Follower

Showing posts with label PML: Bunga Padi. Show all posts
Showing posts with label PML: Bunga Padi. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

CROCHET LAGI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf sedang pening. Pening lalat dek penangan Himpunan Jutaan Belia. Baru semalam baru diberitahu kena cari satu bas belia ke sana. Sabar ajelah..

Serius sedang pening, dah la tadi timbang naik 1kg. Aik? Makin diet makin naik. Hmmm.. Sabar lagi..

Rehat sekejap, tarik nafas dan hembus. Fuh!! Marilah teman ibu Yusuf buat terapi minda dengan menatap hasil tangan yang tak seberapa ni.

Hasil crochet ke tiga ibu..

Hasil pertama ibu kongsikan di SINI dan hasil kedua adalah patern yang sama dengan hasil yang pertama.


Crochet yang sangat sempoi..

Jujur, ini kes cengkelat. Ibu Yusuf suka buat kerja-kerja seni tapi kurang kesabaran yang tinggi. Nak buat dari mula sampai jadi sekeping doily, hadussss tak sabar.

Tu yang cengkelat, buat dengan bantuan kain. Kait tepi-tepi kain, dan tepek sekuntum bunga crochet di sudut. Serikan pula denga faux pearl. Hmmm, lawa jugak. Wah, perasan sendiri. Haha.. Sila gelakkan ibu Yusuf.

Paternnya juga sangat, sangat, sangat sempoi. Tapi ibu bangga sebab yang ni ibu buat tanpa merujuk mana-mana patern diagram. Belasah kiraan dengan suka hati sendiri. Alhamdulillah jadi, tak adalah terlebih tegang atau terlebih melengkung. Sedang-sedang elok jadinya..

Malam tadi ada orang sms ibu, tak ada crochet baru ke? Hehe.. Tu nak kata ibu hangat-hangat dot dot dot lah ye? Ada laaaa.. Nama pun hobi, buat bila ada masa lapang je. Kan? Kan? Kan? Harap-harap cik adik cantik yang sms ibu malam tadi baca Jemari Asmara ye.. :D

Okey, ibu nak sambung kerja. Sampai jumpa lagi..

Wassalam

Wednesday, March 21, 2012

KISAH PAK DIN DUDA KAHWIN 3 DENGAN SI MULUT JAHAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selesai sebahagian tugas malam ni. Sebahagian je, bohonglah kalau selesai semua. Ibu Yusuf tak sehebat ibu-ibu super yang lain.

Tadi balik dah lambat sebab ada mesyuarat dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Tu pun mesyuarat tak habis lagi ibu dah minta izin balik sebab kena ambil Maryam sebelum jam 6.00 petang. 

Balik tadi terus ambil Maryam, angkat kain di ampaian campak atas sofa, mandi, solat Asar, masak, solat Maghrib, teman Yusuf buat kerja sekolah, makan, kemas dapur.. Buat semua tu je dah jam 9.00 malam ++. Kain tak basuh lagi, kain tak berlipat dah menggunung, baju untuk besok tak gosok lagi. Hmmm.. Tu pun Maryam tidur awal harini, kurang dah satu tugasan, ajar mengaji. Yusuf sekarang memang mengaji dengan ayah.

Letih!! Izinkan ibu berehat sebentar dengan meluah rasa di Jemari Asmara.

Berbalik pada tajuk. Maaf, itu tajuk gimik sahaja. Ini cerita tentang PML sebenarnya.

Salah satu terapi ketika ibu letih, adalah dengan menatap dan membelek koleksi PML yang ibu ada.


Inilah Pak Din yang ibu maksudkan..

Teko Aladdin motif bunga padi. Selama ibu menyimpannya, Pak Din ni memang menduda tanpa isteri. Hik hik.. Maksudnya cawan yer.. Ada, tapi isteri tumpang. Hahaha..


Akhirnya, Pak Din bertemu isteri yang sebenar..

Teko Aladdin biasanya digandingkan dengan cawan mulut lebar, atau ada juga yang panggil cawan mulut jahat. Alhamdulillah, dapat juga ibu 'menangkap' si MJ untuk dipasangkan dengan Pak Din.

Mengikut pengamatan ibu, susah juga nak dapat si MJ mulut padini. Alhamdulillah, rezeki ibu Yusuf nak memilikinya..

Okeylah, sampai sini dulu. Nak jengah FB kejap, cuci mata di APC dan ESDG. Lepas ni nak gosok baju pula. Jumpa lagi..

Salam sayang buat semua..




