Follower

Showing posts with label Diari Ramadhan 1432. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan 1432. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Berjimba-Jimba di Sogo @ 18 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt

N3 ini mungkin menimbulkan kebengangan pada anak-anak buah di pejabat. Hehe.. (Dorang baca ke Jemari Asmara? Tak kut.. ) Maaf ye Shah dan Aca. Korang jangan bengang kat akak tau! Mana taknya harus dorang bengang.. seorang ibu suruh buat kerja luar, seorang ibu suruh layan klien kat pejabat? Ibu? Cuti sebab pergi shooping!! Hehe..

Ibu shooping dengan dua orang mem besar tau.. Jadi, hasil shoopingan ibu tak begitu sehebat mereka.. Ye ke? Ye la.. sebab ibu ni mem kecik je, mana boleh shooping banyak-banyak.. (Tapi ibu paling big la kan antara mereka.. haha..)


 Ini Pn Y.. jangan main-main, walaupun kecik je orangnya, tapi seorang Timbalan Pengarah disebuah jabatan nun di Melaka.. :D (ada rasa duka tapi gembira pada tika ini.. huhuhu..)


 Puan Y dan Puan Z yang kecil molek.. apasal mem-mem besar ni kecik-kecik je orangnya ha..?

Baca betul-betul kat atas tu. Kami CUTI tau!! Jadi, bukan lah menjadi kesalahan kami bershooping di hari Khamis nan permai kan.. hehe..

Tapikan, ramai juga insan-insan berbaju batik berjimba-jimba di Sogo tu. Agak-agak le, kalaupun nak bershooping sebelum jam 1.00 pm dan selepas jam 2.00 pm. Tengok baju pun orang dah tau kan? Kan? Kan? (Hehe.. macam bagus je ibu ni perli orang.. maaf kawan-kawan.. )


 Okey, ini hasil shoopingan ibu semalam.. 3 beg sahaja!!


Dan ini isi bag.. 4 pasang baju dengan tema warna yang sama untuk 3 beranak (ayah, abang dan adik).. Ibu? Apapun tak ada.. huhuhu...


@@@@@@@@@@@@


Ps: Tema warna kami di pagi raya tahunni (baju melayu dan kurung) warna merah. Teman-teman warna apa ye?

Wednesday, August 17, 2011

Besday Gal Sakit Mata @ 16 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Allah swt panjangkan umur kita hingga 17 Ramadhan 1432H untuk mengutip nikmat-nikmat Ramadhan yang penuh barokah..

Semalam, 16 Ramadhan 1432H bersamaan 16 Ogos 2011 merupakan ulang tahun kelahiran anakanda solehah ibu, Maryam Nabihah yang ke4. Dengan kuasa yang Maha Esa, semalam juga Maryam Nabihah diberi ujian sakit mata.. sejak Ahad lepas sebenarnya, tetapi keadaan semakin teruk pada Isnin malam Selasa.

Semalam juga ibu ambil cuti (el) demi anakanda tercinta yang tak dapat nak ke sekolah.. ada hikmah sebenarnya. Allah swt memberi peluang pada ibu untuk bersama-sama anugerah Allah ini pada hari kelahirannya.. (walaupun pada malamnya ibu tinggalkan dia juga untuk hadir satu program Jabatan).

Alhamdulillah, ketika Jemari Asmara menerbitkan catatan ini keadaan mata Maryam Nabihah semakin baik..


Walaupun pic ni blurr, tapi ibu suka.. :D


#############

Ps: Harini Selangor cuti umum sempena Nuzul Al Quran.. kawan-kawan buat apa harini?

Tuesday, August 16, 2011

Potong Kek @ 13 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Lagi catatan tertunggak.. al maklum, dibulan Ramadhan yang penuh berkah ini terlalu banyak perkara untuk dilaksana dan direbut.. maka kepentingan berblogging sudah tertinggal jauh dibelakang. Namun Jemari Asmara tetap cinta hati ibu.. sayangkan blog tinggal-tinggalkan.. (tapi tak boleh tinggal lama-lama.. rindo wooo..) hehe.. :D

Ini catatan 13 Ramadhan 1432H.. jika di n3 INI merupakan pengalaman kami berbuka di luar rumah buat kali pertama untuk tahun ini, iftar pada 12 Ramadhan 1432H adalah iftar pertama kami dikedai pada tahun ini.. :D

Sebelum ke kedai makan, kami singgah di kedai kek beli ini..

v

v

v

 Kek ni comel je.. harganya RM45.00.. :D


 Ini tuan punya kek.. :D


 Besarnya nganga.. tapi adik maintain comel.. hehe.. :D


Ayah dan abang.. fokus dengan nasi.. kek-kek kurang layan.. :D

@@@@@@@@@@@@@@


Ps: Kenapa beli kek? Ibu cerita dalam n3 yang lain ye..

Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!

Saturday, August 13, 2011

Berbuka Di Kompleks Taman Seni Islam @ 12 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Catatan kenangan 12 Ramadhan 1432H.. Semalam kami berbuka puasa di Kompleks Taman Seni Islam Selangor sempena Majlis Berbuka Puasa Dato' Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bersama Persatuan-Persatuan Negeri Selangor..

Ibu sempat snap beberapa keping gambar.. tapi tak ada satu pun gambar masa makan.. :D


 Masa mula-mula sampai, masih ada sisa-sisa tenaga untuk bermain..


 Pose comel dari anakanda Maryam Nabihah.. :D


 Jam 7.00.. anakanda Yusuf Nabhan dah tergolek belakang hadirin yang khusyuk dengar tazkirah..


 Ehh.. ayah siapakah? Hensemnye.. hehe.. :D


Kenangan sekeluarga.. pakai baju raya tahun lepas.. hehe.. :D

******************

Ps: Big Momma dah kurus sikit kan? Hehe..


Friday, August 12, 2011

Teguran Tak Berhikmah @ 11 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Allahu Akbar! Allah Yang Maha Besar! Syukur alhamdulillah, dengan nikmat pinjamanNya. Ibu ingin merakamkan apa yang terjadi pada malam ke 11 Ramadhan 1432H untuk pengajaran untuk ibu sendiri. Kawal emosi.. Kawal ekspresi wajah..

Malam itu kami sekeluarga ke masjid Al Hidayah lagi.. (memang belum pernah ke masjid lain pun untuk tahunni..) Jemaah semakin berkurangan, mengikut pandangan kasar mata ibu, hampir separuh luaknya jika dibandingkan dengan malam pertama.

Apabila jemaah semakin berkurangan, maka semakin luaslah kawasan kosong dibelakang jemaah. Jika sebelum ini anak-anak kecil hanya bermain-main, sekarang sudah boleh berlari-lari. Memang luas dan boleh main kejar-kejar..

Ibu tak mahu komen tentang anak-anak kecil. Sudah fitrahnya begitu dan mereka juga belum mumaiyiz. Anakanda solehah Maryam Nabihah juga ada kalanya bermain lari-lari dan kejar-kejar di masjid. Tapi ibu akan pastikan dia dalam keadaan terkawal dan menegurnya jika dia 'terlebih' main.

Prinsip ibu, biarlah orang melihat ibu sebagai ibu yang 'garang' kerana memarahi anak berbanding orang melihat ibu sebagai ibu 'yang tidak prihatin dengan ibadah orang lain' kerana membiarkan anak-anak mengganggu jemaah yang lain.

Anak solehah ibu walaupun sudah diberi 'amaran keras', namun adakalanya tewas juga.. Ibu rakamkan satu dialog antara dia dan seorang budak berumur 5 tahun yang ibu dengar:

Budak : Awak, jom kita main kejar-kejar!

Maryam : Taknak lah, ibu kita tak bagi.

Budak : Jomlah, kita main kat sini je..

Maryam : Tak boleh, nanti ibu kita marah (hehe.. nampak sangat ibu dia garang ek?)

Budak : Ala, tak apa. Mak kita tak marah pun..

Lepas tu Maryam Nabihah pun angkat pungung.. tapi dia kene jelingan maut dengan ibu dia la pulak.. Hehe.. duduk balik. Tapi hmmmm, ibu dia angkat takbir je.. selamatttt!

Okeylah, balik kepada tajuk. Tajuk di atas tiada kena mengena dengan anak-anak kecil itu ataupun Maryam Nabihah. Tapi soalan Maryam Nabihah telah menyedarkan ibu apa yang dipanggil 'berhikmah'!

