Follower

Friday, September 30, 2011

JeMaRi AsMaRa MiNi GiveAway!!

Assalamualaikum wbt..

TELAH DITUTUP!!

Ini adalah n3 melekat!! Sila godek ke bawah untuk n3 baru okey.. :D



Jom sertai Mini GA anjuran ibu. Untuk keterangan lanjut, sila klik banner GA di atas.

Untuk senarai peserta sila klik SINI pulak..

Terima kasih!!

Cara Buat Sensor Pada Gambar..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dapat juga ibu merehatkan diri. Dari pagi terkejar-kejar dengan Laporan Sosial, memandu selaju mungkin ke Mahkamah pada jam 11.30, memanjat bukit gara-gara parking di atas dah penuh, berlari-lari masuk bilik pendaftar. Fuhh, cemas.. persidangan kes dah mula. Termengah-mengah ibu baca syor harini. Syukur, semuanya berjalan lancar.. Pendaftar pun okey, cuma kakak juru bahasa moncong sikit. Sebab dah rehat (harini rehat jam 12.15 tgh..) tapi kes banyak tak sebut lagi. Sabar kak ye.. :D

Muahaha.. ibu Yusuf dan Maryam suka buat muqadimah lain dari tajuk kan? Muqadimah tu kira diarai ibu la.. catatan apa ibu buat harini.. Jangan marah ye.. :-)

Balik pada tajuk, akhirnya.. (orang lain dah lama tau..) ibu tau buat sensor kat gambar.. ala-ala yang kotak-kotak kecik tu.. Hasilnya? Tadaaaaaaaa...

v

v

v

v

Pic ibu bersama klien-klien ibu.. :D

Kredit dan terima kasih tak terhingga buat Kak Atie.. Jasamu ku kenang..


Faham kak Atie.. dah jadi pun.. Terima kasih sekali lagi!!

Ps: Harini hari Jumaat, rehat panjang. Kawan-kawan ke mana tu?

50% @ Romantika Plaza Alam Sentral..

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah n3 autopublish..

Ibu tak tahulah samada n3 ini sudah menjadi sesuatu yang expired atau belum. Hehehe.. Ibu tahu pasal off 50% kat Romantika tu sejak minggu lepas. Tapi ibu baru berkesempatan pergi Isnin baru-baru ni.. dan harini baru nak cerita kat blog.. :-(

 Ni banner dia.. tak bagi tau pun sampai bila..


Zoom dari jauh je.. ibu malu. Hehe..

Ibu beli apa? Tak beli apa-apa pun. Saje wal-walk wash my eyes.. (rosak bahasa..)

Menarikke? Barang kat Romantika sentiasa menarik.. tapi yg 50% tu...

NO KOMEN!!

Nak tau, silalah terjah yerrrr.. :D

Carrefour Seksyen 23 Shah Alam: Masih Raya?

Assalamualaikum wbt..

Semalam (sebab dah jam 12.00..) ibu cuti sebab INI. Jadi ibu dah bagi tau van adik tak perlu ambik dan hantar adik sekolah sebab ibu akan hantar dan ambik dia. Petang, lepas ambil adik dari Genius Aulad, kami pergi Carrefour. Nak beli seliper adik. Adik tak suka pakai kasut, seliper dia dah buruk..

Bila masuk dalam, ibu rasa konfius. Eh.. bukan harini dah 01 Zulkaedah ke? Nape ibu konfius? Sebab dorang pasang lagu raya lagi.. Hahahahahaha..


Adik punye.. :D

Ps: Kasut macam tu kita panggil apa? Kasut atau seliper?


Thursday, September 29, 2011

Virus Apa?

Assalamualaikum wbt..

Ini catatan tentang anakanda Yusuf Nabhan yang sedang demam. Sebenarnya badannya agak panas sejak Rabu, tapi ibu tengok dia masih cergas. Jadi dia sekolah seperti biasa. Petang Rabu, ibu balik lambat sebab banyak kerja nak diselesaikan. Balik rumah ibu tengok badannya merah-merah dan .......... (ibu tak reti nak gambarkan sebenarnya..)

