Follower

Showing posts with label Permata Hati. Show all posts
Showing posts with label Permata Hati. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

2015 ~ Yusuf & Maryam Kembali Ke Sekolah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, Isnin 12 Januari 2015 secara rasminya anak-anak ibu Yusuf dan Maryam dah kembali bersekolah setelah cuti yang panjang. Alhamdulillah, kedua-duanya memulakan persekolahan ditahun baru dengan semangat dan ceria.

Yang bestnya, ibu belum bangun Maryam dah bangun dulu. Semangat betul dia. Hihi..

Sesi persekolahan 2015 juga bermulanya kembali mereka menjadi anak-anak taska. Macam ibu cerita sebelumni, ibu dah kembali bekerja maka mereka juga mula perlu lebih berdikari.

Semalam ibu tak cuti, jadi tak ada gambar-gambar skodeng di sekolah. Sejak 2009 (Yusuf mula tadika), inilah kali pertama ibu tak ke sekolah diawal sesi persekolahan. Selagi anak ibu tadika dan tahun 1, ibu akan ikut ke sekolah walaupun sekadar hantar. Tak tunggu pun, tapi entahla. Best sangat hantar anak ke sekaolah lagi-lagi dihari pertama. Hehe..

Tahun ni dah tak ada yang tadika dan tahun 1, maka ibu dah tak perlu ke sekolah kut. Lagi pun dah lama cuti, bagi peluang la pulak untuk kawan-kawan yang lain bercuti.

Tak ada gambar skodeng, tapi ada 3 gambar yang ibu sempat ambik sebelum mereka ke sekolah. Ibu tampalkan di Jemari Asmara, buat kenangan dihari kemudian.
 

2015 ~ Yusuf dah tahun 5 dan Maryam tahun 2..


Hari pertama persekolahn yang serba sederhana..

Tahunni tak ada istilah serba baru. Sebab pakaian dan kelengkapan sekolah tahun lepas masih ada yang elok.

Yusuf berkasut, seluar dan baju baru tapi bag lama. Maryam berbag, kasut, botol air baru tapi baju dan tudung lama. Oh ya, kain pun baru sebab yang tahun lepas dah senteng..


Dua beradik yang ceria nak pergi sekolah..

Sekian catatan ringkas ibu, tapi mungkin menjadi catatan yang penting suatu hari nanti. Banyak terakam kenangan-kenangan manis yang lalu dalam blog ni.. 

Hingga jumpa lagi, salam sayang..


Wednesday, January 22, 2014

WW; ABANG DAN ADIK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ibu jemput Yusuf di KAFA, kemudian baru ambik Maryam pula di Sekolah Kebangsaan. Memandangkan kereta banyak, ibu parking jauh sikit. Abang jalan kaki jemput adik di pagar. Ibu follow dari belakang..

Pendekkan cerita (kata ww.. hehe..) ni gambar candid.. Mereka tak sedar ibu perhati dari jauh..

Sekian.. :D

Sunday, January 19, 2014

ENTRY PEMBUKA TIRAI 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, harini sudah 19 Januari 2014. Bermakna sudah 19 hari kita berada di tahun baru 2014. Tapi ini merupakan entry pertama Jemari Asmara, tertinggal keretapi sudah. Hehe..

Tertinggal bukan alasan untuk terus terkebelakang. Kan? Marilah kita berkejaran untuk mengaktifkan blog kita semula. Kita tu maknanya semua blogger yang dah suam-suam kuku macam ibu nilah. Ayoh, jom bangkit! Kih3x, bukan main semangat. Kita tengok aje berapa lama bertahannya semangat Ibu Yusuf dan Maryam ni.

Bercakap tentang pembuka tirai 2014, sudah pastinya tentang persekolahan Yusuf dan Maryam.

  
Anak bujang ibu dah melangkah ke tahun 4. Sesi persekolahan 2014, Yusuf melangkah ke sekolah sebagai lelaki sejati. Hehehe.. Yelah, kan dia dah berkhatan cuti sekolah baru ni..



Dan terbukti anak ibu, kanak-kanak lelaki yang cergas. Haha.. seminggu sekolah seluar sekolah KAFA dah rabak. Adeh..

 

Paling teruja, Maryam sudah melangkah ke Tahun 1. Alhamdulillah, permulaan yang sangat baik. Melangkah alam persekolahan sejak usia 4 tahun, Maryam cukup matang untuk ke Tahun 1..