Sebenarnya, suasana di masjid (di bahagian jemaah wanita) sedikit hiruk pikuk bukan sahaja disebabkan suara anak kecil tetapi suara anak-anak dara sunti yang datang ke masjid, tapi tidak pun menunaikan solat. Sekadar bersembang, berborak dan sekali sekala diiringi hilai tawa.

Ibu yakin, bukan ibu seorang yang terganggu dengan mereka. Jemaah lain juga turut terganggu, kerana setiap kali selepas memberi salam pasti mereka memalingkan wajah memandang mereka dengan pandangan yang kita tahu, itu pandangan tidak suka.

Selepas rakaat ke6, ibu nekad bangun menegur mereka. Pada ibu teguran yang biasa-biasa.. tidak berkasarpun. Tidak menengking pun.. Ibu tegur pun dalam suara yang ibu perlahankan..

Balik semula ke tempat ibu solat, anakanda solehah Maryam Nabihah bertanya: "Kenapa ibu marah? Kenapa ibu marah? Kenapa ibu marah?".
Tiga kali dia ulang soalannya.. dan ibu tak jawab pun kerana imam sudah mengangkat takbir untuk rakaat ke7.

Dipendekkan cerita, selepas solat ibu muhasabah diri...  melalui pertanyaan anakanda ibu, menggambarkan teguran ibu dalam keadaan marah! Menegur dalam keadaan yang dilihat sedang marah, pasti akan dilihat juga sebagai teguran yang tidak berhikmah!

Kurniaan Allah pada ibu adalah sepasang kening yang memperlihatkan wajah yang garang. Dalam keadaan terganggu, ibu memberi teguran dengan lupa memberi senyuman.. hingga gagal menyembunyikan wajah garang itu..

Kesimpulannya, teguran secara berhikmah tidak hanya dilihat dari cara dan masa menegur.. tetapi juga bagaimana kita mengekspresikan wajah.. :D


@@@@@@@@@@


Ps: Ibu memang garang pun.. tapi kalau tak marah pun orang kata macam marah.. huhuhu..

Biasa-Biasa Aje @ 10 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Catatan yang tertunggak lagi.. Sebab puasa yang kesepuluh tu semuanya biasa-biasa aje... jadi tak tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Hehe.. :D

Syukur alhamdulillah anakanda soleh Yusuf Nabhan masih bertahan dalam perjuangannya.. :D

Sekian untuk catatan 10 Ramadhan 1432H..

Salam sayang buat semua!!

Wednesday, August 10, 2011

Memujuk Yusuf Mencari Ar Rayyan @ 9 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. dengan izinNya kita masih berada di alam ini menginjak 10 Ramadhan 1432H.

Semalam, 9 Ramadhan 1432H.. balik dari kerja ibu disambut dengan suara rintihan seorang anak soleh berumur 6 tahun 9 bulan.. Rakaman dialog bermula dengan:


Anak : Ibu, abang dahaga..

Ibu : Sabarlah sayang, sekejap je lagi nak buka. Abangkan anak hebat ibu, mesti boleh tahan..

Anak : Ibu, abang dah dahaga sangat, abang dah tak tahan..


Ayat "abang dah tak tahan' buat jiwa ibu serba tak keruan.. Namun perjuangan mujahid ini tidak boleh ditewaskan hanya dengan dugaan 'dahaga'. Dugaan yang terlalu kecil aduhai anakku..

Ibu peluk anak soleh itu dengan erat.. dan minda ibu terus mencari 'ubat' untuk mujahid ini agar terus bertahan..

Lantas ibu teringat catatan Ummu Amar ketika berziarah ke blognya tentang Mencari Ar Rayyan :


Daripada Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Subhanallah! Maha Suci Allah! Mungkin tidak begitu mudah untuk anak sekecil 6 tahun 9 bulan ini untuk memahaminya.. namun dengan penceritaan ini akhirnya Allah mudahkan urusan ibu untuk memujuk mujahid ini untuk meneruskan perjuangannya!!

Selesai penceritaan, ibu peluk lagi anak soleh itu.. ibu bawanya ke bilik air untuk mandi dan berwudhuk kerana anak ibu belum solat Asar lagi. Di sana ayah sedang menunggu untuk tugasan seorang ayah..

Alhamdulillah, anak soleh ibu berjaya puasa penuh sehingga azan Maghrib berkumandang. 9 hari penuh barakah untuk anakanda Yusuf Nabhan.. Mabruk alaik..