Wednesday, February 29, 2012

PML BUNGA PADI: SI GEMUK MRS POT DAN SUKU SAKATNYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Izinkan ibu buat entry layan hobi ye. Tapi memandangkan harini hari Rabu, kita tepek gambar ajelah ok. Cerita sikit-sikit aje. Boleh gitu?

Sebenarnya, set ni ibu ada kongsikan dulu dalam entry Menanam Bunga Padi Part 3. Hari tu tiba-tiba rajin nak keluarkan setni dari almari dan tangkap gambar.

Meh lah layan ye..


Inilah dia set lama bermotif Bunga Padi..


Teko Mrs Pot yang debab dan gumuk..

 
Cawan.. (err, semua orang tahu ni cawan lah. Ngee..)

 
Sugar pot..

Creamer..


Oval plate.. pinggan ni ada ibu kisahkan di entry Menanam Bunga Padi - Pinggan Mangkuk sahaja..

Motif bunga padi ni, walau pun sekadar hitam dan putih.. ianya antara motif yang ibu suka. Untuk motifni, memang ibu kumpul beria-ia. Cuma sebelum membeli tu, kena ukur jugalah kemampuan poket.. Tidaklah membeli sesuka hati.

Sekarangni ibu ada perancangan baru yang berkaitan dengan PML, dekorasi Baiti Jannati dan Asmara Collections. Cuma belum dapat direalisasikan.. Ibu serahkan pada masa dengan izin Ilahi. Banyak kekangan setakat ini..

Semoga dipermudahkan semua urusan. Amin..


Thursday, November 17, 2011

PML: Si Langsing Padi | Menahan Nafsu Bergelora..


Entry tentang PML..

Wahhhh.. Lama sungguh rasanya ibu tak buat n3 khusus untuk PML (pinggan mangkuk lama). Masuk APC (Antique Porcelain Collectors) di FB pun dah jarang-jarang.

Sebenarnya ibu dah berazam. Berazam untuk manahan nafsu.. Sebab tu jarang-jarang dan intai APC, takut nafsu kembali bergelora. Hahaha.. Harap kenyataan ni menjawab soalan-soalan geng APC kenapa Zefa Ibu Maryam lama menyepi diri... :D

Ramai geng APC (termasuk ibu) guna istilah 'puasa' untuk keadaan menahan diri dari membeli PML. Maknanya, lama juga ibu dah puasa sebenarnya. Baru-baruni, ibu menerima bungkusan berisi PML, tapi bukan ibu buka puasa tau. Cuma barang tu baru diterima..

Ibu beli barang ni dari Puteri Nur.. Elok ibu buat bayaran, PN kemalangan. Jadi, itulah yang menjadi sebab kenapa barang lambat di hantar. Kita sebagai pelanggani, kenalah juga faham kedaan penjual. Tak apa, pelan-pelan janji barang kita sampai.

Eh eh.. Panjangnya muqadimah. Mana PMLnya? Adaaaaaa.. Ini dia..

v

v

v

Inilah dia Si Langsing Padi.. Suka-suka bagi nama sendiri. Rakan-rakan APC, apa nama teko ni ye?



Nampak tak bahagian tutupnya? OKU dah sebenarnya.. tiada sudah tombolnya.. :-( Tapi jadilah, dari tak ada langsung..



Kesian dia sorang-sorang. Ibu carikan dia teman untuk berposing. Mix n match sahaja.. :D

Sekadar berkongsi cuci mata, untuk koleksi PML Padi ibu yang lain sila tekan SINI..

Jumpa lagi!!



Saturday, May 21, 2011

Menanam Bunga Padi - Pinggan Mangkuk Sahaja..

Assalamualaikum wbt..

Pagi Sabtu yang masih dingin.. namun mentari telah tersenyum megah di luar sana. Hari ini ibu nak kongsikan lagi koleksi PML Bunga Padi yang ibu ada. Kalini hanya pinggan mangkuk sahaja. Sebelum ini ibu dah buat beberapa n3 tentang bagaimana ibu bermula kumpul, tentang teko bulat, tentang teko Mrs Pot, tentang teko Aladdin, tentangggg.. err, kawan-kawan klik label PML: Bunga Padi okey.. :-)

 Inilah pinggan mangkuk Bunga Padi yang ibu ada. Kawan-kawan FB kata dah boleh guna buat kenduri. Hehe.. pinggan mengkum sebelah kiri sekali ibu ada cerita dalam N3 Memanan Bunga Padi - Part 1. Kebanyakan pinggan ni NOS (new old stock) yang ibu beli di Klang, Tanjung Karang dan Kuala Terengganu. Sebahagian kecil yang ibu beli online dah used mengikut makluman seller. 