 

Pose menarik dari maryam. Ini kelas KAFA sesi pagi berkain hijau. Gambar di atas tu sekolah Kebangsaan sesi petang..


Tengok! Walaupun Maryam dah Tahun 1, dia tetap baby ibu dan ayah. Hehehe..

Tapi sebenarnya dia duduk depan bila naik motor, kalau ayah bawa ibu atau abang sekali. kalau Maryam dengan ayah je dia duduk belakang la..

Berjasa besar motor ayah ni. Selain sebagai tunggangan utama  En Ayah pergi kerja, motor nilah yang ambik dan hantar anak-anak pergi sekolah. Eh, masuk cerita motor la pulak..

Baiklah, sekian dulu catatan ringkas ibu, untuk entry pembukaan 2014 yang ketinggalan sudah. Hihihi..

Hingga jumpa lagi.. :D

Thursday, December 19, 2013

KHAMIS YANG SPONTAN: BERGAMBAR SEBELUM PERGI KERJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Tak pernah-pernah bergambar pagi-pagi nak pergi kerja. Hari ni sebab kebetulan pakai batik hampir sedondon kan, secara spontan; "Abang, jom tangkap gambar"..

Hehehe.. Sekian.

Wednesday, December 18, 2013

WW: CINTA HATI IBU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Gambar ulang tayang. Beliaulah cinta hati ibu..

Ps: Sila jangan muntah dengan aksi manja itu, Kih kih kih..

 Luv;
Ibu Yusuf dan Maryam
Shaklee Indipendent Distributor
Keluarga Sihat Biz Group
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat


Thursday, November 15, 2012

MARYAM NABIHAH: SEMOGA CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang


Tiada yang lebih bahagia buat seorang ibu selain melihat kejayaan anak-anaknya. Perjalanan hidup anak-anak ibu Yusuf dan Maryam dengan izin Allah masih panjang, ibu doakan yang terbaik buat kalian berdua.

Jika entry Sesejuk Perut Ibu Mengandungkan Muhammad Yusuf Nabhan ditujukan khas buat anakanda Yusuf, entry ini ibu tujukan khas buat anakanda Maryam Nabihah..




10 November 2012 yang lepas, telah berlangsung Majlis Ikhtifal Tadika Islam Al Hidayah yang ke 23. Ini kali kedua ibu berada dimajlis yang sama. Kali pertama dulu di Majlis Ikhtifal yang ke 20, masa tu Yusuf yang bersekolah disitu.



Syukur alhamdulillah dengan pencapaian anakanda Maryam. Terus ibu lupa dengan perangainya yang 'penuh warna warni' itu. Subhanallah, benarlah.. anak itu bukan sahaja amanah dan anugerah, namun juga ujian. Semoga ibu dan ayah terus sabar.. Semoga Maryam akan lebih 'matang' selepas ini..


Cuba cari mana ibu?

Jumpa tak? Yang paling cun tu lah ibu.. Muahaha, izinkan ibu perasan sekejap. Gambarni ibu ambik dari FB Masjid.. Tu yang pakai tudung 4 tingkat tu. Hahaha.. Hover kan, sampai 4 tingkat tudung ibu.

Majlis kalini tak seperti tahun-tahun lepas yang dibuat di dewan yang lebih besar. Tahunni majlis hanya dibuat disekolah. Alahai.. Sempit sangat cikgu. Ramai ibu bapa tak dapat masuk. 

Tapi ibu Maryam dapat tempat 1st kelas.. Bersila depan pentas tuuu.. Bila diingat-ingat balik, memang over sangat ibu hari tu. Tapi taklah malu sangat sebab ada geng, bukan ibu seorang bersila depan pentas. Tapi kalau tak macam tu memang tak nampak la anak buat persembahan dan tangkap gambar kepala orang aje lah jawabnya..

Sebelum majlis penyampaian hadiah, ada beberapa persembahan dari anak-anak pelajar. Antaranya nasyid, bacaan hafazan Al Quran, pentomen, nasyid, senam tari dan lakonan.

Anak ibu, Maryam Nabihah terlibat dalam persembahan lakonan bertajuk "Happy Land". Mula-mula dia cerita dia berlakon jadi bunga, sekalinya...

v

v

v

 

Jadi alligator la pulak. Hahaha..

Patutlah seminggu dua sebelum persembahan balik sekolah tudung macam 'belacan', dia mop lantai rupanya. Bila ibu tanya kenapa dah tak jadi bunga, Maryam jawab sebab pemegang watak alligator yang asal suka main-main. Jadi cikgu tukar watak asal alligator tu jadi bunga dan Maryam jadi alligator. Watak bunga tak ada dialog.. Itu cerita Maryam lah ye.. Kalau salah penceritaan sebenar, ibu minta ampun..