**************************

Ps: Setengah jam sebelum berbuka, anak soleh ibu 'berbunyi' lagi.. masatu ibu sedang 'bersilat' di dapur, maka ayah ajak main game bola lagi.. huhuhu...

Tuesday, August 9, 2011

Hilang Anak Tapi Gembira @ 8 Ramadhan 1432H..

Assalamualaikum wbt..

Kisah 8 Ramadhan 1432H..  Ada kisah yang buat ibu cuak!! Tapi ada juga yang buat ibu rasa gembira.. :D

Terawih: Selepas berbuka, anakanda solehah Maryam Nabihah dah tunjuk tanda-tanda mengantuk. Ibu usik-usik dia hinggalah dia tak jadi tidur.. Kalau dia tertidur, tak dapatlah ibu nak ke masjid. Pendek cerita, mata dia segar semula lepas ibu geletek-geletek dia.

Di masjid, anakanda solehah solat Isyak je.. lepastu mulalah dia dengan dunianya. Setiap kali ibu selesai 2 rakaat solat terawih ibu akan berpaling ke belakang melihat apa yang dia buat. 2 rakaat pertama, ibu nampak dia. 2 rakaat kedua, ibu nampak dia. 2 rakaat ketiga.. huwaaaaaaaa.. tak nampak!! Ibu terus bangkit cari dia.. tak jumpa juga. Ibu intai ke tempat lelaki, tak jumpa juga! (Masani ibu nampak sesuatu yang menggembirakan!!)

Akhirnya, ibu tergerak hati ke tandas. Hahaha.. jumpa! Al hamdulillah, anak dara ibu buang air rupanya. Hehehe..

Apa yang menggembirakan?: Masa ibu mengintai ke tempat lelaki mencari anakanda solehah, ibu ternampak anakanda soleh ibu sedang solat terawih rakaat ke 7. Sejuk sangat hati ibu, maknanya anakanda soleh Yusuf Nabhan tak main-main!

Cabaran Berpuasa: Alhamdulillah, anakanda soleh Yusuf Nabhan nampak lebih semangat pada Ramadhan hari yang ke 8 ini. Semakin kurang drama swasta dan drama air mata. Tahniah sayang!

Berbuka: Buat kali pertama Ramadhan ini ibu berbuka berseorangan. Ayah dan Yusuf berbuka di rumah YB sebelah rumah. YB Roziah buat majlis buka puasa untuk jiran-jirannya. Ibu tak dapat turut serta sebab anakanda solehah Maryam Nabihah sudah tertidur awal. Begitulah lazimnya adik, jika sangat penat semasa balik sekolah, adik akan tidur sangat awal.

Sporting je dua beranak ni bila ibu suruh possing..

Ibu intai dari tingkap je.. hehe..

Bila sorang-sorang.. makan pun tak selera.. akhirnya luak sikit aje.. :-(

***************************

Ps: Broadband ibu dah sampai limitnye.. jadi slow sesangat. Buat kawan-kawan yang ibu belum jengah lagi sabar ye. InsyaAllah, ibu akan datang jua.

Monday, August 8, 2011

Kisah Kecewa Tapi Lucu Gara-Gara Perasan @ 7 Ramadhan 1432H..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, harini telah 8 Ramadhan 1432H.. ibu semakin 'cargas' walaupun batuk belum reda. Harini, Jemari Asmara akan merakamkan kenangan 7 Ramadhan buat kenang-kenangan dihari kemudian. Semalam, ada kisah kecewa tapi lucu, izinkan ibu ketawa dulu ye.. Kah! Kah! Kah! Kah! Waahahaha.. Hehe.. Upsssss!! Kontrol ayu semula okey.. Apa yang lucu sangat tu? Hmm.. ada kena mengena dengan 'keperasanan' ibu.. :-(

Terawih: Hehe.. tiada apa-apa yang lucu semasa solat terawih. Kami ke masjid seperti biasa..

Rakaman kenangan.. ayah pasang lampu liplap, dah beberapa hari sebenarnya.....

Sahur: Pun tak ada apa-apa yang lucu semasa bersahur. Cuma sekali lagi aura ibu diperlukan untuk mengejutkan anakanda soleh Yusuf Nabhan. Ayah gagal lagi.. :D

Cabaran berpuasa: Alhamdulillah, ibu berjaya untuk tidak mengulang situasi tidur, tidur dan tidur seperti catatan 6 Ramadhan. Selepas zuhur ibu dan ayah sama-sama bertadarus. Selepas asar, ibu terus ke dapur. Azam nak berbuka dengan air tangan sendiri tinggi menggunung.

