istana Impian


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wah tajuk.. bukan main lagi. Adakah ini entry tentang kisah dongeng Sang Puteri dan Istana Impian zaman dahulukala? Ataupun entry laksana kisang dongeng Puan Kutu? Ha ha ha.. Tiba-tiba Puan Kutu dapat nama kan? Alaaa.. Blogger yang ada blog khas untuk kisah dongeng dia tu..

Alkisahnya, ini kisah benar, bukan dongengan semata-mata. Kisah Maryam Nabihah si puteri ibu yang sangat suka bernain pasir, dengan harapan dapat membina istana impian. Apa rupanya istana tu, layan jelah gambar-gambarni ye.. Lokasi; Pantai Teluk Ketapang, Terengganu.


Sang Puteri yang mesra di hadapan kamera.. dengan syarat mood sedang ceria.. :D


Candid.. tangah cakap apa lah tu agaknya..


Pembinaan masih belum bermula.. Termenung mencari idea?


Mengerbang-gerbang rambut sang Puteri ditiup angin..


Alat-alat pembinaan Sang Puteri..


Sang Puteri sedang berkreatif.. menyusun cengkerang-cengkerang di halaman istana..


Bersama Ucu.. yang setiasa meneman dan melayan karenah Sang Puteri..


Istana Impian Sang Puteri yang telah direalisasi.. Boleh lah tu, Sang Puteri baru 4 tahun.. :D

Ps: Ketika n3 ini ditulis, kami telah berada di Shah Alam. Bertolak jam 6.00 petang semalam dan sampai jam 2.00 pagi tadi. Ibu cuti harini, letih dan sakit kepala. Ayah tak ada pilihan, terpaksa masuk kerja. 



Monday, December 26, 2011

Bercanda Di Pantai Teluk Ketapang Terengganu


Bercanda dipasiran pantai, kita bersama memadu asmahara.. cinta setia.. Hahaha..

Masih entry tentang pantai.. sebelumnya hanya lalu mencuci mata menghayati indahnya alam di Pantai Tok Jembal, kami meneruskan perjalan ke Pantai Teluk Ketapang yang berjiran dengan Pantai Tok Jembal. 

Sebenarnya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercanda di persisiran pantai-pantai yang terletak di Timur tanahair. Cuaca tak menentu, angin kuat dan ombak yang mengganas. Namun kami tawakkal, alang-alang tiba dari jauh sayang rasanya tidak singgah menikmati indahnya ciptaan Ilahi. Yang penting, jangan mandi mahupun terlalu dekat dengan air.

Buat sahabat-sahabat yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Pantai Teluk Ketapang antara destinasi menarik untuk dikunjungi. Hanya beberapa minit dari bandar Kuala Terengganu dan cuma bersebelahan dengan lapangan terbang. Seafood goreng celup tepung di sini memang best!! Penginapan juga tak menjadi masalah, sangat banyak penginapan dan homestay di sini.


 Pasir memutih, ombak memukul pantai dan angin bertiup kencang.. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Cuma kamera ibu gagal merakamkan keindahan itu. Cuaca mendung mempengaruhi keadaan..


 Antara kemudahan yang disediakan. Tandasnya sangat bersih, jadi tak kisahlah kan kena bayar RM00.20 je. Suraunya ibu tak masuk sebab kami datang sebelum masuk waktu solat..


 Gerai menjual air, kelopok lekor, bebola dan pelbagai jenis makanan untuk kudapan sambil bersantai di tepi pantai. Kami pergi sebelum menjelang petang, jadi tak banyak lagi gerai yang buka..


Kedai makan yang menyajikan masakan panas dan seafood goreng celup tepung. Ucu order nasi goreng ikan masin, sangat sedap. Ayah order kelropok lekor dan ikan goreng celup tepung, ikannya segar dan manis isinya. Ibu order sotong goreng celup tepung, walaupun dipotong kecil-kecil tapi sangat puas hati. Yusuf makan tomyam dan nasi, pun sangat sedap cuma sangat pedas bagi dia. Semua yang kami makan termasuk air RM30.00++ semuanya. Okeylah tu, makan dengan rasa puas hati. Oh ya, kami makan di kedai yang betul-betul sebelah surau. Kedai-kedai di sini buka dalam jam 12.00 tengahari. Kami makan selepas bercanda sebenarnya, sebab kami tinggalkan pantai sebelum Zuhor.

Baiklah, mari kita tengok apa aktiviti kami di sana..


Menghayati keindahan alam. Ayah Yusuf memang sangat cintakan alam. Ayah suka laut, suka pantai.. dan tak sukan hiru pikuk pusat membeli belah.


Berkejar-kejaran dengan anak lelaki kesayangan.. Ibu tumpang seronok ajelah, nak lari tak larat. Kendong lemak banyak sangat.. Hahaha..