Malam tadi badannya panas lagi. Pagi, ibu ambil keputusan cuti dan bawa dia ke klinik. Dr kata ini adalah sejenis virus. Tapi tak diterangkan pula dengan jelas jenis virus tu. Hmmm..????

Beginilah rupanya. Penuh satu badan.. (maaf gambar tak berapa jelas..)


Ps: Ada siapa-siapa ada info? Syer dengan ibu ya.. Terima kasih.. :D

Puding Trifle Jemari Asmara

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersua lagi kita. Semalam Jemari Asmara terpaksa direhatkan.. Terima kasih pada semua yang masih sudi singgah di blog yang dingin dek gara-gara dibekukan.

Harini, sepatutnya Jemari Asmara masih dingin. Mengikut jadual harini ibu ada program dengan klien-klien ibu, laporan-laporan hujung bulan, surat-surat yang bertimbun-timbun, gerak kerja untuk persedian kem, dan banyak lagilah.

Namun....

Allah swt takdirkan harini ibu terpaksa cuti. Anakanda soleh ibu demam.. Cuti-cuti juga.. tapi dari pagi macam-macam tugasan rumah ibu buat disamping tugasan-tugasan pejabat yang dibuat di rumah. Sekarang, sedikit lega, dah siap masak dan anak-anak dah makan. Abang tengah layan Tv iQ di Astro, adik pulak dah siap pakai baju sekolah. Sekejap lagi nak pergi sekolah.. Dah clear semua, dapatlah ibu mengadap lappy.. :D

Panjangnya muqadimah, tak ada kena mengena dengan tajuk pulak tu. Hehe.. Sebenarnya ni cerita Ahad lepas. Ibu buat trifle lagi. Cubaan kali ke2 selepas trifle yang INI.


 Kalini ibu cuba buat dalam gelas... Mengada tul.. haha..


 Keh keh keh.. tak nampak langsung lapisannya. Mulut gelas ni kecik sangat, susah nak buat.. (alasan la tu.. hehe..) padahal tanganni memang kurang berseni bab-bab makanan ni.. :D


Masa pic ni di ambil, jelly tu panas lagi.. bila dah masuk peti es dan sejuk, kaler dia lain sikit..


Nak jugak tayang balik.. Ni trifle cubaan pertama, guna laici je..

Ps: Lepasni nak try buat Puding Karamel Jagung pula, harap-harap menjadi. Orang lain dah lama pandai, ibu baru nak try. Huhuhu..

Wednesday, September 28, 2011

Jemari Asmara Berehat!!

Assalamualaikum wbt..


Adalah dimaklumkan bahawa Jemari Asmara akan dibekukan buat sementara waktu kerana kekangan kebizian tuan punyanya. Sekiranya, pada malam ini tuan punya Jemari Asmara berjaya menghalau kebizian yang membontotinya sejak beberapa hari ini, maka Jemari Asmara akan dicairkan semula. Kalau tak, maka masih tetap dibekukan.

Harap maklum!!

Ps: Kebekuan ini tidak mempengaruhi perjalanan Jemari Asmara Mini GiveAway ya!! Ia tetap on okey.. Sila, sila, sila.. :D

Tuesday, September 27, 2011

Main Teka2 @ Jemari Asmara: Keputusannya!!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Main Teka2 @ Jemari Asmara telah ditutup jam 12.00 tengah malam tadi. Malam tadi ibu tak online, sebab hujan sangat lebat.. Tarik selimut dengan anak-anak la jawabnya.. :D

Jawapan peserta ibu tak senarai kan ye. Klik je kat komen dua n3 tu. SINI dan SINI. Okey, tanpa melengahkan waktu, ibu nak bagi jawapan tentang apa bendanya ini..


 Apakah? :D


Jawapannya: Ia adalah sebahagian dari Kolam Landscap..

Tiada yang memberi jawapan sama seperti yang ibu nak..

Tapi!!

