Follower

Showing posts with label Diari Ramadhan 1435. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan 1435. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Ini adalah entry melekat sehingga 5 Syawal 1435H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini 29 Ramadhan 1435H, hari terakhir kita menjalankan ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan.

InsyaAllah, besok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ini, ibu sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca Jemari Asmara andai ada tulisan ibu yang menyinggung perasaan kalian.

Ibu juga memohon maaf, khusus buat sahabat-sahabat blogger andai ada komen-komen ibu yang mungkin kurang disenangi.


Terimalah e-kad raya ini ikhlas dari Keluarga Sihat; ibu, ayah, Yusuf & Maryam..

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin


Wednesday, July 23, 2014

Maryam Ponteng Taekwando


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mula-mula ibu nak buat entry WW je gambar ni tapi takut ada yang tak faham pula. Hehe.. Okey, kita cerita ringkas-ringkas aje..

Ini cerita hari Ahad yang lepas.Setiap Ahad petang Maryam ada latihan taekwando. Sepanjang Ramadhan 1435H dah 3 kali Maryam hadir latihan taekwando walaupun sedikit 'lembik'..

Tapi Ahad yang baru ni, ini yang jadi..


Selesai solat Zuhur dia dah buat muka kesian. Pakai seluar pon slow motion je. Tiba-tiba dia baring kat lantai.

"Adik tak larat la ibu.."

Alahai kesian anak ibu. Ibu pun faham sebab Ahad baruni cuaca paaaanas sangat. Okeyla dik, tak payah pergi. Kita rehat tidur tak payah pergi teakwando. Sudahnya dengan ibu sekali selamat zzzzz sampai petang. Sedar-sedar dah azan Asar.. Haha.. Ambik kesempatan betul la ibu dia..

Setakat Maryam mulai ikut latihan taekwando ini kali kedua ponteng latihan. Sekali masa balik Terengganu, sekali yang baru-baru ni. Harap lepas ni dah tak ada sesi ponteng-ponteng ni..

Sekian cerita Maryam ponteng taekwando :D


Tuesday, July 22, 2014

I am a Supir Mom


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang

Baca betul-betul ye, Supir Mom bukan Super Mom. Hehe.. Sepanjang Ramadhan 1435H memang ibu jadi Supir Mom. Jadi driver kepada anak-anak sendiri..

 Ini gambar semalam, Maryam tolong ambikkan lepas balik sekolah..

Menjadi anak-anak kepada ibu yang berkerja mengajar Yusuf dan Maryam menjadi anak-anak yang berdikari. Maryam dah mula naik van sekolah seawal umur 4 tahun lagi, Yusuf pula sejak masuk tahun 4 pasrah bila ayah kata kena pergi sekolah agama jalan kaki. Sekolah dia jauh tau dari Taska, tapi ayah nekad nak nak suruh anaknya berdikari. Anak lelaki kena kuat kata ayah..

Ramadhan tahun ni kita diuji dengan cuaca yang panas terik. Hati ibu mana yang sanggup membiarkan anak-anak yang berpuasa terpaksa menempuh semuani. Lagi-lagi bab kena jalan kaki pergi sekolah..

Makanya ibu nekad, dengan izin bos setiap tengahari memang ibu ulang alik dari pejabat urus anak-anak balik dan pergi sekolah (sesi pagi dan petang). Maka perjalalan Klang - Shah Alam - Klang ditengahari buta yang panas terik dah menjadi rutin. Ibu ni duduk Shah Alam, tapi kerja di Klang..

Ada sekali tu ibu tak dapat balik, ayah pulak memang busy memanjang. Yusuf kata dia jatuh masa berjalan sebab letih sangat. Huhuhu.. Nak nangis ibu dengar sebab sekali tu jelah ibu tak boleh balik..

Tu pun setiap hari ibu beri mereka Meal Shakes dan Performance Drink sebagai ikhtiar supaya mereka dapat berpuasa dengan cuaca yang sangat-sangat panas ni.. Bayangkan kita yang dewasa ni pun 'terduga' dengan cuaca macam ni, apatah lagi budak-budak. Ibu pun ambik dua-dua supplemen tu dengan ESP sekali..