Bab menyakat pun, serahlah pada ayah. Tapi kalau Yusuf sakat Maryam, ayah marahlah pulak. Hmmm..


Muhammad Yusuf Nabhan.. sebelum ada yang kata tulisn dia cantik, tu ayah yang tulis ye.. Hehe..


Ini aktiviti kegemaran Maryam.. Jadi kontraktor pembinaan Istana Pasir..

Banyak lagi gambar kenangan, tapi cukuplah dulu 9 keping. Ada beberapa gambar Maryam bermain pasir yang sangat ibu suka. InsyaAllah ibu akan kongsikan kemudian.
Jumpa lagi nanti ya..

Ps: Jelajah Jemari Asmara dilanjutkan hingga 15 Januari 2012. Walaubagaimanapun tarikh pengumuman peserta yang berjaya tidak berubah. Harap maklum.



Sunday, December 25, 2011

Ombak Mengganas Di Pantai Tok Jembal, Terengganu


Rakaman lensa ibu Yusuf..

Harini kami ke UNIZA di Gong Badak, melepas kerinduan pada adik bongsu kesayangan ibu. Alang-alang bertemu, kami bawa dia keluar jalan-jalan. Hajat hati nak ke Pantai Teluk Ketapang. Dari UNIZA kami menyusuri jalan dipesisiran pantai Tok Jembal.

Angin sangat kuat dan ombak tinggi memukul tebing. Ibu sempat merakam 3 keping gambar. Itu pun hanya dari tingkap kereta sahaja.. Gambar sedikit suram, cuaca agak mendung.







Gambar tanpa kapsyen.. Tengok ajelah ye, tu pun semua dari sudut yang sama. Cuma zoom dengan tak je.. Hihi..

Pantai Tok Jembal ni terletak tak jauh dari lapangan terbang dan dikenali sebagai lokasi pendaratan bot-bot nelayan pesisir pantai. Berdasarkan pemandangan ibu, pantaini semakin terhakis. Batu-batu tersusun di persisiran sebagai tambak yang menghalang hakisan. Ada juga wakaf batu yang sudah hancur.. Samada dek ombak atau angin kuat, wallahu a'alam.

Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Teluk Ketapang yang lebih sesuai untuk bercanda. Mandi memanglah tak boleh, tapi kami telah beraktiviti di sana dengan sangat bahagia. Oh, indahnya.. :D

Nanti ibu buat entry bercanda di Pantai Teluk Ketapang ye. Tunggu...

Jumpa lagi!!


Sunday, December 18, 2011

Semalam di Tanjung Bidara Melaka


Rakaman percutian berserta sedikit info tentang resort..

Seperti yang ibu ceritakan sebelum ini, selepas dua malam di Johor bahru kami beredar pula ke Melaka untuk menikmati percutian di tepi pantai. Rakaman kami bercanda di tepian pantai tanjung Bidara ibu dah kongsikan pada n3 sebelum ini.

Untuk n3 yang ini, ibu nak kongsikan tentang penginapan kami di Tanjung Bidara. Kami menginap di sini..

v

v

Samudera Bidara Resort.. Yang ni semua bilik superior. Ada roof top lagi..

Sebelum ibu ceritakan tentang resortni, ibu nak kongsikan pandangan sekiranya kawan-kawan nak bercuti di sini.

Jika anda memilih lokasi yang tenang tanpa hiruk pikuk, ibu cadangkan pilihlah resort atau chalet di Tanjung Bidara. Cuma resort atau chalet di sini agak tersorok dan perlukan kenderaan kalau nak keluar makan. Cari je papan tanda Komplek Falak Al Khawarizmi Jabatan Mufti Melaka, selepas kompleks tu akan jumpa banyak resort atau chalet. Tinggal pilih je yang mana satu.. Samudera Bidara Resort tu kami main terjah je, ada kosong terus check in.

Jika anda memilih, lokasi yang senang nak ke pantai, senang nak cari makan, ibu cadangkan pilihlah resort di Pangkalan Balak. Cuma suasana agak bising sebab betul-betul tepi pantai peranginan. Chalet dan resortnya juga bersusun rapat-rapat. Kalau tak nak leceh, baik di Pangkalan Balak berbanding Tanjung Bidara. Semua ada di sini..

Lagi satu, kalau pergi bukan di waktu puncak (cuti sekolah atau hujung minggu) tak perlulah book dulu. Datang, tengok dan pilih. Sebab ada setengah chalet tu dalam internet bukan main, sekali datang rupa rumah kampung je. Harga pun kedebabom.. Tapi, kalau pergi di waktu puncak dan tak book dulu, jangan marah kalau tak dapat bilik. Hihi..

