Follower

Showing posts with label Nikon S6000. Show all posts
Showing posts with label Nikon S6000. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

PENGISAR AIS TRADISIONAL; INDIA MARI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak cerita kisah semalam dating dengan ayah sebenarnya. Ala.. dating makan cendol bawah pokok je. Tapi macam tak sempat nak upload gambar. Layan dululah gambar nan sekeping ni ye..



Betul-betul oldskool.. Pengisar ais tradisional. India mari kata mamak cendol ni. Menarik tertarik buat ibu Yusuf terus minta izin nak tangkap gambar.

Sampai jumpa lagi!!

Rasa nak melancong ke India? Cari info di sini. Klik!!

Saturday, March 24, 2012

MENEMBAK KEINDAHAN CIPTAAN ILAHI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sabtu 24.03.2012 yang agak suram. Yusuf demam.. Hingga kerugian. Hari ini ada kem Solat di sekolahnya. Tapi apakan daya, terpaksa tidak dapat hadir. 

Abah masih di Hospital Sungai Buloh, dan akan dioperate bila-bila masa jika tekanan darahnya stabil. Mak pula pening-pening, sebab tak tahan tengok darah yang disalurkan ke badan abah. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Maaf jika tajuk agak sedikit mengelirukan. Menembak tu maksudnya ambil gambar tau. Hihi...

Semalam, dalam jam 10.00 pagi ibu keluar untuk tugasan di mahkamah. Masa ibu mendongak ke atas memandang langit, hati ibu terus terdetik; subhanallah, cantiknya ciptaan Ilahi.


 Hasil tembakan dengan Nikon Coolpix S6000. Setting: landscap..

Setting yang betul apa, pun ibu tak tahu. Nak cepat main tekan aje..

Takat tu jelah mampunya. Gagal sebenarnya, jauh bezanya jika dibandingkan dengan pandangan mata hakiki. Langitnya lebih biru, dan pancaran cahaya dari balik awan tu sukar untuk digambarkan. Subhanallah..


Hasil tembakan dengan Nikon Coolpix S6000. Setting: Auto mode..

Berangan-angan juga nak memilik kamera yang lebih canggih. Tapi sekadar simpan dalam hati aje lah. Kalau ada pun, bukannya mampu nak usung ke sana sini. Kang ada yang kena jeling dengan Majistret. Kah kah kah..

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..




Saturday, February 11, 2012

BELIMBING BULUH @ KEBUN CINTA IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sabtu menjelma lagi. Tadi, selepas hantar Yusuf pergi kelas Mental Arithmetic.. ibu sempat layan hobi 'menangkap'. Kali ini belimbing buluh jadi mangsa. Depan rumah ada 3 pokok belimbing buluh, semuanya tuan rumah asal yang tanam. 

Seperti yang ibu maklum sebelum-sebelum ni, ibu memang tak ada skill dalam menangkap gambar. Semuanya main tekan je.. Dalam entry Bouganvilla @ Kebun Cinta Ibu, Neon ada bertanya macam mana nak tangkap gambar cantik dengan hanya guna kamera compact..

Maaf, ibu tak ada jawapan. Semua gambar yang ibu tangkap guna auto mode, cuma kamera ibuni ada fungsi makro mode dan ibu onkan..

Jika ada sahabat-sahabat yang ada ilmu tentangnya kongsilah dengan kami ya..


 Belimbing buluh yang masih putik.. dengan bunga-bunganya..


Ibu nak sharpkan dua-dua, belimbing dan bunga.. tak jadilah pulak..


Imej berlawanan dengan pic di atas.. betul ke ibu guna istilah tu?


Kurang sharp.. ibu membayangkan alangkah indahnya pic ni kalau ada titisan air di bawah belimbing..


Pokok belimbing buluh yang disaluti pokok duit-duit di bawah langit membiru..

Agak-agak ada ke jiran yang skodeng ibu tertonggeng-tonggeng bawah pokok ha? Hahaha..

Ps: Ibu pernah syer resepi Ikan Tenggiri Masak Pindang Belimbing Buluh. Jemputlah klik.. :D





Monday, February 6, 2012

BOUGANVILLA @ KEBUN CINTA IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Harini pagi-pagi ibu dah layan hobi ibu yang satu ni.. Sekadar hobi tangkap gambar yang biasa-biasa. Hanya berbekal sebiji kamera kompak dan jemari gemuk untuk menekan punat.. Takde skill ke apake.. Hehe..