 Set Puasa Bertenaga Shaklee

Inilah supplemen yang ibu dan anak-anak amalkan sepanjang bulan puasa ni. Kelebihannya ada ibu kongsikan dalam entry Tips Kekal Cergas Walau Berpuasa..


 Ini gambar ibu dan Maryam tengahari semalam. Abaikan wajah tanpa tatarias yang nampak pucat itu.. Hehe..


 Abang Yusuf nak pergi sekolah agama. Gambar candid, tak sempat senyum. Masam je dia..

Pejam celik, pejam celik dah nak sebulan pun ibu jadi Supir Mom untuk anak-anak. Pengorbanan tenaga, masa, minyak dan tol. Bayangkan sehari berapa kali lalu tol Sungai Rasau..

Tapi ibu cuma nak gambarkan semua dengan perkataan 'ibu bahagia'. Tak dapat nak diluah dengan kata-kata bahagianya dapat ambik dan hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Keselamatan lebih terjamin dan hubungan anak-anak dengan ibu lebih rapat.

Hampir setiap pagi Yusuf dan Maryam tanya; "Harini ibu ambik ke tak?" Bila ibu jawab ye, dua-dua melompat 'Yeay!'..

Nampak tak 'isyarat' kegembiraan mereka tu? Huhu.. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki ibu untuk cepat-cepat jadi WAHM. Amiin..


Sunday, July 20, 2014

Tips Kekal Cergas Walau Berpuasa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini dah 22 Ramadhan 1435H, maknanya termasuk harini tinggal 8 hari aje lagi nak raya. Masanilah ramai antara kita mula mengoperasi rumah masing-masing. 

Sapu sawang, mop lantai, lap cermin, tukar langsir, vakum karpet, nak masak untuk berbuka pulak, dan macam-macam lagi lah. Semua tu guna tenaga.. Dah lah malam berjaga sebab merebut peluang 10 malam terakhir Ramadhan. Ada juga yang berjaga malam sebab buat kuih raya kan? Hihi..


 Gambar hiasan dari Google

Tu belum nak sambung shopping keperluan raya di siang hari sebab malam kan terawih. Dengan cuaca sekarang yang paaaanas terik. Lagi-lagi yang memang berkerja tengah panas. Fuh! Mesti letih dan lembik dibuatnya.


Sekadar gambar hiasan (sumber)

Ibu nak kongsikan Tips Kekal Cergas Walau Berpuasa yang selalu ibu amalkan. Nak tahu tak?


Set Puasa Bertenaga Shaklee

Inilah supplemen yang ibu amalkan semasa bersahur untuk kekal cergas walau berpuasa. Memanglah ibu kerja dalam pejabat yang ada aicond, tapi sejak Ramadhan setiap tengahari ibu berulang alik Klang - Shah Alam - Klang sebab ambik dan hantar anak sekolah. Cuaca sangatlah paaaaaanas sampai kalau buka aircond paling kuat pun masih terasa panas dan bahang..

Alhamdulillah, dengan izin Allah set ni berkesan dan banyak membantu ibu untuk kekal cergas walau berpuasa.

Set Puasa Bertenaga Shaklee ni terdiri dari ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. Apa kelebihannya?

Energizing Soy Protein (ESP) - sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. (Info lanjut di SINI)

Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.
(Info lanjut di SINI)
 
Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar. Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
(Info lanjut dan testimoni di SINI)

Dapatkannya sekarang, mudah-mudahan dapat membantu anda untuk kekal cergas walau berpuasa.

Jika perlukan konsultasi atau bantuan, jangan malu-malu hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Wassap ke 011-1153 7821

Thursday, July 17, 2014

Iktibar Ramadhan: Muntah Daging Mentah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sekadar gambar hiasan (Google)

Dua orang wanita sedang berpuasa, tetapi tidak tahan lalu meminta kebenaran Nabi saw untuk berbuka. Mereka menghantar wakil bertemu Baginda saw. Nabi saw memberi dua biji bekas kepada wakil itu seraya menyuruh kedua-dua wanita berkenaan muntah di dalam bekas itu..

Apa yang hendak dimuntahkan sedangkan mereka berdua sedang berpuasa? Tidak ada apa-apa yang mereka makan. Namun mereka tetap melaksanakan suruhan Nabi saw. Alangkah terkejutnya mereka kerana kedua-duanya memuntahkan daging mentah yang bernanah.