Maryam berbakat dalam lakonan nampaknya.. Suaranya pun kuat, lancar dan bersahaja. Paling ibu nak tergelak bila dia pusing-pusingkan kepalanya ala-ala macam buaya gerakkan kepala tu. Memang menjadi.. Kiut sangat anak ibu masa tu.

Sebab dia anak ibu, obkos lah ibu kata dia kiut dan berbakat. Kalau ada yang kata ibu perasan, ibu minta maaf ye.. Huhu..




Akhir persembahan.. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang melatih anak-anak pelajar sehingga mampu membuat persembahan dengan baik. Ibu yakin, semua ibu bapa yang hadir akan menjadikannya antara kenangan terindah dalam melihat anak-anak membesar. 




Maryam naik pentas ambil hadiah. Muka dah mula masam masani.. Warna-warna pelangi dah nak keluar dah.. Hmmm..



Bergambar dengan ibu.. Langsung tak nak senyum. Alasannya penat dan lapar. Tulah, pagi sebelum ke sekolah dia hanya minum susu dan makan biskut je.. :-(

Hari yang indah untuk dikenang walaupun endingnya anak ibu hanya masam mencuka. Ibu bahagia melihat kecemerlangannya, dan ibu seronok melihat bakatnya.

Walaupun kain mahal yang ibu pakai haritu koyak, ibu tak kisah ibu tetap happy. Mana tak koyaknya, duk depan tu kejap bersila, kejap bersimpuh, kejap tunduk rapat ke lantai (dah jadi macam alligator jugak ibu dia.. kah kah..) sebab orang belakang pun nak tangkap gambar juga kan. Hadohai.. memang kelakar..

Moral of the story, tahun depan tolonglah cikgu ya. Kita buat majlis di tempat yang grand sikit. Dewan yang besar supaya semua ibu bapa boleh masuk dan tak adalah yang terintai-intai dari pintu dan tingkap.

Kalau boleh, pentas pun tinggilah sikit. Kesian ibu bapa yang di belakang tak nampak langsung. Bukan semua orang boleh buat muka tak malu macam ibu Maryam. Bersila depan pentas tuuu..

Maksud dua perenggan sebelumni bukannya komplen, tidak sama sekali. Cuma cadangan penambah baikan. Secara umumnya, macam ibu dah kata tadi, ibu seronok dan happy.. (err, samalahkan maknanya..)

Sampai sini dulu catatan ibu. Jumpa lagi dilain entry..

Salam sayang buat semua.. :D 

Saturday, November 10, 2012

SESEJUK PERUT IBU MENGANDUNGKAN MUHAMMAD YUSUF NABHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini 10.11.12.. Cantik tarikh tu kan? Harini akan berlangsung konvokesyen tadika Maryam. Ibu teruja nak pergi sebab harini Maryam terlibat dengan persembahan di pentas. Cuma ibu tak pasti pelajar 5 tahun dapat hadiah ke tidak. Alhamdulillah, Maryam dapat no. 1 kali ni.. Sejuk perut ibu mengandung.

Tapi entryni khas untuk abang Yusuf.. Cerita Maryam ibu simpan dulu ya. Beberapa hari yang lepas berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah sekolah agama Yusuf. Seperti tahun lepas, ibu tetap berusaha untuk datang. Tahun lepas terkejar-kejar datang selepas ibu selesai ceramah, tahunni ibu siap ambil cuti lagi. Semangat nak bagi sokongan moral pada anak bujang kesayangan ibu ni..

Yusuf tak dapat no terbaik pun dalam kelas di sekolah agama. Sama juga di sekolah kebangsaan, dia pun tak pernah dapat nombor terbaik.Tapi sebagai ibu, ibu tetap berbangga dengan pencapaiannya sebab ibu tak meletakkan nombor sebagai ukuran. Alhamdulillah, peratusan markah di kedua-dua sekolah adalah cemerlang dimata ibu.

Cuma selamatlah duit ibu kan, sebab ibu janji kalau dapat no 1 atau 2 atau 3, ibu akan belikan PSP. Hehehe..

Ibu kongsikan di sini beberapa keping gambar kenangan majlis penyampaian hadiah sekolah agama anakanda Yusuf yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam..