Tepung Pelita: Semalam, buat kali pertama seumur hidup ibu, ibu buat kuih tepung pelita. Resepinya ibu ambil disatu blog yang ibu follow. Apa yang buat ibu teringin nak buat adalah idea untuk memasukkan adunan tepung pelita di dalam gelas. Jadi, tak payah susah-susah buat acuan.. :D

 Nampak sedap kan?

 Close up.. mmm.. macam sedap je..

Versi tak cukup santan.. hehe..

Berbuka Puasa:

Air tangan ibu.. juadah ringkas kami semalam.. bubur lambuk tu masjid mari.. :D

Nak dijadikan cerita, beberapa minit sebelum azan ibu pun kedapur siap-siap ambil pinggan dan cawan.. sekalinya, laaaaaaaaaaa... nasi tak masak lagi. Hahahaha... Kelam kabut ibu masak nasi dengan api sebesar-besar api. Alhamdulillah, nasi sempat masak.. :D Fuh!! Lega..

Pujian Suami: Err.. puji ke? Wallahua'alam, cuma ayah kata ikan bawal 3 rasa yang ibu masak tu, sama rasanya dengan yang makan di kedai.. :D

Apa Yang Kecewa Tapi Lucu?: Huhuhu... Tepung pelita tu tak sedap langsung!! Indah khabar dari rupa. Tu yang kecewanya!! Yang ibu rasa lucu sangat tu, bukan main berpossing sakan, konon nak menayang Tepung Pelita Jemari Asmara. Maknanya, ibu dah terperasanlah, perasan air tangan dia tu sedap. Rupanya, tak sedap. Ibu rasa terlebih kapur kut, sebab rasanya pahit. Dalam resepi tu cuma sebut, sedikit kapur makan. Ibu rasa, sikit sangat dah kapur yang ibu letak. Apapun, ibu tak salahkan resepi tu.. sebab tuan punya blog tu dah cuba dan menjadi. Maknanya ibu yang tak pandai buat. Huhuhu.. Apapun, ibu akan cuba lagi hingga berjaya. Namapun, cubaan kali pertama kan? Cayok!!

****************

Ps: Lucu tak? Lucu tak? Kah! Kah! Kah! Kah!


Sunday, August 7, 2011

Catatan 4-6 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang oleh Allah swt untuk meneruskan ibadah berpuasa di hari 7 Ramadhan 1432H. Catatan Ramadahan ibu semakin tertinggal nampaknya, catatan terakhir hanya pada 3 Ramadhan 1432H. InsyaAllah, sahabat-sahabat yang setia mengunjungi Jemari Asmara sudah boleh mengagak apa sebabnya. Terima kasih yang tak terhingga buat teman-teman yang sentiasa mendoakan ibu dan memberikan kata-kata perangsang agar ibu lebih kuat!!


4 Ramadhan 1432H: Air Tangan Ibu.. (akhirnya!!)


Terawih: Alhamdulillah, kami sekeluarga semua ke masjid. Bergambar kenangan di hadapan Baiti Jannati sebelum ke masjid menunaikan terawih malam ke 4 Ramadhan 1432H..

Sahur: Buat kali pertama ayah gagal kejutkan anakanda soleh Yusuf Nabhan dan buat kali pertama ibu main peranan ayah. Alhamdulillah, dengan sekali dakapan ibu, Yusuf Nabhan bangkit.. (kuat juga aura ibu ye.. hehe..)

Cabaran berpuasa: Alhamdulillah, ibu mampu berkerja dan alhamdulillah, di sebelah petang tiada drama air mata dari Yusuf. Tahniah sayang!!

Berbuka: Kami berbuka hanya bertiga, Maryam Nabihah sudah tertidur dari jam 7.00 lagi.. Akhirnya, hari ini kami berbuka dengan air tangan ibu. Tapi tak ada picasnya. Ibu masak ikan selar ala stim versi rebus, sayur kobis + ikan bilis goreng, telur dadar mayonis dan budu.. :-) 

Syukur al hamdulillah!


5 Ramadhan 1432H @ Hospital | Terima Teguran Dari Suami


Terawih: Hanya ayah dan Yusuf ke masjid. Maryam sudah tertidur awal..

