Follower

Showing posts with label Genius Aulad. Show all posts
Showing posts with label Genius Aulad. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Genius Maryam @ Genius Aulad..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry khusus buat anakanda Maryam Nabihah.. Anakanda solehah ibu yang tercinta..

Adik.. Ibu sayang adik sangat-sangat. Adik kurniaan Ilahi yang tak terhingga buat ibu dan ayah. Adik lahir sebagai rezeki.. Adik juga lahir sebagai 'ujian' dalam hidup ibu.. Mudah-mudahan ibu dan ayah tabah dalam mengharungi ujian Ilahi.. Moga-moga ujian itu akan berlalu sebagaimana masa berlalu bila adik punya 'akal' nanti.

Apapun 'perangai' adik, ibu tetap berdoa supaya adik menjadi anakanda ibu yang solehah. Setiap lafaz ibu tetap menyebut yang baik-baik sahaja tentang adik. Walaupun ibuni 'garang macam singa', ibu tak pernah lafaz kata-kata buruk pada anak-anak ibu. Ibu tetap kata adik baik, adik cantik, adik cerdik.. Adik anak solehah ibu.

Harini hati ibu sejuk sekali. Ibu jumpa teacher adik untuk ambil report card. Alhamdulillah, teacher hanya cakap baik-baik sahaja tentang adik. Teacher kata adik pandai, teacher kata adik mudah diajar, teacher kata adik kretif, teacher kata adik tekun.. Walaupun teacher ada kata, adik 'lazer' dengan kawan-kawan, ibu telan sahaja. Janji anak solehah ibu tak pukul kawan..

Sambil-sambil tunggu giliran, ibu ronda-ronda sekolah adik. Ibu ada snap beberapa picas.. Apa yang tertulis di board itu, sangat buat hati ibu sejuk sekali.. :D


 Silau la sayang gambarni.. Tapi tak apa, ibu dah tandakan nama adik dengan kotak merah tu. Ini board tentang bacaan Iqra' kelas adik. Alhamdulillah, anak ibu setanding bacaan Iqra'nya dengan dua pelajar 4 tahun yang dikatakan sangat bijak.. (Ibu kagum dengar cerita Teacher Zai tentang mereka)


 Ibu zoom untuk adik. Tahniah sayang..


Ini pula rekod bacaan Adam and Dina (Stater Words).. Mungkin adik sedikit tertinggal dengan beberapa kawan, tapi tak apa. Ibu ingat pesan Teacher Zai; Jangan bandingkan kemajuan anak kita dengan anak orang lain. Setiap anak-anak ada kelebihan masing-masing. Ya ibu tahu. Anak ibu ada kelebihannya sendiri.

Ibu abadikan pencapaian adik di sini bukan untuk ibu menunjuk-nunjuk. Tidak sama sekali. Ingat sayang, tiada guna kita bermegah dengan kelebihan yang kita ada. Kerana diluar sana lebih ramai yang lebih hebat berbanding kita. Ini adalah rakaman setiap detik manis dalam hidup ibu.. Moga-moga ibu terus menikmati kemanisan hidup bersama-sama insan-insan kesayangan ibu.

Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat.. Amin.


Friday, September 9, 2011

Maryam Nabihah @ 2012: Genius Aulad atau **********??

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog ibu yang dikasihi..

Terasa tak, bahawa masa begitu pantas berlalu? Pejam celik, pejam celik, dah di Bulan September dah kita. Nanti pejam celik, pejam celik, berakhir pula tahun 2011 ni. Mudah-mudahan kita diberi peluang lagi oleh Yang Maha Esa untuk memanfaatkan setiap detik dan masa yang dianugerahkan kepada kita..

Antara perkara yang mula untuk dipertimbangkan oleh ibu sekarangni, adalah tentang persekolahan anakanda solehah ibu Maryam Nabihah nan seorang itu.. (Maryam Nabihah ye yang nan sorang tu, anakanda solehah harap-harap bertambah lagi.. hehe..)

Tahunni, Maryam Nabihah 4 tahun. Ibu hantar dia sekolah di Genius Aulad. Tahun depan? Hmmm.. ibu tengah fikir-fikirkan lagi. Kalau tanya yang empunya badan, katanya; "Adik nak sekolah Genius Aulad".

Kenapa ibu perlu fikir tentang sekolah lain? Genius Aulad tak okey ke? Eh, bukan begitu.. Alhamdulillah, anakanda solehah ibu menunjukkan perkembangan yang sangat baik sepanjang hampir 9 bulan bersekolah di Genius Aulad.

Ini adalah beberapa sebab mengapa ibu berfikir tentang sekolah lain:

1. Perjalanan Pra Sekolah Maryam Nabihah masih panjang. Ada 2 tahun lagi iaitu 2012 dan 2013. Ibu bimbang dia bosan jika masih disekolah yang sama.

2. Ibu sedang mengintai Tadika yang menekankan hafazan. Mudah-mudahan hati anak ibu lebih terang dengan ayat-ayat suci Al-Quran di dada; Genius Aulad tak bimbing hafazan ke? Bimbing.. Cuma ibu nak beri penekanan yang lebih.

3. Masalah pengangkutan. Ibu dan ayah sama-sama berkerja. Anak ibu kecik-kecik lagi dah kena naik van ke sekolah. Masuk kelas jam 1.30 petang. Tapi seawal jam 12.00 lebih van dah sampai. Semalam jam 11.50 van dah sampai. Balik sekolah jam 4.30 petang, tapi jam 5.00 lebih baru sampai taska semula, sebab budak ramai. Padahal dekat je Genius Aulad dengan rumah. Kesian anak ibu.. (huhu.. mulalah nak emo. Sensitip betul lah ibu Yusuf dan Maryam ni..) Jadi, samada nak cari sekolah dan taska di tempat yang sama, atau nak cari tadika yang dekat-dekat sahaja.. Kos pun dapat dijimatkan. (Yuran van GA RM60.00 sebulan)

4. Mengambil kira cadangan ayah. Ayah cadangkan hantar Maryam sekolah di Tadika Al Hidayah je.. Sekolah Yusuf Nabhan dulu, depan rumah je. Suara cikgu ngajar pun boleh dengar dari rumah.. Ayah kata yuran pun murah tak sampai RM100.00 sebulan. Kos kenderaan ke taska pun dalam RM30.00 je sebulan. (Yuran GA RM238.00 sebulan)

Sehingga harini, ibu terus berfikir-fikir mencari jawapan. Dipihak ayah, ayah lebih menyarankan tadika biasa-biasa (Bagi ayah GA mahal!! Kos sebulan kurang 2 hengget RM300.00 tuu..) Ayah kata Yusuf dulu sekolah biasa-biasa aje, tapi melangkah ke tahun 1, sudah pandai baca, sudah pandai mengaji, dan hafaz beberapa surah lazim.

Ibu hanya nak yang terbaik untuk anak-anak ibu. Sahabat-sahabat, ada pandangan?

Okeylah, sebagai perhiasan n3 ibu kalini, ibu tepek gambar budak Genius Aulad ni haaa.. Gambarni diambil masa kami cuti, jadi merasalah dia ayah hantar pergi sekolah. Hari-hari biasa naik van... :-(


Amboi.. Gaya apakah namanya ini? Hehe..


Senyum simpul.. :D

Aik.. tengok apa pandang sana?


Terima kasih singgah blog Jemari Asmara. Sudi-sudilah bagi komen yer.. :D

@@@@@@@@@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...