Orang ramai menjadi hairan. Lalu Nabi saw menerangkan bahawa wanita tersebut menahan diri mereka daripada makan, tetapi mereka telah MENGUMPAT. sekaligus merosakkan pahala puasa mereka dengan umpatan tersebut.

Itulah dia cerita iktibar tentang mengumpat.  

 Ibu baca iktibar pasal mengumpat ni dalam Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu, gigih ibu salin balik. 2- 3 harini kan masing-masing sebok mengomen pasal kes CDM25 tu. 

 Hmmm, yang komen lebih-lebih siap tambah perisa macam-macam tu dah kira kategori mengumpat kut. Bagi ibu sudah-sudahlah, kita ambik je pengajaran dari cerita tu tapi tak payah nak komen lebih-lebih.

Meh tengok Ustaz azhar Idrus kata apa pasal mengumpat ni;


Ha! Terasa ke terasa? Hihi..

Entry ni ibu nukilkan di sini sebagai peringatan bersama terutama untuk diri sendiri. Bab bercakap ni, astaghfirullahalazim.. Adakalanya sukar sangat-sangat nak menjaga mulut ni..

Sempena Ramadhan ni, sama-samalah kita semua mendidik hati dan jiwa. Sesungguhnya Ramadhan adalah peluang untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. Kemudian usaha untuk istiqomah dengan kebaikan itu dalam kehidupan mendatang.

Terima kasih kerana membaca. Hingga jumpa lagi..

Wednesday, July 16, 2014

Keluarga Sihat Shopping Raya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Keluarga sihat? Ye, kan ibu + ayah + Yusuf + Maryam = Keluarga Sihat.. ;-)

Semalam cuti umum sempena Nuzul Al Quran. Jadi kami mengambil kesempatan untuk shopping raya.  Ayah kata jom Klang Parade! Ibu okey aje. 

Sampai je terus masuk Parkson dan kami berpecah dua kumpulan. Macam ramai je ahli famili sampai kena pecah dua kumpulan kan? Hihi.. Bukan apa, nak cepatkan proses memilih dan membeli..

Ayah dengan Yusuf, ibu dengan Maryam. Tapi sudahnya tak ada satu pun yang berkenan dihati ibu dan Maryam dalam Parkson tu. Keluar balik masuk pulak Yes, pun tak ada yang berkenan. Sudahnya kami berdua jalan-jalan aje.


 Ni kat tingkat bawah sekali. Maryam possing depan pentas..


 Ni masa kat tingkat atas, naik ni sebab dah ternampak Mr DIY la pulak. Bukan Maryam je suka, ibu pun suka jalan-jalan dalam tu..


Dah sudah, baju raya tak berhasil tapi mainan pula dikejarnya. Huhu..


Siap ambik troli bagai, macam banyak je yang nak dibeli. Tapi sudahnya ibu cuma beli stokin dan Maryam dapat 1 kotak Lego..

Kemudian kami berempat berkumpul semula di Kamdar. Ayah dan Yusuf berhasil dah nampaknya, keluar Parkson bawak 2 beg plastik. Ibu dan Maryam? Apa pun tak de..

Masuk Kamdar pun tak ada yang memikat hati. Cerewet betul 2 beranak ni.. Sudahnya, kat Kamdar ni Yusuf yang dapat lagi baju. Ayah beli sepasang baju melayu untuk dia.

Nampak tak, beza orang laki dengan perempuan shopping? Hoho..


Selamba bersila dilantai sambil tunggu ayah bayar baju..


Kena paksa ambik gambar dengan ibu. Hihi..

Alhamdulillah, walau tak lengkap tapi sebahagian dah selesai. Ada kesempatan, kita pergi shopping lagi. Kalau tak sempat, pakai aje apa yang ada. Boleh gitu?

Kawan-kawan dah selesai shopping raya ke?

Tuesday, July 8, 2014

Kisah Terlebih Muatan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dah 10 Ramadhan harini. Semoga dipanjangkan usia untuk meneruskan ibadah puasa hingga ke penghujungnya..

Setakat puasa kali ni di Jemari Asmara tak pernah lagi buat entry tentang juadah puasa kan? Hehe.. Ada sekali, itu pun cerita pasal mangkuk tingkat. Sendiri punya masak tak ada, sebab mood nak ambik gambar setiap lepas masak tak ada.