Sahur: Nyaris terbabas.. kami terjaga hampir imsak, sedangkan ibu belum masak lagi. Ibu dan ayah bergotong royong dengan tangkas menyediakan makanan untuk Yusuf. Ayah goreng telur, ibu buat susu coklat untuknya. Alhamdulillah, Yusuf sempat bersahur. Kami suami isteri hanya makan beberapa biji kurma dan meneguk air.. :-)

Cabaran berpuasa: Harini ayah bawa ibu ke Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas permintaan ibu sendiri. Ibu bangun dangan keadaan yang lemah lagi dan kerisauan di dalam diri ibu semakin menebal.. batuk dan tak sihat dalam sebulan bukan satu perkara yang boleh di anggap remeh. Lagi-lagi memikirkan, ramai klien ibu adalah pesakit Tibi. Alhamdulillah, setelah buat pemeriksaan paru-paru dan xray.. Dr sahkan tiada kaitan dengan Tibi. Ibu dapat MC..

Harini ibu terima teguran dari ayah tentang kegagalan ibu mengawal emosi. Terima kasih suamiku!!

Berbuka: Harini, kami berbuka dengan airtangan ibu lagi. Tapi yang ringkas-ringkas sahaja..


Syukur al hamdulillah!!


6 Ramadhan 1432H: Tidur, Tidur & Tidur..


Ibu tewas lagi.. 'Dadah' yang Dr beri membuat ibu tak mampu mengangkat kelopak mata.. Tidur menguasai sebahagian besar hidup ibu pada 6 Ramadhan 1432H. Mudah-mudahan, tidur ibu juga diterima sebagai satu ibadat..


***********************************

Jumpa lagi, salam sayang buat semua.. :-)

Thursday, August 4, 2011

Catatan 3 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Diari Ramadhan Ibu Yusuf dan Maryam lagi.. Catatan 3 Ramadhan 1432H.. Terima kasih pada sahabat yang sudi singgah membaca, tapi jangan boring ye.. asyik cerita tentang tak sihat aje.. :-(


Semangat Terawih Yang Membara

Alhamdulillah, selepas tewas malam semalam.. malam ini ibu bangit dengan semangat yang membara. Si kecil Maryam Nabihah sudah pasti akan turut serta. Malam ini ibu bekalkan 2 botol air, sebuah buku mewarna dan sekotak pensil warna.

Anakanda Yusuf seperti biasa pasti 'membontoti' ayah ke masjid. Hikmah berumah di tepi masjid, alunan bacaan Yusuf di dalam solatnya seperti alunan imam di masjid.. walaupun dia solat bersendirian.. (err, memanglah sebab bila solat dengan ayah, ayah yang baca kuat.. :-)

ibu curi-curi intai ke bahagian lelaki.. Hmm, ada kalanya anak bertuah ibu itu duduk bersantai di serambi masjid. Berapa rakaat sajalah dia sertai solat sunat terawih agaknya. Apapun, ibu tetap bersyukur, anak ibu menunjukkan ciri-ciri cintakan masjid. Dan belum lagi sampai ke telinga ibu suaranya menyertai kanak-kanak yang cukup 'meriah' di masjid itu..

Seperti biasa kami menamatkan sunat terawih kami pada rakaat yang ke 8. Keinginan untuk lebih tetap ada, namun ada faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Kerja sekolah harus dibereskan, matapelajaran harus diulangkaji dan ibu sendiri ada tugasan-tugasan rumah yang perlu diselesaikan..


Permata hati ayah ibu sebelum ke masjid bertarawikh malam ke 3 Ramadhan 1432H


Cuti Rehat.. (lagi)..

Ramadhan ke 3, ibu cuti rehat lagi. Bangun dari tidur (yang tak lena pun), tubuh terasa sangat letih dan penat dek goncangan batuk dasyat yang menarik seluruh otot dan sendi. Ibu gagahkan juga bangun siapkan hidangan bersahur dan gosok baju sekolah anak-anak. Selesai semua, ibu 'fengsan' semula..

Jam 10.00 ibu gagahkan diri hantar Maryam Nabihah ke Taska.. biarlah dia bersiap untuk ke sekolah di taska. Bukan apa, takut timbul rasa tak nak sekolah kalau duduk di rumah dengan ibu..


