Follower

Showing posts with label PML: Balck Sweet Rose. Show all posts
Showing posts with label PML: Balck Sweet Rose. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

AHLI KELUARGA BARU; BLACK SWEET ROSE..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pagi Ahad yang tenang, ibu kongsikan di sini sedikit dari koleksi PML (pinggan mangkuk lama) yang baru bertambah. Tapi bukanlah banyak benar ye, bertambah 2 ketul je pun. Hihi.. Jadilah, alhamdulillah..


Inilah dia, 2 biji cawan motif Black Sweet Rose yang baru ibu beli dari Kak Izan (Sanggar Hiasan Izan @ FB). Ala-ala mug bentuknya..


Yang ini pula ahli keluarganya yang dah sedia ada dalam simpanan ibu.. Tak rajin nak keluarkan semua dan bergambar dengan ahli keluarga baru.. (Tak rajin ke malas? kekeke..)

Cawannya tak seragam, tapi ibu suka. Terasa kepuasan mengumpul.. Ibu himpunkan ahli keluarga ini, bukan dari satu sumber. Tapi dari macam-macam sumber. Ibu ada buat entry tentangnya di SINI. Jemput klik dan baca ye..

Baiklah, sampai di sini dulu. Ibu nak bersiap-siap pergi kenduri yang jaraknya agak jauh juga. Doakan semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. Amin..

Salam sayang buat semua..




Friday, April 22, 2011

PML: Black Sweet Rose..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog kecil ibu yang dikasihi.. ibu rasa macam dah lama tak buat n3 tentang PML. Malam ini ibu nak kongsi satu lagi koleksi PML ibu..


Black sweet rose pujaan hati ibu..

Sebenarnya, ibu pun tak tahu apa nama rasmi bagi bungani. Tapi sebab ibu tengok sweet aje, warnanya pula hitam, maka dengan suka-suka ibu bagi nama Black Sweet Rose.. hehe.. pandai-pandai je..

Koleksi di dalam gambar bukanlah ibu dapat semuanya serentak. Kisah bermula dengan cawan yang tengah-tengah. Ibu dapat di kedai apek. Masatu tak terfikir nak collect PML bermotif bunga ni. Sebab bunga ni tidaklah seglamour Bunga Kangkung. Heee..

Nak dijadikan cerita, ibu ada membeli set cawan rojak (cawan campur-campur) semata-mata nakkan cawan motif chinese pain. Penjual tak jual cawantu sahaja, kalau nak kena beli semua. Nak punya pasal, beli ajelah.

Tanpa ibu sedar rupa-rupanya salah satu cawanya adalah satu set cawan mulut lebar Black Sweet Rose tu. (Cawan sebelah kanan dalam gambar).

Bila dah macamtu, iu terus rasa nak collect PML bunga ni. kebetulan kak aina (Warisan Nenek) nak jual tekonya. Apa lagi.. ibu rembat lah.

Cawan sebelah kiri ibu dapat dari Kak Nannie (Kedai Nannie). Lapik cawan yang dapat dari apek tu pun  dari Kak Nannie.

Walaupun bentuk setiap cawan tak sama, ibu rasa seronok pula. Sebab dapat kumpul bentuk yang berbeza-beza. Baru-baru ni masa berkunjung ke kedai kak liza (Ipoh Loken) ada jumpa lagi cawan bungani lain bentuk. Tapi memandangkan keadaan dompet kurang mengizinkan, ibu pendam saja. Ukur baju dibadan sendiri.. hehe..

Pinggan besar tu ibu dapat di pasar stadium Shah alam. Pinggan kuih kecil tu ibu beli dari Kak Azzah..

Alhamdulillah, cukup dululah setakatni. Kalau tambah pun 1 cawan je lagi.. nak bg sama dengan bilangan pinggan.

Ibu dah buat keputusan, bab PML ni ibu hanya collect beria-ia untuk dua motif sahaja. Bunga kangkung dan bunga padi. yang lain-lain tu cukuplah dengan ada tea set dan beberapa item sahaja.

Ps: Ibu ni nampak obses sangat ke dengan PML?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...