Okeylah, itu pandangan dari mata kasar ibu je. Meh ibu cerita tentang SBR ni, best ke tak nilai lah sendiri ye..


 Pemandangan dari roof top. Antara kelemahan resort ni, dia tak ada pantai berpasir, pantai dia tambak batu. Kalau nak mandi kena jalan kaki jauh sikit atau keluar ke pantai yang dekat dengan Kem Terendak yang kami pergi tu..


 Resort yang sama cuma semua tu bilik standard.. RM130.00 semalam termasuk makan pagi untuk 2 orang.. Bilik superior RM150.00 semalam termasuk makan pagi untuk 3 orang..


3 kekasih ibu, ibu paksa ambil gambar atas roof top.. Hihi..


 Ni nak panggil apa ek? Lobi resort ke?


 Ahha.. ini sarapan yang disediakan. Ada juga sampingannya, sosej dan wedges, roti bakar pun ada. Buah pun ada. Air teh dan kopi serta oren kordial. Bukan fresh oren tau..


 Gelanggang bola tampar. Ayah tu saje tunjuk skill lepas gian. Kalau siapa-siapa yang datang buat family day dan nak buat BBQ kat sinilah tempatnya..


Resortni ada swimming pool.. Tuuu, Maryam dah sain kontrak jadi model swimming pool resort ni. Hihi...

Bilik? Tak yah tunjuklah. Sangat biasa-biasa.. Katil pun dah uzur dan senget sebelah. Karpet dia pun berbau hapak. Ibu rasa tak sesuai sebenarnya resort tepi pantai dan ada swimming pool macamni guna karpet. Orang basah-basah terus naik bilik sebab swimming pool dia tak sediakan tuala mahupun penjaga.. Oh ya, keadaan tu mungkin untuk bilik yang kami dapat je kut, bilik 602.. Ayat cover nih. Haha..

Wi Fi? Masa check in dia kata ada, dah malam dia kata tak ada pula. Hmm tak apa, sepanjang di Tanjung Bidara memang tak ada masa nak berinternet pun.

Cuma ada satu insiden yang buat ibu hangat hati, pekerja dia masuk bilik tanpa ketuk pintu dengan alasan nak ambil tuala. Masatu ibu cuma lock je tanpa pasang selak. Mujur ibu lengkap berpakaian, kalau tengah berkemban? Takke naya?

Secara keseluruhannya, jika tidak mengambil kira insiden hangat hati tu, resortni okeylah. Nama pun resort, tak perlulah mengharap standard hotelkan?

Baiklah, sampai di sini sahaja. Ada masa nanti ibu buat n3 tentang ikan bakar di Pangkalan Balak pula.

Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!




Bercanda Dipasiran Pantai Tanjung Bidara Melaka..


Lagi catatan perjalanan ibu Yusuf sekeluarga..

Selepas 2 hari 2 malam di Johor Bahru untuk percutian 2 dalam 1 yang tidak dirancang dengan teliti, kami mengambil keputusan mengejut untuk menambah lagi percutian kami.

Ibu cadangkan pada ayah nak bawa anak-anak mandi pantai. Ibu cadangkan je tapi nak kemana tak tahu pun. Akhirnya ayah buat keputusan nak ke Tanjung Bidara, Melaka.

Tanjung Bidara? Tahu ke? Hahaha.. Dalam hati ibu mesti sesat larat lagi lah ni, sebab kami tak pernah pergi pun. Namun alhamdulillah, dengan maklumat melalui telefon dari kawan ayah kami sampai juga ke Tanjung Bidara.

Petunjuk jalan yang membawa kami ke Tanjung Bidara adalah:

Dari arah Johor Bahru keluar di tol Ayer Keroh. Terus hingga jumpa simpang MITC (ada Mydin) belok kanan. Jumpa bulatan kecil ambil jam 12 dan terus hingga jumpa lebuh SPA. Terus lagi hingga jumpa penjara Sungai Udang, terus hingga jumpa traffic light dan belok kanan. Selepas kanan kami ikut panduan dari papan tanda sahaja sehingga jumpa destinasi yang dituju. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera.

Ibu abadikan di sini beberapa keping gambar kenangan di Tanjung Bidara, Melaka. Semua gambar agak gelap kerana diambil dari jam 6.00 hingga 7.00 petang. Layan..










Maaf, gambar-gambar tanpa kapsyen ya.. biarlah gambar-gambar itu sendiri yang berbicara. Cewahh!!

Kami tinggalkan pantaini dalam jam 7.00 petang menuju ke penginapan. Di mana kami menginap tunggu n3 seterusnya ye. Jumpa lagi..

Ps: tiba-tba teringat lagu Anita Sarawak, "Bercanda di pasiran pantai, kita bersama memadu asmahara, cinta setia... lalalala...". Hahahaha..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...