Memandangkan anak-anak kata dalam tu ada ikan (walaupun siyes ibu tak nampak pun.. hehe..), maka dengan ini ibu memilih...

v

v

v


v


Tahniah my dear. Sila emailkan nama, alamat dan no telefon ke zefa_asmara@yahoo.com sebelum 8.00 pagi hari Jumaat ya.. :D

Terima kasih pada semua yang sudi Main Teka2 @ Jemari Asmara.. Sayang kamu semua!!

Ps: Ada satu Mini GA yang sedang berlangsung juga. Klik SINI ya..

Monday, September 26, 2011

Annivesary GiveAway AzatieSayang.. :D

Assalamualaikum wbt..

Ibu dengan penuh sukacita dan gumbira, nak juin GA anjuran Kak Atie.. Cantik sangat banner dia..

GA ni dianjurkan sempena ulang tahun perkahwinan Kak Atie dan suami pada 9 September yang lalu. Jom kawan-kawan, kita sama-sama meriahkan lagi GA Kak Atie ni. Ada beberapa hari lagi, sebab GA ni tamat pada 30 September 2011 jam 12.00 tengah malam.

Untuk turut serta dan lihat syarat-syarat penyertaan, kawan-kawan klik je banner di atas atau SINI sahaja.. :D

Dikesempatan ini, Ibu Yusuf dan Maryam ingin mengucapkan 'Selamat Ulang Tahun Perkahwinan' buat Kak Atie dan suami.

Semoga Mahligai Bahagia yang dibina terus kukuh hingga akhirnya..

Semoga harum yang ditabur terus mewangi di dalam Istana Cinta Kak Atie..

Semoga kasih yang tersemat terus tersemadi dalam nurani keluarga bahagia Kak Atie..

Semoga tautan hati-hati di dalam keluarga bahagia ini terus istiqamah dan mujahadah membina Bait Al Iman, Bait At Taqwa, Bait Al Mawadah, Bait Ar Rahmah.. menuju Al Jannah yang indah di sana..

Amin, amin, Ya Rabbal a'lamin..

Main Teka2 @ Jemari Asmara: Dilanjutkan!!

Assalamualaikum wbt..

Merujuk kepada n3 INI, ibu ada buat segmen Main Teka2 @ Jemari Asmara. Segmen tersebut sepatutnya ditutup jam 5.00 petang semalam. Tapi, sebab ibu tak sempat upload gambar jawapan, maka dengan ini segmen dilanjutkan hingga jam 12.00 malam ini dan keputusannya akan diumumkan besok.

Apa lagi? Jom teka-teka lagi. Gambar apa ini?

v

v

v


Tinggalkankan sahaja jawapan anda di n3 ini.

Boleh teka banyak-banyak kali.. 1 tekaan 1 komen. Jawapan anda tidak akan diterbitkan sehingga segmen ini tamat.

Jom teka!!

Sunday, September 25, 2011

Jamuan Raya @ Penghujung Syawal 1432H.. :D

Assalamualaikum wbt..

Maghrib tadi menjelang sudah 28 Syawal 1432H, dan hujung minggu terakhir di bulan Syawal.. ramai juga yang masih mengadakan rumah terbuka. Semalam sahaja kami menerima sangat banyak jemputan yang tak terkejar.. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk hadir satu jemputan kawan ibu, satu jemputan kawan ayah dan majlis jamuan yang diadakan di masjid.

Mula-mula kami terjah Makan Place di Seksyen 23 Shah Alam.. Restoran milik kawan sekolah ibu. Dah namanya tokey restoran, jamuan pun buat la di retoran. Alhamdulillah, sedap masakannya. Masani kami pergi bertiga je, anakanda soleh ibu ada kelas Mental Arithmetic.

Lepas ambil Yusuf dari kelas, kami terus ke Klang. Jamuan raya kat rumah seorang staf ofis ayah. Kawan ayah tu anak dara lagi yang masih tinggal dengan ayahnya. Semua hidangan ayah dia yang masak. Sedappppppppppppp.... :D

Akhir sekali, kami hadir jamuan raya Masjid Al Hidayah.. Yang ni baru ada picas..