 Hati ibu mana yang tak tersentuh, hati ibu mana yang tidak gembira.. bila anak yang dikandung selama 9 bulan duduk di atas pentas membacakan ayat-ayat suci al quran dan diperdengarkan untuk semua hadirin yang datang dalam usianya belum pun lagi mencapai 8 tahun.

Tahniah sayang, Yusuf tanpa ibu lihat ada rasa gentar pun berada di hadapan. Suaranya terkawal dan bacaan baik sekali. Cuma tidaklah berlagu bagai.. Baru tak sampai seminggu belajar taranum.



 Beratur tunggu giliran untuk ambik hadiah. Walaupun tak dapat no 1 - 3, tapi Yusuf tetap dapat hadiah sebab dia pelajar Mumtaz (cemerlang)..



 Tahniah Muhammad Yusuf Nabhan bin Muhamad Roslan..



 Ibu pun nak interframe jugak.. Hehehe..



 Amboi, riangnya anak ayah ni..



Bukan nilai hadiah jadi ukuran..

Ibu doakan semoga anak ibu terus cemerlang dan akan perbaiki lagi di masa hadapan. Ibu teringin juga nak tengok abang naik pentas di sekolah kebangsaan. Harap-harap tahun depan tercapailah impian ibu ni ya..

Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..


Tuesday, May 29, 2012

PETANDA MIMPI MARYAM NABIHAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih buat semua yang mengirim doa dan kata-kata semangat buat ibu Yusuf. Terasa manisnya ukhuwah walau hanya di alam maya.

Harini ibu nak cerita sesuatu yang 'manis'. Jumaat lepas (25.5.2012), ibu dan ayah ke sekolah Maryam untuk hari perjumpaan ibubapa dan guru.

Kami jumpa cikgu Aisyah, cikgu kelas 5 Jannatus Salam. Syukur alhamdulillah, semua yang keluar dari mulut Cikgu Aisyah tentang Maryam adalah yang baik-baik sahaja. Cikgu Aisyah kata Maryam anak yang pintar, cepat faham, kemas dalam buat tugasan, cuma mulutnya sahaja yang cok cek cok cek. Hahaha.. Maryam memang suka bercakap dan becok mulutnya.

Kata-kata Cikgu Aisyah tak banyak larinya dari kata-kata Cikgu Zai yang ibu ada kongsikan dalam entry Genius Maryam @ Genius Aulad. Untuk pengetahuan pengikut baru Jemari Asmara, tahun lepas Maryam sekolah di Genius Aulad. Tahunni ibu tukarkan dia ke Tadika Islam Al Hidayah.

Cikgu Aisyah kata suara Maryam kuat. Kuat bising ke? Cikgu Aisyah kata Maryam yang selalu mulakan apa-apa bacaan beramai-beramai terutama bacaan-bacaan dalam solat. Alhamdulillah, Maryam sudah lancar banyak bacaan-bacaan dalam solat.

Kemudian cikgu Aisyah tunjuk buku kemajuan...

Semua dapat 100% kecuali sains. Aduh-duh anakku.. Lantas ibu terus teringat mimpi Maryam yang ibu ceritakan dalam entry Kisah Mimpi Maryam Nabihah. Adakah mimpi yang berunsur sains itu satu petunjuk..? Hoho.. Jangan serius sangat okey..

Ibu tanam motivasi dalam diri, sebagai ibubapa jangan terlalu melihat kesilapan anak yang sedikit. Sedangkan ada banyak kecemerlangan yang ditunjuk. (Walaupun dalam hati ibu sedih juga tengok markah sains tu). Nasib baik untuk dapat A, markah 75 ke atas. Kalau 80, daaaaaah dapat B.

Jujurnya, sejuk sangat hati ibu haritu. Terus lupa segala karenah dan perangai anekaragam yang selalu dia persembahkan.

Ibu hanya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, namun yang paling penting cemerlang sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Doa ibu saban hari semoga anak-anak ibu cemerlang di dunia dan akhirat. Amin..

Ps: Ini bukan entry bermegah-megah ya, tidak sama sekali walaupun bunyinya begitu memuji-muji anak sendiri.. Sekadar berkongsi rasa bahagia seorang ibu. Semoga bahagia milik kita semua..

Monday, May 14, 2012

14 MEI 2003 - 14 MEI 2012: 9 TAHUN MASIHI BERSAMA, ALHAMDULILLAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, atas segala kurnia dan limpah rahmat Ilahi, atas kasih sayang yang bersemi, atas mawaddah warahmah yang mewangi.. hari ini ibu dan ayah Yusuf Maryam telah menempuh alam perkahwinan yang ke 9 masihi. Syukur ya Allah.. Semoga nikmat cinta kurniaanMu ini terus kekal hingga akhir hayat kami. Kekal bahagia di dunia hingga akhirat.. Amin.