Mari layan beberapa keping gambar hasil 'tangkapan' pagi tadi di Kebun Cinta Ibu..


 Pink bouganvilla..


 Suka pic ni..



Hajat hati nak fokus titisan air tu.. tak berapa menjadi la pulak.. huhu..


 Ranting-ranting sahaja.. ce tengok gambar bawah pulak..


Menenerobos di sebalik ranting-ranting..


Lokasi penggambaran.. Hanya sepohon pokok bunga kertas yang tak berapa nak terbela sebenarnya..

Dulu ibu ada buat entry tentang Kebun Cinta @ Baiti Jannati (klik) dan Kebun Cinta @ Baiti Jannati Part 2 (klik). Jemputlah jenguk entry lama tu.. Tapi tak semua pokok masih segar, ada juga yang dah nak meninggal sebenarnya. Serangan anai-anai telah berlaku.. :-(

Ps: Buat n3 ni baru sedar, part 3 tu tak wujud sampai sekarang.. hahaha..


Monday, January 16, 2012

KAMPUNGKU


Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi dah buat entry penuh kata-kata. Petangni entry kurang kata-kata lah ye. Itu pun kalau terpublishlah, sebab kadang-kadang autopublish tak menjadi. Balik rumah buka blog, masih terperam dala draf. Hmmm, sabar je lah..

Moh layan gambar nan sekeping ni..

Gambar diambil dari tangga rumah mak di kampung, dalam lebih kurang jam 5.00 petang..

Malam ni kalau sempat ibu BW ye.. Jumpa lagi.. :D


Friday, January 6, 2012

Ce Teka @ Jemari Asmara #2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu dah mula bertugas. Semalam lagi sahabat setugas dah maklumkan tentang tugas-tugas yang dah bertimbu atas meja ibu. Bukan itu sahaja, beberapa kes sedang menunggu di hadapkan ke mahkamah harini. Maka entry yang sahabat-sahabat sedang tatap ini adalah entry autopublish sebenarnya. Ibu dah siap-siap draf malam tadi..

Seperti biasa, entry di Jemari Asmara santai-santai sahaja. Jarang ada entry berat-berat kan? Makanya marilah kita main teka-teka lagi..

2 gambar di bawah di ambil dari tempat yang sama dan berbeza waktu dalam anggaran 10 saat..


Gambar A


Gambar B

Soalannya: Apakah beza di antara gambar A dan gambar B? He he he.. 

Silalah jawab jika sudi. Hadiah tak ada, kalau nak hadiah sila joint Jelajah Jemari Asmara GiveAway ye..


Ps: Jawapan untuk Ce Teka @ Jemari Asmara #1 adalah bunga delima..


Wednesday, January 4, 2012

Bunga Raya Bunga Kebangsaan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu cuti lagi.. Pagi tadi ada taklimat ibubapa di Tadika baru Maryam, kemudian terus ke sekolah agama Yusuf bayar yuran. Baru je balik dalam 30 minit yang lepas..

Ibu tak sempat nak buat entry. Ibu tepek gambar je la ye.. Ala-ala wordless wednesday gitu...


Bunga raya bunga kebangsaan..


Saturday, December 31, 2011

Ce Teka @ Jemari Asmara..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pegasih Lagi Maha Penyayang

Harini tak ada idea.. lagi pun bz nak kemas rumah. Kita main teka-teka lah ye.. Terbuka pada yang sudi.. :D


Bunga apakah ini?

Ps: Tak ada hadiah tau!! Nak hadiah best sila ke Jelajah Jemari Asmara okey. Salam sayang buat semua..



Friday, December 30, 2011

Menggadai Nyawa Demi Rezeki Yang Halal


Lagi dari lensa ibu Yusuf dan Maryam


 Gambar diambil lebih kurang 350 meter dari lokasi pembinaan pencawang elektrik baru. Agak-agak berapa ketinggiannya tu?


 Zoom.. Subhanallah, tak gayat ke mereka tu?


 Zoom lagi..


Zoom lagi dan lagi.. tapi takatni kamera ibu boleh pergi..

Ps: Semenjak duani, ibu Yusuf kemaruk snap sana, snap sini. Sampai siput khinzir pun jadi mangsa. Hi hi..



Tetamu Pokok Kucai


Lagi dari lensa Ibu Yusuf



Ps: Beginilah bila guna kaedah hentam kromo, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak..

Pss: Bila buat n3 ni baru teringat, aahla.. lepas tangkap gambar haritu, tak buang pun siput tu. Ha ha ha..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...