 Jamuan Raya merangkap majlis meraikan bakal-bakal haji..


Antara hadirin yang hadir..


 Maryam nabihah yang asyik hilang.. pic ni ibu zoom dari jauh (tapi tak jauh sangat la.. )


 Beratur nak ais krim..


 Zoom sikit putera ibu yang tengah beratur nak aiskrim..


 Berkat kesabaran, akhirnya sampai juga giliran..


Yeay!! Abang dan adik ada aiskrim.. :D

Ps: Harini kami duk rumah je. kawan-kawan ke mana?

Main Teka2 @ Jemari Asmara!!

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah n3 MELEKAT!! Sila golek-golek ke bawah untuk n3 terkini..:D

Cuba tengok betul-betul gambarni..

v

v

Hasil Nikon CoolPix Ibu.. :D

Sila teka apakah bendanya ini? Jika jawapan betul, anda akan menerima satu hadiah misteri.

Klu jawapan: Ini bukan perigi..

Tekaan dibuka hingga Ahad 25 September 2011 jam 5.00 petang.. Tinggalkan jawapan anda di bahagian komen n3 ini. Jawapan anda tidak akan diterbitkan sehingga segmen ditutup. Oh ya, boleh teka banyak kali.. tapi 1 tekaan 1 komen okey..

Teka jangan tak teka..

Ps: InsyaAllah hadiah BUKAN RM10.00 ke bawah..


Lagi Projek Elak Pembaziran.. :D

Assalamualaikum wbt..

Semalam petang ibu buat satu projek elak pembaziran.. Ala, tak nak bazir roti je. Setiap hari biasa, rumah kami memang sentiasa ada bekalan roti. Senang nak sedia sarapan untuk anakanda sebelum ke sekolah (tapi tak ada la hari-hari roti okey.. nampak no ibu dia malas.. haha..) Yang pasti bila menjelang Sabtu, secara automatik roti tidak akan dilayan di rumah ni.. :D

Memandangkan, komfem menjelang Isnin roti yang ada dah tak boleh makan aka expired, maka ibu gigih buat Puding Roti semalam. Resepi? Owh, untuk makluman resepi puding roti ibu berbeza-beza setiap kali ibu buat (bergantung dengan berapa keping roti yang tinggal dan apa bahan yang ada..) tapi kalau ada yang minta resepinya insyaAllah ibu akan kongsikan. Ada ke? Hehe..

Ibu pernah kongsikan resepi puding roti versi malas di n3 Resepi Puding Roti Sempoi. Yang ibu buat semalam versi rajin sikit.. dan ini hasilnya..


 Walaupun rupamu kurang menarik, tapi rasamu tetap menjadi pojaan anak-anak ku.. hahaha..


Yang hitam-hitam kat atas tu bukan hangit ye kawan-kawan, tapi ibu tabur serbuk koko..

Senang je buatnye.. :D

Ps: Biasanya, roti yang tak habis kawan-kawan buat apa?



Saturday, September 24, 2011

JeMaRi AsMaRa MiNi GiveAway: Pengumuman Tarikh Tutup..

Assalamualaikum wbt..


Sukacita dimaklumkan bahawa Jemari Asmara Mini GiveAway akan terus berlangsung sehingga 30 September 2011.. Mini GA ini akan ditutup pada 30 September 2011 jam 11.59pm.
 
Terima kasih!!
Ps: Dah join belum? Jom!!


Cuci Mata @ Darmo Cottage..

Assalamualaikum wbt..

Petang semalam ibu jalan-jalan singgah cuci mata di Darmo Cottage.. Kedai jual barang dekorasi rumah. Ibu kan suka deko-deko, maka harus suka cuci mata di kedai sebegini rupa. Oh ya, kedaini di Teluk Panglima Garang.. Ibu guna istilah kedai sebab dia jual barang, tapi tak ada rupa kedai pun..