Tak ada hadiah, tak ada makan-makan besar.. Tapi harini kami sama-sama cuti meluangkan masa berdua-duaan. Jalan-jalan kedai handset cuci mata dan makan cendol bawah pokok. Owh, bahagianya ibu rasa. Hehe.. Jiwang la pulak ye?

Malam ni belek-belek album lama. Menyingkap memori zaman masih berdua. Kurus comel je ibu dulu-dulu, sekarang dua kali ganda. Huhuhu..

Nak tengok ibu zaman kurus?


 Yang ni masa honey moon di PD. Family day sebenarnya, tapi kami pengantin baru masa ni. Kira honey moon lah juga kan. Masa ni berat ibu masih 42 kg. Sekarang? Jangan tanya..


 Yang ni masa honey moon di Cemeron Highland..


Yang ni masa honey moon di Pulau Pangkor..

Berapa banyak kali honey moon da? Kami lambat dapat anak sebenarnya. Kahwin Mei 2003, 30 November 2004 baru dapat anak. Jadi merasa masa berdua agak lama juga. Jalanlah selagi boleh jalan..

9 tahun bersama banyak yang ibu belajar dari pengalaman. Pahit, manis, masam, payau semua ada. Syukur, perjalanan hidup kami tetap diulit rasa bahagia.

Syukur alhamdulillah..

 Ps: Baju yang ibu pakai masa g Pangkor tu baju yang sama ibu pakai dalam gambar ini..


Ngee.. Setelah 9 tahun berlalu muat lagi tu.. (padahal baju tu memang besar) Hehehehe..


Cari lokasi honey moon? Klik!!

Monday, April 16, 2012

MENYULAM KASIH @ FRASER'S HILL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salam Isnin buat semua pembaca Jemari Asmara walau di mana jua anda berada. Semoga hari ini adalah hari yang penuh semangat bagi kita semua. Tak mahu Monday blues-Monday blues ya..

Semalam kami ke Fraser's Hill. Tanpa perancangan, tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba malam Ahad ayah Yusuf bunyi nak bawa anak-anak jalan-jalan. Sebagai isteri yang solehah, ibu Yusuf menurut aje.. Haha.. Solehah ye? Padahal bab jalan-jalan, siapalah yang tak suka. Kan?

Tapi kami pergi sekejap sahaja. Naik pagi, lepas Zuhor kami dah bergerak turun. Jalan-jalan dan pusing-pusing sikit-sikit sahaja. Tak adalah sampai jelajah seluruh pelusuk Fraser's Hill tu..

Berjalan-jalan dalam tempoh tidak terlalu lama, adalah tips ibu Yusuf untuk mengelakkan acara 'aneka ragam' si cantik Maryam bermula. Alhamdulillah, semalam adalah juga feel-feel menarik yang disajikan, tetapi ibu Yusuf masih mampu bersabar. Terima kasih kepada entry Izan Ishak yang memberi inspirasi kepada ibu Yusuf supaya tidak marah-marah.. :D

Ibu kongsikan beberapa gambar kenangan kami di sana..

Mercu tanda Fraser's Hill..


Zoom sikit wajah-wajah cinta hati ibu.. Jajan di tangan Maryam tu 'umpan' ayah supaya anakanda baik-baik sahaha.. Hihi..

Hadapan Fraser's Hill Information & Reservation Centre. Kalau tak silap ibu, dulu ni tempat makan. Kalau tak silaplah..

Berlatarkan Fraser's Hill Golf Club


Senyum juga akhirnya ayah Yusuf.. Tapi macam terpaksa je..

Kabus di tengah hari..

Masa mula-mula kami sampai, cuaca terang benderang dan memang tak rasa sejuk. Tapi dalam jam 1.30 macam tu hujan turun renyai-renyai. Terus rasa sejuk menyelubungi kami.. Barulah terasa ke Fraser's Hillnya..


Lagi suasana berkabus..

Mana picas ibu Yusuf? Adaaa.. wajib ada. Cuma simpan dulu, nanti-nantilah ibu tepek ye. Kalau rajin nanti ibu buatlah part 2.. Harap-harap datang lah kerajinan tu. Huhu..
Sekadar berkongsi rasa, semalam ibu rasa sangat bahagia. Semoga bahagia milik kita semua selamanya, amin.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Hingga jumpa lagi..