Semangat Puasa Abang Yusuf

Anakanda soleh ibu bangun sahur tanpa masalah. Tapi seperti biasa perlu dengar dahulu panggilan si ayah berkali-kali untuk membangunkan anak terunanya.

Sebelah petang ada lagi drama air mata. Isu yang sama, tak tahan dahaga. Ayah pujuk si anak bertuah dengan ajak main game bola. :D


Ibu 'Bertukar' @ Buka Puasa

Kesal!! Namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak tangan.. memang kenalah. Ibu tak malu mengaku, satu kelemahan ibu adalah mengawal emosi.. bila fizikal sakit, emosi turut sakit. Semalam ada sedikit acara 'aneka ragam' dari anak bertuah prempuan ibu.. apapun ibu tetap bersabar. Hinggalah tertumpahnya secawan air di atas meja makan. Haaa.. kan dah kena babab! Maafkan ibu sayang.. :-(

Apapun, syukur atas ujian sakit ini. Ibu rasa 'big momma' dah susut sedikit.. :D

Sekian catatan ibu.



******************

Ps: Ramadhan kalini, ibu belum berkesempatan nak masak sendiri untuk juadah berbuka. Kawan-kawan sempat tak?

Catatan 2 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Satu lagi n3 tertunggak dari Jemari Asmara.. catatan kenangan 2 Ramadhan 1432H..

Penangan Laksa Tisu

Maaf kawan-kawan, ini sekadar satu perasaan buruk sangka dari ibu, seorang insan biasa. Perasaan gembira berbuka puasa di hari pertama sebenarnya diiringi perasaan gusar. Ayah beli sebungkus laksa yang sangat-sangat pekat kuahnya, namun bila lalu ditekak ibu, ibu rasa lain macam hingga terdetik di dalam hati 'ni ikan ke tisu? huhuhu..'

Sudahnya, usai berbuka puasa terkeluar semula juadah berbuka yang ibu jamah.. Subhanallah, sudah lama tidak muntah-muntah dengan begitu dasyat.. terus ibu 'lembik'. Err, ibu tak mengandung tau! hehe..

Tewas Terawih Malam Kedua

Sedih yang tak ingin ibu huraikan panjang lebar di sini.. Kehendak yang begitu meronta, namun fizikal tak mampu melaksanakannya.. tewas ibu maka tewaslah Maryam Nabihah.. yang tidak dapat memijak masjid pada malam ke 2..
Sahur Hari Ke 2

Alhamdulillah, anakanda soleh Yusuf Nabhan terus bersemangat bangun sahur. Cuma masa yang ayah ambil utuk membangkitkannya dari katil, lebih lama dari masa yang diambil pada hari sahur pertama.. :-)

Cabaran Berkerja di Ramadhan Ke2

Mencabarke? Bukannya kita membina bangunan atau bertani di tengah panas, cuma bila bersama 'nikmat' pemberian Ilahi, puasa ini mencabar kekuatan fizikal dan mental.. Allah Maha Adil, memberi sama rata 'cabaran bepuasa' kepada hamba-hambaNya. Ibu terima dengan redha..

Ibu sedikit tewas sebenarnya.. hingga sedikit 'naik angin' di mahkamah. Ada 8 kes yang di bawa, dan ada yang 'mengada-ngada'! Haa.. kan dah kena dengan puan Zefa!!

Cabaran Bersekolah di Ramadhan Ke2

Harini Yusuf Nabhan sekolah seperti biasa.. Pagi sekolah Kebangsaan, Petang sekolah Agama. Balik sekolah petang sedikit drama linangan air mata. Tak tahan dahaga.. Ahamdulillah, ayah berjaya memujuknya supaya bersabar hingga waktu berbuka puasa.

Maryam Nabihah? Hehe. harini 'tewas' sepenuhnya.. Hari pertama tiada orang makan di rumah, jadi adik berjaya tidak makan sepanjang hari. Bila di Taska, susahlah sikit.. lagi-lagi dia perlu bersekolah disebelah petang. Tak apalah adik, nanti cuti kita berlatih puasa lagi ya!