 Kedai.. er lagi sesuai panggil show room kut. Show room yang pertama..


 Rupa paras dalam showroom..


Lagi isi show room.. Show room pertama ni lebih kepada home deco items..


 Show room kedua.. berdepan dengan show room pertama. yang ini dua tingkat..


 Tingkat atas.. banyak bunga-bunga..


 Lagi bunga-bunga..


 Laluan ke tingkat atas..


Tingkat bawah.. fabrik (cadar, quilt carpet, sarung bantal, runner, dll..)

Nak tengok lagi banyak, klik je http://darmocottage.blogspot.com/

Ibu beli apa? Tak beli apa-apa pun.. rumah ibu dah cukup aksesori setakat ni.. :D

Tapikan, ada seorang kawan yang bersama ibu semalam, selama ni bila ibu buka cerita pasal deko-deko, dia kata tak minat. sekarang dia dah terjebak, semalam dia beli lampu canteq banget!!

Sorang lagi, mula-mula nak tunggu dalam kereta sebab dia pun tak minat juga. Akhirnya dia ikut juga, dan tiba-tiba dia cakap kat ibu; "Puan, i'm faling in love with all of this.."..

Hahaha.. Persoalannya; Aura siapakah atau apakah yang menarik mereka? Ibu tak pernah pengaruhi kawan-kawan pun untuk follow hobi ibu pun. Ibu cuma suka kongsi cerita dan idea.. :D

Friday, September 23, 2011

Ibu Jumpa Artis!! Bangga ker??

Assalamualaikum wbt..

Tegas!! Ibu tak minat artis. Kalau diaju soalan siapa artis yang ibu minat, jawapannya TAK ADA. Hatta, Siti Nurhaliza pun ibu tak minat.. Maaf Dato' ye, tapi saya dengarla jugak lagu awak dan saya tak nafikan suara awak sangat sedap. Ibu minat nasyid..

Jadi, jawapan untuk soalan di atas adalah; Owh! Tidak sama sekali..

Cuma harini, dalam satu program yang ibu hadir, ibu jumpa artis. Dah depan mata, layan je lah.. Malamni tak tahu nak buat n3 apa, tepek je lah gambar artis ye.. :D


 Raihan. Ibu suka nasyid mereka.. ibu suka nasyid yang tiada alat muzik moden. Ibu suka nasyid Arqam yang lama-lama dulu. Tahu tak mana nak cari sekarang ni?


 Zamani.. Alahai, kurusnya..


 Apa ke nama budakni.. lupa pulak. Tapi mc ada bagi tau dia ni berjaya di US.. Anda kenalkah dia?


Haaa.. yang ni memang buat anak-anak dara terlopong. Ala-ala K-Pop gitew.. Tak ingat apa nama grop ni, tapi salah satu lagu yang mereka nyanyi 'Cinta 247'. Tak tau la lagu mereka ke bukan.. 12 orang semuanya, nasib baik pentas tu kukuh..

Ps: Kawan-kawan ada minat artis ke? Siapa?

Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan. "Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. - BERNAMA

Ps: Apapun, harap semua pihak ambil pengajaran dari isu ini, jangan terlalu mengambil mudah dengan apa jua perkara. Sebagai manusia biasa ibu tetap merasakan Ahmad Idham perlu menarik semula semua kata-katanya yang angkuh itu.. Wallahua'alam.

Thursday, September 22, 2011

Resepi Laksa Terengganu

Assalamualaikum wbt..

Masa ibu buat n3 Makan-Makan Raya/ Intai-Intai Deco.. :D, ada yang tanya ibu masak apa? Haritu ibu buat laksa Terengganu, pecal, nasi impit, goreng nugget dan trifle laici pandan..

Pecal; nanti ibu cerita dalam n3 lain, trile dah cerita, nasi impit ibu rebus ketupat Nona je, kuah kacang kawan bagi. Nugget? Hehe.. tak yah cerita le..