Salam sayang buat semua.. :D




Monday, April 2, 2012

MARYAM NABIHAH KESAYANGAN IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Maryam Nabihah kesayangan ibu.. Pic tahun lepas yang diguna semula.

Lama juga ibu tak menulis tentang Yusuf dan Maryam kan? Harini ibu mulakan dengan puteri solehah ibu dulu..

Harini Maryam sudah berusia 4 tahun 7 bulan 17 hari. Masih menjuarai acara 'aneka ragam' dalam baiti jannati. Masih selalu buat ibu geram. Masih selalu buat ibu naik angin. Masih selalu buat ibu 'bertukar'. Hahaha..

Namun dia jugalah yang buat ibu rasa penuh dengan kasih sayang. Maryam selalu mengekspresikan kasih sayangnya pada ibu. Maryam punya mulut petah lagi manis yang selalu buat hati ibu berbunga-bunga..

Berbanding Yusuf yang tak banyak karenah. Sekarang Yusuf jarang buat ibu marah, tapi Yusuf juga jarang mengekspresikan kasih sayang dengan kata-kata. Sekadar ciuman dipipi dan dahi ibu, serta satu pelukan erat untuk ibu setiap pagi, petang dan malam. Sudah cukup untuk ibu faham itulah ekspresi kasih sayangnya.

Apapun, dua-dua adalah kesayangan ibu dunia dan akhirat.


I luv u 2 my dear.. Lagi gambar guna semula..

Maryam garang orangnya. Ibu akui, dia mewarisi sifat itu dari ibunya. Namun secara positifnya, ibu lihat dia ada sikap berjaya mempertahankan diri dari dibuli.

Maryam juga telah menunjukkan ciri-ciri membantu yang dibuat secara sukarela, bukan atas arahan. Sebagai contoh, jika dia mengambil air dari peti sejuk dan habis, dia akan mengisi semula botol tersebut. Untuk simpanan air dalam peti sejuk, memang ibu tak guna air masak, ibu guna air tapis sahaja. 

Semenjak awal tahun lepas lagi, ibu sudah izinkan Maryam membancuh air sendiri. Tapi hanya terhad kepada air ribena sahaja. Tuang sikit ribena dalam cawan, kemudian tuang air sejuk. Dah jadi dah, sebab ribena tak perlu kacau, ianya terus bercampur sebati dan boleh terus minum.

Hujung tahun lepas, ibu izinkan dia buat air sunquick sendiri pula. Air sunquick perlu dikacau dengan sudu. Kalau tak, ia tak sebati dengan air. Ibu memang ajar anak-anak buat 2 jenis airni tanpa gula.

Biasanya, dia akan buat secawan cukup untuk dirinya sahaja. Terbaru, dia buat 1 jag air sunquick. MasyaAllah!! Terkejut ibu.. Kemudian dengan bangga dia heboh, adik dah buat air untuk semua orang. Hahaha..


Lagi gambar ulang tayang..

Banyak lagi perkembangan yang ditunjuk semenjak masuk ke tadika 5 tahun. Sejak masuk Al Hidayah, ibu akui prestasinya dalam English kurang berkembang berbanding ketika di Genius Aulad dulu. Namun, dia telah menambah ilmu Bahasa Arab dengan baik sekali. Bacaan-bacaan dalam solat juga semakin baik dan ada kemajuan. Alhamdulillah, ibu lihat strategi menukarkan sekolahnya telah menunjukkan hasil yang ibu mahukan. 



InsyaAllah, sehelai dua lagi Maryam akan beralih ke Iqra' 4. Ibu letak target untuk Maryam habis Iqra' 6 pada hujung tahunni. Jika dia berjaya mencapai target ibu dia akan sama dengan abangnya yang menghabiskan hingga Iqra' 6 dalam tempoh genap 2 tahun. 

Cuma jika dia berjaya mencapai target ibu, dia akan mengatasi abangnya dari segi usia. Abangnya habis Iqra' 6 pada usia 6 tahun sebulan. Jika Maryam berjaya mencapai targert ibu, dia akan tamat Iqra'  6 pada usia 5 tahun 5 bulan.

Target itu untuk diri ibu sebenarnya, kerana dia mengaji di bawah bimbingan ibu. Ibu gerak, geraklah dia. Ibu tidur, tak bergeraklah dia. Sebab tu ibu perlu ada target agar ibu tidak lalai.