Ini pinggan leper berukuan 10 inci. Ibu ada 5 keping semuanya. Yang pertama ibu beli di Kedai Apek Tg Karang, kedua dengan En Sharif dan yang tiga lagi ibu beli dari Kak Nor Wahid. Hmm.. selepas susun-susun dalam almari dua keping terlebih sudah. Ibu tgh fikir-fikir samada nak letgo semula ke tidak..

 

Oval plate Bunga Padi.. ada dua je. Yang 10 inci ibu beli dengan En Sharif, yang 12 inci ibu beli dengan Kak Liza..

Mangkuk Bunga Padi.. tak pernah lagi jumpa seller online jual mangkuk macamni. Tak tahulah kalau ada tapi ibu tak jumpa blog tu atau terlepas pandang.

Kisah mangkukni bermula bila ibu bertandang ke rumah cikgu Ct di Meru. Membelek PML sampai ke dapur tu.. hehe. Maka ternampak ini mangkuk dan terbekenan. Tapi masatu Ct belum nak jual. Tapi kalau dah rezeki, alhamdulillah akhirnya mangkuk ini menjadi milik ibu jua..

Okeylah, ini sahaja cerita ibu tentang pinggan mangkuk Bunga padi milik ibu. Lain kali cerita lagi..

Wassalam!

Sunday, May 1, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 4!!

Assalamualaikum wbt..

Pagi Ahad yang ceria.. Ahad adalah hari hunting PML bagi ibu (kecuali minggu lepas sebab kerja). Lokasi rutin adalah Pasar Stadium Shah alam dan Amcorp Mall.

Sebelum ibu melangkah keluar rumah untuk rutin biasa itu, ibu nak kongsikan satu lagi koleksi PML ibu yang bermotifkan bunga padi.

Pinggan 10 inci, teko aladdin dan 2 pasang cawan..

Pinggan leper tu ada dua. Satu ibu dapat di apek dan yang dalam gambar tu ibu beli online. Semasa n3 ini ditulis sudah bertambah lagi 3. Masih dalam perjalanan..

Teko aladdin tu ada kenangannya yang terendiri. Item PML paling mahal pernah ibu miliki. Tak perlulah ibu sebutkan berapa harganya. Harga pasaran bagi teko aladdin sekarang ini di antara RM130.00 - RM150.00. Tapi pada pengamatan ibu, agak sukar nak mencari teko aladdin bunga padi. Makanya, sebab itulah ibu beli juga teko ini walaupun ianya lebih mahal dari harga pasaran.

Cawan pula, untuk bentuk yang sebegitu ibu ada dua sahaja. Ada yang kata ini cawan maharani. Ada yang kata ala maharani sahaja sebab mulutnya tidak berlekuk-lekuk. Kawan-kawan yang nak tengok bentuk maharani sebenar bolek klik SINI ya.. Cawan sebelah kanan ibu beli online. Itulah antara item PMl pertama yang ibu beli online. Cawan sebelah kiri ibu dapat dari apek macam yang ibu cerita di SINI. Kalau imbas balik, macam tak sangka cawan itu begitu cun duk dalam almari jika dibanding dengan kisah penemuannya. Hehe..

Baiklah, itu sahaja yang ibu nak kongsikan pada hari ini. Ibu mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI PEKERJA' buat sahabat-sahabat semua.

Wassalam!!

Wednesday, April 27, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 3!!

Assalamualaikum wbt..

N3 PML lagi ye.. ini adalah kesinambungan dari N3 Menanam Bunga Padi - Part 1 dan Menanam Bunga Padi - Part 2.


Ini koleksi Bunga Padi kesayangan ibu. Set terdiri dari teko Mrs Pot, creamer, sugar pot dan 6 set cawan dan lapiknya..

Teko Mrs Pot tu milik mak.. tak ingat pun mak ada teko ni. Bila mak kata simpanlah.. hehe, pucuk dicita ulam mendatang. Tapi semasa n3 ini ditulis, ibu sudah memiliki Mrs Pot sendiri. Sedang dalam perjalanan agaknya (beli online). Mrs pot mak ni dah ada kesan retak sedikit, untuk buat display sahaja bolehlah. Harap-harap Mrs Pot yang ibu beli tu sihat walafiat. Boleh lah buat hidang air pada tetamu yang sudi datang..