Alkisah laksa Terengganu, ibu baru pandai buat tahun lepas kalau tak silap. Resepi dapat dari Puan Siti Mariam, xbos ibu. Jadi, untuk makan-makan kalini.. ibu gigih buat laksa Terengganu. (Bangga gitew, orang Jawa nan sorang ni boleh buat laksa ganu.. hehe..)

Malam tu Tok Guru laksa ibu datang, dia kata okey. Harap-harap komen yang jujur ye Tok.. :D

Resepi asal yang ibu dapat untuk seperiuk kecil. Kalini ibu buat seperiuk besar. Jadi, memandangkan entah tahun bila pulak ibu nak buat laksa lagi, ibu takut lupa pula anggaran bahan-bahannya. Masa masak ibu main agak-agak je, tapi alhamdulillah cukup rasa. Kak ipar kata okey dan sedap, ayah pun kata sedap.. Tapi sapa letak belacan lebih mesti rasa masin..

Okey, ibu kongsikan resepi Laksa Terengganu anggaran untuk 25 orang makan.

Resepi Laksa Terengganu

Bahan-bahannya:

Kuah
1 1/2 kg ikan sardin
5 keping asam keping
6 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 sudu makan lada hitam ditumbuk
3 kiub ikan bilis atau 1/2 inci belacan (ibu tak masuk belacan sebab budak-budak makan)
1 kg santan (standard yang jual kat pasar tu..)
Garam

Laksa dan awasnya
2 1/2 kg laksa (ibu beli yang ready made je.. tak rajin le nak rebus selepas pristiwa laksa hancur.. huhu.. )
limau kasturi
belacan mentah
cili giling
cili padi dipotong
kacang panjang dipotong
bunga kantan dipotong
timun dipotong
taugeh dibersih dan ditos (tak payah celur tau..)
* Cara potong, silalah tengok gambar ye.. :D

Cara-caranya:

Rebus ikan dengan sekeping asam keping dan sedikit garam. Bila dah masak, toskan dan ketepikan airnya. 

Asingkan isi ikan dan tulangnya. Kisar sebahagian isi ikan dan tumbuk sebahagian lagi. Kalau tak rajin kisar je semua.. tapi ibu rajin. Kah kah kah.. (abaikan keperasanan ini..) Kisar guna air rebusan tadi je..

Kisar bawang merah dan halia..

Masukkan semua bahan untuk kuah dalam periuk dan kacau hingga masak. Jangan lupa letak garam dan rasa.. :D

Selesai! Senang je buatnya, kan?

Cara hidang/ makan;

Letak laksa, bahan-bahan aksesori dan siram  kuah. Oh ye, secara tradisinya makan guna tangan. Sebab nak ratakan belacan tu.. (Tapi zaman dah berubah, orang terengganu sendiri makan pakai sudu.. kih kih..)

Okey, selesai resepi.. Kita layan 2 keping gambar yang senget benget ni..


 Lupa ambik gambar close up kuahnya.. 


Susun main letak je..

Ps: Suka tak laksa Terengganu? tak semua orang suka rasanya sebab dia berlemak..


World Of My Career!!

Assalamualaikum wbt..


 Wajah-wajah harapan negara dalam satu sesi kaunseling kelompok. Moga-moga usaha ibu bukan hanya bagai 'mencurah air ke daun keladi'.. Walau dari 100 hanya 1 yang diambil, syukur alhamdulillah..

Ps: Hitam putih je ye kawan-kawan, almaklum tengah kemaruk godek PhotoScape. Kawan-kawan selalu edir picas guna apa?

Hantu Bonceng: Dari Pandangan Seorang Anak Kecil..

Assalamualaikum wbt..