Berbuka Puasa

Alhamdulillah, kegembiraan setelah sehari berjuang!! Kami berbuka dengan juadah beli lagi.. :D


**************

Ps: Terima kasih singgah membaca coretan Jemari Asmara.. :D

Wednesday, August 3, 2011

Catatan 1 Ramadhan 1432H..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini telah 3 hari kita berpuasa.. Namun Jemari Asmara baru berkesempatan menari lagi, mengimbas 1 Ramadhan.. Sekadar melorek satu catatan memori buat tatapan diri sendiri dikemudian hari.. :D

Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, Allah swt masih memberi nikmat Ramadhan pada kita semua. Tatkala azan maghrib 31 Julai 2011 berkumandang, maka 1 Ramadhan 1432H menyapa kita..

Sekadar imbasan kenangan, Ramadhan 1425H ibu membawa Muhammad Yusuf Nabhan di dalam rahim.. Ramadhan 1428H ibu di dalam pantang selepas kelahiran Maryam Nabihah..


Terawih Pertama 1432H

Alhamdulillah, kita sekeluarga berpeluang bersama-sama menunaikan solat sunat terawih.. satu kelebihan yang terlalu rugi untuk dilepaskan, lebih-lebih lagi Baiti Jannati kita hanya beberapa langkah dari masjid.

Yusuf ibu tahu tiada masalah, abang sudah besar. 3 bulan lagi Yusuf akan berusia 7 tahun. Untuk Maryam Nabihah, ada bekalan perlu ibu sediakan. Hmm.. sebagai persediaan jika ada acara 'aneka ragam'. Ibu bawakan bekalan minuman, 2 helai kertas dan beberapa batang pensil warna.

Sudah dijangka, adik hanya bersama-sama ibu menunaikan solat Isyak sahaja. Usai solat Isyak, telekung sudah ditanggalkan. Panas katanya, silap ibu juga lewat ke masjid. Kami hanya dapat sembahyang dikoridor masjid dan tiada kipas. Jemaah wanita terlalu ramai sehingga melimpah di hadapan tandas. Alhamdulillah, tiada masalah hingga ibu selesaikan solat. Sepanjang ibu menunaikan solat, adik leka dengan aktiviti melukis dan mewarna.


Bergambar kenangan sebelum ke masjid.. :D

Bersahur Kali Pertama

Alhamdulillah, tiada masalah mengejutkan anakanda soleh ibu. Yusuf bangun selepas 3 - 4 kali ayah memanggilnya. Mungkin sedikit perlahan untuk dia bangkit dari katilnya, tapi bagi ibu itu perkara biasa bagi seorang kanak-kanak seusianya.

Maryam? Oh, kami sengaja tidak mengejutkannya. Seperti biasa dia akan bangun sendiri dalam lingkungan jam 5.00 pagi mencari ibu. Maryam Nabihah hanya bersahur dengan sebotol susu.

Cabaran Puasa Hari Pertama

Syukur tiada masalah bagi Yusuf berpuasa sehingga waktu berbuka puasa. Cuti yang diberi oleh kedua-dua sekolahnya adalah satu kelebihan. Dia hanya bermain di dalam rumah dan kuranglah tenaga yang digunakan.

Maryam? Hehe.. ini budak kecil sudah menangis seawal jam 11.30 pagi. Tidak tahan dahaga.. akhirnya berbuka sebelum jam 12.00 lagi. Apapun, satu permulaan yang baik bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ini, sehingga petang tidak makan langsung. Hanya 3 kali minum air.. :D


Semangat dan 'Nikmat'

Ramadhan kali ini ibu lebih bersemangat.. walaupun bersama 'nikmat' yang Allah beri. Mudah-mudahan ibu tabah dan kuat.. Juga anak-anak yang bersemangat untuk berpuasa dan berterawih!!

Berbuka Puasa 1 Ramadhan 1432H..

Semuanya diuruskan ayah. Ibu tiada daya, 'nikmat' itu tidak mengizinkan ibu masak-masak di dapur. Dan ayah membuat pilihan membeli sahaja..

Rasa bahagia menyelubungi seluruh 'Baiti Jannati'.. anak-anak girang, ibu dan ayah rasa bahagia.. Semangat anak-anak menempuh 1 Ramadhan buat ibu bangga..

Mudah-mudahan keluarga ini dilimpahi kasih sayang yang mewangi, sewangi taman firdausi, & dilimpahi rahmat kurniaan Ilahi.. Amin ya rabbal a'lamin..


*************

Ps: Sekejap lagi masuk waktu maghrib, selamat berbuka puasa ya sahabat-sahabat.. :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...