Follower

Saturday, March 5, 2011

En Ayah vs Kemeja Merah Jambu..

Assalamualaikum wbt..

N3 ibu kali ini berkaitan dengan En. Ayah. Jangan cebeik-cebeik ye kawan-kawan.. sebab ibu cerita pasal suami di blog kesayangan ibu ni. Blog ni kan merangkap diari ibu.. ibu suka catat apa-apa yang berlaku dalam hidup ibu di dalam blog ini sebagai satu rakaman dalam kehidupan.. selagi mana bukan melibatkan perkara-perkara yang tak patut dikongsikan.

En Ayah.. pada pandangan ibu adalah seorang yang macho dan penuh sifat kelakian. (pada pandangan mata ibu tau). En Ayah simpan janggut dan misai.. ibu suka. Hehe..

Balik pada tajuk n3.. sebab gaya kelakiannya, ibu yakin dia tak akan pakai baju pink macam ini..

v

v

v

Gambar dari google

Tapi, ibu berkeyakinan En. Ayah masih akan pakai baju pink macam ini..

v

v

v

Gambar dari google

Sebab, ke'pink'an nya tidak lah menyerlah sangat. Keyakinan ibu tu memang benar, sebab En Ayah sendiri beli sehelai kemeja berjalur halus warna pink dan biru..

Tapi....

En. ayah pakai baju tu sekali dua je. Sebab? Staf kat ofice dia kutuk.. En Lan nampak 'jambu' pakai baju tu.. huhuhu.. (tercabar kut gaya kelakiannya.. hehe..)

Untuk makluman, En Ayah dikelilingi wanita-wanita di pejabatnya. Selain pengarah Jabatan, En ayah seorang sahaja pegawai lelaki. Kalau tak silap ibu, staf lelaki yang lain, seorang pemandu dan seorang kerani. Yang lain semua wanita..

Heeee. seenarnya ini aje yang ibu nak cerita tentang 'En Ayah vs Kemeja Merah Jambu'..

Ps: kawan-kawan, suami kawan-kawan nak ke pakai baju merah jambu? 

Kali Pertama Guna Khidmat Bibik..

Assalamualaikum wbt..

Hari Sabtu yang ceria, Yusuf ada kem Bistari Solat di sekolah kebangsaan, En. Ayah hadir program gotong royong di sekolah agama Yusuf, Maryam seprti biasa layan buku-buku di hadapan tv, ibu? hehe.. sedang layan fesbuk dan blog ditemani semug nescafe panas. (Sebut nescafe tiba-tiba teringat Lady Lavender).

Hari cuti yang santai bagi ibu, sebab tugasan-tugasan rutin hari cuti telah diambil alih oleh seseorang. Hari ini, En. Ayah dengan baik hatinya telah mengupah seorang bibik untuk kemas rumah.

Situasi ini mungkin telah biasa bagi ibu-ibu berkerja yang lain. Tapi bagi ibu, inilah kali pertama sejak 8 tahun bergelar seorang isteri.

Terima kasih suamiku..

Tapikan, ibu ingat dia bersih-bersih yang zahir je. Rupanya, segala dalam-dalam kabinet pun dia punggah. Habis semua dia lap.

Buat kali pertama ibu nak tayang wet kitchen rumah ibu..

v

v

v



Asalnya tak sepah macam tu tau! tapi dah sebab dia keluarkan semua benda, jadilah macam tu. Ibu snap gambar ni curi-curi tau.. malu ah! hehe.. Tak sabar nak tengok dapurku yang seba bersih.

Err.. janganla dikutuk apa-apa ye, design ke, dapur gas tu ke, wet kitchen je ni. Lagipun, ayah beli rumah ni atas tangan dan tak buat apa-apa perubahan pun. Ibu terima seadanya 'Baiti Jannati' titik peluh En. Ayah.

Sekali lagi, terima kasih suamiku.

Ps: kawan-kawan, ada pengalaman tak panggil bibik bersih rumah. Berapa nak bagi sekali datang ye?