Minggu lepas ayah ada langgan cerita Hantu Bonceng di Astro First. Sekadar nak tengok filem yang berjaya mengutip juta-juta RM ni... Ayah dan anak-anak yang mengadap, ibu layan juga sikit-sikit, sambil mata lebih tertumpu kepada skrin laptop.. :D

Ibu bukanlah nak buat ulasan cerita ke, bukan tentang Zizan yang dah minta maaf ke atau bukan tentang kebodohan Ahmad Idham menjawab tentang isu-isu yang dilontarkan padanya. Tapi secara jujur, ibu memang 'hangin' dengan jawapan si Ahmad Idham tu. Apapun status kedudukan cerita tu, menghina ke, tak menghina ke, tapi jawapan dia memang tidak bijak. (Err.. terbabas pula. Tadi kata tak nak komen pasal dia. Kih kih kih..)

Tentang isu agama pula, ramai bijaksana yang sudah buat komen. Tadi ibu singgah blog Ustaz Love, beliau ada buat n3 tentang Berhentilah Bercakap Wahai Ahmad Idham. Antara isi kandungannya ialah pandangan Ustaz Azhar Idrus dan ulasan Ustaz Love sendiri.

Sebab ramai sangat orang dewasa bagi ulasan, harini ibu nak kongsikan ulasan cerita ini dari pandangan seorang anak kecil. Seorang anak yang berusia 6 tahun 10 bulan, siapa lagi kalau bukan anak ibu sendiri; Muhammad Yusuf Nabhan yang sama-sama ikut ayah layan cerita Hantu Bonceng ni.

Secara mata kasar, tafsiran pada anak kecil ini.. dia seronok dengan cerita ini. Sekejap-sekejap ketawa, sekejap-sekejap ketawa. Gelak-gelak, dan sekali sekala tutup mata Takutla kononnya tu ye.. hehe..)

Namun, ibu melihat dia dari sudut yang lain. Dari mula cerita sungguh banyak soalan-soalan yang diajukan berkaitan dengan cerita tu. Soalan-soalan itu timbul kerana dia tak faham. Dia tak faham kerana cerita itu banyak menyimpang dari ajaran-ajaran baik yang diterapkan kepadanya.

Antara soalannya,

"Deorang (mereka) ni Islam ke ibu?"

"Masuk kelab malam dosa kan ibu? Orang Islam tak boleh masuk kelab malam kan ibu? Tapi kenapa deorang boleh masuk"

"Minum arak haramkan ibu?"

"Lumba motor haramkan ibu? Kalau nak berlumba kena pergi stadium (litar lumba) kan ibu?"

Dan baaaaanyak lagi kan ibu? kan ibu? kan ibu? yang ibu pun dah tak ingat masa nak taip n3 ni.

Maka rumusan ibu, yang ibu ambil dari soalan-soalan anak ibu, nampak sangat cerita-cerita ciptaan manusia ni banyak menyeleweng dari cara hidup sebenar kita sebagai Muslim khususnya. Kesannya, adalah pengaruh yang tidak baik kepada anak-anak. Hingga ada sesetengah ibubapa, begitu kuat bermujahadah dengan tidak membenarkan anak-anak menonton tv langsung. Sila kagumi mereka, kerana ibu tidak mampu untuk menjadi seperti mereka..

Ibu mengambil pendekatan, sebagai orang dewasa kita mesti bersama-sama anak-anak dalam menonton cerita-cerita sebegini. Jelaskan kepada mereka, apa yang betul, apa yang salah. Jawab soalan mereka dengan sabar dan logik.. (walaupun kadang-kadang soalan-soalan tu buat ibu dan ayah hilang kosentrasi dan tertinggal jalan cerita.. hehe..)

Apapun, ibu mengharapkan agar penulis skrip, penerbit, pengarah, hatta Lembaga Penapisan Filem, dan yang paling utama KERAJAAN akan lebih celik mata selepas ini. Ibu tak mau komen panjang-panjang lagi, takut terbabas.. :D

Ps: Ibu buat segmen Main Teka2 @ Jemari Asmara di link http://jemariasmara.blogspot.com/2011/09/main-teka2-jemari-asmara.html. Tengok je gambar tu dan teka apa dia. Kalau betul dapat hadiah!!

Wednesday, September 21, 2011

Hasil DSLR @ Jemari Asmara.. :D

Assalamualaikum wbt..