Takpelah, kita tak payah cerita pasal makan. Kita cerita pasal terlebih muatan. Apakah?





Ini gambar beberapa hari lepas. 

Inilah rutin setiap pagi 2 beradik pergi sekolah. Abang sekolah kebangsaan dan adik sekolah agama di sesi pagi. Dan sebaliknya di sebelah petang..

Biasanya tak hantar serentak pun, hantar abang dulu sebab abang masuk lebih awal. Kemudian baru ayah hantar adik pulak sebab adik masuk lewat sikit dari abang.

Bila bulan puasa, sebab dah bangun awal sejak bersahur dua-dua bersiap awal. Lagi-lagi Maryam, kadang-kadang Yusuf belum balik dari masjid solat Subuh pun, dia dah cepat-cepat pakai baju sekolah siap berstokin dah. Semangat betul. Hihi..

Bila dah bersiap awal, Maryam tak nak tunggu la. Ayah hantar abang pergi sekolah dia nak ikut sekali. Layankan ajelah, tapi kesannya;

Motorsikal ayah terlebih muatan. Hehehe..


Saturday, July 5, 2014

Hadiah Ramadhan dari Blogger Mama Vogue


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, ada orang tu whatsapp ibu. Minta alamat bagai.. Bila tanya nak buat apa, jawabnya cuma "adalah, nak pos something. Suprise!" katanya. Hihi.. 

Besoknya ada barang sampai tapi ibu tak ada di rumah. Keesokannya pula baru ibu berkesempatan ke pejabat pos sekali harung nak pos barang kastemer. (Iklan jap, ibu jual Shaklee tau..)

Wah! Ada 2 barang dari pengirim yang berbeza. Satu dari blogger Mama Vogue, satu lagi dari blogger juga. Tapi yang satu tu kita simpan untuk next entry la ye..

Apakah kiriman dari Mama Vogue untuk ibu?

v

v

v

Pek berbuka puasa house of kurma
Alhamdulillah, inilah kirimannya. Hadiah Ramadhan penuh kasih sayang..

Terasa manisnya hidup berukhuwah. Ibu terima kiriman kasih sayang sesama saudara seIslam ini dengan hati yang penuh kegembiraan. Semoga ukhuwah yang tertaut berpanjangan hendaknya..

Jom jalan-jalan blog Mama Vogue; The Story of My Wonderfull Life..

Hingga jumpa lagi.



Thursday, July 3, 2014

Tarawih ke5 Ramadhan 1435H: Tewas Selepas Rakaat ke 4


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini cerita malam tadi.. Menjelang malam ke 5 Ramadhan 1435H, ibu membuat keputusan untuk bertarawih kat rumah aje. Sebabnya, belum-belum lagi Maryam dah mengadu letih.

Ye lah, ibu pun faham. Umur baru 7 tujuh tahun, sekolah seharian, berpuasa, cuaca panas pula tu. Kita yang dewasa ni pun rasa letih, apatah lagi kanak-kanak kan?

Yusuf? Dia memang ahli masjid tak kira letih ke tak. Azan je cepat-cepat dia berbuka, bila qomat je dia cepat-cepat berdesup ke masjid. Alhamdulillah rumah sebelah masjid je. Biasanya memang dia tak balik sampailah habis tarawih. 

Lepas maghrib berjemaah, ayah kata Yusuf sambung makan lagi kat masjid. Lepas tu main. Adeh la anak. Ibu risau juga, sebab masa jemaah tengah solat punyalah bising budak-budak bermain. Tapi statement ayah buat ibu lega. Ayah kata, main-main Yusuf ni, masa solat dia solat, dia tak main masa orang solat. Alhamdulillah..

Balik cerita ibu dan Maryam, kami solat Isyak berjamaah di rumah. Terus sambung tarawikh.. Masa rakaat 1 dan 2, ada makmum lagi. Rakaat ke 3 dan 4 pun masih ada makmum. Habis baca doa, nak sambung rakaat 5 dan 6, tengok-tengok..

 Alahai, tewas dah anak ibu. Kesian dia..

Tapi gambarni ibu ambik lepas habis solat ye, karang ada pulak yang kata tengah tarawikh ambik gambar. Hehehe..