Bermula Mac 2012, ibu minta cikgu sekolahnya beri bimbingan tambahan. Jadi sebelum masuk kelas Maryam akan mengaji dulu dengan cikgu. Keputusan tu ibu buat bila jadual kerja malam di pejabat ibu sudah dikeluarkan. Risau juga, tak terkejar nanti.. Mana taknya, bila kena giliran ibu bertugas, balik kerja jam 5.00 petang, tapi jam 8.00 malam ibu dah kena ada dipejabat semula. Jadi bila ada kelas tambahan dengan cikgu, dapat lah menampung kolopongan yang ada.

Aduhai anak-anakku, ibu hanya mengharap yang baik-baik sahaja untuk anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Wah.. Panjang dah catatan ibu rupanya ya. Biasanya entry di Jemari Asmara ni kontot-kontot je..

Sekian dulu catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..


Friday, March 23, 2012

TU LAH, KALAU NAK MARAH TU TENGOK DULU.. DOT DOT DOT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update cepat-cepat ni, sambil keringkan peluh berpanas balik mahkamah. Kejap lagi nak ke Hospital Sungai Buloh tengok abah.

Ini cerita pagi tadi. Maryam kena marah dengan ibu. Sebab apa kena marah? Sebab buat salah lah. Ibu pun tak suka saja-saja marah-marah. Tapi marah mulut aje. Tak ada adegan babab-babab tau..

Lepas mandi, masa nak lap badan dia ibu perasan mata dia bengkak macam kena gigit semut. Kemudian terjadilah dialog ni:

Ibu: E eh.. Mata adik bengkak. Sakit tak? Kesian anak ibu..

Maryam: Haa.. Tulah ibu, lain kali kalau nak marah tu tengok dululah mata adik bengkak ke tak..

Errrk? Kalau sakit tak boleh marah ye?

Anak oh anak.. :D






Thursday, March 15, 2012

ISU IBUBAPA CUAI & HENTAM MENGHENTAM; PANDANGAN IBU YUSUF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari berturut-turut, negara digemparkan dengan isu 'duka' yang melibatkan kematian kanak-kanak kecil yang dilibatkan dengan kecuaian ibubapa. Kisah kematian Dirang, kisah anak lemas ketika ibu basuh kain dan kisah mayat kanak-kanak ditemui terapung di Tasik Titiwangsa ada ibu kongsikan di Jemari Asmara.

Pada mulanya, ibu kongsikan berita-berita tersebut di Jemari Asmara adalah sekadar mengisi ketandusan idea untuk mengisi Jemari Asmara dengan entry baru. Juga dengan harapan, agar kisah yang dibaca dapat menjadi pengajaran dan tauladan kepada pembaca agar lebih berhati-hati ketika bersama anak-anak.

Kemudian, bila ibu pingkan entry-entry tersebut di beberapa group FB, ianya seakan-akan 'panas' terutamanya dalam kes Dirang. Masing-masing melepaskan geram dengan hal kecuaian yang menjadi sebab awal tragedi berlaku. Alhamdulillah, masih ada juga yang mengingatkan kawan-kawan tentang apa yang berlaku adalah ketentuanNya. Ibu akhirnya sekadar menjadi pemerhati tanpa sebarang komen..

Jujurnya, ibu sentiasa takut dengan kejadian-kejadian seperti itu. Ibu kira semua ibubapa juga mempunyai perasaan yang sama. Dan hakikatnya, kami juga pernah berhadapan dengan kejadian yang menakutkan seperti yang pernah ibu kongsikan di Tragedi Anggerik Mall.

Setelah apa yang berlaku, setelah membaca semua komen dan pandangan, termasuklah entry teman-teman blogger, ibu punya pandangan sendiri yang ibu rumuskan di sini.

1. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Jika cuai dilihat sebagai sebab, berusahalah kita menjadi ibubapa yang tidak cuai..

2. Apapun sebab berlaku apa-apa kejadian, janganlah sampai kita lupa bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuanNya..

3. Jangan terlalu mudah melulu membuat tafsiran sendiri hanya dengan berita-berita yang disampaikan. Jangan menghentam sesuka rasa.Cuba bayangkan, jika kita berada ditempat mereka

4. Sama-samalah kita doakan agar keluarga yang menerima musibah sabar dan sedekahkan al fatihah jika mangsa seorang Muslim..

Bukanlah ibu nak membela ibubapa yang cuai.. (mentang-mentang lah dia pun pernah cuai kan?), namun sesungguhnya bercakap itu adalah mudah. Namun siapa kita untuk melawan ketentuanNya..