Friday, March 4, 2011

Gara-Gara Ibu Tak Percayakan Yusuf Nabhan!!

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat, pembaca blog kecil ibu.. Harini ibu nak kongsi satu kejadian yang telah berlaku, gara-gara ibu tak percaya apa yang Yusuf Nabhan bagi tau ibu. Huhu.. sian dia. Alhamdulillah, sempat balik untuk 'bertukar'.. hehehe..

Alkisahnya..

Semalam petang, Yusuf Nabhan bagi tau ibu. "Ibu, besok cikgu pesan pakai baju melayu, tak payah bawa buku". Ibu senyap je.. tapi terus buka buku pesanan.


Inilah bukunya. Hadoi la anak bujang ibuni, baru 2 bulan dah lunyai buku. Biasanya, apa-apa program atau apa-apa makluman.. cikgu akan tinggalkan pesanan dalam buku ini.

Bila ibu buka ada surat "Kem Betari Solat Tahun 1 dan 2 Tahun 2011'. Memang ada suruh pakai baju melayu.. tapi hari Sabtu.

Maka pagi tadi ibu dengan yakinnya, ibu sediakan uniform sekolah untuk Yusuf Nabhan pakai. Tapi ayah yang gosok. Hehe.. Alhamdulillah, ibu dikurniakan suami yang rajin.

Tak sampai 5 minit, ibu babai Yusuf Nabhan kat depan pintu.. dia dah sampai rumah balik. Kenapa? Hehe.. Yusuf Nabhan jawab, "Kawan-kawan semua pakai baju melayu. Tu lah, abang cakap ibu taknak percaya".

Huhu.. terkena balik kat ibu. maafkan ibu sayang, ibu yang salah. Nasib baik rumah dan sekolah dekat je. Kalau jauh? Nasib baik ayah yang hantar pergi sekolah. Kalau naik bas?

Rupa-rupanya, hari ini ada majlis sambutan Maulidur Rasul di sekolahnya..

Itulah kisahnya..

Ps: sahabat-sahabat, ada pengalaman macam Yusuf Nabhan masa kecik-kecik dulu ke? Jom kongsi..

Wednesday, March 2, 2011

Menang Voucher: Tolong Ibu Pilih Baju..

Assalamualaikum wbt..

Pagi-pagi tadi lagi, ibu kongsikan satu berita gembira.. iaitu ibu menang New Year GiveAway 2011 anjuran http://amphotogroup.blogspot.com/

Ibu bakal menerima: Pakej Fotografi bernilai RM150 + Voucher RM50 AM Collection

Ibu dah intai-intai AM Collection dan berkenan 3 baju..

 RM25.00
 RM25.00
 RM25.00


tapi seharusnya ibu pilh dua sahaja.. sebab nilainya RM50.00..

Ps: kawan-kawan, bagilah ibu cadangan.. nak ambil yang mana..?

Pss: kawan-kawan, jom la intai http://alishamardhiyah.blogspot.com/ menarik tau!

Menang New Year GiveAway 2011.

Assalamualaikum wbt..


Hari ini, ibu bangun pagi.. tiba-tiba rasa nak terus on lappy. Buka dashboard ternampak AM Photography umumkan keputusan GA anjurannya. Err.. ternampak ada nama ibulah.

Terus klik ke blog dia.. ada nampak lagi nama ibu. Tenyeh mata 2-3 kali. Haahlah! Betullah!



* Pakej Fotografi bernilai RM150 + Voucher RM50 AM Collection

Syukur alhamdulillah.. Harap-harap angan-angan yang ibu catat dalam N3 penyertaan dapat dilaksanakan. Sekiranya dapat dilaksanakan, ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan ibu dah ayah yang paling manis... Alhamdulillah, 8 tahun sudah kami bergelar suami-isteri.

Kepada AM Photography dan AM Collection.. AM Collection merangkumi 2 blog iaitu...http://alishamardhiyah.blogspot.com/
http://semua-barangmurah.blogspot.com/

Terima kasih yang tak terhingga. Tahniah di atas kejayaan menganjurkan GA ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...