Tiba-tiba teringat 1 kata-kata yang menjadi viral di FB, ayatnya tak ingat la. Tapi lebih kurang pasal orang agama lain lepas bakar colok ke, lepas balik kuil ke, tak ada pula buat status di FB. Tapi orang kita, siap buat status 'done tarawih malam ni".. Huhu..

Tapi bagi ibu, ibu buat entry bukan nak menunjuk ke apa. Jemari Asmara ni kan rakaman peristiwa dalam kehidupan kami. Yang ibu rasa, tidak terlalu sulit untuk dikongsikan dengan rakan-rakan blogger dan pembaca. Buat tatapan diri sendiri dan anak-anak suatu hari kelak..

Okay lah, sampai di sini dulu. Hingga jumpa lagi.. Ibu akhiri dengan soalan:

Mana 1 yang betul? Terawih atau tarawih?

 

Wednesday, July 2, 2014

Berbuka Puasa Dengan Hidangan Mangkuk Tingkat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, 4 Ramadhan sudah. Kawan-kawan dah mula google-google resepi ke? Dah dapat idea, senang nanti petang tinggal on je kat dapur tu je kan..

Semalam ibu tak masak. Wah! Malas lah tu.. Hehe.. Bukannnn, gini.. Semalam petang ibu masuk opis. Balik pun dah 5.30.. Meredah jem bagai sampai rumah dah 6.00 ++.. 

Kalau ikutkan sempat je nak masak, tapi ibu tak mau kelam kabut sangat. Lagi pun ayah hadir program majlis berbuka dengan Menteri KDN, jadi kami berbuka 3 beranak je.

Memandangkan kelewatan balik kerja tu dah dijangka, dan dah tau ayah tak berbuka di rumah, sehari sebelum tu ibu dah order lauk siap-siap. Masakan rumah tau, bukan PARAM mari. InsyaAllah, kebersihannya lebih meyakinkan.


 Ibu order di page nilah.. Bumblicious

Bumblicious menawarkan penghantaran hidangan mangkuk tingkat keseluruh Shah Alam dengan kadar caj yang berpatutan. Masakannya pulak memang masakan dari rumah, jadi tak lah risau tentang isu kebersihan berbanding kalau kita beli di PARAM tu..

Satu hidangan untuk 2 orang tapi memang banyak kuantitinya. Setakat 3-4 orang pun lepas lagi tu. Cuma nasi tak termasuk pakej ye, sendiri masak okey..


 Ini contoh hidangan yang disediakan. Gambar dari Bumblicious..

Setiap hari, Bumblicious menawarkan menu yang berbeza-beza. Memang dah tersenarai dah menu yang disediakan. Jadi kita yang nak mengorder ni dah boleh buat survey, hari apa nak order, nak makan apa, dan sebagainya..


Ini menu yang ibu order semalam. Sup ikan, sambal ikan bilis dan sayur campur. Gambar dari Bumblicious..

Ibu tengok di page tu, menu harini 4 Ramadhan 1435H; karing daging dengan kentang, ikan bakar dengan air asam dan sayur buncis tumis udang kering.

Menu besok pulak (5 Ramadhan 1435H); siakap 3 rasa, telur bistik dan sup pak choy dengan tauhu..

Jadi, kalau ada pembaca Jemari Asmara nak tahu menu seterusnya, rasa nak mengorder, rasa nak menggunakan perkhidmatan hidangan mangkuk tingkat dari Bumblicious, boleh lah klik Bumblicious atau hubungi no dalam gambar di atas ye. Harga ke, caj penghantaran ke, boleh tanya terus dengan admin.

Ibu tolong canang je.. Ibu jual Shaklee je tak jual benda lain. Dan ini bukan iklan berbayar pun.. Tapi bagi taulah, korang tau dari blog Jemari Asmara. Kut-kut lepasni ibu dapat diskaun kalau order lagi. Hehehe..


Oh ya, bercakap tentang Shaklee:
 
TAHUKAH ANDA?

Anda boleh membeli produk Shaklee terus melalui Laman Web Shaklee tanpa perlu melalui mana-mana Shaklee Indipendent Distributor. Anda juga boleh menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT untuk proses pembayaran. Hanya klik:



 Ps: pembelian melalui Ibu Yusuf Dan Maryam akan mendapat konsultasi percuma. Yang mana pilihan anda? 
  