Haaaa... Jangan terus buat andaian ibu beli DSLR ye. Tidak sama sekali.. Hehe..

Alkisahnya, sejak ada blog, gambar-gambar dalam blog ni ada 3 jenis je. Pertama; gambar dari handset, kedua; gambar dari kamera compact, ketiga; gambar hasil ehsan google.

Baru-baruni, ada jamuan raya anjuran pejabat ibu. Adalah kawan-kawan yang angkut DSLR dorang. Terselit pulak picas ibu barang sekeping dua. Apalagi, moh tepek @ Jemari Asmara punya blog.. :D


 Baru-baru belajar guna PhotoScape.. Tapi pic ni tak ada edit apa-apa pun, cuma buat combine je..


Orang kuat dapur. Gigih ibu angkut pinggan mangkuk dari rumah untuk menjamu tetamu VIP..

Tu je, picas banyak lagi. Tapi manyak berat looo..

Ps: Pejabat kawan-kawan dah buat jamuan raya ke?

Tuesday, September 20, 2011

BE Sudi Menjengah.. :D

Assalamualaikum wbt..

Tadi, ibu saje-saje log in akaun nuffnang. Owh! Ada 1 BE, satu-satunya BE selepas beberapa ketika Jemari Asmara sepi dari BE. Iklannya pun ibu tak nampak lagi. Current earning pun baru seposen. Hehe..

Terima kasih Nuffnang, terima kasih...... err, ???


Ps: Kawan-kawan, ada nampak ke iklan tu? Iklan apa tu ye?

Makan-Makan Raya/ Intai-Intai Deko.. :D

Assalamualaikum wbt..

Salam Selasa buat teman-teman yang sudi singgah di blog ibu. Ini n3 autopublish ya.. Ibu dah taip siap-siap malam tadi. Sepatutnya, ibu kena buat n3 sambungan untuk Deco-Deco Aidilfitri 2011: Sebelum.. Tapi picasnya tak ada lagi.,

Sabtu lepas, ibu ada buat makan-makan sikit. Bukanlah rumah terbuka, cuma kumpul adik beradik dan sorang dua kawan je.. Dalam gambar-gambarni boleh lah intai-intai dulu susun atur baru rumah ibu sebelum ibu buat n3 khusus nanti.


 Potong kek lagi? Hehe..

Besday Maryam haritukan jatuh masa bulan puasa.. Dan besday Yusuf pula walaupun lama lagi, tapi tarikh hijrahnya adalah dalam bulan Syawal. Jadi sempena rayani kami buatlah majlis kecil-kecilan..


 Adik wat muka senyum ala tak senyum, abang pula beriya tayang gigi.. Hehe.. Nampak tak belakang tu? Ibu dah alih 2 almari putih. Sofa dan kerusi jati berubah macam mula-mula pindah rumahni. Wing chair dah letak depan tv. Seat VIP khas untuk ayah.. :D


 Kek sorang satu.. jangan gadoh-gadoh okey.. :D


 Bergambar dengan adik-beradik ibu.. Yang tudung oren isteri kepada satu-satunya adik lelaki ibu. Masa gambarni di ambil, kakak dan keluarganya tak sampai lagi.Satu-satunya kakak ayah yang ada di KL pun ada juga cuma tak ada dalam gambar ni, adik beradik ayah yang lain semua di Terengganu..


 Tetamu pertama kami.. Kawan ibu yang bertemu jodoh dengan kawan ayah. Mereka kahwin masa kami dah ada anak sorang. Sekarang anak dorang dah 4 orang. Betul-betul lawan tokey.. (Rezeki mereka.. alhamdulillah)


Tetamu istimewa dari Tampin, terakhir meninggalkan majlis.. Yang lain-lain lupa nak tangkap gambar. Huhu..

Buat teman-teman yang baca n3 ni jangan kecil hati sebab tak dijemput ya. Ibu bukan buat rumah terbuka, cuma kumpul adik beradik je..

Ps: Meja makan tu tolak ketepi buat sementara je. Tapi nampak lebih luaskan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...