Follower

Showing posts with label Sakit gigi. Show all posts
Showing posts with label Sakit gigi. Show all posts

Friday, January 20, 2012

PETUA SAKIT GIGI

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam tadi ibu Yusuf sakit gigi. Sakit sampai guling-guling (nasib baik tak tergolek jatuh katil.. hik hik..) Dasyat betul penangan sakit gigi malam tadi. Padahal siang tu okey je, tak ada apa-apa berlaku. Masuk Maghrib je, terus berdenyut-denyut..


Hasil carian google imej..

Sakit dia tu sampai ke tengkuk, sampai rasa satu badan sakit. Lama dah sebenarnya tak sakit gigi. Akhir sekali kena masa mengandung Maryam. Sekarang budaktu dah 5 tahun dah pun..

Matani cuba-cuba pejam suruh tidur, tapi tak dapat nak tidur. Tak ingat berapa lama dah berguling-guling, tahu-tahu ayah Yusuf masuk bagi ubat. Kira kes paksa makan ubatlahni, sebab en suami nan sorang ni tau, isteri dia tak suka makan ubat. Ha ha ha..

Syukur alhamdulillah, tak lama makan ubat tu terus ibu tertidur. Sedar-sedar dah pagi. Sakit gigi pun dah hilang.. Syukur Ya Allah.. Terima kasih suamiku..

Kena buat pemeriksaan doktor nampaknya. Lama dah sebenarnya tak jumpa doktor gigi.


Google imej kartun dr perempuan tak jumpa lak pulak. Gambar pemenang Master Chef banyak la timbul..

Tadi, saje godek-godek cari info tentang petua yang boleh diamalkan jika sakit gigi. Ibu catatkan di sini, mana tahu tiba-tiba kena lagi..

PETUA SAKIT GIGI

Sumber: Blog 101 Petua

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


Ps: Ada siapa-siapa pernah cuba?

Update:

Ini entry lama, sekarang ibu dah maju ke depan, alhamdulillah. Pasal makan ubat tu ibu dah jumpa alternatif untuk ubat tahan sakit. Nak tau klik SINI ye..

Lagi satu, untuk penjagaan gigi.. Kalsium itu penting. 

Jadi sekarang, ibu makan OsteMatrix. OsteMatrix bukan sekadar kalsium tau!!

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Jom! Kita berOsteMatrix!!


Untuk keterangan lanjut hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...