Sampai sini dulu, hingga jumpa lagi. Wassalam..

Tuesday, July 1, 2014

Jadi SAHM di 2 Ramadhan 1435H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, harini dah Ramadhan ke 3. Semoga kita dipanjangkan usia untuk meneruskan ibadah puasa dan diterima Allah swt hendaknya.

Semalam ibu cuti. Menghabiskan baki-baki cuti ganti yang ada.. Dah penat kerja malam-malam, kerja hujung minggu. Inilah keistimewaan yang diberi, iaitu cuti ganti. Harini pun ibu cuti, tapi ada urusan di pejabat yang belum selesai. Mungkin petang sikit kut baru masuk opis..

Bila dah cuti, maka feeling-feeling SAHM la ibu.. Oh ya, SAHM tu singkatan dari 'stay at home mother'. Verangan jadi surirumah sepenuh masa gitu..

Apa kamu ingat surirumah itu goyang kaki adanya? Haha.. Jangan harapla. Semalam adalah hari yang paling sebok didunia. Fuh! Terasa masih memercik-mercik peluh semalam.

Padahal bukan buat apa sangat pun, basuh baju 3 round, kemas dapur sikit-skit, tengahari pun tak masak. Almaklum, puasa..

Cuma sedikit terasa 'pergi mari - pergi mari'.. Sebab dua orang anak sekolah di dua sekolah yang berbeza, 2 sesi sehari. Tambah pulak ada keluar ke kedai sebab bahan nak masak tak cukup. Tu yang rasa asyik ulang alik - ulang alik je. (Eleh, baru 2 orang anak. Yusmawati Paiman anak 5 rilek je..) Hehe..


 Ni gambar semalam.. Maryam tak sedar pun ibu ambik gambar. Harini jadi VIP sebab ibu hantar betul-betul depan pagar..


 Hantar anak pergi sekolah je pun.. Tapi bahagianya, hanya Allah swt yang tahu. Sambil membayangkan ibu boleh buat benda ni hari-hari..

Maryam masuk sekolah kebangsaan jam 1.00 pm, Yusuf balik 12.50 pm.. Alhamdulillah, sekali harung je ambik..Tapi tu belum cerita sekolah KAFA, pun seorang pagi seorang petang..


Yusuf anak bujang ibu. Betapa cepat masa berlalu, 9 tahun 7 bulan usianya kini. Dah tahun 4 dah pun..

Terbayang-bayang wajah gembira dua beradik ni semalam. Ekspresi gembira mereka subhanallah mencairkan hati ibu. Sebab mereka tak tahu ibu cuti.. Pagi ayah yang hantar mereka ke sekolah. Bila tiba-tiba ibu datang jemput, mana tak gembiranya..

Allah, Allah, Ya Allah.. Murahkan rezeki kami sekeluarga. Makbulkan doaku untuk menjadi seorang ibu yang berkerja dari rumah, supaya anak-anakku sentiasa ada dalam jagaan ku Ya Allah.. Amiin Ya Rabbal'alamin..

Alamak, tacing la pulak. Huhu.. Apapun, sama-sama doakan kami ya kawan-kawan.

Semalam ibu masak awal, masak ringkas-ringkas je. Tomyam campur dan telur dadar untuk anak-anak. Gulai kuning ikan tongkol dan budu untuk ibu dan ayah. Gambar tak ada ye..

Siap je masak, zasss ambik Yusuf dari sekolah agama dan Maryam sekolah kebangsaan. Petang, sesi melayan karenah anak manja belajar berpuasa. Iyelah, tahun lepas masih tadika, sekolah pagi je. Bila dah tahun 1, sekolah pagi petang. Jadi kita pun faham letihnya macammana. Tapi alhamdulillah, Maryam berjaya puasa penuh 2 harini.

Yusuf insyaAllah, dah cukup besar untuk dia tabah dengan ujian berpuasa. Cuma kelakar semalam masa balik sekolah dia rapatkan muka di aircond kereta. Panas sangat lah tu..