Sama-sama kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Ps: Entry ini ibu tulis selepas peristiwa petang tadi. Bawa Yusuf dan Maryam mandi di Wet World. Mata ibu sentias mengekori pergerakan Maryam. Namun dek keligatannya, ada juga pandangan ibu terputus juga dengan kelibatnya barang sesaat dua. Dalam sesaat dua, macam-macam boleh berlaku. Aduhaiii..


Permata hati ayah dan ibu..

Pss: Apa yang kena cover tu? Kisah di sebalik gambar ada dalam entry INI..




Monday, February 6, 2012

12 RABIULAWWAL 1433H.. 9 TAHUN H BERSAMA.. ALHAMDULILLAH..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..



Syukur Ya Allah atas segala ni'mat kurniaanMu.. Semoga ikatan ini terus kekal di bawah redhaMu.. Semoga cinta yang bersemi terus keranaMu ya Allah, ya Rahman, ya Rohim.. Alhamdulillah..


Thursday, January 5, 2012

Hari Pertama Maryam di Tadika Al Hidayah


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dapat juga ibu duduk dengan tenang untuk menghasilkan entry rakaman momen-momen indah bersama anakanda Maryam Nabihah harini. Sebelum itu, ucapan terima kasih buat teman-teman ibu yang melontarkan kata-kata pujian buat anakanda solehah ibu nan seorang itu di entry terdahulu. Doakan wahai teman-teman, semoga sikap dan akhlaknya secantik orangnya (tak salahkan puji kecantikan anak sendiri?) Mohonkan doakan juga agar ada kelembutan dalam dirinya, selembut wajahnya. Kerana sesungguhnya anakanda solehah ibu nan seorang ini agak 'panas' dan 'kasar' orangnya. Mudah-mudahhan sikap itu akan pergi dari dirinya. Amin.


Harini Maryam Nabihah melalui hari pertama di tadika baru dengan penuh semangat. Bangun awal pagi, mandi dan bersiap lebih awal dari abangnya. Dia sangat-sangat teruja hingga tak putus-putus bertanya, bila nak pergi sekolah? Sedangkan jam baru jam 7.00 pagi, masuk kelas jam 8.20 pagi. Semangat betul anakanda solehah ibu.


Sempat bergaya depan rumah sebelum ke sekolah..


Pergi sekolah jalan kaki je, almaklum sekolah depan rumah. Tu dia, laju je jalan tinggal ibu di belakang..


Dah masuk kelas baru salam ayah.. Kalini dia cool sangat, tak ada lagi drama air mata macam tahun lepas. Hihi..


Kelas bermula agak lewat.. Jam 8.40 pagi cikgu masih tak masuk lagi sebab masih ada urusan di pejabat. Anakanda solehah dah mula panas dan berpeluh.. Mula tergaru-garu.. Tahunni adik kena belajar panas sikit ya, tak ada lagi kelas berpenghawa dingin macam kat GA tau..


Kejap-kejap minum, kejap-kejap minum.. Risau je ibu karang belum-belum dah nak ke toilet. Tadika kat sini adik kena berdikari ke toilet sendiri. Dah tak ada bibik nak bawa adik ke toilet macam kat GA..


Dah boring duduk, berdiri pulak. Semua piccas yang ibu snap sebelum cikgu masuk kelas..


Sebahagian ibubapa yang menunggu anak-anak di luar kelas. Ada juga anak-anak yang tak mahu masuk kelas..


Sebahagian ibubapa yang mengintai anak-anak masing-masing. Ibu ada juga intai sikit-sikit.. Hi hi..

Secara keseluruhannya, ibu sangat berpuas hati dengan Maryam harini. Sangat baik, sangat cool, dan nampak sangat bersemangat. Cuma suasana di sekolah nampak agak kelam kabut. Dengan ada yang menangis, dengan ada mak ayah duduk sekali dalam kelas.. Macam-macam ragamlah. Kalau ibu jadi cikgu pun, tak tau nak buat apa agaknya dengan situasi macamtu. Nak berkomunikasi dengan anak-anak pun susah, mak ayah semua duk menebeng depan pintu. Huhu..

Okeylah, namapun hari pertama kan? Besok-besok okeylah tu. Yang penting, anak ibu okey-okey aje.. :D

Ps: Cuba bandingkan tulisan dan entry ni dengan tulisan di entry terdahulu. Mana yang lebih okey sebenarnya. Boleh bagi pandangan? Terima kasih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...