Creamer dan sugar pot, ibu dapat dari sahabat FB.. Kak Taslimah Sekin. Terima kasih kakakku.. Itu adalah hasil barter pertama ibu sejak berkecimpung dalam dunia PML. Ibu berikan 1 teko Tinggi Cinderella untuk ditukarkan dengan creamer dan sugar pot tu..

Cawan-cawan ibu beli dari Mama Heritage.. ibu beli bersekali dengan sebiji teko aladdin Bunga Padi. Cuma cawan-cawantu lebih 'mesra' dengan Mrs Pot nampaknya.

InsyaAllah, ibu akan buat N3 lain tentang teko aladdin nanti..

Jumpa lagi!!

Friday, March 18, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 2!!

Asalamualaikum wbt..

Maaf ya sahabat-sahabat, ibu nak cerita tentang pinggan mangkuk lama (PML) lagi. Ibu faham, bukan semua pengunjung blog ibu suka PML. Tapikan, tak kenal maka tak cinta. Mana tahu, dngan baca n3 ibu ni, timbul minat pula. Tak rugi menghargai sesuatu yang lama. Kerana 'lama' itulah meingkat nilainya.

N3 ini adalah sambungan dari Menanam Bunga Padi - Part 1. Dalam n3 terdahulu ibu kongsikan bagaimana ibu mula mengumpul PML motif Bunga Padi.


 Koleksi Bunga Padi ibu semakin membiak.. semasa ibu ke Sabak Bernam 2 minggu lepas, ibu sempat singgah 'menghunting' di kedai apek. Semuanya new old stock.. Set di atas adalah hasilnya yang terdiri dari 2 teko tinggi, 6 set cawan V shappe, 6 platter sederhana dan 1 platter besar. Dapat dari 2 buah kedai yang berbeza..


Terkini, teko padi ibu tinggal satu. Satu ibu dah barter dengan sugar pot dan creamer hasil persetujuan dengan Kak Taslimah, sahabat FB ibu. InsyaAllah, dalam perjalanan lah tu agaknya.

Ps: semasa n3 ini ditulis, Bunga Padi ibu semakin membiak. Ibu dah ada teko Aladdin, teko Mrs Pot, 6 set cawan gemuk, 6 platter lagi dan 6 pinggan mengkum. InsyaAllah, ibu akan kongsikan kemudian.

Tuesday, March 15, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 1!!

Assalamualaikum wbt..

Jam 4:06 pagi.. mengambil kesempatan dengan kelancaran line internet.. serta masih bersiaran dari Terengganu Darul Iman.

Berbalik pada tajuk di atas.. sejak bila ibu kembali kepada hobi tanam menanam ni? Hehe.. itu hobi lama ibu yang sekarang sudah diambil alih oleh En. Ayah. Sekarang En. Ayah yang prihatin dengan pokok-pokok di 'Taman Baiti Jannati'.

Sebelum ini ibu ada cerita tentang hobi terbaru ibu iaitu mengumpul pinggan mangkuk lama (PML). Tapi ibu tak kumpul banyak-banyak, setakat ini yang ada dalam koleksi hanya Bunga Kangkung (BK), Pink & Yellow Roses (P&Y).. dan yang terkini Bunga Padi.

Mula-mula, ibu cuma nak kumpul BK sahaja.. kemudian terkumpul pulak P&Y sebab dapat rezeki jumpa satu set terus.. sekarang, tiba-tiba pulak Bunga padi.


12 pinggan mengkum ini hasil pertemuan pertama ibu dengan bunga padi di kedai apek.. masa tu tak tau pun nama dia apa.. mula2 dulu rasa nak letgo semua sbb nak kumpul kangkung dulu..

Tak lama selepas pertemua pertama, jumpa pula sekeping lapik pinggan.. pun jumpa di kedai apek..

Haaaa.. inilah yang membuat ibu mula nak kumpul Bunga padi betul-betul. Ibu intai album Lemari Chanque di FB tiba-tiba rasa berkenan.. Inilah kali pertama dalam sejarah hobi PML ibu, ibu beli online..

Inilah dia koleksi ibu sehingga 06.03.2011.. ketika n3 ini ditulis koleksi Bunga Padi ibu telah pun membiak. InsyaAllah ibu akan kongsikan dalam n3 yang lain pula.

Ps: ada kawan ibu tanya (lelaki).. "Laki ko tak marah ke ko kumpul pinggan-pinggan ni". Errr.. agak-agak apa jawapannya? En. Ayah tak marah ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...