Okey, keadaan ibu sekarang saaaaangat mengantuk. Mungkin faktor tidur lewat, bangun awal. Tahap sakit kepala dah ni sebab asyik tersengguk-sengguk sepanjang siapkan entry ni. Izinkan ibu zzzz sekejap, kemudian bangun untk Dhuha dan jemput Maryam dari KAFA. 

Hingga jumpa lagi. Wassalam..


Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan 1435H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, harini 2 Ramadhan 1435H. Ibu Yusuf baru berkesempatan membuat entry Salam Ramadhan. Harap belum terlewat.. Ramadhan kareem dan selamat berpuasa pada semua yang beragama Islam.

2 hari ni, apa cerita kami? Sehari sebelum puasa kami balik kampung Sekinchan. Makanya terawikh pertama dan sahur pertama kami di kampung halaman. Cuma tak dapat berbuka puasa dengan mak abah sebab petang tu Maryam ada kelas taekwando. InsyaAllah ada kesempatan kami akan balik lagi.

Terawikh di kampung rasa tenang je. Orang tak ramai sangat macam di bandar. Jemaah tak melimpah keluar pun, jadi semua dapat aircon. Kanak-kanak dan bermain tu biasalah. Masa ibu intai di balik tabir ada juga yang main tolak-tolak. Hihi.. Tapi mereka tak bising. Alhamdulillah, jemaah dewasa dapatlah menunaikan solat dengan khusyuk..

Ramadhan pertama cuaca sangat panas. Kami meredah perjalanan Sekinchan - Shah Alam memang masa tengahari buta tu. Alhamdulillah, anak-anak okey sahaja. Maryam tidur hampir sepanjang perjalanan.

Kami sampai Shah Alam tepat jam 2.00 petang, sedangkan kelas Maryam pun bermula jam 2.00 petang. Apa nak buat, sebab bertolak dari kampung pun dah lewat. Pagi tu kami ke pasar dulu, tinggalkan bekalan makanan kering dan basah untuk mak.

Sampai je terus buat yang wajib dulu, solat.. Cepat-cepat sarung uniform taekwando (err.. panggil apa sebenarnya baju tu) dan terus ke sekolah. Kami lewat setengah jam. Tak apalah, janji tak ponteng dan yang wajib dah dilaksana dulu.


Aksi yang sedikit gemalai. Almaklum, puasa..

Petang tu kami berbuka biasa-biasa aje. Nasi, dua jenis lauk dan bubur lambuk dari masjid. Yang penting mesti ada Performance Drink. Ikhtiar ibu untuk kami tetap cergas selepas berbuka. Ye lah, kadang-kadang lepas berbuka kita ni lemau kan. Waktu sahur pun kami ambik Performance Drink, sebagai ikhtiar kami untuk kekal cergas walau berpuasa.

Performance Drink
 Haaaa.. Inilah rupanya Performance Drink. Nak order wassap no. dalam gambar tu ye..

Malam tadi terawikh kedua, kami solat di Shah Alam pula. Suasana 200% berbeza dengan di kampung. Seramai-ramai jemaah hingga penuh semua ruang. Namun tetap ada rezeki ruang untuk kami, walaupun..

v

v

..depan toilet. Huhuhu..

Iklan jap, telekung kami anak beranak hasil sentuhan Ummu Muhammad..

Balik cerita tadi, kami solat kat ceruk tu masa solat Isyak je.. Kemudian ibu menggunakan kepakaran ibu menyelit hingga dapat juga ke hadapan. Hehe.. Siap dapat tengok slide masa tazkirah lagi..

Alaa, sebenarnya depan tu ada je yang lpong-lopong tapi masing-masing tak mahu ke depan. Tu yang jadi penuh sampai ke tangga.

Okey, masa untuk ambik Maryam dari KAFA (ibu cuti harini). Sampai sini dulu, nanti kut rajin ada la entry baru. Doakan ibu rajin ya..

Hingga jumpa lagi. Wassalam..



Friday, June 20, 2014

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka 2014..

 Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma, maka akan mula berpuasalah kita. 

Sebagai rujukan bersama ibu kongsikan di sini Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M

1.   Negeri Sabah



4.   Negeri Johor












Sumber: e-Falak JAKIM


Boleh klik pada negeri yang kita pilih, muat turun dan tampal. Semoga Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M yang ibu kongsikan di Jemari Asmara ini memberi manfaat pada semua.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...